I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Thursday, October 25, 2012

Tuan Puteri Damia Zahraa 16 Bulan


Tuan Puteri Mommy dah berusia 16 bulan. Alhamdulillah. Dah besar anak Mommy. Dalam gambar pon nampak besar walaupon hakikatnya badan Damia tetap petite macam baby. Hehe. Tak kesah lah asalkan anak Mommy sihat walafiat. Amin...

I'm impressed with her development. She can now understand what I say. For instance, "Damia, go and take  your Ipad and give it to Mommy". "Damia, where's your tupperware? Bring it here". "Damia, where's your bib?" Pastu Damia pon terkedek-kedek la pergi ambil barang-barang yang disebut tadi. Paling takleh blah, 1st time suruh Damia pergi ambil Ipad kat bilik satu lagi, tau pulak benda alah tu Ipad. Time tu aku and WF ingat, kot la dia akan ambil bantal busuk dia ke apa. Sekali tak. Tercengang-cengang aku and WF. Haha


Pastu Damia sekarang sudah pandai makan sendiri. Dia dah lama nak belajar makan sendiri. Since kat Malaysia lagi. Masa tu 12months++ kot. Tapi aku halang. Haishh. Poor me. Bukan apa. Masa tu aku tau, kalau aku ajar dia makan, konfem makanan akan bersepah. Aku masa tu dah lah busy packing barang nak pergi UK. So aku malas nak kusutkan dengan makanan Damia yang bertaburan atas lantai. Sebab tu masa tu aku memang suap je dia. Aku tak kasi dia makan sendiri. Memang kesian lah sebab dia nak sangat suap sendiri tapi nak buat camne. Part ni, sila jangan contohi aku okay! Huehuehue

Dah sampai UK, terus aku ajar dia makan sendiri. I started to realize that Damia mahu makan sendiri bila everytime aku makan, Damia akan mengendeng nak makan makanan aku. Pastu tangan dia mula la kuis nasi atau lauk dalam pinggan aku. So from there, aku perasan la pastu cakap dengan WF nak beli high chair. Tapi WF ni kata buat apa beli sbb En. Mohamed (a Singaporean yang dah balik Singapore) ada tinggalkan high chair anak dia untuk kami. Tapi prob is, high chair tu kat rumah Msian lain. So WF lak lengah-lengahkan pergi ambil. Aku geram, aku nekad aku cakap nak beli sebab dah kesian sangat kat Damia. Lastly barulah kami pergi rumah Kak Shima and Abang Nasrul untuk ambil high chair tu.

Lega bila tengok Damia duduk atas kerusi sendiri, pinggan sendiri, suap sendiri. Bersepah tu takyah cakap lah. Tapi tu awal-awal. Now dah makin okay. Alhamdulillah. Yang penting kena monitor la awal-awal tu. So bila tumpah, Damia nampak aku kutip and tak kasi dia makan tumpah-tumpah atau comot-comot, nanti budak akan pandai sendiri la. Contoh, Damia makan, mulut comot. Aku terus lap. Pastu now everytime Damia makan, dia rasa mulut dia comot sampai pipi, dia terus lap guna bib. HAHAHA. Comel pon ada aku tengok. That shows yang baby ni mudah mengikut dan diajar. Sebab tu jangan tunjuk perbuatan yang tak elok depan anak sebab dia akan digest benda tu dalam otak. No? Itu apa yang aku baca lah. Lain budak, lain gaya dia. Tapi kebetulan, apa yang aku baca, terkena pulak dengan Damia. So aku anggap teori tu betul. Boleh? Teehehhee ;p


Oh Damia dah pandai makan benda-benda mengarut like chocolate and jajan. Tapi sini tak makan jajan sangat. Semua tu aku baru ajar bila sampai UK sebab kat sini, takleh cerewet sangat bab makan. Asal ada makanan, suap je asalkan budak tak lapar. Dulu, time kat Malaysia, Damia tak pernah tahu apa itu chocolate, tidbits etc. Pernah sekali aku bawak Damia pergi office, ada colleague ni tunjuk chocolate to attract Damia's attention. Damia bolayan jeee. Hahaha. Pastu colleague tanya aku, "Ey AJ, kau tak ajar anak kau makan chocolate ke. Patutlah anak kau buat taktau je. Kalau anak aku, memang serbu terus padahal lagi kecik daripada anak kau. Baru 7 bulan. Ramai sangat tukang suap dia. Sebab tu kecik-kecik dah makan chocolate". In this case, aku memang control anak aku. Aku memang tak bagi orang suap anak aku sesuka hati. Haha. Garam pon Damia tak pernah rasa dalam porridge dia sampailah umur setahun lebih baru ajar sikit-sikit. Pernah lah kena bebel jugak dengan parents aku tapi tak kesah lah. Cara besarkan anak adalah lain-lain. So ikut cara masing-masing. That's what I explained to them. Hehe

Damia now boleh sebut:

No = No
Mam ma = Mama instead of Mommy
Mayyy = Mommy
Dedeh = Daddy
Gowh = Go
Mmmm = Muah/Kiss
Mek = Milk
Kooo = Cookie

Okaylah. Nanti sambung lagi.



Mommy doakan Damia akan membesar menjadi muslimah yang sejati, murah rezeki, panjang umur, brilliant, dan ada ciri-ciri leadership. InsyaAllah.. Amin..



Hugs and kisses,
aj-the-mommy

2 comments:

Cik Puan Fara said...

damia..damia.. :)
haa kan.. kita ni igtkan dorg xtau ape2 lg,padahal dorang dah paham ape kita ckp.. anak aku pn sama.. iqbal tu kalo bukak baju nak mandi, nnt terkedek2 la g letak baju kotor dia dalam bakul baju. yg plg xtahan bila aku ckp, iqbal amik bag kuning mama.. dia boleh amik beg kuning btol2.xtau la kebetulan ke mmg dia paham..hehe
haa aku pn sama ko AJ.. aku pantau lg makanan dia, tp kalo dia nak ape aku mkn(janji x over manis/masin),aku kasik je. cuma aku je boleh kasi.org lain jgn.kang xpasal2 kene marah ngn aku..haha

deena awanis said...

Damia day practice jd kakak..:-)
Aku sampai skrg pun jarang bg rafique mkn sendiri sbb malas nak kemas..hahaha