I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Sunday, July 21, 2013

Ramadhan 2013

Selamat berpuasa semua. Sekejap je dah hari ke 12 berpuasa kan. Tapi... Tapi sebenarnya tak sekejap bagi aku. Sobs..

Sejujurnya... Masa awal-awal Ramdhan hari tu, HARI-HARI aku kira cepatlah hari puasa ke 30. Ya. Sejujurnya. Dah macam budak sekolah dah. Sebab tak pernah dalam hayat aku terpikir yang aku akan berpuasa selama lebih 18 jam sehari. T___T

Puasa kat sini taklah lapar mana cuma nak tunggu jam tu berdetik ke pukul 930 malam, huii terseksa oi. Psiko dowh tengok jarum jam yang lembab namamp gerak. Ish. Pastu baru setel isyak and terawih, tetiba dah sahur balik. Huwaaa +___+

Tapi now dah okaylah. Alah bisa tegal biasa orang tua-tua kata. Ha nak sangat belajar obesi, so jangan banyak cakap! Zip mulut. Nak barakah Ramadhan tak AJ? Hehe

Talking about Ramadhan, I still remember last year's Ramadhan, hari-hari aku berdoa agar dapat sambung belajar kat UK. Dan alhamdulillah termakbul. Here I am today. Jadi whenever aku berada dalam keadaan down and give up belajar, aku akan cuba muhasabah diri dengan ingat balik doa-doa aku dulu. Aik kenapa give up AJ? Give up sebab to me, PhD tu susah namamp! Ya. To me. Whoever says PhD ni celah gigi je, aku Amon Rei manusia tu 8 juta kali T___T

Ramai yang bertanya, apa tujuan aku buat PhD. Serious ramai. Sometimes I wonder, pelik ke eh soemone yang bukan daripada academician line untuk sambung PhD? Adakah seseorang yang bukan bergelar lecturer tidak wajar sambung PhD? Hmmm...

Baiklah. 

Reason aku cukup simple actually. I have my own plan to enhance my career advancement. Besides, I'm looking forward to have a better life with my little family. Thus, I decided to upgrade my qualification to the highest level so that I can be well prepared to face any challenges ahead. 

Tapi the ultimate point is I just wanna have a better life dan diberkati Allah Taala. Bukan untuk siapa pon. Untuk anak-anak jugak. Walau tidaklah sehebat mana, kalau aku mati kelak, sekurang-kurangnya aku nak anak-anak aku tahu, yang I have done something to make them feel proud of having me as their Mommy. That. Is. All.

Doakan aku ya kawan-kawan. Terima kasih :)

Okaylah. Happy fasting everyone! 


Loves,
aj-the-mommy

1 comment:

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.82
done follow sini,
jom follow teman yea..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog