I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Wednesday, October 17, 2012

Nukilan 3 Pagi

Aku terjaga. Bunyi orang cakap kuat gila. Rupanya bunyi TV yang memekak. Daddy tertidur atas sofa rupanya.

Damia terjaga, nak menyusu. Aku dalam dilemma. Nak susukan Damia (read: breastfeed) atau nak pergi kejut Daddy (read: nak membebel sebab tidur dengan TV terpasang bazir elektrik!) kat bawah. So, antara Daddy dan Damia, wajiblah aku pilih Damia. Sorry Daddy.  Damia is everything to me. Hehehehe. Dalam erti kata lain, memekak lah TV terbabit kat ruang tamu bawah dengan British accent nya secara berleluasa +__+

Tengok Damia dah lalok sket lepas bf, aku pon bangun nak pergi kejut Daddy (read: nak membebel eh berapa kali nak type daaaa). Tapi disebabkan malas nak turun anak tangga yang empuk itu, (Yaa sangat empuk tangga rumah ni. Karpet tebal ya ampun) aku panggil je Daddy from tangga paling atas. Tapi tak lut. Sesungguhnya, suara TV lagi kuat daripada aku.

Akhirnya, aku turun jugak kejut Daddy yang sedang tidur sambil kepit tangan sebab tahan sejuk. HAHA. Dah tau sejuk ada hati nak tidur depan TV buat style kat Malaysia? Oh #SoMalaysian. Kihkihkih. Dahlah tanak on heater atas dasar jimat. Mungkin TV yang terbukak itu lebih jimat daripada heater yang terpasang. Whatever lah Daddy.

Kejut punya kejut, akhirnya Daddy terjaga. Terus tersedar yang beliau memang berada dalam kesejukan serta diselubungi suara British accent yang memekak di segenap ruang tamu yang sunyi OMG BISINGSSS! Lalu Daddy switch off TV. Aku kembali ke tingkat atas. Tapi tidak masuk ke kamar tidurku. Aku masuk ke kamar belajar.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti gelang emas sedang bergerak menghampiri kamar belajar. "Eh macam kenal". OMG DAMIA BANGUN AAAAA!!! (Read: Damia bukan species bayi yang jaga malam tanpa sebab). Ini mesti suara aku yang kejut Daddy secara mengejut tadi. Damia berlari ke arah aku lalu peluk. Damia memang macam tu. Kalau bangun tidur, tengok Mommy tiada di sisi, Damia akan bangun dan berlari-lari cute mencari Mommy. Aih cair.....

Ok focus focus.

Then, aku sambung breastfeed Damia. Tapi Damia dah tak mahu. Oh why why??!! Sebab Damia mahu bermain dalam keadaan mamai OMG NO WAY!! Kalau tau jadi ini macam, aku biarkan je TV memekak kat bawah. Last-last aku biarkan Damia bermain. Aku pura-pura tidur. Kalau layan, memang konfem lagu ABC, Alif Ba Ta dinyanyikan secara berdas-das oleh ehem oleh Mommy laaaa +___+

Tak sampai beberapa minit, less than 5 minutes perhaps, she fell asleep. Tapi position tidur dia adalah seperti berebut space dengan Daddy. Kalau Daddy pusing je, harus Damia menjadi mangsa lanyak Daddy oh tidaakk...

Lalu aku angkat dan letak Damia di antara Mommy and Daddy. Biasalah. Dah mula terjaga tu, mula lah cranky nak tidur balik. Apa lagi. Bf Damia again and again. Kemudian, Damia tertidur. Daddy dah lama layu di tasik empuk. Now MOMMY? WHAT HAPPENED TO MOMMY?

Yaaaaa... Terhasil lah entry ini. Entry pukul 3 pagi. Tak boleh tidur huwaaaaaaaa :'(

Or maybe sebab esok I'll be meeting my both SVs (again. yes!) so mungkin aku cuak? Atau mungkin aku sedang anticipate apakah soalan yang bakal dilontarkan? Atau mungkin terlalu banyak perkara yang aku pikir lalu mengundang insomnia? Ah insomnia lah sangat. Baru malam ni mata takleh tidur balik dah gelar diri insomnia. Exaggerate lah kau AJ! Choy.

Oklah. Bye.


2 comments:

Dayana said...

taknak like post ni sebab takde gambar damia!! me want damia!!

AJ the Mommy said...

aku memang sengaja! kehkehkeh ;p