I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Saturday, August 10, 2013

Eid Mubarak 2013

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri especially to all my blog readers, stalkers, haters, lovers or whoever la yang mengenali diriku ini. Cewah 

Takpe takpe. Aku dah maafkan korang. Takyah minta maaf. Aku pon nak minta maaf if ada salah silap. Even kalau aku tak buat salah, tapi tetap nak cari salah aku pon, takpe. Aku minta maaf serta memaafkan. Hehe

Talking about raya in oversea, oklah. Not bad at all anyway. Eh boleh lah cakap camtu kan AJ. Sebab Mama Abah ada kat sini. So yang sayu layu dendang perantau bagai ni WF je lah kan. Muehehehe :p

But still, suasana dia tak sama lah. No bunga api, no lampu liplap, no bau asap lemang et cetera. Segalanya adalah instant yaawww! Oh no suasana duit raya collection bagai. Kesian anak-anak aku. Ngehngeh

So we celebrated our 1st day of raya at Lecture Hall. Okay hiba pulak pulak rasa type perkataan lecture hall tu. I mean, of all places kan. Hehe. Tapi nak buwek cemano. Itulah nasib beraya di perantauan. Student lak tu. Takkan nak book hotel lak. Exeter ni hotel apa je ada. Travelodge? Kahkah. Menangissss T___T



Konsep kat sini potluck. Jadi each family bawak signature dish masing-masing. Heh takde lah signature actually. Cuma bahagi-bahagikan lah family ni bawak this and that. Mine bawak rendang daging. Tapi haruslah Mama yang masak. Kekeke


The Melayu Men in Exeter


The Melayu Women in Exeter


Kami lepak sampai petang kat Lecture Hall tu. Pastu since makanan banyak lagi lebih, so yang lain sambung makan kat Heavitree Park. Yang tu aku tak join la sebab penat. Night before tu aku tido lambat. Plus, Mama Abah pon sure tak larat dah. Maklumlah, dah berumur kan. Bukannya gagah macam kita yang muda ni. So sampai je rumah, aku terus tido selama 12 jam!! Tak sedar pape. Hamek ko. Betul-betul revenge ni +____+

Now macam ada energy sikit. Tu boleh membebel kat dalam blog ni. Ececece. Dan-dan je kan :D



Okaylah. Ada masa dan mood, aku update lagi.



Ratap ampun dan maaf, 
Andai ada terkasar bahasa,
Buruk budi bicara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
to all Muslims around the globe =)



The Familia :D


Atuk Nenek & Cucu-cucu =)



See. Anak-anak aku kepenatan. Hari raya ni Nak oiii... Bangun ler. Hehe. Tapi takpelah. Bila lagi nak merasa raya di perantauan kan. Time Mommy belajar la. Nanti dah settle semua, baru kita balik ye anak-anak =)


Till then peeps. XoXo


Sincerely,
ah-the-mommy

1 comment:

Mama Ikah said...

sporting betul ur parents beribu batu masih boley dtg jenguk ank cucu ksygn kat uk...huhuh...sygilah ibu bapa kita..pasti aj bhgia dgn redha mrk.