Dengar belajar PhD luar negara, wah memang seronok. Macam-macam pujian dan kata-kata semangat aku dapat. Ada yang kata nak jadikan idola lah itulah inilah. I take it as a compliment. You peeps made my day. Terima kasih banyak-banyak. Syukur Alhamdulillah.
Tapi tahukah anda terlalu banyak pengorbanan serta liku-liku kehidupan yang perlu dihadapi untuk sambung PhD? Baru hal sambung PhD. Belum hal ketika sedang ambil PhD. Ini dugaan nak ke luar negara pon tak habis lagi. So let's not talk about dugaan while pursuing PhD. Itu kita go with the flow. Hehe
Terlalu banyak benda dalam kotak fikiran aku. Terlalu banyak benda aku pikir. Banyak. Banyak sangat. Dari A sampai Z taktau macam mana nak list kan. Kalau duduk pikir secara berpanjangan, boleh datang stress. Mungkin sebab itu Allah kurniakan aku Damia Zahraa. Sebab bila aku stress, tengok Damia, hilang stress. Jadi balance. Stress je, tengok anak, hilang stress. Stress lagi, tengok anak, hilang stress. Semoga Allah pinjamkan Damia untuk aku dan Suami untuk tempoh masa yang panjang. Amin......
Kalau ikutkan, setiap kali pikir pasal hal sambung belajar, memang boeh mendatangkan stress. Stress sebab terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. Banyak sangat procedure nak berhijrah ni. Sebab tu memana perkara yang aku boleh bolayan, aku bolayan tahap A+ punya. For instance, menjaga perasaan dan hati orang. HAHA. Part ni aku dah tak kuasa nak jaga. Sebab penat weh. Asyik jaga hati orang je. We cannot please everyone. Maka, duduk diam-diam buat hal sendiri sudah. Aman makmur hidup sentosa. Amin...
Baiklah. Perkara pertama yang aku pikir adalah MONEY CONSTRAINT. Ha kau capslock terus. Hahaha. Yup memang aku dah dapat tajaan from Mara. Alhamdulillah.. But bear in mind, mereka hanya sponsor aku. It's not meant for my husband and Damia. Maka, we still need to find some amount of money for visa purposes.
To those yang tak tahu atau tak pernah tahu atau tertanya-tanya apsal AJ serabut sangat pikir pasal duit, okay ini jawapannya.
To apply for UK visa, to stay there for more than 6 months, setiap dependent perlu ada dalam account at least RM20K. Kira kalau WF and Damia, bukan ke dah RM40K? Maka, celah nak cari RM40K CASH IN HANDSSS wehhhh... Aaaaaa. Owh. Jangan bagi idea tinggal la mereka kat Malaysia. Oh aku rela tak pergi sambung belajar daripada berjauhan dengan Suami dan Anak. Mereka nyawa aku. Damia paling penting actually. Because I'm still breastfeeding her. She's my everything. WF kalau nak kena tinggal, aku risau dia yang tak keruan nanti anak bini jauh di perantauan. Muahahahah. Ok crap!
Jadi, apa yang kami perlu buat sekarang ialah mencari duit. One of the methods is jual barang-barang yang ada. Memang lah kalau terjual pon takdelah boleh dapat RM40k but at least, it will help a lot. Duit visa untuk 3 orang insyaAllah lepas. Ha jangan tanya "Habis balik nanti taknak pakai dah ke furnitures tu semua?" Haaa part balik tu belakang cerita. Sebab part pergi ni pon banyak lagi pending. Huahuahua
Itu Money Constraint. Banyak lagi. Tapi kalau aku elucidate one by one, orang kata aku menagih wang pulak. Tapi aku memang perlukan duit pon sekarang ni. Ni menyesal ni tak join Money Dropped hari tu. HUAHUAHUA DUSH!
Dugaan lain, kalau aku kena pergi BTN for 5 DAYS this coming June, tarikhnya adalah jatuh pada tarikh lahir Damia Zahraa OH TIDAAAAAAAAAKKKK!!!!!!!!!!!!!!! Yes it's true. In order to gain something, you have to lose another thing. But aku akan ralat seumur hidup kalau pergi BTN on my little princess's 1st birthday. Don't you feel me, Mommies out there? Sedihkan... Sobss
Maka, aku pilih untuk pergi BTN in July, iaitu pada bulan Ramadhan. Oh my... Again.. Ramadhan.. Must be a tough month for me. But then again.. Jangan jadikan Ramadhan sebagai alasan. Ye dok? Maka chaiyok AJ!! :D
I wish I'd like to share on how to prepare those materials for pursuing PhD. But let's put aside that one first. Kasi aku bernafas secara lega dulu then I'll share everything here. Fyi, I didn't use any agent for my PhD application. Maklumlah. Dasar berdikari! Ngahaha dang!!
Sebenarnya aku nak iklankan:
I'M GOING TO SELL OFF MY SWIFT. WHITE COLOR. AUTO TRANSMISSION. BOUGHT SINCE DEC 2009. RM58K. MONTHLY PAYMENT AFTER THE REFINANCE THINGY AKAN JADI RM600++. LET ME KNOW IF YOU ARE INTERESTED.
SERIOUS BUYER ONLY. NO SAMBUNG SAMBUNG BAYAR BAGAI. AKU NAK LET GO AND TUKAR NAMA TERUS. HARAP MAKLUM LALU MEMAHAMI =)