I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Thursday, February 24, 2011

Stroller vs Suparjo

Makan hati okay tengok stroller yang cool kat dunia ni. Ok gebang. Tapi seriously makan hati weh tengok stroller yang WAH COOL GILER kalau tolak lebih berkeyakinan seperti orang yakin bercakap di khalayak ramai ketika Toastmasters OKAY sumpah takde kaitan. Sekian.

Tak percaya ke aku makan hati?? Haa tengok bawah ni.



Style kan stroller terbabit?? Style kan?? Makan hati tak?? Kalau tak makan hati jugak, lantak kau. Aku ni dah tahap makan jantung dah ni weh.. DANG!!

Mana taknya. Bonet Suparjo adalah terlalu kecik dan genit untuk dimasukkan stroller cool seperti di atas. Huwaaaaaaaaaaaaaaa. Menanges secara pukal skang. Sobs!! T___T

Ni rasa nak tukar pakai Triton ni kang!! Bukan setakat Stroller, almari, katil, tilam bagai semua aku leh sumbat kat belakang kereta tu. Hohoho! Tapi itu semua bayangan semata. GAH!



Okay aku bagi contoh red color lak. Kang ada lak yang kata HAAA kantoi anak AJ gegirl. Dush!! Errr... Tapi kalau baby boy guna stroller pink, jambu apa. KAHKAHKAH

Cewah takdela. Aku memang peminat tegar pink. So aku akan sentiasa bias pada pink color. Sebab tu kalau aku nampak apa jua kaler pink, aku akan cakap cantik walaupon hakikatnya takdela cantik mana. Miahahaha.

Then I found 1 stroller yang mungkin boleh dimuat-naik ke dalam bonet Suparjo. Tengok ni. Taadaaaaaaa!!!!!!










Cool tak Cool tak Cool tak??!! Mouth watering aku tengok. Orang lain mouth watering sebab makanan, kau mouth watering sebab stroller apekah AJ oiii... Err.. Susah nak jawab. Hee ;p

And owh!! Again aku amek sample kaler pink sebab I'm a pink lover weeehhhh. Layankan sajork k. Ngeh Ngeh Ngeh ;p

Owh aku curik gambar-gambar tu from blog ni. Mitak maaf ye Tokei Kedai sebab curik gambar secara berdas-das. Peace yo! Teehehehe ;p

Okaylah. Biarlah aku makan hati sorang-sorang. Aku nak sangat beli Quinny Stroller ni. Tapi keadaan bonet Suparjo sangat tak mengizinkan. Maka haruslah pasrah secara berjemaah dengan suami. Lantas WF mencadangkan agar membeli Maclaren Stroller sajork. Sejujurnya aku kureng sket dgn Maclaren sebab errr sebab ermmm sebab SEBAB STROLLER MACLAREN TAKDE KALER PINK HAHAHAHAH AJ DIAM SKANG!

Okay tamat pasal stroller. Esok lusa tulat kita cakap pasal breastpump pulak. Itu pon ada makan hati jugak sket-sket sebab taktau nak pilih yang mana satu. HAHAHA DANG!

Tahukah anda mengusha barang-barang baby adalah sesuatu perkara yang mengujakan lalu merambangkan mata seorang preggy mommy? Sekian terima kasih.


Loves,
aj-the-mommy

9 comments:

yuyu jannah said...

mmg mouth watering tgk stroller2 ni..sama la suparjo ai pun secoet je muat brg2..tp yang bwh wane pink ok je boleh lipat kecik.tumpang tny, brp rege tu?..saya ni pun peminat pink tegar

AJ the Mommy said...

yg bwh tu rasanya less than 1k. around rm850 je tp tak termasuk beg la. beg dia I tengok tokei tu jual dlm rm80 kot. nnti u try la tanye owner tu. I pening ok tengok stroller cool-cool ni. haha

Dina Zakaria said...

weh AJ, mac laren pun ada laa pink..cuba ko tengok mac laren triumph kalau x silap aku..pink & choc..sweet giler kott...

AJ the Mommy said...

serious ke ada babe??? ha sat aku usha

Lin Ghazale said...

Quinny Zapp ada yang baru. Dipanggil Zapp X-tra. Seat dia bole recline2.

Zapp yg anda upload ni tak bole recline kot.

AJ the Mommy said...

haah haah. saya ada tengok jugak zapp xtra tu. tapi still tak secool quinny buzz. huwaaaaaaaaa menangis T___T

Ryehanna said...

err... x survey lagi stroller ni sumer...

mahal ler... huahuahuahua

AJ the Mommy said...

I pon survey je. beli tidak lagi. haha

yuyu jannah said...

tu la, mmg mahal .baru2 ni g tgk kat annaku jenis first care ke apa tah. rm899. tp cool jugak style warna merah.hubby dh bekenan. cuma saya sayang je duit nak beli...hold dulu, survey smpai puas hati..