I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Friday, February 18, 2011

Kisah Bayi Meninggal Dalam Kandungan. Al-Fatihah


Sedangkan aku yang membaca pon tergamam, yang melaluinya mungkin lebih terpana. Aku doakan beliau tabah hadapi dugaan ini.

Aku tengah sibuk menggoogle tukang urut sebelum dan selepas bersalin. Tengah-tengah google tu, haruslah macam-macam link yg keluarkan. Dari 1 blog, aku baca ke blog lain. Sampai la 1 blog ni, aku terus sesak nafas baca.

Aku terbaca kisah seorang ibu yang menceritakan pengalaman beliau melalui anak yang meninggal dalam kandungan. Masa tu dah 7 months weh. And it happened last 4 weeks I guess. Masa aku baca entry beliau, serious jantung aku berderau. Aku pitam. Terus aku letak kepala atas meja nak bagi turunkan darah yang dah naek sampai kepala akibat terkejut baca.

Pada mulanya, aku terbaca entry yang ini, tapi aku still blur la kan sebab musabab nya kenapa. Maklumla, aku baca dekat pengakhiran cerita. Aku dapat link beliau pon daripada blogger lain yang aku jumpa dalam internet. Kira main link-link ah.

Then sebabkan baca entry tu pon aku dah pitam, aku cool off kan diri sniri. Aku lak yang trauma. Padahal aku hanya pembaca. Sengal tak? Dah okay sket, aku bukak balik blog beliau, aku baca yang older posts. Dah abes 1 entry, aku baca lagi yang previous. Abes 1 entry, baca dan terus baca.

Seriau tu takyah cakap lah. Tapi sebab nak tau jugak punca kematian bayi tu dalam kandungan, aku gagahkan juga baca blog beliau. Korang bayangkan eh, 2 minggu bhai beliau mengandungkan bayi yang sudah pergi. Mana tak berderau aku baca. Tapi aku tengok beliau sangat tabah. Aku kagum! Sistok dowh.

Then bila dah jumpa entry asalnya, barulah aku tau bagaimana beliau mula perasan yang bayinya tidak lagi bergerak dalam entry ni. Lagi buat aku sebak dan tersentap time baca tu adalah beliau baru je pergi check up a week before that. Cuma during the last check up tu, menurut beliau, uri bayi tu berada dalam keadaan ke bawah. Untuk lebih detail, bole baca cerita beliau dekat sini.

Kalau korang rajin, korang baca la semua cerita atau pengalaman beliau time kat hospital betapa sabarnya beliau menunggu "kelahiran" anaknya itu dan betapa bersungguhnya beliau mahu "melahirkan" secara normal walaupon hanya jasad semata. Time aku baca tu, sumpah aku tergamam. Tak dapat bayangkan kalau aku berada kat tempat beliau. Seriously. Dang!!

Anak sulung beliau yang baru setahun lebey pon macam ada gerak hati yang adiknya seperti tidak akan sempat melihat dunia. Siap cakap "bye atheekkk.." sebelum tidur. Ok sebak weh bacaaaa T_____T

Sebagai manusia biasa, aku sedey dan simpati. Sebab aku sendiri sedang mengandungkan anak yang belum tahu hujung pangkal cerita nya. Kita hanya merancang, tapi segala percaturan telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa yang terbaik untuk kita dan anak dalam kandungan. Lain orang, lain ujian-Nya :')

Untuk Pn. Ashra, saya memohon maaf sekiranya Pn. Ashra tersinggung saya berkongsi atau link kan pengalaman Pn. Ashra dalam entry blog saya. Maaf sekali lagi sekiranya hal peribadi Puan tentang 'itu' saya ceritakan di sini. Sejujurnya tiada niat lain. Cuma mahu berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Papepon, saya kagum dengan ketabahan Puan menghadapi ujian Allah yang bagi saya agak sukar nak dibayangkan dan insyaAllah ada hikmah di sebalik semua ni. And I'm sure, Nur Iman tenang di sana. Take care =)

Semoga ayat skema aku melembutkan hati Pn. Ashra kalau dia marah. Hehehe DANG!!!


p/s:
Will be seeing our little baby tomorrow. Hope everything is okay. InsyaAllah. Can't wait!


Loves,
aj-the-mommy

7 comments:

Dina Zakaria said...

take care babe..aku tumpang kagum jugak dengan pn.ashra..

AJ the Mommy said...

InsyaAllah. thanx babe :)

ashra said...

Saya terharu dan sebak.....dgn entry ni.
Saya cam tak percaya,saya da lalui semua itu.kisah tu da setahun berlalu...saya pun tatau dari mana kekuatan datang tuk menulis semua tu.

Sampai skang,saya lagi tak mampu nak baca tulisan saya sebenarnya.Sebab terlalu ikhlas dari hati ketika itu kan....mmg bulat bulat dari hati...

Papepun,semua yang berlaku tu ada hikmahnya kan.alhamdulillah,allah kurniakan rezki yang lebih baik selepas itu.

Terrima kasih atas entry ni ye..hehe.saya tak tersimggung pun,tapi saya hepi kalu ada yang senasib dgn saya,menemui kekuatan melalui penulisan saya suatu kerika dulu...
Hanya itu yang mampu saya lakukan buat kawan kawan maya...

:)

suhaimah abd rahman said...

Salam semua,

Sebak saya bace entri Pn Ashra. Untuk pengetahuan, saya pun baru sahaja kematian bayi dalam kandungan saya yg telahpun berusia 9 bulan 1 hari pada 18hb jan 2013.

Sekelip mata sahaja Allah SWT ambil dia dari saya. Ketika sedang saya menunggu saat2 untuk bergelar ibu.

Saya redha akan pemergiannya tetapi skrg saya masih perlukan kekuatan untuk mengharungi semua ini.

zeera lily said...

X dpt nk buka blog tu...
Puan ashra blh invite sy x?

Unknown said...

Assalamualaikum..Pn. Ashra, kakak saye baru saje mengalami situasi yg same..Boleh x Pn. Ashra invite sye untuk bace entry blog pn. saye nak bg pd kakak sye..dye terlalu sedih..

Unknown said...

Assalamualaikum Pn. Ashra, kakak sye baru mengalami situasi yg sme, boleh x pn invite sye untk bace entry blog pn? kakak sye terlalu sedih..sye mohon.