I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, May 22, 2012

PhD Journey #1: Bukan Mudah Nak Sambung Belajar

Dengar belajar PhD luar negara, wah memang seronok. Macam-macam pujian dan kata-kata semangat aku dapat. Ada yang kata nak jadikan idola lah itulah inilah. I take it as a compliment. You peeps made my day. Terima kasih banyak-banyak. Syukur Alhamdulillah.

Tapi tahukah anda terlalu banyak pengorbanan serta liku-liku kehidupan yang perlu dihadapi untuk sambung PhD? Baru hal sambung PhD. Belum hal ketika sedang ambil PhD. Ini dugaan nak ke luar negara pon tak habis lagi. So let's not talk about dugaan while pursuing PhD. Itu kita go with the flow. Hehe

Terlalu banyak benda dalam kotak fikiran aku. Terlalu banyak benda aku pikir. Banyak. Banyak sangat. Dari A sampai Z taktau macam mana nak list kan. Kalau duduk pikir secara berpanjangan, boleh datang stress. Mungkin sebab itu Allah kurniakan aku Damia Zahraa. Sebab bila aku stress, tengok Damia, hilang stress. Jadi balance. Stress je, tengok anak, hilang stress. Stress lagi, tengok anak, hilang stress. Semoga Allah pinjamkan Damia untuk aku dan Suami untuk tempoh masa yang panjang. Amin......

Kalau ikutkan, setiap kali pikir pasal hal sambung belajar, memang boeh mendatangkan stress. Stress sebab terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. Banyak sangat procedure nak berhijrah ni. Sebab tu memana perkara yang aku boleh bolayan, aku bolayan tahap A+ punya. For instance, menjaga perasaan dan hati orang. HAHA. Part ni aku dah tak kuasa nak jaga. Sebab penat weh. Asyik jaga hati orang je. We cannot please everyone. Maka, duduk diam-diam buat hal sendiri sudah. Aman makmur hidup sentosa. Amin...

Baiklah. Perkara pertama yang aku pikir adalah MONEY CONSTRAINT. Ha kau capslock terus. Hahaha. Yup memang aku dah dapat tajaan from Mara. Alhamdulillah.. But bear in mind, mereka hanya sponsor aku. It's not meant for my husband and Damia. Maka, we still need to find some amount of money for visa purposes.

To those yang tak tahu atau tak pernah tahu atau tertanya-tanya apsal AJ serabut sangat pikir pasal duit, okay ini jawapannya.

To apply for UK visa, to stay there for more than 6 months, setiap dependent perlu ada dalam account at least RM20K. Kira kalau WF and Damia, bukan ke dah RM40K? Maka, celah nak cari RM40K CASH IN HANDSSS wehhhh... Aaaaaa. Owh. Jangan bagi idea tinggal la mereka kat Malaysia. Oh aku rela tak pergi sambung belajar daripada berjauhan dengan Suami dan Anak. Mereka nyawa aku. Damia paling penting actually. Because I'm still breastfeeding her. She's my everything. WF kalau nak kena tinggal, aku risau dia yang tak keruan nanti anak bini jauh di perantauan. Muahahahah. Ok crap!

Jadi, apa yang kami perlu buat sekarang ialah mencari duit. One of the methods is jual barang-barang yang ada. Memang lah kalau terjual pon takdelah boleh dapat RM40k but at least, it will help a lot. Duit visa untuk 3 orang insyaAllah lepas. Ha jangan tanya "Habis balik nanti taknak pakai dah ke furnitures tu semua?" Haaa part balik tu belakang cerita. Sebab part pergi ni pon banyak lagi pending. Huahuahua

Itu Money Constraint. Banyak lagi. Tapi kalau aku elucidate one by one, orang kata aku menagih wang pulak. Tapi aku memang perlukan duit pon sekarang ni. Ni menyesal ni tak join Money Dropped hari tu. HUAHUAHUA DUSH!

Dugaan lain, kalau aku kena pergi BTN for 5 DAYS this coming June, tarikhnya adalah jatuh pada tarikh lahir Damia Zahraa OH TIDAAAAAAAAAKKKK!!!!!!!!!!!!!!! Yes it's true. In order to gain something, you have to lose another thing. But aku akan ralat seumur hidup kalau pergi BTN on my little princess's 1st birthday. Don't you feel me, Mommies out there? Sedihkan... Sobss


Maka, aku pilih untuk pergi BTN in July, iaitu pada bulan Ramadhan. Oh my... Again.. Ramadhan.. Must be a tough month for me. But then again.. Jangan jadikan Ramadhan sebagai alasan. Ye dok? Maka chaiyok AJ!! :D
 
I wish I'd like to share on how to prepare those materials for pursuing PhD. But let's put aside that one first. Kasi aku bernafas secara lega dulu then I'll share everything here. Fyi, I didn't use any agent for my PhD application. Maklumlah. Dasar berdikari! Ngahaha dang!!
 
 
 
 
 
Sebenarnya aku nak iklankan:
 
I'M GOING TO SELL OFF MY SWIFT. WHITE COLOR. AUTO TRANSMISSION. BOUGHT SINCE DEC 2009. RM58K. MONTHLY PAYMENT AFTER THE REFINANCE THINGY AKAN JADI RM600++. LET ME KNOW IF YOU ARE INTERESTED.
 
SERIOUS BUYER ONLY. NO SAMBUNG SAMBUNG BAYAR BAGAI. AKU NAK LET GO AND TUKAR NAMA TERUS. HARAP MAKLUM LALU MEMAHAMI =)

15 comments:

monstorious wife said...

Hi Aj, this is what u should do,
u might want to borrow some money from friends or family just to show that u have 40k in bank.
Bila visa dah approve, pulangkan balik. Diorang just nak tengok duit masa apply tu saja, bila tiba sana dia tak check pon. Anyway, Mara allowance is enough for you and family to survive. my friends said so. Anyway, uni mana u pegi?

AJ the Mommy said...

Hi there.

Oh Reallyyyy??? I mean seriously memang sana tak check eh. Ya Allah lega... Tapi kena cari orang yang trust kat I untuk bagi display money sebanyak RM40k tu la kan.

Hope akan ada someone yang akan willing to help us on this. RM40k tu quite a lot. Takut bukan semua orang senang2 nak tolong kita kan =)

Mara allowance cukup eh. I pon harap cukup. I risau tak cukup sbb orang kata living cost sana tinggi.

I pergi either Durham or Exeter. Tak decide lagi mana satu.

Anyway, terima kasih for the info. Sedikit sebanyak, I lega dengar kat UK sana diorang tak check my account =)

PutriesNoora said...

semoga semua dipermudahkan ye AJ..amin..insyaAllah=)

AJ the Mommy said...

Thanks Noora. InsyaAllah Amin....

monstorious wife said...

AJ, yes, 40k is just for the sake of visa jek. Eh, actually i heard from someone, one whole family tu dikira as 20k je.
Durham is quite cheap place to live. U can rent 1 bedroom house with 300-400pound permonth.
Check here:
rightmove.co.uk

Anyway, masa kitorg belajar kat sana dulu mara cuma bagi 400pound saja. Skrg ni dah naik. Kira ok la.

I pon plan to do phd in UK and bring my family as well. Pon pening juga nak fikir cemana nak bayar hutang2 tu. Good thing I stumble into your blog.

AJ the Mommy said...

Kalau RM20k je mungkin I boleh gigih cari but still menangis jugakla. Haha. Lagipon sekarang visa utk ke uk dorang hantar ke hong kong utk diproses. Tu I risau sbb if ada problem anywhere, kena amek masa nak tunggu utk processing dia sbb jauh.

Oh thanks so much for the link. Nanti I usha rumah kat situ.

Btw, bestnya u penah blaja kat sana. I ni 1st time nak study abroad. Tu macam kalau salah tolong jolokkan. Hehe.

Kalau u jadi sambung Phd jugak, roger la. Meriah sket. Hehe. Eh tapikan u, selagi u tak abes bayar Mara, u takleh further phd ke cane eh.

monstorious wife said...

I apply mara terlewat, so kena guna manual. Pastu diorang baru nak proses. Padan muka diri sendiri yang tak alert.

Belum habis bayar pun boleh pegi, asalkan bayar tiap2 bulan masa apply tu. Later they will produce an offcial letter yang mengatakan dia akan postpone u punya bayaran until u finish your phd.

Chop! u belum cari place to live lagi ke?? u better be hurry.

kudozu said...

Aj! All the best. Aku doakan semuanya berjalan lancar okay. Mungkin tak jumpa kau lah nanti hujung tahun ni or tahun depan utk gath 10 years tu kot? Btw, klu nak fly nnt roger la. Ne tahu sempat nak menghantor. Hehe :)--kudozu

AJ the Mommy said...

Thanks Dila. Aah gathering tu konfem tak dapat join. hehe. takpela aku tengok gambar je la ;p

Wahida Yaakub said...

Hi, stumbled into your blog. Good thing, cuz it seems like we're on the same boat :)

Just got back from BTN. I went on 24-28 May. Since you're BF, I just wanna share that you don't have to worry much. My friend is BF too, and they allow the baby to come during riadah time. So boleh la BF & bagi milk supply utk husband bawak balik. The organizers are so nice :)

Course dia pun relax je, takde outdoor activity. Best hehe.

U pegi under MARA ye? Saya juga :)
And just on the date, you may want to check with BTN whether they have a session during ramadhan cuz if i'm not mistaken the other day Cik Badariah (BTN) cakap takde session bulan puasa.

Well nice to have stumbled into your blog. Keep in touch!

Wahida Yaakub said...

Hi, stumbled into your blog. Good thing, cuz it seems like we're on the same boat :)

Just got back from BTN. I went on 24-28 May. Since you're BF, I just wanna share that you don't have to worry much. My friend is BF too, and they allow the baby to come during riadah time. So boleh la BF & bagi milk supply utk husband bawak balik. The organizers are so nice :)

Course dia pun relax je, takde outdoor activity. Best hehe.

U pegi under MARA ye? Saya juga :)
And just on the date, you may want to check with BTN whether they have a session during ramadhan cuz if i'm not mistaken the other day Cik Badariah (BTN) cakap takde session bulan puasa.

Well nice to have stumbled into your blog. Keep in touch!

AJ the Mommy said...

Hi Wahida,

Thanks for dropping here. I'm glad to hear about the BTN. Thought it would be like PLKN and all that. But since you mentioned it wasn't like that, I'm happy to know. hehe

Oh wait. Really there will be no session during ramadhan? It would be nice if takyah pergi terus. haha kidding.

Yang pasal BF baby tu, I wonder my husband rajin ke tak nak ulang alik hantar baby for bf purposes sebab rumah kitorang jauh from kl. Takes time to ulang alik for him I guess. Hmm...

Anyway, thanks for sharing here. Yup. Keep in touch. Oh you join tak group pasca siswazah kat fb? If you do, and if you happened to see me there, tegur la eh.

Take care! :D

Wahida Yaakub said...

hehe yup dia relax2 je... walaupun dari pagi sampai malam, tapi classroom modules je + kawasan tu kecik je so jalan x jauh :)

kalau tak salah Cik Badariah (BTN) tu cakap xde session bulan puasa hehe.

Oh ade ye group pasca siswazah tu? ok will check that out. thanks for informing :)

BTW which uni are you going to?

mis mia said...

Sis...u apply Mara utk PhD de interview x? Ke apply je trs dpt

rehan syazwani said...

salam, im rehan. just found ur blog ms sy tgh cari2 info utk apply phd. dlu sy amek masters dkat oz. now looking forward utk apply phd kt tmpt lain plak. tp xsure cmne application process utk phd tu. boleh share x? thanks! :)