I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Sunday, May 26, 2013

Damia Zahraa 23months & Bella Zakiyah 12days



Hi everyone.

Alhamdulillah. I am now a Mommy of two little princesses. So yeaahh.. That means more pinky stuffs in the house yawww. Sorry Daddy. Wooppss :D

Damia turns 23months young today. Bella turns 12days young today. Eh bila kau bersalin AJ? Tetiba je dah ada 2 orang anak dara. Hoho. Ha kiralah 12 days before berapakah haribulan nya. Hehe. 

Blog ni umpama hidup segan mati tak mahu. Begitulah. However, I really wish that one day aku akan ada masa untuk bersenang lenang so that aku akan ceritakan the whole story about the joy of giving birth to Wan Bella Zakiyah pulak. Memang sangat joy sebab no tear and stitches. Syukur. Kena adil dengan anak-anak. Kang dah besar nanti Bella merajuk lak Mommy banyak cerita pasal Damia instead. Isk. Don't be, please pretty pleaseeee :(

Eh nama Bella tu Bella je ke AJ? Ke Isabella? Or Nabila? Or ok cukup cukup.

Ya. Nama Bella as mentioned above is Wan Bella Zakiyah. We got that name while we were on holiday in Italy. Bella is an Italian name, means Beautiful. Whilst Zakiyah is an Arabic name, means Bijak, Cerdik dan Pandai. Thus, I hope those combinations akan menjadi suatu nama yang Epic to our second daughter kelak. InsyaAllah

Semoga Damia Zahraa & Bella Zakiyah membesar menjadi anak-anak yang solehah dan hidup dalam lembayung Ilahi. Juga menjadi anak-anak Mommy & Daddy yang cantik akhlak, awesome, marvellous dan sewaktu dengannya. InsyaAllah


Till then peeps. Xoxo


Team-Emak-Anak-Dua,
aj-the-mommy

Wednesday, May 1, 2013

22m5d


Damia dah besar. Damia dah nak jadi Kakak. Malah, Damia dah tahu sebut 'Kakak'. Bagus. Mommy suka. Lepas ni belajar sebut perkataan lain pulak ya.

Damia masih hisap susu badan. Ok jangan terkejut. Tidaklah kerap. Damia akan hisap bila nak beradu je. Waktu lain, memang aku buat tak tahu. Buat tak tahu means, bila Damia mula selak-selak baju aku (sukahati), aku pon dengan sukahati akan divert kepada topik lain like "Biiirrdddddd!!!" Lalu Damia toleh dan aku terus buat Damia leka. Heheh

By the time adik dia lahir, Damia masih belum 2 tahun. So I guess Damia masih layak menerima susu badan. Mungkin aku perlu belajar macam mana nak tandem nursing.

Nantilah aku pikirkan. Sekarang aku perlu pikir macam mana nak beranak lagi sekali ni. Nervous hoi. Jangan aku lupa macam mana nak teran, sudah... Kalau tak, parah....

To Damia, selamat membesar dan menjadi anak yang terbaik untuk Mommy and Daddy. Yup. For our family is more than enough. Wish you best of luck in your life.


Love you from head to toe (macam shower gel),
aj-the-mommy