I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, December 25, 2012

She's a big girl now

Damia is a big princess now. Alhamdulillah.

See. Blog akan terupdate bila usia Damia juga di update. Hehe. She is now 18 months young baby. Muahs

She can talk.. In her own language as usual. Haha. Yang lain bila sebut NOOOO, memang dia stretch out betul perkataan No tu. Pergh. Bila say Thank You, Damia sebut TETUUH. Layankan saja. Oh lagi satu, bila nampak kucing, Damia akan sebut CAAAATTTTT dengan penuh excited. Dog, lion, elephant semua pon CAAATTT!! T____T Baiklah. We'll bring you to the zoo as soon as possible okay my dear.

Christmas kat sini meriah. Kawasan kejiranan lengang. Balik kampung kot. Atau euro trip. Hehe. Kengkawan lain semua pergi Amsterdam lah, Belgium lah, Barcelona lah, Paris lah. Aku?! Yaaaa aku di sini sahaja. Masih di UK. Itupon mujur berpeluang datang UK. Haha.

Maka WF bagitau kita UK trip instead. Lagipon claim from Mara baru dapat last week. So kalau nak holiday memana pon harga sure dah mahal kan sebab last minute booking. Maka UK Trip sajalah. Tu pon mujur claim masuk. Kalau tak boxing day atas katil terus! Bluergh

Aku tengah tahan mata ni. Salah satu cara, update blog. Malam kat sini awal. Pukul 4 dah Maghrib. Ada sekali aku BERIYA masak for dinner kelam-kabut, tengok jam baru pukul 630. Ingat dah pukul 10 malam. Hadoi. Ni pon aku ingat dah pukul 12 malam tapi baru pukul 8 lebih. Bila malam panjang ni, rasa hidupku terlalu singkat. Eceh ayat memang mohon penampar sentiasa.



Oh ya. Aku dah ada online shopping. Bolehlah jengah ke www.facebook.com/AJShoppingParadise.Kalau rasa nak Like, silakan. Kalau taknak, tiada paksaan dalam mengeLike. Hehe

Okaylah. Nak kemas barang. Jap lagi nak masak untuk bekalan dunia akhirat pulak. Eceh ayat haihhh. Taklah. Kata nak UK trip. Salah satu cara nak berjimat, masak siap-siap lah kan. Kita picnic dalam kereta yo! Nak cari kedai halal memang satu hal lah kan.

PhD? Oh tengah cuti sebulan ni. Nanti dah jumpa SV baru update. Hoho

Till then peeps. XoXo


Loves,
aj-the-mommy

Saturday, December 1, 2012

17 Bulan 6 Hari


She's now 17 months and 6 days old. Sorry baby. I used to promise to myself I really wanted to update your birthday track every month but this time around, Mommy kecundang. Again, sorry :(

She called me Mama. Yup. She called Daddy as Papa. Zzzzz. Pengaruh disney junior la ni The Hive. Bee tu duk panggil Mama Papa. Haih. Never mind then. At least she learnt something, no?


She likes to eat. Tapi bila dah kenyang, she becomes very picky. Amboihh. Kalau lapar, semua pon bedal. Tapi she loves rice very much. Melayu sangat!! Haha.

Hmm.. What else? Aku macam tak sabar nak beranak. I mean, tak sabar nak bagi Damia main dengan adik dia as she's not entitled to get free education at any kindies yet. Kena tunggu umur 3 tahun baru boleh. Kesian Damia. I was thinking nak hantar Damia ke childcare tapi tunggu la next allowance. Now ni money constraint.


Nursery sini mahal tahap gantung handbag. Haha ok takde kaitan. Tapi just imagine, half day without lunch will cost you around £25. Half day tuuuu. Ya. Kalau seminggu? Sebulan? Maka baiklah kami simpan duit terbabit utk Euro trip bagai kan. Hehehe. Tapi aku still berdoa ada rezeki lebih utk hantar Damia ke childcare. I want her to mix around with people here. Kalau tak, setakat jumpa stranger kat High Street je la. Itupon budak-budak kat sini rajin tegur Damia sebab Damia aggressive and friendly. Yaaa. She's over friendly. So I have to be careful. Hahah :p

Tentang PhD lak, I just met my sv last Tuesday after 1 month gap of not seeing her. Betul la orang kata. Nak buat PhD ni, you have to be strong mentally, regardless of whatever course you are taking. Master pon lagi kacang aku rasa. ha bolehlah aku cakap kacang sebab dah lepas kan. Ngehngeh

Tapi seriously, PhD is not as simple as abc. Kalau tak, sure dah ramai Doctorate kat luar sana kan. Bayangkan buat PhD 3-4 tahun. Sama macam buat Degree. Tapi degree tak gila sangat. So now aku paham la why some people quoted PhD as "Permanent Head Damage". Aku yang baru start ni pon dah rasa haih.. Mampu ke aku? I'm not a lecturer though. I came from a corporate line. Do you think corporate people can get a Doctorate title? Yes they surely can if they are willing to! So here I am. I hope everything will run smoothly according to our plan. Merancang itu mesti. Takdir itu pasti. InsyaAllah :)


Aku rindu nak update blog. I don't expect people to read those rubbish words of mine tapi for the sake of my own memory. Rugi kalau tak update pasal life sepanjang kat UK ni. In fact aku sometimes kesian kat Adik Damia sebab jarang cerita pasal my 2nd pregnancy ni. Time Damia dulu hampir setiap details aku coretkan dalam blog ni. But dear... I just don't have a proper time to do that. Malah berasa guilty pulak kalau update blog, bukan thesis. Haha. Aku hanya rajin berkarya (lah sangat) di Twitter dan Instagram. FB pulak bila ada mood. Blog? Susah nak jawab. Hehe


Till then peeps. XoXo


Loves,
aj-the-mommy

Friday, November 9, 2012

PhD Journey #5 The Writing Begins

Guess it's too early for me to feel the stress. Tapi bahang stress itu sudah mula dirasai.

I've started my writing since last week. Prior to that, I only read the articles and journals sampai kenyang seterusnya muntah.

The next meeting with the supervisor will be held in next 2 weeks but I have to submit the write up a week before that. Muntah lagi. Oh btw, have I told ya that my primary SV is the Head in my department? So yeah. Hope you can understand the pressures that I'm currently on to. I'm sure she will expect something like "Please don't make me feel humiliate of having such a loser like you". Ok exaggerate. Haha

On top of that, WF has started working since last Monday setelah 2 bulan menjadi penganggur bertauliah. Alhamdulillah. Ini semua NI (National Insurance) punya pasal. Nantila aku explain pasal NI. Tapi takpela. Now WF kerja 8 hours per day. Next week 12 hours lak. Pastu back to normal 4 hours per day. Tu pon sbb ganti member yang nak pergi bercuti ke Barcelona. Kumpul duit dulu. Nanti turn kami pulak ke sana ke mari. InsyaAllah jika diizinkan. Amin..

Eh AJ, kau tak kerja ke? Eh aku kan dah dpt allowance. Buat apa nak kerja? Kehkehkeh. Takdela. If both WF and I kerja, siapa nak jaga anak kan. Aku ni tunggu masa je nak shoot resume. Hehehe. Tapi tunggu lepas bersalin la and tunggu Damia besar sikit. Oh ya. I'm pregnant. Dah masuk 2nd trimester pon. Alhamdulillah. Yang tu pon nantilah aku cerita experience pregnant kat UK ni.

Okla. Nak sambung writing. Idea dah muncul kembali. Daaa


Sincerely,
aj-the-mommy

Wednesday, November 7, 2012

Fisher Price Apptivity Ipad Case and Iphone5

Hello blog.

I just bought an Iphone5. Something that I've been waiting for quite so long. I controlled my desire not to buy the 4s while still in Msia. Menyesal tak sudah nanti. Eceh

So yeah. I'm now figuring my Iphone out by updating this blog. Yuhoo. Hope it works using this blogger app.

Oh ya. I also have got my new Ipad case by Fisher Price. Easier for Damia to hold or errr to avoid damages happen if she keeps throwing the gadget down. Well Damia, do you think this Ipad is as cheap as chips Darling? Huwaaa



So itulah rupa Fisher Price Apptivity Case. Siapa nak order, RM230 inclusive shipping. Kena ada banyak order, kalau sikit, tak berbaloi atenyee.

Till then peeps. Xoxo

Thursday, October 25, 2012

Tuan Puteri Damia Zahraa 16 Bulan


Tuan Puteri Mommy dah berusia 16 bulan. Alhamdulillah. Dah besar anak Mommy. Dalam gambar pon nampak besar walaupon hakikatnya badan Damia tetap petite macam baby. Hehe. Tak kesah lah asalkan anak Mommy sihat walafiat. Amin...

I'm impressed with her development. She can now understand what I say. For instance, "Damia, go and take  your Ipad and give it to Mommy". "Damia, where's your tupperware? Bring it here". "Damia, where's your bib?" Pastu Damia pon terkedek-kedek la pergi ambil barang-barang yang disebut tadi. Paling takleh blah, 1st time suruh Damia pergi ambil Ipad kat bilik satu lagi, tau pulak benda alah tu Ipad. Time tu aku and WF ingat, kot la dia akan ambil bantal busuk dia ke apa. Sekali tak. Tercengang-cengang aku and WF. Haha


Pastu Damia sekarang sudah pandai makan sendiri. Dia dah lama nak belajar makan sendiri. Since kat Malaysia lagi. Masa tu 12months++ kot. Tapi aku halang. Haishh. Poor me. Bukan apa. Masa tu aku tau, kalau aku ajar dia makan, konfem makanan akan bersepah. Aku masa tu dah lah busy packing barang nak pergi UK. So aku malas nak kusutkan dengan makanan Damia yang bertaburan atas lantai. Sebab tu masa tu aku memang suap je dia. Aku tak kasi dia makan sendiri. Memang kesian lah sebab dia nak sangat suap sendiri tapi nak buat camne. Part ni, sila jangan contohi aku okay! Huehuehue

Dah sampai UK, terus aku ajar dia makan sendiri. I started to realize that Damia mahu makan sendiri bila everytime aku makan, Damia akan mengendeng nak makan makanan aku. Pastu tangan dia mula la kuis nasi atau lauk dalam pinggan aku. So from there, aku perasan la pastu cakap dengan WF nak beli high chair. Tapi WF ni kata buat apa beli sbb En. Mohamed (a Singaporean yang dah balik Singapore) ada tinggalkan high chair anak dia untuk kami. Tapi prob is, high chair tu kat rumah Msian lain. So WF lak lengah-lengahkan pergi ambil. Aku geram, aku nekad aku cakap nak beli sebab dah kesian sangat kat Damia. Lastly barulah kami pergi rumah Kak Shima and Abang Nasrul untuk ambil high chair tu.

Lega bila tengok Damia duduk atas kerusi sendiri, pinggan sendiri, suap sendiri. Bersepah tu takyah cakap lah. Tapi tu awal-awal. Now dah makin okay. Alhamdulillah. Yang penting kena monitor la awal-awal tu. So bila tumpah, Damia nampak aku kutip and tak kasi dia makan tumpah-tumpah atau comot-comot, nanti budak akan pandai sendiri la. Contoh, Damia makan, mulut comot. Aku terus lap. Pastu now everytime Damia makan, dia rasa mulut dia comot sampai pipi, dia terus lap guna bib. HAHAHA. Comel pon ada aku tengok. That shows yang baby ni mudah mengikut dan diajar. Sebab tu jangan tunjuk perbuatan yang tak elok depan anak sebab dia akan digest benda tu dalam otak. No? Itu apa yang aku baca lah. Lain budak, lain gaya dia. Tapi kebetulan, apa yang aku baca, terkena pulak dengan Damia. So aku anggap teori tu betul. Boleh? Teehehhee ;p


Oh Damia dah pandai makan benda-benda mengarut like chocolate and jajan. Tapi sini tak makan jajan sangat. Semua tu aku baru ajar bila sampai UK sebab kat sini, takleh cerewet sangat bab makan. Asal ada makanan, suap je asalkan budak tak lapar. Dulu, time kat Malaysia, Damia tak pernah tahu apa itu chocolate, tidbits etc. Pernah sekali aku bawak Damia pergi office, ada colleague ni tunjuk chocolate to attract Damia's attention. Damia bolayan jeee. Hahaha. Pastu colleague tanya aku, "Ey AJ, kau tak ajar anak kau makan chocolate ke. Patutlah anak kau buat taktau je. Kalau anak aku, memang serbu terus padahal lagi kecik daripada anak kau. Baru 7 bulan. Ramai sangat tukang suap dia. Sebab tu kecik-kecik dah makan chocolate". In this case, aku memang control anak aku. Aku memang tak bagi orang suap anak aku sesuka hati. Haha. Garam pon Damia tak pernah rasa dalam porridge dia sampailah umur setahun lebih baru ajar sikit-sikit. Pernah lah kena bebel jugak dengan parents aku tapi tak kesah lah. Cara besarkan anak adalah lain-lain. So ikut cara masing-masing. That's what I explained to them. Hehe

Damia now boleh sebut:

No = No
Mam ma = Mama instead of Mommy
Mayyy = Mommy
Dedeh = Daddy
Gowh = Go
Mmmm = Muah/Kiss
Mek = Milk
Kooo = Cookie

Okaylah. Nanti sambung lagi.



Mommy doakan Damia akan membesar menjadi muslimah yang sejati, murah rezeki, panjang umur, brilliant, dan ada ciri-ciri leadership. InsyaAllah.. Amin..



Hugs and kisses,
aj-the-mommy

Wednesday, October 17, 2012

Nukilan 3 Pagi

Aku terjaga. Bunyi orang cakap kuat gila. Rupanya bunyi TV yang memekak. Daddy tertidur atas sofa rupanya.

Damia terjaga, nak menyusu. Aku dalam dilemma. Nak susukan Damia (read: breastfeed) atau nak pergi kejut Daddy (read: nak membebel sebab tidur dengan TV terpasang bazir elektrik!) kat bawah. So, antara Daddy dan Damia, wajiblah aku pilih Damia. Sorry Daddy.  Damia is everything to me. Hehehehe. Dalam erti kata lain, memekak lah TV terbabit kat ruang tamu bawah dengan British accent nya secara berleluasa +__+

Tengok Damia dah lalok sket lepas bf, aku pon bangun nak pergi kejut Daddy (read: nak membebel eh berapa kali nak type daaaa). Tapi disebabkan malas nak turun anak tangga yang empuk itu, (Yaa sangat empuk tangga rumah ni. Karpet tebal ya ampun) aku panggil je Daddy from tangga paling atas. Tapi tak lut. Sesungguhnya, suara TV lagi kuat daripada aku.

Akhirnya, aku turun jugak kejut Daddy yang sedang tidur sambil kepit tangan sebab tahan sejuk. HAHA. Dah tau sejuk ada hati nak tidur depan TV buat style kat Malaysia? Oh #SoMalaysian. Kihkihkih. Dahlah tanak on heater atas dasar jimat. Mungkin TV yang terbukak itu lebih jimat daripada heater yang terpasang. Whatever lah Daddy.

Kejut punya kejut, akhirnya Daddy terjaga. Terus tersedar yang beliau memang berada dalam kesejukan serta diselubungi suara British accent yang memekak di segenap ruang tamu yang sunyi OMG BISINGSSS! Lalu Daddy switch off TV. Aku kembali ke tingkat atas. Tapi tidak masuk ke kamar tidurku. Aku masuk ke kamar belajar.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti gelang emas sedang bergerak menghampiri kamar belajar. "Eh macam kenal". OMG DAMIA BANGUN AAAAA!!! (Read: Damia bukan species bayi yang jaga malam tanpa sebab). Ini mesti suara aku yang kejut Daddy secara mengejut tadi. Damia berlari ke arah aku lalu peluk. Damia memang macam tu. Kalau bangun tidur, tengok Mommy tiada di sisi, Damia akan bangun dan berlari-lari cute mencari Mommy. Aih cair.....

Ok focus focus.

Then, aku sambung breastfeed Damia. Tapi Damia dah tak mahu. Oh why why??!! Sebab Damia mahu bermain dalam keadaan mamai OMG NO WAY!! Kalau tau jadi ini macam, aku biarkan je TV memekak kat bawah. Last-last aku biarkan Damia bermain. Aku pura-pura tidur. Kalau layan, memang konfem lagu ABC, Alif Ba Ta dinyanyikan secara berdas-das oleh ehem oleh Mommy laaaa +___+

Tak sampai beberapa minit, less than 5 minutes perhaps, she fell asleep. Tapi position tidur dia adalah seperti berebut space dengan Daddy. Kalau Daddy pusing je, harus Damia menjadi mangsa lanyak Daddy oh tidaakk...

Lalu aku angkat dan letak Damia di antara Mommy and Daddy. Biasalah. Dah mula terjaga tu, mula lah cranky nak tidur balik. Apa lagi. Bf Damia again and again. Kemudian, Damia tertidur. Daddy dah lama layu di tasik empuk. Now MOMMY? WHAT HAPPENED TO MOMMY?

Yaaaaa... Terhasil lah entry ini. Entry pukul 3 pagi. Tak boleh tidur huwaaaaaaaa :'(

Or maybe sebab esok I'll be meeting my both SVs (again. yes!) so mungkin aku cuak? Atau mungkin aku sedang anticipate apakah soalan yang bakal dilontarkan? Atau mungkin terlalu banyak perkara yang aku pikir lalu mengundang insomnia? Ah insomnia lah sangat. Baru malam ni mata takleh tidur balik dah gelar diri insomnia. Exaggerate lah kau AJ! Choy.

Oklah. Bye.


Monday, October 1, 2012

Happy 2nd Anniversary Husband!


Semoga istikharah yang dilakukan selama 7 hari 7 malam pada tahun 2010 memberi petunjuk yang benar hingga akhirat kelak.

Semoga ikatan perkahwinan kita berdua kekal hingga akhirat kelak.

Semoga kasih sayang yang diberikan daripada seorang Suami kepada seorang Isteri dan sebaliknya berterusan hingga akhirat kelak.

Semoga kejujuran dan kesetiaan yang dilimpahkan daripada seorang Suami kepada seorang Isteri dan sebaliknya diberkati hingga akhirat kelak.

Semoga rumah tangga yang dibina atas dasar jodoh dan cinta diredhai hingga akhirat kelak.

Thanks for being/trying to be a great husband to me. Though perjalanan hidup kita masih jauh, I know you can be a good leader in our family. InsyaAllah.


Happy 2nd Anniversary my dear Husband, Wan Faizul. Do take care of your wife, Damia and adik Damia (EH) okay? Muahs! Jom bersiap cari gynae. A BIG EH?!


your one and only wife,
aj-the-mommy

Tuesday, September 25, 2012

My 15h Months Old Baby Princess




Yup. She's still a baby for me. Though she's gonna have a baby brother/sister in the future, I still wanna assume Damia Zahraa as my baby princess forever. InsyaAllah...


Hope you will get more friends here Darling. I know though it's quite hard to find friends like Wana Wani Qina Ariana Dya Eei etc, Mommy really hopes that everyone will love you baby because you are so friendly and amazing! InsyaAllah...


Proud to be your Mommy. I wish you feel the same way too okay budak-hidung-merah! HAHA Hugsss!!



Your lovey dovey mother,
aj-the-mommy

Assalamualaikum United Kingdom!

Pheww...

Macam tak percaya. Kami sekeluarga dah sampai bumi United Kingdom for almost 3 weeks. Too many things to update tapi macam biasalah.. Too many things to do lah kan.

First and foremost, we'll be moving into our own house this coming Friday. Yayy!! Eh Sekarang kau duduk mana AJ? Oh sekarang kami sekeluarga menumpang rumah Kak Normy and Abg Zul. Hah? 3 minggu kau tumpang rumah orang ke AJ? Ha iyaa... I myself can't imagine macam mana nak tumpangkan orang duduk rumah aku lama-lama. Maka Kak Normy and family ni memang sangat baik hati. Dah naik sogan dah ni tumpang rumah orang lama-lama.  Tapi nak buat macam mana. Rumah yang berkenan di hati available by end of this month.

Hari-hari aku bersyukur sebab jumpa family Kak Normy. Bersyukur jumpa orang yang baik-baik. Mitak dijauhkanlah orang-orang yang tak baik. Maklumlah.. Duduk negara orang. Nak-nak Malaysian kat Exeter ni tak ramai. Maka wajarlah saling bantu-membantu. Kalau menyombong, kita mati, siapa nak kapankan? Wallahualam..

Hokay!

On the supervisors part, I have met both of them last week. I personally like them. Bila aku borak-borak dengan PhD students kat sini, rata-rata bagitau,"Your SVs are superb! You are lucky to have them yadayadayadayada".. Kira kebanyakkannya kata SV aku memang menjadi rebutan la. So siapa yang dapat kira beruntung. Aku dalam diam, bersyukur sangat-sangat. But at the same time, they make me scared! Haha. Iyalah. Kalau SV bagus, haruslah aku bekerja keras. Kalau aku caucincai, silakanlah caucaucau dari bumi UK ni. Hohoho

I also managed to get a study room here. A brand new laptop also will be given to all PhD students in Business School. Alhamdulillah... Nampak gaya jadi milik WF lah kan as I already bought a Macbook Pro for myself. Hehe. Takkan University nak bagi Macbook pulak kan..... Hamboii over noks! Hahahaha



Nah gambar kitorang untuk mereka yang rindukan kami. Hehe.


Oklah. Nanti aku update lagi. Aku memang tengah mood nak update blog ni. Dalam erti kata lain, mood nak membebel. HAHAHAH DANG!


Till then. Bye.



Wednesday, September 5, 2012

Akhirnya...

 Dah nak sambung PhD baru merasa nak pakai.