I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 2012


Alhamdulillah. Berpeluang jumpa bulan yang mulia lagi. Tahun kedua menyambut Ramadhan bersama Suami dan Anak. Last year berpantang until 1st 7 days of Ramadhan je. Pastu terus puasa sampai habis Ramadhan. Maka, ada hikmah bersalin awal beberapa hari daripada EDD. Hahaha.

Cuma apa yang membezakan Ramadhan tahun ni berbanding Ramadhan sebelum ni adalah aku dan WF konfem busy tahap A+ punya. Bulan Ramadhan ni lah nak setelkan visa, setelkan barang rumah, flight ticket, accommodation kat UK, nak shipping makanan siap-siap kat Malaysian student kat sana, nak itu nak ini yadayadayadayada.

UEM had organized a jumble sale last 2 days. Maka, aku pon amek peluang lah bukak booth dan jual sekali baju-baju, handbag-handbag and barang-barang Damia yang dah taknak pakai. Alhamdulillah dapatlah kutip more than RM300++. Sekurang-kurangnya, lega sket mata aku tengok wardrobe makin mula kosong. Hahaha. So barangan yang tak laku tu, insyaAllah akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

My concern now is, swift aku. Terlalu ramai yang nak sambung bayar. Aku nak jual kereta tu. Nak tukar nama. Kalau setakat sambung bayar, memang aku bagi parents aku je pakai. Tapi tu lah. Ada rezeki, ada lah tu orang beli.

Oh ya. I just got back from BTN. Dugaan wooo masa 1st night tu. Pukul 2 pagi menangis rindu kat Damia. Parah... Parah... NGAHAHAHA. Tapi lelama tu aku buat-buat busy la. So takde la aku menangis. Bukan apa. Nak video call memalam, sah-sah lah anak dara ku itu sudah lena tidoq. Daddynya pon sama. Tapi pengalaman WF jaga anak memang kelakar lah. Last day Mommy kat BTN, Damia buat perangai kencing atas tilam. Time tu Daddy nak pakaikan Damia CD, tapi tak sempat Daddy nak pakaikan, Damia pon pee-pee atas tilam. Saje buli Daddy kan. Daddy of the year sungguh. MIAHAHAHAHA :p

BTN yang aku pergi recently adalah BTN paling best. Mungkin sebab yang attended the session tu semua yang nak pergi oversea doing their Master/PhD. So, semua pon di kalangan cerdik bijak dan pandai. Maka, cara berkongsi idea juga tampak berbeda sekali. Ada yang daripada academic line. Ada yang macam aku daripada corporate line. Ada yang fresh grad. Met someone yang dapat pergi Oxford. Satu group dengan aku pulak tu. So from that, aku belajar the way budak bakal pergi Oxford berfikir dan bercakap. All in all, itu adalah BTN paling best dalam hidup aku. Like seriously.

Huh? Cerita Hong Kong? Hmm. Nantilah. Aku pon taktau bila nak buat karangan tentang HK. Kerja aku sekarang duk buat karangan berbalas email dengan Malaysian Postgrad kat uni aku tu. Kakak tu and husband dia baik sangat. Naik segan aku and WF. Hehe

Okaylah. Till then peeps. Xoxo


seorang muslimah,
aj-the-mommy

2 comments:

deena awanis said...

goodluck babe..nak jumpa mia before korang fly. eh, tiket dah beli belum ni?bape hb?

AJ The Mommy said...

thanks babe. ticket tgh survey lagi. aku fly a week after raya. prolly between 5th-8th sept.