I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Sunday, February 13, 2011

My Pregnancy Outfits

Since the 1st day I knew that I was getting pregnant, I always imagined how would I look in my pregnancy outfit later on. Few days after, I never wore baju kurung to the office. Eh sebab apa AJ? Sebab tak muat weehh T__T

During my early pegnancy, aku memang makan banyak giler weh. Banyak like tak makan setahun bhai. Hoho. But now macam dah kurang sket la sbb takot baby terlebih besar nanti. Hehe.

Maka disebabkan awal-awal makan banyak, aku memang tak selesa berbaju kurung. Seriously. Then aku pegi keja hari-hari pakai seluar je. Sampai tahap dah takleh nak kancing pon aku still pakai jugak janji boleh zip. Huahuahau



1 Month++ of Pregnancy

Masa awal-awal tu, aku kerap la pakai dress bridesmaid kat atas tu sbb tu je aku ada. HAHAH. Maklumla. Time aku kawen, tak berkesempatan nak pakai. After kawen la baru terhegeh-hegeh nak pakai. Sebab time tu aku memang takde dress collection pon lagi. So tibai je mana yg ada. Hehe.

3 Months

Tak lama lepas tu baru lah aku pergi shopping maternity clothes. Gambar kat atas tu was my 1st pregnancy attire. Hehe. Masa shopping maternity clothes tu, baru aku tau MAHAL RUPANYA BAJU ORANG MENGANDUNG NI. Pengsan aku time survey.

Yg kat atas tu, aku beli kat Mother Club Midvalley. Sekali shopping tu ada lah dekat RM300. Mahal okay bagi aku. Macam tak worth langsung dowh! Eh bukan macam. Memang not worth every penny.

Ye lah. Pakainya utk 9 months je. Aku rasa tak berbaloi. So I came to a conclusion that aku nak beli baju yang boleh pakai selepas bersalin jugak nanti. Kira flexible ah. Time pregnant bole pakai, orang tak pregnant pon bole pakai. Ye dok.



Maka there was one day, me and the girlfriends went to Plaza GM and borong segala baju iaitu MAXI DRESS yo!!! Yeeeehaaaaaaaaaa

Kawan-kawan borong shawl, aku borong dress. Hehehe. Dress kat atas tu tau tak sehelai berapa? RM25 je bhaiii. Murah kan? Kalau beli 3 helai, so sehelai jadi RM25. Memang aku beli 3 dengan beberapa kaler la kan. Suka gua. Hohoho!

Pastu ada lagi baju-baju lain yang beli 3, so sehelai jadi RM18. Semua tu kalau kat stall biasa akan jual dalam RM30-Rm50. Tapi kat Plaza GM, kau boleh terguling-guling ah bawak banyak plastic bags dengan hasil borongan yang memuaskan. Jiyeeaahhhhh~

Aku banje RM299 kat sana and I shopped banyak baju yang sesuai dipakai ketika pregnant dan selepas pregnant. Dan skang dah bosan. Nanti nak pegi lagi la. Puas hati wa cakap sama luu. Hohoho ;p


4 Months

Owh sejak aku tau maternity clothes adalah Rm100++ aku tros dah tak pandang brand. Sistok dowh. Rasa mcm tak berbaloi. Maka aku pergi ke Jusco, aku borong seluar dekat Scarlet sajork. Murah weh.

Sehelai seluar Scarlet tak sampai RM50 pon. Dalam Rm40++ sajork. Maka aku pon borong lah 3 helai. Alang-alang murah kan, maka boronglah secara berdas-das. Tu pon aku cari pants yang ala-ala boleh pergi office and keluar jenjalan. Sonang cito. Ngeh Ngeh Ngeh

Okaylah. That's all for today. Cewah.

Lately ni memang aku mempunyai perasaan malas sket nak update blog sebab selalu rasa Update blog rajin, buat thesis malas. Guane nak sambung PhD cani AJ oii. DANG!!


Loves,
aj-the-mommy

2 comments:

kudozu said...

Jangan malas malas.

Ok dah tau pasal Plaza GM tengahari tadi. wahahha
Tq~

AJ the Mommy said...

ok rajin skang! ahhaha

Plaza GM heaven weh! hohoho