I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Thursday, February 6, 2014

AJ Kembali Menulis

Hi Blog.

Long time no see you. Aku rasa aku nak kembali aktif berblog (pui). Sebab seriously aku rasa rugi tak jot down each moment kat UK ni. Yelah. Peluang bukan dapat selalu kan. Aku patut buat ala-ala travelog camtu. Maka, salahkan instagram! Buahahaha.

Aik apsal salahkan instagram? Yelah. Sejak ada instagram ni, segala mak nenek pon nak update kat situ. Pastu link kat Twitter and FB. Pastu blog pon dianaktirikan. Haish.. Dah besar kelak, anak-anak aku takkan nak belek instagram satu persatu kan. Adalah lebih elok jika mereka baca coretan Mommy dia ni dalam blog. Lebih proper orang kata sekaligus mengelakkan muntah ijo untuk scroll gambar-gambar kat iG tu. Hehe

I actually have an intention to tell the whole story pasal tempat-tempat yang aku pernah jelajah (ayat tanak kalah) kat UK ni. Thanks to Mama and Abah lah sebab datang haritu. Kalau they all tak datang, tah bila-bila tah aku nak pusing satu UK ni kan. So almost semua region aku dah cover. Tak semua la tapi. Kan aku dah cakap 'almost'. Haishhh...

Ok aku berjanji pada diri sendiri untuk upload setiap minggu. Untuk bagi semangat pada diri sendiri jugak. Plus supervisor aku dah makin okay. Alhamdulillah. Semoga SV aku okay dengan aku sampailah aku dapat kecapi (ayat kau AJ please lahhh) segulung ijazah PhD. Thanks to those yang mendoakan. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan penuh rahmat insyaAllah.

Nah gambar-gambar untuk tatapan sekejap cuma (duhh)



Bulan ni Bella will turn 9 months old. Kejap je kan. Cerita kelahiran dia yang amazing tu pon aku tak story lagi. Hehe. Ok nanti aku cari mood leklok, aku cerita pasal Bella from A-Z. Macam biasa, untuk kenangan bila aku dah tua kelak (alolololo).




Damia lak dah 32 bulan. Haha gigih aku kira usia dia. September ni dah start masuk nursery. Tapi dah register awal-awal takut penuh kang, Mommy yang melopong. Mujur anak-anak aku lahir before September. Biasalah, British system. Nak masuk sekolah kena lahir bulan sekian-sekian-sekian. So since Damia lahir in June, cepat sikit boleh hantar masuk sekolah. Kalau tak, jenuh lah Daddy kena handle 'nursery' lama-lama. Ekekek



Okaylah. Nanti weekend ni aku upload lagi. Ya aku berjanji pada diri sendiri untuk kasi blog ni 'hidup' demi kenangan hari tua kelak. Omaigod terasa betul diri menua. Mohon panjang umur pleaseeeee. Nak tengok anak-anak cucu-cucu cicit-cicit berjaya dunia akhirat insyaAllah. Nak tambahkan banyak amal ibadat. Masa muda dulu banyak betul buat dosa.

Sejak buat Phd ni, aku rasa diri aku dengan Tuhan makin dekat. Dekat dia hanya orang yang buat Phd je paham kot. Atau hanya orang yang dapat ujian macam nak meletop jantung ni je kot paham apa aku rasa. Dan sejak buat Phd ni, aku banyak jumpa orang yang membawa aku ke arah keagaamaan (walaupon nampak aku macam tak berapa nak ustajah) but tah eh.

I have one colleague here. But she's doing master. Minah tu sampai dah tak tahu nak solat apa dah dalam hidup dia. Name it, solat hajat, tahajjud, taubat, istikharah, semua dia buat EVERYDAY! Subhanallah. Aku takdelah sampai tahap tu lagi. Tapi slowly learn and top up my amal jariah and semua tu between me and Allah. Menangis kat tikar sejadah hari-hari tu takyah cakapla kan.

Tapi Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu nak tanggung. Kita rasa kita susah, ada orang lagi derita daripada kita. Cuma kita je taktau. Sebab tu Islam galakkan kita bergaul dengan semua peringkat manusia. Baik daripada cleaner sampailah ke CEO. Networking tu penting dalam hidup. So jangan kutuk orang yang ada banyak pasang cable. Bukan berdosa pon. No?

Okaylah. Jumpa lagi. Toodles!


loves,
aj-the-mommy

3 comments:

Masitah Abdullah said...

yay!!! aj kembali. cant wait for the next entry

Farrah Diana said...

aku hari2 kot tunggu ko updet.. haha

suhailey mohd noor said...

tersentap pulak baca pasal ur colleague yang dah tak tahu nak solat apa dah tu..insaf sungguh rasa! determine sungguh dia.