I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Monday, November 14, 2016

Sila layari PAGE AJ the Mommy

Hello.

Tak.

Tak hilang.

Hidup lagi insyaAllah. Moga panjang umur. Banyak lagi benda perlu bertaubat #rapatkansaf

Cuma sekarang aku dah ada Page. Baru je cipta. Tak. Tak baru sangat. Almost a year jugak. So banyak membebel kat situ daripada kat sini.

Tak. Tak banyak jugak update. Tapi ada lah update daripada tak update langsung kat sini. Huahuahua

So kalau rajin, silalah jengah ke page AJ the Mommy. Ni link dia www.facebook.com/ajthemommy

Oh ya. BLACK FRIDAY tahun ni jatuh pada tarikh 25 Nov. So sila Like Page AJ Shopping Paradise juga. Ni link dia www.facebook.com/ajshoppingparadise

Berapa banyak Page daaaaa~

Ya. Page lebih mudah sebab I'm always on FB. Belog ni aku sedikit sendu sebab malas nak sign in #DasarPemalas #NyahKau

Sesi merepek tamat.

Itu je. Kalau nak tanya soalan ke apa, boleh tanya kat Page tu. Jangan email tau. Slow sikit aku nak reply. Email paling laju aku reply adalah email Supervisors. Itu adalah compulsory. Huehuehue

Ok. Till next time .... yang entah bila. Heh!

Page okay. Page. Aku active sikit Page. Belog aku sendu. Hey berapa kali mahu repeat?

OK BYE!


Monday, October 19, 2015

Almost A Year?



Ya Allah... Dah hampir setahun aku tak jengah blog ni? Macam tak percaya. Haha. Dulu macam hari-hari nak conteng dalam benda alah ni. Sekarang ni mujur la password dah set up 'remember me', kalau tak, kompom aku kena tekan 'forgotten password'. Kekekeke

Dalam masa setahun juga, siapa sangka I am now a mother of three. Tak expect pon Bella akan dapat adik selagi Mommy belum habis PhD. Tapi kuasa Allah, ada lah hikmah dan hikmahNya, kami telah dikurniakan seorang anak lelaki. Alhamdulillah.

Aku nak gunakan masa berpantang ni untuk merapu kat dalam blog boleh tak? Bila lagi kan. Kalau hari-hari biasa, nanti berselubung dengan rasa bersalah untuk tulis thesis kan. Haha. So masa berpantang ni macam kira excuse sikit la kan kan kan.

Okay nak kumpul kekuatan jap untuk tulis next entry. Maklumlah. Kena warm up semula. Ni gambar pon takde ni. Janggal betul type pepanjang tanpa gambar.

Ini semua salah instagram! *tetibah*

Wednesday, November 19, 2014

PhD Journey #14: Dua Saat Berbeza yang Menggolak Jiwa



Ada dua saat dalam hidup yang boleh memberikan impak besar pada raut wajah muka aku.

Saat pertama adalah saat paling rasa nak menangis tetapi excited sebab menerima pujian daripada beloved supervisors. 

Saat kedua adalah saat paling rasa nak menangis tahap hantuk kepala kat dinding sebab TERdelete rakaman perbualan dengan SVs.

Niat di hati nak tekan play. Tapi entah macam mana tertekan DETELE OMAIGODDDD SEDDIIHHHNYAAAAAAA HUWAAAAAAAAAAAA

Dahlah susah nak kena puji. Sekali kena puji, terdelete. Nampak gaya memang kena recall segala perbualan dan perbincangan dalam hati je lah T_______T

Monday, November 3, 2014

Aku Sayang Kau


You listen when I have a problem. You take away my sorrow and put happiness in its place.


We can't forget the fun we've had. Laughing till our faces turn blue.


We might walk in opposite directions, yet remain side by side.


Our friendship has kept on growing. Distance and time can't break us apart.


You can see the truth and pain in me even when everyone made a fool of me.


May our children continue this relationship until the end of the world. InsyaAllah


I guess this is my way of saying thanks for catching me when I fall. Happy birthday tembam eh Happy Birthday Farah Nadia. Thanks again for being such a good childhood friend and being with me through it all :D



Kawan kecik sampai besar,
aj_themommy

Wednesday, May 21, 2014

PhD Journey #13: Consultant Wannabe

This idea came out when you have too many things to think, and this is what I have in mind at the moment - Terasa nak jadi consultant. 

Takde ke sesiapa nak panggil aku bagi talk untuk aku cerita masalah hidup aku pastu bagi semangat kat orang jangan down? Haha. Kemain nak bagi talk. PhD tak habis lagi. Eh aku ada result master yang cantik. So kira marketable jugak. Hehe

Bukan apa. Taktau dah camne nak kirai kan satu-satu masalah yang aku hadapi ni throughout this PhD journey. Baru nak masuk 2 tahun. Dah macam-macam jadi. I cried silently under the duvet everyday. So I guess by expressing the problems in a formal way, might help me to boost up my confident, also bagi pengajaran to others on how to encounter this problem in the future.

Aku takperlu kan payment yang banyak. For starting, tanggung return flight tickets aku je. Hahaha dang!! Nampak macam game di sini. Tapi aku serious. I can talk. I'm good at talking instead of blogging. I can be a leader too. I used to be a representative for my university during my undergraduate years. Haha. Haa nampak tak ini bukan game. Ini namanya 'jual diri'. Aku serious ni nak cari side income.

For those who are looking for a junior consultant, please hire me. I can be contacted via my email ajlaabijak@gmail.com I can contribute many benefits and profits to the growth of your company. InsyaAllah

"Different candidates go through different path".

So this is how I encounter my problems, by selling myself in a formal way to boost up my confident.

The only single-selfie-photo I have - in the disable toilet. *lari jauh jauh*


Sekian entry-berbaur-game-tapi-ini-serious dari aku. Dah. Nak pergi library. Nak pulang buku. A bookworm, I am.


Mendambakan petunjuk Ilahi,
aj-the-mommy

Friday, April 18, 2014

PhD Journey #12: I am one of those...

I am one of those yang tidak bertuah.

I am one of those yang boleh dikira malang sebab tak dapat tidur dengan anak-anak setiap malam.

I am one of those yang tak pernah tak stress untuk siapkan writing up to my SVs' standards.

I am of those yang menangis depan laptop sorang-sorang sambil do the writing.

I am one of those yang tak mempunyai nafsu untuk celebrate my 28th birthday, esoknya.

I am one of those yang nearly give up in continuing this journey.



Yang benar,
I am of those yang tak dapat kasih sayang supervisor secukupnya


*lap air mata*

Monday, March 3, 2014

PhD Journey #11: Mabuk


Mabuk. Aku taktau orang lain macam mana. Tapi buat PhD ni memang memabukkan.


Situasi Mabuk 1: 

Talk about reading the journals. Tak ke memabukkan. Nak baca tu senang. Nak kasi paham tu ya ampuuunnnn.. English dah lah suam-suam kuku. Baca pulak articles yang sah-sah high class punya English. Memang mabuk. Urrghh

Some people managed to read 60 articles in one day! Yaaa one day hoii!!! Tu machine ke apa tu. Like I mentioned above, setakat nak baca, aku boleh buat speed reading in 5 minutes. TAPI nak kasi paham tu, subhanallah. Dengan terhegeh-hegeh nak tengok maksud lagi. Berjaya habiskan satu article dalam masa satu hari pon aku dah bersyukur pada Yang Maha Berkuasa T____T

Pencapaian aku setakat ni, bila aku focus macam orang mabuk, I managed to read 3 articles in one day berserta kepahaman yang jitu. Get what I mean? Ok such a loser. Aaarrghhh


Situasi Mabuk 2:

Dah baca tu, takkan nak simpan tersemat dalam hati dan otak begitu saja kan. Maka, bermulalah process untuk writing. Oh part ni ya ampuuuuuun jugak. Bukan apa. Nak analyse dah satu hal. Nak kena tulis academically dah satu hal. Nak elaborate yadayadayada tu ya Allah. Bukan setakat 100 200 patah perkataan siap ada word limits macam Twitter bagai. To get a PhD, you have to submit a dissertation with 100,000 words of writings. Nak tulis 1000 patah perkataan pon dah tersengguk-sengguk taktau nak goreng apa. Goreng lak bukan sebarang goreng macam tulis blog ni haaa. Ini macam kalu, sebulan boleh siap 100,000 words. Hahaha. Tapi kena ada evidence, reference, citations bagai. Muntah ijo okay!

So siapa kata PhD ni senang? Itu semua dusta! Jangan dikau perkotak-katikkan diri daku. Pang!


Situasi Mabuk 3:

Saat paling memabukkan adalah bila due date dah dekat. Oh masa ni segala jenis caffein aku togok. Asalkan biji mata aku ni terbuka luas sudah cukup memadai. Jangan kasi tutup. Kau lelap sesaat, lenyaplah dikau selama berjam-jam lamanya. Pastu bangun menyesal macam orang mabuk. Nak lagi memabukkan, cari anak takde. Rupanya anak-anak duk main panjat tangga siap bedak bertaburan atas kepala. Mabuk kuasa lapan juta. Best phenomenon everrrrr!!!  +____+

Pernah sekali. Masa tu aku tengah buat writings. Aku tak sedar masa bila aku terlelap depan laptop. Few minutes later, aku terjaga tapi aku takleh gerak. Dan badan aku shivering. So aku agak ni mesti kes terlebih togok caffein. Sebab I forced myself untuk berjaga. Lastly, my body made a decision untuk menidurkan dirinya secara terpaksa. Scary tak? Haha. That thing happened while I was at office. Dan aku sorang-sorang. Mujur nyawa aku panjang lagi. Alhamdulillah...


Situasi Mabuk 4:

After the submission, takkan lah SV buat bodoh je kan. So I got the feedbacks from them. Each of them akan bagi different feedbacks in different ways. Haaaa tu satu hal lagi yang memabukkan. Aku nak kena digest apa yang SV A cakap pastu compare dengan SV B pulak comment. 

Then ada supervision meeting. Masa ni, aku akan record every conversation. Pastu balik office kena submit minutes of meeting la. Alaaa macam kerja office. Everytime ada meeting, someone will jot down kan and pastu circulate the minutes. In my case, aku lah yang attend meeting, aku lah yang record, aku lah yang dengar balik, dan aku lah yang kena type semula dalam minutes. Bukankah itu suatu pekerjaan yang menyumbang ke arah memabukkan? ZzzZzzz

Masa dengar balik recorder tu, memang kena dengar betul-betul la. Maklumlah. British accent kan tak sama dengan accent kita. Tapi as time goes by, aku dah boleh capture actually accent orang British ni. Cuma bila dengar suara aku cakap, pastu aku gelak sorang-sorang. Dasar lidah melayu. Kakakaka. Tapi you allsss jangan terkejut iolsss cakap guna Britis accent nanti (puiii). Muahahaha.

Tapi typical Malaysian, kalau kita cakap ala-ala omputih, dikatanya poyo. Yedok? Mapuh mu ah. Asal aku improve diri aku cukup.

So back to the topic. To recapulate, bermula daripada readings, writings, and getting feedbacks from the SVs, all these things adalah sesuatu phenomenon yang menyumbang ke arah memabukkan.

Maka, if you happened to see PhD students yang macam psiko atau macam susah nak control the way they express themselves, maafkan lah mereka (termasuk aku). Sebab PhD is a serious business. It is so stressful. Dan aku tak terkejut ada orang boleh jadi mental  sebab buat PhD.

Semoga aku dikurniakan iman yang jitu agar aku tak tergolong dalam golongan sedemikian. Mohon doakan kejayaan aku ya kawan-kawan. Terima kasih.


Sincerely,
Pelajar PhD yang mabuk mengikut situasi

Saturday, February 15, 2014

Bella Zakiyah bayi 9 bulan


Wan Bella Zakiyah sudah genap berusia 9 bulan. Wah kejapnya. Lagi 3 bulan je setahun sudah anak Mommy. Rasa macam baru semalam busy layan midwife yang dikatakan almost everyday lah datang rumah visit Bella. Sampai Mama masa tu pon naik letih nak layan midwife berborak. Hahah. Those were the days anyway :)

Ok at her 9mo, Bella dah boleh duduk, merangkak, lepuk Damia time tidur (kahkah), panjat tangga (oh No), dan mengamukk (big NO NO). Ahahaha

Mommy macam malas nak beli high chair. So angkat baby snug dia letak atas kerusi makan je. Senang. Hehehe


Ya. Main piano sambil berdiri. Baru styleeee +__+


See.. Rasa nak lepuk je vontot dia tu. Geram tengok. Sejak dah boleh merangkak ni, memang kerja Mommy adalah main kejar-kejar serta hide and seek je dengan Bella. Sikit-sikit nak panjat tangga. Sikit-sikit lepak bawah meja. Gerammsss... Mujur bawang tak hangusss -_-


Bella ni adalah sejenis bayi yang taknak orang lain dukung kecuali Mommy. Even kalau Daddy ada pon, Mommy is her priority sampai Daddy cakap, "Habis siapa nak kat Daddy kalau semua pon nak dengan Mommy?". Ooopss tumpang lalu Daddy....Heheheh. 


Kalau Mommy pergi school, balik from school je Bella akan meluru gedebak gedebuk ke arah pintu. Sometimes menangis melalak la kalau tak diangkat. Kalau tak angkat tu bukan apa, Mommy tak sabar nak pergi toilet kotttt. Sini sejuk kan. Ate nak ke toilet sokmo. Memang tak dapek la den nak dokong ekau Nakkkk... Lalu, bertalu-talu lah laungan tangisan simpati si Bella sampailah Mommy dukung. Shiannn diaaaa..

Hmm.. What else. Oh ya. Bella suka makan. Sampaikan siap nganga-nganga la nak makan makanan Damia. Hehe mana boleh kan. Kakak dulu dah setahun baru taste garam. So kena adil. So menganga lah dikau Bella mengadap kari kambing, kari ayam, kari salmon bagai... Ok kari FTW! Hahaha



Tapi Bella ni ada satu perangai. Kalau kita letak cookies or any makanan dia dalam bowl kan, mesti dia nak tumpahkan atas meja or lantai. Sebab mudah untuk dia kutip makanan tu atas lantai whenever she wants. Senang! Haihh la +___+

One thing for sure, Bella is not an easy baby. Yeahh. Cabaran untuk Mommy untuk bersabar dan terus bersabar. Hehe. Ada hikmahnya. Tapi since dah pandai merangkak ni, dah boleh bawak diri la main dengan Damia. Dah besar kan. Tapi kalau mood tak baik tu, ya ampun.... Memang Mommy kena pakai ergo sepanjang zaman la dalam rumah. Hahaha. 


Cuma dia still taknak dengan orang. Separation anxiety kot. Even orang-orang kat sini pon kata Bella and Damia overly attached dengan Mommy unlike anak orang lain yang senang nak bergaul dan mudah untuk orang lain dukung. Kot. Haha kesian anak-anak Mommy. Orang lain dukung je mulalah melalak macam Mommy tinggalkan dia 100 tahun lamanya. Huwaaa... Ke kesian kat Mommy sebab takde "me time". LOLOLOLOL

Takpelah. Dah besar nanti pandai lah Mommy and Daddy ajar Bella and Damia berdikari. Lagipun darah yang mengalir dalam diri tu mesti ada sifat berani punya kan macam Mommy (ehem eskesot me). Kecik-kecik ni baguslah overly attached kan. Dah besar nanti, dah ada geng, sendiri sedih tengok anak tanak duduk dengan kita dah. That's life after all. So hargai lah apa yang ada depan mata sekarang ni #nasihatdirisendiri :)



Okaylah. Nanti aku update pasal swimming lesson Damia and Bella. Ha yang ni memang penuh drama la. Bukan Bella, tapi Damia. ZzzzZzz.



Bella Zakiyah dearie,

Whatever you do, you will always have my support. Whenever you need me, you are always in my prayer. Whoever you are, you are still my beautiful little princess. Now and forever. Hugs and kisses.



Till then peeps. Xoxo


Emak Bella,
aj-the-mommy

Thursday, February 6, 2014

AJ Kembali Menulis

Hi Blog.

Long time no see you. Aku rasa aku nak kembali aktif berblog (pui). Sebab seriously aku rasa rugi tak jot down each moment kat UK ni. Yelah. Peluang bukan dapat selalu kan. Aku patut buat ala-ala travelog camtu. Maka, salahkan instagram! Buahahaha.

Aik apsal salahkan instagram? Yelah. Sejak ada instagram ni, segala mak nenek pon nak update kat situ. Pastu link kat Twitter and FB. Pastu blog pon dianaktirikan. Haish.. Dah besar kelak, anak-anak aku takkan nak belek instagram satu persatu kan. Adalah lebih elok jika mereka baca coretan Mommy dia ni dalam blog. Lebih proper orang kata sekaligus mengelakkan muntah ijo untuk scroll gambar-gambar kat iG tu. Hehe

I actually have an intention to tell the whole story pasal tempat-tempat yang aku pernah jelajah (ayat tanak kalah) kat UK ni. Thanks to Mama and Abah lah sebab datang haritu. Kalau they all tak datang, tah bila-bila tah aku nak pusing satu UK ni kan. So almost semua region aku dah cover. Tak semua la tapi. Kan aku dah cakap 'almost'. Haishhh...

Ok aku berjanji pada diri sendiri untuk upload setiap minggu. Untuk bagi semangat pada diri sendiri jugak. Plus supervisor aku dah makin okay. Alhamdulillah. Semoga SV aku okay dengan aku sampailah aku dapat kecapi (ayat kau AJ please lahhh) segulung ijazah PhD. Thanks to those yang mendoakan. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan penuh rahmat insyaAllah.

Nah gambar-gambar untuk tatapan sekejap cuma (duhh)



Bulan ni Bella will turn 9 months old. Kejap je kan. Cerita kelahiran dia yang amazing tu pon aku tak story lagi. Hehe. Ok nanti aku cari mood leklok, aku cerita pasal Bella from A-Z. Macam biasa, untuk kenangan bila aku dah tua kelak (alolololo).




Damia lak dah 32 bulan. Haha gigih aku kira usia dia. September ni dah start masuk nursery. Tapi dah register awal-awal takut penuh kang, Mommy yang melopong. Mujur anak-anak aku lahir before September. Biasalah, British system. Nak masuk sekolah kena lahir bulan sekian-sekian-sekian. So since Damia lahir in June, cepat sikit boleh hantar masuk sekolah. Kalau tak, jenuh lah Daddy kena handle 'nursery' lama-lama. Ekekek



Okaylah. Nanti weekend ni aku upload lagi. Ya aku berjanji pada diri sendiri untuk kasi blog ni 'hidup' demi kenangan hari tua kelak. Omaigod terasa betul diri menua. Mohon panjang umur pleaseeeee. Nak tengok anak-anak cucu-cucu cicit-cicit berjaya dunia akhirat insyaAllah. Nak tambahkan banyak amal ibadat. Masa muda dulu banyak betul buat dosa.

Sejak buat Phd ni, aku rasa diri aku dengan Tuhan makin dekat. Dekat dia hanya orang yang buat Phd je paham kot. Atau hanya orang yang dapat ujian macam nak meletop jantung ni je kot paham apa aku rasa. Dan sejak buat Phd ni, aku banyak jumpa orang yang membawa aku ke arah keagaamaan (walaupon nampak aku macam tak berapa nak ustajah) but tah eh.

I have one colleague here. But she's doing master. Minah tu sampai dah tak tahu nak solat apa dah dalam hidup dia. Name it, solat hajat, tahajjud, taubat, istikharah, semua dia buat EVERYDAY! Subhanallah. Aku takdelah sampai tahap tu lagi. Tapi slowly learn and top up my amal jariah and semua tu between me and Allah. Menangis kat tikar sejadah hari-hari tu takyah cakapla kan.

Tapi Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu nak tanggung. Kita rasa kita susah, ada orang lagi derita daripada kita. Cuma kita je taktau. Sebab tu Islam galakkan kita bergaul dengan semua peringkat manusia. Baik daripada cleaner sampailah ke CEO. Networking tu penting dalam hidup. So jangan kutuk orang yang ada banyak pasang cable. Bukan berdosa pon. No?

Okaylah. Jumpa lagi. Toodles!


loves,
aj-the-mommy

Tuesday, November 5, 2013

PhD Journey #10: Psycho

First of all, apologies for not replying any comments and emails. Bukan tanak reply, but sometimes I don't really have time to sit down, crash my head and think proper words to reply. Kalau setakat reply ala-ala kadar, ayat pendek-pendek, anytime. I'm afraid, kalau reply pendek, dicap kerek. So biar kerek betul-betul by not replying terus. Huahuahua

Cewah takdelah. Basically soalan tanya cukup ke duit yang Mara bagi untuk tampung life kat UK. Jawapannya, cukup-cukup. The rest, pandai-pandai lah cari kerja sampingan. Banyak je rezeki atas bumi Allah ni. WF buat macam-macam kerja. Antaranya jadi agent shipping co. Tapi tak perlulah tanya berapa komisyen sekotak WF dapat. Amboi. Details bebenor. Aku tak tanya Suami kau pakai jam tangan brand apa pon kan. So mind your words. 

Eh kenapa jam tangan AJ? Oh tak tahu ke? Lambang kemachoan seseorang lelaki itu bergantung pada brand apa jam tangan dia pakai. Kalau perempuan: handbag. Kalau mak-mak: baby apparels and accesories.

Ah brand apa pon. Bukan bawak masuk kubur kan. (Ayat cliche tapi benar)

Baiklah. Back to my serious business.

I actually don't prefer to talk about my PhD journey. Sebab, mine adalah sangat disaster, horrible, terrible dan tak smooth. Ok nak menangis pulak bercerita pasal PhD. Bergenang dah bergenang dah. Hish.

Of all reasons, despite of willing from Allah, antara kejayaan seseorang dalam PhD adalah bergantung kepada supervisor mereka. Dan aku adalah antara PhD student yang tak bernasib baik. Both of my SVs are women. One of them is the head of dept. So sangat strict dan sampai satu tahap, "kau nak apa sebenarnya??????"

Aku adalah seorang yang zero knowledge. Tak tahu menahu tentang academic writing. Remember, I'm not a lecturer. 

There's one day (dah jadi many many days pon sebab dah banyak kali happened), aku diminta mencari sesuatu topic. When I presented to her, it was totally wrong! Aku balik, cari lagi. Tunjuk pada SV apa yang dia request. Salah lagi. That situations berlaku banyak kali. Aku tak pernah disuap. SV aku jenis bagi hint, then sendiri pikir. Ya. Memang aku 'genius gila' untuk pikir apa yang dia nak. Ada 'chemistry' katakan. Sampai lah satu tahap, aku nak je tanya, "kau nak apa actually?" 

Tapi berbalik kepada rules of thumbs in doing PhD, kejayaan seseorang pelajar bergantung kepada supervisor mereka. Jadi aku diam sampai lebam. Kalau tu standard kawan-kawan, memang dah lama aku rebel. Tapi knowing her, she's an expert (of course!), Prof kot. So aku mengambil langkah ikut je rentak dia. Sebab in this case, beliau memang dah makan garam lama daripada aku. I admit and have to give my full respect pada beliau. She's an academician. As compared to myself, pelajar cabuk je.

Another reason kenapa aku mampu bertahan with her attitude adalah kerana, gaya SV aku adalah sebijik gaya bekas boss aku. Like seriously! Sometimes aku tak tahu apa yang boss aku nak. Letih aku nak pikir apa yang dia pikir. Aku Exec, boss aku CEO. Nampak tak macam enggang dan pipit? 

Masa tu I had to think like a CEO sebab nak tahu apa yang ada dalam kotak pikiran dia. So maybe ada hikmah kenapa aku jumpa someone who is exactly like my ex CEO. Clone habis okay! Sekurang-kurangnya, aku dah pernah ada pengalaman on how to deal with these kind of people. Sekarang ni, antara aku dan my ex boss, I can say that she's like a big sister to me. Whatsapp sokmo. Hehe. Mungkin itu maksud "there's a light at the end of the tunnel"? Mungkin one day aku dan SV  akan berwhatsapp like mother and daughter. I wish bebeh! I really wish!

As for now, aku memang tengah merana dan menderita. If you see myself look slimmer than before, hope above explanations answered your question. Sebab tu aku tanak cerita pasal my PhD Journey. It's definitely suffering, and really difficult to me.

To those who have a good SV, you are so lucky. Keep up your good work and don't complain/whine too much. Remember, you are so lucky. So bersyukurlah.

To all my silent readers, mohon doakan kejayaan PhD aku. Nanti aku kasi Phillips Airfyer free. Muahaha Pang!! Ok tak lawak.

Tolonglahhhh AJ. Tengah sedihkan. Main-main pulak. Kang habis semua yang doakan untuk kau, claim nak airfryer free.

Sebenarnya, aku taknak orang tahu aku sedih. Memang aku bahagia dengan anak-anak yang membahagiakan. Tapi derita buat PhD ni, Allah Ta'ala je tahu. 

assume, I am one of those yang malang who have to deal with this situation: Apa-yang-SV-AJ-Mahu.

Goodnight.

Salam Ma'al Hijrah to all Muslims around the globe.

*lap air mata*