I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Monday, June 25, 2012

Happy 1st Birthday Wan Damia Zahraa

Hari ini bertarikhkan 25 June 2012, genap setahun sudah usia buah hati Mommy yang bernama Wan Damia Zahraa Wan Faizul. Betapa pantas masa berlari. Betapa rakus usia dimamah hari. Betapa sayu dan sebak hati si Mommy melihat pembesaran si kecil yang semakin petah berbicara dan rancak bergurau-senda.


I still remember how enjoyed I was semasa melahirkan Damia Zahraa. Kehadiran si Little Baby Princess dalam hidup Mommy adalah sesuatu yang dinantikan. Mungkin nasib menyebelahi aku. I didn't find any difficulties while giving birth of you my Sweetheart. Thanks for making my life easier. Thanks for being such a wonderful newborn baby to me Sayang.


So there you are. That was your first photo in public my Dear. Menatap gambar si Anak tatkala kebosanan melanda adalah satu hobi yang sangat kelakar umpama gila bayang bagai tetapi indah. Sangat tenang jiwa Mommy. Hati yang resah, diri yang dihujani pelbagai masalah, air mata yang mengalir tanpa henti setiap hari menjadi hilang serta-merta tatkala menatap raut wajah Damia Zahraa. Ketawa kecilnya bisa menyapu segala titik hitam dalam hidup aku. Betapa besarnya aura si Anak. Betapa besarnya kuasa Allah swt kerna menghadiahkan aku bayi yang mampu menenangkan jiwa dan raga keibuanku. Subhanallah :')



Namun, pada hari kelahiran dikau wahai Anakku, Mommy sedikit kesal dan berkecil hati kerna tiada gambar Mommy berdua dengan Damia. Tapi tidak mengapa. I won't blamed your Daddy even I used to. He gave me such a concrete reason to be accepted. "Apa yang ada dalam minda Baba, semoga anak dan isteri Baba selamat. Baba memang tak terfikir untuk ambil gambar Baby and Damia"

Kalau dikenang kembali, hati ibu mana yang tak sedih. Setelah penat bertarung tenaga mahu melahirkan si Anak, tapi tiada gambar walau sekeping between Mommy and the newborn baby. Sebak sangat. Tuhan je tahu. But then again, mungkin Daddy memang sungguh-sungguh terlupa. Mungkin Daddy benar-benar tak terfikir tentang gambar kenangan itu semua. Takpelah. Mommy pasrah. Mommy akan cuba pahatkan segala memori dalam hati Mommy sampai akhir hayat Mommy.


Damia Darling.. Tahukah Damia bahawa Damia dilahirkan dengan mempunyai rambut yang sangat hitam dan lebat? Ikutkan hati Mommy, Mommy tak sanggup nak botakkan Damia. Sayang sangat dengan rambut Damia yang hitam lebat tu.


Tapi Mommy akur. Agama kita agama Islam, Sayang. Sunnah Nabi menggalakkan rambut bayi dicukur pada hari ketujuh bayi dilahirkan. Tiada sebarang majlis diadakan. Hanya dikalangan keluarga sahaja. Rambut Damia dibotakkan oleh Daddy. Mommy juga turut membantu untuk membotakkan tapi Mommy tak berani buat sampai habis sebab kepala Damia lembut sangat. Biasalah Emak. Mestilah cuak kalau anything happen kan. Maka, I let your Daddy to handle everything.


And tadaaaaa... Ok what botak Mommy. Hehehe.


Genap 30 hari Damia Zahraa dilahirkan, berkat duit simpanan yang Mommy and Daddy ada, tumbanglah seekor kambing bersempena majlis akikah untuk buah hati kami. Tahukah Damia, I'm no fan of lamb. Namun, demi majlis akikah Damia, I had to swallow a few pieces of lamb, just for you baby. Yup. Just for you. Daddy kata, "Makan please.. Demi untuk anak kita".

Baiklah. Hari itu dalam sejarah, Mommy makan daging kambing. Again. I'm no fan of lamb! Mujur tak hanyir. Maka pasrah dan redha telah bertukar menjadi "Wah sedapnyaaaaaaaaaaa..." Lantas Damia pon cirit birit sebab Mommy makan banyak pulak daging kambing tu. Sorry my dear. Forgot la Damia menyusu badan. Pasni tak makan dah. Put the blame on your Daddy. Ngeeeee :D



Semoga pelamin merah jambu ini menjadi kenang-kenangan Mommy and Daddy bersempena majlis akikah Damia Zahraa. Yup I know you're still small to remember all those things. Namun bear in mind Sayang... Selain pengalaman, foto-foto terindah juga mampu menjadi kenangan abadi untuk kita bertiga. As time goes by, andai Mommy pergi dulu, tataplah gambar-gambar ini diselangi al-fatihah dan bacaan Yassin ye Sayang...



Tahun 2011 juga memberi impak besar dalam hidup Mommy and Daddy. Selain menerima kehadiran cahaya mata pertama, kami juga telah menyambut Hari Raya Aidilfitri secara bertiga untuk julung-julung kalinya. Mommy was so excited to receive your duit raya. Sebab selama ni, Mommy dapat untuk diri sendiri. But this time around, it wasn't meant for me. It was yours! Haha. Aaaahhh. Seronoknya rasa =)




When I was a kid, I always had a dream to go to any dreamland in the globe. However, your Atuk and Nenek tak mampu untuk bawa Mommy pergi berjalan-jalan ke sana ke sini. Mungkin mereka mampu tapi mungkin mereka tak didedahkan untuk membawa anak-anak mereka berjalan atau bercuti ke luar negara? Atau mungkin Atuk and Nenek gemar bercuti dalam negara sebab semua negeri dalam Malaysia Mommy dah jelajahi. I have no further comment on that. Haha

Therefore, I told your Daddy that whatever it is, one day we have to bring our child/children to any places yang menjadi impian setiap kanak-kanak. Walaupon tak mampu pergi ke semua tempat yang diidami, janji kita pergi ke satu or dua tempat yang dekat-dekat.

Maka, on 29th October 2011, we have brought you to Universal Studio Singapore. Walaupon Damia masih bayi berusia 4 bulan, tetapi Mommy was so happy dapat bawa Damia berjalan-jalan to one of the dreamlands in the world.



On 7th March 2012, we brought you to Trans Studio Bandung. Masa ni Damia dah besar sket. 9 bulan sudah usia. Sudah pandai ketawa terkekek-kekek tengok parade. Sudah pandai main tarik-tarik souvenirs dalam souvenirs shop. Sudah pandai menjerit kegembiraan melihat open theatre. Sudah pandai macam-macam. Hati Mommy gembira. Sangat!



See. Damia was too excited sampai taknak duduk dalam Ergobaby. Sebab Damia geram tengok kartun yang ada di sekeliling dia. Dengan candy yang pelbagai. Cuma masa ni Damia masih belum boleh berjalan. Kalau tidak, memang jenuh dan berpeluh lah Mommy. Hehe



A week before your 1st birthday, Mommy and Daddy brought you to Hong Kong Disneyland!!! We wanted to celebrate your 1st birthday ever at one of the best Disneyland in the globe! The moment we arrived there, you were sleeping so soundly. But we were pretty sure that Damia akan bangun juga untuk berlari-larian dalam Hong Kong Disneyland terbabit. Yeaaayyyy


We stayed at Disney Hollywood Hotel.


Yes. Three of us. Only! Daddy + Mommy = Damia. We are a happy family. InsyaAllah...



No worries Sweetheart. We have this photo to prove that you used to ride on the Disney train while you were sleeping. Jetlag ke apa Damia Zahraa ni. Tidoq je tau. Hehehehe

Okay Okay Mommy paham. You're still a baby. Sure penat punya berjalan ke sana ke mari. Whatever it is, Mommy loves you much much! =)


This is the only photo that we have in printed version. Had to pay like HKD180 for the photo together with the frame. I'll show you peeps later on. Fyi, we never had any printed photos in our safe keeping. Maka, demi menyambut Hari Ulangtahun Damia Zahraa yang pertama, we asked the Disney shop to print it out for us. Hehe




Happy 1st Birthday My Little Princess. I'm truly sorry for not throwing a birthday party for you this year. Cukuplah for me to celebrate your 1st birthday ever somewhere far from everyone. Hong Kong Disneyland, it is.

Hanya kita bertiga sekeluarga. Dalam hidup Mommy, Damia adalah nyawa Mommy. Daddy adalah tunggak kejayaan Mommy. Diselangi doa keberkatan tiang seri tegak berlima daripada Atuk dan Nenek. Amin...


"Wishing you a birthday filled with magical memories and years of happy days!" - Mickey Mouse


Damia Darling..

Terimalah hadiah hari jadi Damia Zahraa yang pertama daripada Mommy iaitu Minnie Mouse and botol air. I gave you a Minnie Mouse because I know, every baby girl wants to own it. So I know you do. Mommy hadiahkan botol air sebab Damia sudah pandai minum menggunakan straw. Simpan hadiah-hadiah ni sampai besar ye Sayang... Simpan hingga Damia sudah boleh mula mengingat setiap peristiwa dan memori manis yang berlaku dalam hidup kita sekeluarga. Ok Sweetheart?

Semoga Allah menghadiahkan usia yang panjang untuk dipinjamkan kepada Wan Damia Zahraa di atas muka bumi ini. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada Damia Zahraa. Semoga Allah memberkati segala usaha yang Damia Zahraa lakukan. Semoga Allah memakbulkan doa-doa mulia si Kecil ini. Semoga Allah mengekalkan kecantikan akhlak dan keteguhan iman bayi perempuan pertama ku ini.

Happy 1st Birthday, Wan Damia Zahraa. Mommy and Daddy heart you so much. Cium banyak-banyak. Peluk kuat-kuat. Muuaahhsss


Your one and only mother,
aj-the-mommy

Tuesday, June 19, 2012

Hong Kong Part 1: KLIA-HKIA

Flight kitorang adalah tengah malam. Ke pepagi buta. Ah tak kesahlah. Apa yang pasti flight kitoang adalah pada pukul 0055 am, 14th June 2012. Siang tu aku and WF tidak bercuti ye. Maka, after working hours, terus rushing ambil Damia at Nanny's house, sampai rumah terus packing barang. Yaaa... We decided to go to Hong Kong pada hari kitorang nak bergerak ke Hong Kong terbabit. Huehuehue

Initially, we wanted to cancel our HK trip. Ye lah. Nak pakai banyak duit kan untuk pergi UK kelak. Namun, setelah ditimbang-tara, I told WF, kita pergi je lah. Plus, rugi lah duit air tickets yang bernilai almost RM2k itu. Naik MAS pulak tu. Bukan selalu pergi obesi naik MAS ni. Selalu naik yang 'Everyone can fly' tu je. Hehehe. Kalau pergi, rugi. Kalau tak pergi pon, rugi. Baik rugi dengan pergi jeee. Miahahaha.

Maka, malam tu jugak kelam kabut kemas baju-bajan. By 9++pm, kitorang terus gerak ke Putrajaya Central. We parked our car there. Pastu beli train tickets KLIA Transit from Putrajaya to KLIA.


Look at her. Sanggup tahan mata takmau tidoq. Maklumlah. Bukan selalu kan naik train memalam buta camni kan. Hehe



Since kitorang sampai KLIA quite awal, kitorang jenjalan la keliling KLIA. But then dah malam kan. So we decided to check in terus. Lepak kat waiting room terus.

Tengoklah Damia tu. Excited dah boleh berjalan. Sanggup tahan mata semata-mata nak tolak her Trunki.


Memula tu, I tried to sit her on the Trunki. Pastu Damia macam tak selesa and ada gaya unbalanced, terus aku taknak duduk kan dia dah. Cuakss


Maka, soronglah dikau wahai Anak akan beg Trunki terbabit. Sorong sampai penat lalu mengantuk lantas tidur dengan lenanya dalam plane.

Aku beli seats yang kat tingkap. But then, since tak ramai passenger, stewardess meminta kami berpindah ke row yang kat tengah-tengah yang ada 4 seats tu. Mereka kesian kat Damia nak tidur nanti tak selesa kalau 2 seats je.

Maka, heaven si Damia tidoq terbongkang. Daddynya turut menumpang. Mommy saja yang tidoq secara duduk sebab risau lah anything happen ke apa, maka haruslah tidur-tidur ayam. Tangan memang pegang Damia sepanjang masa. Malas nak pakai bassinet sebab I personally think she's not gonna like it. Hehe

It took about 4-5 hours journey from KLIA-HKIA. Tak rasa lama sangat sebab flight malam kan. Kira memang waktu untuk beradu pon. Tapi tobat ah weh!! Taknak dah hakuh naik flight memalam buta camtu. Sebab esoknya mengantuk tahap A+ punya hoiiiii. Aaaaaaaa dang!!



We arrived at 530am. Time zone HK sama je dengan Malaysia. Same goes to Perth. Cuma yang bezanya, masyarakat keliling haruslah bukan Malaysian. Culture dah memang totally different.


Sesampai je HKIA, aku terus rasa sakit perut. Mampuihhh terlupa beli air mineral secara banyak from Malaysia. Mineral kat Hong Kong mahal okay!! HKD8. Duit Malaysia dalam RM3-RM4 camtu. Sobs

Toilet kat Hong Kong takde paip tauuuuu. Makanya, tau aku cuci pakai apa? Haaaa... Guna Damia punya sprayer la. Selalu cuci Anak's je. This time around kena la apply kat diri sendiri. Geli tu takyah cakaplah woii. Tapi dah nama musafir. Okaylah daripada aku beristinjak which aku sendiri pon tak yakin dan tak pernah nak buat. Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertimbun pengalaman.... Hehehe.

Owh. To those yang nak pergi Hong Kong tu, sampai je terus cari kaunter yang ada jual Octopus Card. Benda alah tu more or less macam TnG la. Harga dia HKD150. Nilai dalam tu ada HKD100 and another HKD50 adalah deposit. At the end of the day, you have to return the card back to the counter. Then you'll get your HKD50 back. Kalau nak simpan buat kenang-kenangan, takyah return. Lantas, tak dapat lah duitnya. Simple =)



Kat HKIA tu, mata kitorang memang mengantok. Penat kot balik kerja terus rushing buat itu ini, pastu tidur-tidur ayam pulak dalam plane. Maka aku pon layan mata kejap kat airport tu.

By 7++am, kitorang pon naik cab ke Hong Kong Disneyland. Ada 3 types of cab. Red, blue and green. Part tu aku update later. Sebab... Sebab dah pukul 530 dah!!! Baliiikkkkkkkkkkkk............ HAHAHA


Till then peeps. Xoxo

Monday, June 18, 2012

Teaser: Hong Kong Disneyland Bebeh

Just got back from Hong Kong yesterday. Such a great holiday we've ever had. Thanks Allah for giving us this kind of opportunity. We feel so blessed. Alhamdulillah =)

Happy Family Ever and After. InsyaAllah...



She'll be turning 1 year old on next Monday. Happy 1st Birthday in advance Damia Zahraa. Mommy feels so happy to see you happy Darling... Seriously. Love you so much!



a happy mother/wife,
aj-the-mommy

Tuesday, June 12, 2012

Swift Untuk Dijual

Sedih memang sedih. Tapi apa boleh buat. Sudah tiba masanya kereta pertama dalam hidupku wajar di let go immediately so that I can save more money on the visa preparation ie visa fees and air tickets.

So here we go.








Price: RM56k
Year: Dec 2009
Transmission: Auto
Edition: Keyless and 1.5cc
Mileage: 73k
Reason: Nak sambung belajar


Interest rate:
RHB Islamic 3.8%
Ambank 3.5%
Hong Leong Bank 3.2%

So after refinance, monthly payment dalam RM600-RM640.

INTERESTED? DO CALL/TEXT ME AT 012-6664013



Saturday, June 9, 2012

Tatih Damia Tatih....

At her age of 11 months++, Damia can already walk. Alhamdulillah... Dah almost 2 weeks. Tapi everytime she walks, aku mesti lupa nak ambil gambar or record the video. Excited sangat agaknya. Hehe. Maka, Mommy simpan dalam kotak memori hati sajalah ye Damia =)

Husband and I sangat teringin nak bawak Damia pergi main kat kids zone. Teringin nak tengok she mingles around with her peers. Tapi itulah. Now ni memang zaman kesibukan aku and WF. So we have to wait until dah settle down everything, baru kami boleh bawak Damia main kat playland. InsyaAllah.

Masa tu ha Damia, panjat lah segala blocks yang terpampang luas depan mata ye Sayang.... Yelah kesian kat anak Mommy. Asyik panjat sofa, katil, rak tv and kerusi meja makan je kan. Apa barang Mommy?!!! Tak thrilled langsung kan Damia. Hahaha dang!! +__+

Okaylah. Itu saja tentang Damia Zahraa. Owh. She'll be celebrating her 1st birthday very soon. Tapi Mommy tak sure nak throw a birthday party for her or not. Hmm.. Gonna find another alternative on this! Semoga Allah permudahkan. Amin...

Till then.


Emak Damia, Isteri WF,
aj-the-mommy

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.