I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, November 5, 2013

PhD Journey #10: Psycho

First of all, apologies for not replying any comments and emails. Bukan tanak reply, but sometimes I don't really have time to sit down, crash my head and think proper words to reply. Kalau setakat reply ala-ala kadar, ayat pendek-pendek, anytime. I'm afraid, kalau reply pendek, dicap kerek. So biar kerek betul-betul by not replying terus. Huahuahua

Cewah takdelah. Basically soalan tanya cukup ke duit yang Mara bagi untuk tampung life kat UK. Jawapannya, cukup-cukup. The rest, pandai-pandai lah cari kerja sampingan. Banyak je rezeki atas bumi Allah ni. WF buat macam-macam kerja. Antaranya jadi agent shipping co. Tapi tak perlulah tanya berapa komisyen sekotak WF dapat. Amboi. Details bebenor. Aku tak tanya Suami kau pakai jam tangan brand apa pon kan. So mind your words. 

Eh kenapa jam tangan AJ? Oh tak tahu ke? Lambang kemachoan seseorang lelaki itu bergantung pada brand apa jam tangan dia pakai. Kalau perempuan: handbag. Kalau mak-mak: baby apparels and accesories.

Ah brand apa pon. Bukan bawak masuk kubur kan. (Ayat cliche tapi benar)

Baiklah. Back to my serious business.

I actually don't prefer to talk about my PhD journey. Sebab, mine adalah sangat disaster, horrible, terrible dan tak smooth. Ok nak menangis pulak bercerita pasal PhD. Bergenang dah bergenang dah. Hish.

Of all reasons, despite of willing from Allah, antara kejayaan seseorang dalam PhD adalah bergantung kepada supervisor mereka. Dan aku adalah antara PhD student yang tak bernasib baik. Both of my SVs are women. One of them is the head of dept. So sangat strict dan sampai satu tahap, "kau nak apa sebenarnya??????"

Aku adalah seorang yang zero knowledge. Tak tahu menahu tentang academic writing. Remember, I'm not a lecturer. 

There's one day (dah jadi many many days pon sebab dah banyak kali happened), aku diminta mencari sesuatu topic. When I presented to her, it was totally wrong! Aku balik, cari lagi. Tunjuk pada SV apa yang dia request. Salah lagi. That situations berlaku banyak kali. Aku tak pernah disuap. SV aku jenis bagi hint, then sendiri pikir. Ya. Memang aku 'genius gila' untuk pikir apa yang dia nak. Ada 'chemistry' katakan. Sampai lah satu tahap, aku nak je tanya, "kau nak apa actually?" 

Tapi berbalik kepada rules of thumbs in doing PhD, kejayaan seseorang pelajar bergantung kepada supervisor mereka. Jadi aku diam sampai lebam. Kalau tu standard kawan-kawan, memang dah lama aku rebel. Tapi knowing her, she's an expert (of course!), Prof kot. So aku mengambil langkah ikut je rentak dia. Sebab in this case, beliau memang dah makan garam lama daripada aku. I admit and have to give my full respect pada beliau. She's an academician. As compared to myself, pelajar cabuk je.

Another reason kenapa aku mampu bertahan with her attitude adalah kerana, gaya SV aku adalah sebijik gaya bekas boss aku. Like seriously! Sometimes aku tak tahu apa yang boss aku nak. Letih aku nak pikir apa yang dia pikir. Aku Exec, boss aku CEO. Nampak tak macam enggang dan pipit? 

Masa tu I had to think like a CEO sebab nak tahu apa yang ada dalam kotak pikiran dia. So maybe ada hikmah kenapa aku jumpa someone who is exactly like my ex CEO. Clone habis okay! Sekurang-kurangnya, aku dah pernah ada pengalaman on how to deal with these kind of people. Sekarang ni, antara aku dan my ex boss, I can say that she's like a big sister to me. Whatsapp sokmo. Hehe. Mungkin itu maksud "there's a light at the end of the tunnel"? Mungkin one day aku dan SV  akan berwhatsapp like mother and daughter. I wish bebeh! I really wish!

As for now, aku memang tengah merana dan menderita. If you see myself look slimmer than before, hope above explanations answered your question. Sebab tu aku tanak cerita pasal my PhD Journey. It's definitely suffering, and really difficult to me.

To those who have a good SV, you are so lucky. Keep up your good work and don't complain/whine too much. Remember, you are so lucky. So bersyukurlah.

To all my silent readers, mohon doakan kejayaan PhD aku. Nanti aku kasi Phillips Airfyer free. Muahaha Pang!! Ok tak lawak.

Tolonglahhhh AJ. Tengah sedihkan. Main-main pulak. Kang habis semua yang doakan untuk kau, claim nak airfryer free.

Sebenarnya, aku taknak orang tahu aku sedih. Memang aku bahagia dengan anak-anak yang membahagiakan. Tapi derita buat PhD ni, Allah Ta'ala je tahu. 

assume, I am one of those yang malang who have to deal with this situation: Apa-yang-SV-AJ-Mahu.

Goodnight.

Salam Ma'al Hijrah to all Muslims around the globe.

*lap air mata*

7 comments:

mrs solehin said...

be strong ok beb..aku merangkap kwn ko dari setinggi lutut until now always doa kan ko..insyallh,all the best for your Phd ok dear~bile penat and rase dah tak kuat..pandang muka anak2..and suami..insyallh mereka adalah kekuatan ko ok!!

nik norehan nik hussin said...

Dear Ajlaa,

Be strong ya! Allah always there for u...dan doa aku salu bersama kau...

love always!

winawin said...

Hi AJ. don't doubt yourself. satu hari ko akan baca balik post2 neh and tergelak because ko berjaya harungi all of these. May Allah ease your journey :)

Wan Hamiza said...

u can do it aj! kita sekapal..dont give up..

monstorious wife said...

AJ, I seriously agree with u. Journey buat phd ni mmg depends pada SV. Memang ada banyak case yg Phd x jalan sbb sv.
Actually for those yg duduk midland keatas tu lucky u, rumah murah. Of course duit byk lebih nk shopping.

AJ, i doakan u kuat n tabah ye.. Good luck!

Joannfoca said...

Be strong Madam you can do this, love reading thru your experiences in UK.. =)

Me, Myself and I said...

assalam.. salam kenal dari bristol.. dekat je kan exeter & bristol.. myself baru je start phd ni 6 bln.. and serius.. masih bodoh jgk!! huwarggghhh..