I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Monday, October 19, 2015

Almost A Year?



Ya Allah... Dah hampir setahun aku tak jengah blog ni? Macam tak percaya. Haha. Dulu macam hari-hari nak conteng dalam benda alah ni. Sekarang ni mujur la password dah set up 'remember me', kalau tak, kompom aku kena tekan 'forgotten password'. Kekekeke

Dalam masa setahun juga, siapa sangka I am now a mother of three. Tak expect pon Bella akan dapat adik selagi Mommy belum habis PhD. Tapi kuasa Allah, ada lah hikmah dan hikmahNya, kami telah dikurniakan seorang anak lelaki. Alhamdulillah.

Aku nak gunakan masa berpantang ni untuk merapu kat dalam blog boleh tak? Bila lagi kan. Kalau hari-hari biasa, nanti berselubung dengan rasa bersalah untuk tulis thesis kan. Haha. So masa berpantang ni macam kira excuse sikit la kan kan kan.

Okay nak kumpul kekuatan jap untuk tulis next entry. Maklumlah. Kena warm up semula. Ni gambar pon takde ni. Janggal betul type pepanjang tanpa gambar.

Ini semua salah instagram! *tetibah*

2 comments:

jnaemah said...

Hai Aj. Just one of your reader. Tetiba pagi ni on the way nak pergi kerja teringat kat you. So just google your blog. Nasib baik wujud lagi. Baca your blog since you anak dara lagi. Tahniah atas kelahiran putera.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)