I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Monday, August 27, 2012

Penghijrahan Yang Lain Macam

Yesterday was our last weekend in Kuala Lumpur. Hati terasa sayu. Rumah ini memberi banyak kenangan kepada aku, WF dan Damia.

Jiwa jantan Sang Suami turut tersentuh tatkala beliau mengemas pinggan mangkuk lalu dibungkus kemas di dalam kotak-kotak. "I rasa sayu la. Selalu orang pindah rumah, barang tu akan dipakai balik bila kat rumah baru. Tapi kali ni, kita memang dah tak akan pakai barang-barang tu dah" T___T

Sesungguhnya, keputusan untuk berhijrah bukanlah suatu keputusan yang mudah. Kalau hati tak secekal mana, iman tak serapi mana, akal tak diasah mana, mungkin bendera putih bakal berkibar megah.

Semoga kecekalan dan ketabahan sentiasa mengiringi aku, WF dan Damia. InsyaAllah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6 comments:

Farrah said...

good luck AJ..
xsempat nk jmpe damia..

takpe, ckp kt WF sampai uk nnt kita beli pinggan baru semua.. hehe

Ibu Ilyanie(s) said...

life goes on... keputusan dh dibuat... teruskan dgn semangat yg positif.. Itulah kehidupan. "wink2"

p/s: jemput ke blog and folo.. :D
ibuilyaniecottage.blogspot.com
puterihannan.blogspot.com

Dina Zakaria said...

babe..aku pun sedih..nak jumpa miamia..dah reserve duit raya dia nih..hope sempat..tapi aku balik kampung hari ni sampai weekend. next week kita jumpa k..

monstorious wife said...

Hi Aj, boleh tak citer pasal cemana nak apply visa with family. Sebab tadi member kata dah naek duet dalam saving kena ada 30k. Betul ka?

AJ the Mommy said...

CIK PUAN FARA

tu la. tak sempat jumpa iqy. nanti pape kita kontek kt twitter je k :)


IBU ILYANIE

insyaAllah. Doakan kami sekeluarga kuat ye :)


DEENA

insyaAllah kalau sempat kita jumpa. nak bagi rafique duit raya gakkk.. hehe


MONSTORIOUS WIFE

hi u. mine dulu dalam RM20k je sbb outside london. yang RM30k tu maybe inside london. Try double check with VFS.

u boleh bagi email add tak? i explain dlm email sbb panjang explanation tu. hehe.

monstorious wife said...

hi AJ. Email ilotshikamaru@gmail.com

Thanks for help sbb many version sangat dengar pasal visa nih,