I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Thursday, August 23, 2012

PhD Journey #4: Oh Flight Ticket. Oh Rumah.

Untuk part flight ticket, we have got settled on that. Phew.. Pening hokkay nak beli flight ticket ni rupanya. Segala-galanya pening la actually bila nak pergi sambung belajar. I mean, kalau kau single, takde apa yang dipeningkan SANGAT tapi kalau kau nak pergi belajar abroad dengan spouse and anak, there are toooo many things that you have to consider.

On the flight ticket, our initial plan was nak pergi Exeter by KLM. Kira macam ni route dia:

KLIA-Singapore (MAS), Singapore-Paris (Air France A380), Paris-Exeter (Flybe) ATAU;

KLIA-Amsterdam (KLM), Amsterdam-Paris(Air France tapi boeing biasa je bukan airbus),Paris-Exeter (Flybe)

Advantage kau naik KLM, dapat student fare, baggage allowance 23kg extra. So total up untuk aku sorang je dapat 46kg TAPIIII aku hanya boleh bawak 2 bags sahaja 23kg each. Memang tak lahhh... Kotak je dah berapa kan. Ya aku memang ada banyak kotak dibawa. Antaranya kotak buku-buku. Masa master haritu dapat free company bagi kan. Harus aku angkut sekali bawak pergi UK. Haha

Maka, hanya disebabkan KLM hanya benarkan bawak 1 piece per passenger, terus cancel beli KLM. Walhal masa tu aku and WF dah kat kaunter KLM ni weh bawak cash RM7k nak bayar duit tiket. Oh KLM boleh main booking camtu je tau. Within 48hours kau kena pergi bayar la kat kaunter KLM at Parkroyal Hotel/KLIA. Masa tu aku pergi kat Parkroyal Hotel je.

Last sekali, we decided to go there via MAS. Turun Heathrow. But then tak decide lagi either naik train or mpv terus ke Exeter. Naik train, 2hrs away je from Paddington. Kalau naik mpv, it takes about 4hrs jugak tapi tak berebut and boleh tidoq je sepanjang journey nanti. Baggage everything pon tak perlu risau sbb memang tahu duduk dengan rapi je dalam bonet tu nanti.

Maka, let us decide masa sampai tu nanti. Hope aku tak perlu long queue la since I'll be going with Damia kan. Those passengers yang pergi dengan baby akan ada kaunter khas kat immigration tu. So tak perlu la kitorang beratur panjang kot. Amin........

Oh aku beli flight ticket via one of the students sponsored by MARA jugak. So we managed to get 15% off. Total of the flight tickets dalam RM5k je instead of RM6k++. Alhamdulillah.. Semoga Allah murahkan rezeki kawan-kawan yang bantu kami sekeluarga. InsyaAllah =)

Ok habis part flight ticket. Now the house pulak!


Managed to find a house yang cantik, 3beds, besar, depan pos ofis. Senang nak pos barang bagai. Haha. WF siap cakap, "Ok rumah ni cantik. Kitchen view ada garden cantik".

Sekali google punya google, kitchen view itu adalah cemetery bessaaaaarrrr punyaaa wehh. Garden lah sangattt kan WF!! Hahahahakuh stressed!!! Pffffffffffftt +__________+

Memula tu WF siap cakap nak bela ayam bagai. Choyyy. Mampuihh semua ayam tu kena kacau dengan roh time halloween nanti.. #kthnksbye

Sewa rumah kat sana, minimum RM3500. Baiklah. Berjanji dengan diri sendiri untuk tidak convert ke MYR. Jika tidak, marilah kita pengsan secara berjemaah.

Kat sana yang tolong kami buat house viewing adalah one of the Msian postgrad students kat sana, Kak Normy and her husband,Abang Zul. Bole dikatakan more than 3 houses dah mereka buat house viewing. None of the houses yang okay untuk kami. Naik segan dah. Kitorang okay kalau Kak Normy kata okay. Kalau Kak Normy kata rumah tu tak berapa okay, means tak okay la. Hehe

Kami dah naik segan actually. Tapi both of them memang baik sangat. Siap suruh cari rumah bila dah sampai UK nanti. Kira nak bagi tumpang dulu la tidoq at their house. Terharu sangat rasa. Nanti nak belanja akak makan nasi lemak lah. Hehehe


Oh ya. To those who are still hunting for a house to rent in UK, kindly read this blog. Hope it helps =)


Doakan kami dapat cari rumah yang cantik, murah, besar, tapi bukan belakang kubur. Sekian.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.


mak budak takdak cuti raya,
aj-the-mommy

1 comment:

EmaRadzai said...

haiii.
so glad i see someone from exeter here.
i will be coming to exeter this sept.
yesterday (12th July) ada pre-departure briefing in Hilton Hotel, KL for the registering students in Exeter. so kinda meet-up already with k.normy and masitah. and cerita pasal accomodations and what-nots. however, since ramai jugak yg bertanya byk soalan, so jadi sesi berkenalan ja, taksempat nak tanya into details. hehehe.
can u email me for the part of the flight tiket?
nih email bluishgal15@gmail.com
thanx a bunch yaa ~~~