I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, August 14, 2012

PhD Journey #3: Packing Itu Penat!



See. The pictures tell us everything.

Rasa macam dah banyak aku packing. Tapi tak abes-abes packing lagi. Adakah aku terlalu banyak baju? Adakah terlalu banyak barang? Adakah apakah bagaimanakah?

Honestly, aku rimas actually tengok bag merata-rata. Tapi memang takleh nak buat apa. Kerja punggah-memunggah barang tak pernah abes. Maka, aku biarkan saja begitu rupa. Mujur sofa coklat sudah terjual. Lapang sikit dada ruang tamu rumah aku. Selapang mata aku yang memandang. Lapang lagi trek larian anakku Damia Zahraa. HAHA EH?!

Oh ya. Kami dah borong macam-macam jenis rempah. Hampir satu NSK kami jelajahi. Cewah. #EpicSangat!

Thus, we decided that some of the stuff have to be shipped via surface parcel. Waaayyy cheaper than the air parcel.

1kg = RM34.50
5kg = RM54.30
10kg = RM71.30
15kg = RM95.50
20kg = RM116.60

Kalau nak post via air parcel memang agak pricey la. Tapi it would take around 10-14 days je unlike the surface one, could be 1-2months.

However, those bekalan makanan yang kami beli which perlu digunapakai urgently like spices, santan, and all that, they will be sent via air parcel. The most important thing is of course la Maggie bebehh!! LOL

So here you go.

5kg = RM202.90
10kg = RM374.90
20kg = RM718.90

Utk air parcel, kami post 20kg. Utk surface parcel, kami post 10kg. Investment utk masa akan datang. Ikat perut Ikat perut!

Ok tata! Nak sambung packing. Bluerrghh.....

Emak yang mengantuk,
aj-the-mommy


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Dina Zakaria said...

pergh pergh..tgk postage cost pun rasa nak demam babe!ikat perut lah awal2 ni..insyaallah everything will smooth sailing later.good luck!

mama irfan said...

salam... nak tanya... macam mana nak dapat maklumat surface parcel utk negara len?