I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, June 19, 2012

Hong Kong Part 1: KLIA-HKIA

Flight kitorang adalah tengah malam. Ke pepagi buta. Ah tak kesahlah. Apa yang pasti flight kitoang adalah pada pukul 0055 am, 14th June 2012. Siang tu aku and WF tidak bercuti ye. Maka, after working hours, terus rushing ambil Damia at Nanny's house, sampai rumah terus packing barang. Yaaa... We decided to go to Hong Kong pada hari kitorang nak bergerak ke Hong Kong terbabit. Huehuehue

Initially, we wanted to cancel our HK trip. Ye lah. Nak pakai banyak duit kan untuk pergi UK kelak. Namun, setelah ditimbang-tara, I told WF, kita pergi je lah. Plus, rugi lah duit air tickets yang bernilai almost RM2k itu. Naik MAS pulak tu. Bukan selalu pergi obesi naik MAS ni. Selalu naik yang 'Everyone can fly' tu je. Hehehe. Kalau pergi, rugi. Kalau tak pergi pon, rugi. Baik rugi dengan pergi jeee. Miahahaha.

Maka, malam tu jugak kelam kabut kemas baju-bajan. By 9++pm, kitorang terus gerak ke Putrajaya Central. We parked our car there. Pastu beli train tickets KLIA Transit from Putrajaya to KLIA.


Look at her. Sanggup tahan mata takmau tidoq. Maklumlah. Bukan selalu kan naik train memalam buta camni kan. Hehe



Since kitorang sampai KLIA quite awal, kitorang jenjalan la keliling KLIA. But then dah malam kan. So we decided to check in terus. Lepak kat waiting room terus.

Tengoklah Damia tu. Excited dah boleh berjalan. Sanggup tahan mata semata-mata nak tolak her Trunki.


Memula tu, I tried to sit her on the Trunki. Pastu Damia macam tak selesa and ada gaya unbalanced, terus aku taknak duduk kan dia dah. Cuakss


Maka, soronglah dikau wahai Anak akan beg Trunki terbabit. Sorong sampai penat lalu mengantuk lantas tidur dengan lenanya dalam plane.

Aku beli seats yang kat tingkap. But then, since tak ramai passenger, stewardess meminta kami berpindah ke row yang kat tengah-tengah yang ada 4 seats tu. Mereka kesian kat Damia nak tidur nanti tak selesa kalau 2 seats je.

Maka, heaven si Damia tidoq terbongkang. Daddynya turut menumpang. Mommy saja yang tidoq secara duduk sebab risau lah anything happen ke apa, maka haruslah tidur-tidur ayam. Tangan memang pegang Damia sepanjang masa. Malas nak pakai bassinet sebab I personally think she's not gonna like it. Hehe

It took about 4-5 hours journey from KLIA-HKIA. Tak rasa lama sangat sebab flight malam kan. Kira memang waktu untuk beradu pon. Tapi tobat ah weh!! Taknak dah hakuh naik flight memalam buta camtu. Sebab esoknya mengantuk tahap A+ punya hoiiiii. Aaaaaaaa dang!!



We arrived at 530am. Time zone HK sama je dengan Malaysia. Same goes to Perth. Cuma yang bezanya, masyarakat keliling haruslah bukan Malaysian. Culture dah memang totally different.


Sesampai je HKIA, aku terus rasa sakit perut. Mampuihhh terlupa beli air mineral secara banyak from Malaysia. Mineral kat Hong Kong mahal okay!! HKD8. Duit Malaysia dalam RM3-RM4 camtu. Sobs

Toilet kat Hong Kong takde paip tauuuuu. Makanya, tau aku cuci pakai apa? Haaaa... Guna Damia punya sprayer la. Selalu cuci Anak's je. This time around kena la apply kat diri sendiri. Geli tu takyah cakaplah woii. Tapi dah nama musafir. Okaylah daripada aku beristinjak which aku sendiri pon tak yakin dan tak pernah nak buat. Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertimbun pengalaman.... Hehehe.

Owh. To those yang nak pergi Hong Kong tu, sampai je terus cari kaunter yang ada jual Octopus Card. Benda alah tu more or less macam TnG la. Harga dia HKD150. Nilai dalam tu ada HKD100 and another HKD50 adalah deposit. At the end of the day, you have to return the card back to the counter. Then you'll get your HKD50 back. Kalau nak simpan buat kenang-kenangan, takyah return. Lantas, tak dapat lah duitnya. Simple =)



Kat HKIA tu, mata kitorang memang mengantok. Penat kot balik kerja terus rushing buat itu ini, pastu tidur-tidur ayam pulak dalam plane. Maka aku pon layan mata kejap kat airport tu.

By 7++am, kitorang pon naik cab ke Hong Kong Disneyland. Ada 3 types of cab. Red, blue and green. Part tu aku update later. Sebab... Sebab dah pukul 530 dah!!! Baliiikkkkkkkkkkkk............ HAHAHA


Till then peeps. Xoxo

2 comments:

Dayana said...

cam kenal je tshirt yang damia pakai tuh!

AJ The Mommy said...

yeaahh bebehhh... Aku juga macam kenal ;p