I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, January 25, 2011

The 4th Monthly Check Up

Hari ini hari Selasa. Hari terakhir bekerja minggu ni. Yeaayy! Eh nape amek cuti minggu ni AJ? Minggu depan ah baru syok amek cuti. Seminggu tros kau!

Err. Sebab nak ikot WF pergi outstation ke utara bhai. So terpaksa la amek cuti this week. Makanya next week bokojo lah kito sekueknyo. Pasrah. Hoho!

Anyway, last Saturday I went for our 4th monthly check up. Alhamdulillah. Baby is growing healthily and yeaahhh my belly is growing faster than I thought! Sometimes konfius, ini anak ke lemak?! Bahahahaha. Sekian.

Ingat tak masa perut aku cramp, pastu pergi jumpa specialist, sekali tertau jantina? Haaa. During the check up on last Saturday pon my gynae has confirmed that insyaAllah the sex of our baby is 80% confirmed bebeh! Alhamdulillah once again :D

Actually macam tak percaya at the early stage macam ni dah boleh confirm jantina baby. Sebab selalu aku dengar from those yang berpengalaman, normally the sex can be known somewhere around 5-7 months. Tapi aku?

Hmm...Mungkin Allah has his own reason why. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Benar. Semua orang akan excited utk dapat 1st baby kan? Tapi kita taktau pengakhiran cerita dia macam mana nanti kan. Maka doakan saja yang terbaik. Anyone who kneels to Allah can stand up to anything. InsyaAllah :')


Ni gambar yang Dr. Mak bagi. Masa tu Dr. Mak cari position baby menonggeng. Sekali nampak tuuutt. Hehehe. Maka si daddy pon menambahkan lah koleksi gambar peribadi anakanda beliau. Hehehe



This one plak gamba yang we got from our gynae last Saturday. Tengok gambar macam dah besar yang bole digomol bagai kan?! Sekali the length of the baby from head to bonbon is 12cm je rupanya. Kalau dah masuk kaki peha bagai tak sure plak.

Tetiba rasa macam Cepatlah July. Seriously :')


Dan seperti biasa, daddy pon menampalkan koleksi gambar the little one into the baby's album. Boleh tahan sentimental atenya laki aku ni. Kohkoh ;p

Ada lagi gambar dalam cd yang gynae bagi. Tapi malas nak transfer. Later lah kalau rajin ;p



Dan agak-agak our baby ikot muka siapa ek nanti? Hohoho!


Time mama pregnant kan aku, mama telah mengkhatamkan satu Quran. Mampukah kau AJ??!! GAMBATTEEEE!



Loves,
aj-the-mommy

Friday, January 21, 2011

Rumusan Salindah



I am so tempting to try this product. Some people assumed that Salindah is a short form from words "berSalin muDah". Haha. Tapi ada logik di situ. LOL

Tapi bila consult dengan my gynae, dia kata DON'T! Bila tanya my cousins yang kerja as doctor pon they said DON'T! Bila tanya my friends yang bakal jadi doctor and dah jadi doctor pon kata DON'T! Hamek kau!

Tapi bila tanya one of my cousin, dia adalah merupakan pengguna Salindah since 1st baby lagi. Dia kata takde side effect and good for baby and the mother as well. Huwaargghh. Konfius gua!

Tapi bila baca testimonial dorg kat sini, memang macam takde side effect and macam bagus jugak la product ni. But aku still tercari-cari kenapa doctor tak menggalakkan. My gynae kata kalau consume this Salindah, the percentage utk Caesar adalah sangat tinggi. Adeyh.

Tapi (ceh banyak lak tapi), ada orang kata tak salah mencuba. At least cuba dan lepas tu tawakal. Sebab lain orang, lain sakit bersalin nya kan. Kalau boleh semua orang nak bersalin normal kan, no?

Salindah ni dia ada set product sebelum bersalin iaitu ketika hamil from B1 - B6 and set selepas bersalin from L7 - L12. For more info, click here.

And have u ever heard about Examo? Kecik-kecik dulu aku selalu gak makan. Konon-konon kalau makan ni cepat tangkap apa cikgu ajar. HAHAHA. Eh gelak lak. Serious skang!

Okay and rupanya pengasas Examo adalah pengasas untuk Salindah jugak iaitu allahyarham Professor Doktor Azizan bin Haji Ismail. So aku macam sedikit yakin la dengan product ni sebab aku penah makan Examo yang pernah famous satu ketika dulu. Hehe

TAPI....Still. Cuak nak try Salindah sebab it involves 2 nyawa. Tapi entah eh. Kalau nak jadi pape, takyah makan Salindah pon akan jadi pape. Kun fa ya kun. Tapi kalau nak mencuba pon tak salah. Tapi tuh la. Doctor semua tak galakkan. Maka, I'm confused T_____T

Nanti la aku gather lagi information. Kot-kot tergerak nak jugak telan Salindah, tawakaltua'lallah la jawabnya. Hehe :D



Loves,
aj-the-mommy

Thursday, January 20, 2011

Al-Kisah Tertau Jantina Baby Tanpa Diduga


Last two days, my tummy rasa cramp sangat-sangat. And then rasa tak sedap hati. Nak tunggu this Saturday macam lambat sangat. Malam tu around 9++ after we had our dinner, we straight away went to Taman Desa Medical Centre (TMDC) for scanning. Sebab nak pegi Columbia macam jauh sangat.

But unfortunately, it must be during working hours to do the scanning thingy. Setakat doc nak check rasa perut boleh la. Kalau yang tu, aku bole rasa sniri. Haha. Maybe doc bole agak either the heartbeat is still there or not tapi aku selaku manusia biasa ni nak tengok la dengan mata kepala aku sniri the baby's condition tu. Fine. Naluri ibu. I admit that T___T

Then nurse yg jaga kat receptionist counter tu sajes jumpa je doc yg bertugas malam tu. But then I still insisted to do the scanning. Ok degil. Aku tanya nurse tu which clinic malam-malam cani yang bole buat scan.

Pastu while waiting for her to call other specialist here and there, aku duduk la dekat kerusi menunggu. Pastu tetiba air mata aku menitik. WF dah takleh nak buat apa. Dia tanya sakit macam mana, aku just cakap sakit. Dia tak sakit actually, tapi rasa tegang semata. Maybe it's normal, but then since it's my first pregnancy, risau tu ada la.

Kemudian, nurse tu panggil WF bagitau there's one clinic yang bukak yang bole buat scan. after bagi direction semua, on the way nak kua pintu tu, nurse tu kata, "Puan jangan risau k. Doc dah tunggu kat sana. Kat sana boleh buat scanning. Jangan nangis dah k"

Alahai cair lak aku dengar nurse tu pujuk. Kalau cani time bersalin dapat nurse lembut cani, aku rasa hilang kejap kot sakit bersalin. Hehe. Wallahualam. Tapi nurse mmg kena berhemah kan? Sebab mereka deal dengan manusia. Bukan robot. No?

Then dah sampai ke Mak Women Specialist Center tu, kitorg buat la scanning. Masuk je bilik doc tu, dia tanya, "Why are you crying? Don't cry. Nothing to worry okay. Don't worry too much."

Erkkk... Kantoi nurse tadi bagitau aku nanges. HAHAHA. Malu shayeee. Tapi bak kata WF, bagus gak aku nanges. Cepat sket nurse tu bertindak buat kerja. Takde lak sambil lewa kan. Hoho ;p

Time tu I was like okay cani eh keja doctor. Kena pandai cool off patient. Hehe. Masa tu rasa lega sket la WALAUPON TAK BUAT SCANNING PON LAGI. Syabas doc syabas! Hahaha

Kemudian time buat scanning tu, doc cakap cani, "Haa see. The baby is doing fine. Tengok dia gerak-gerak. Your water bag pon okay, cukup. Ni tulang belakang dia. And you dapat baby teeeetttt kan?"

Pastu tros WF and I were like HAH? DAH BOLEH TAU JANTINA BABY KE? AWAL NYA.

And doc pulak macam pelik kitorg taktau lagi. Pastu doc tunjuk, "You see here. Blablablablablabla..." sambil menerangkan perihal jantina baby kitorg. Hehe sukeeee. Terharu pon ada sebab tak sangka. Time tengok tu, both of us terdiam tergamam :')

Begitulah al-kisah nya. Tapi Saturday ni still kena buat monthly check up and guess what?! Dr. Mak ni kenal pulak dgn my gynae. Same batch lak tu. What a small world. Hoho

So Sabtu ni bole jumpa baby lagi. Yeaayyy! Kan aku kata. Kalau bole nak letak je scanner machine kat rumah ni haaa. Hehe Over tau. Tapi itulah hakikatnya =)



Ciri-ciri our baby patut dah macam kat atas ni =)


More updates on this coming weekend after the check up okay. Hope everything baik-baik saja. InsyaAllah. Kun fa ya kun. See ya later!



Loves,
aj-the-mommy

Monday, January 17, 2011

The Album for Our Little One

Memandangkan aku adalah seorang yang suka letak barang merata-rata manakala husband adalah seorang yang sangat kemas dan kemas dan kemas (Nampak perbezaan? Haha), maka there was one day, the husband decided to stick all the baby photos into the album.

Kot hilang ke gambar-gambar tu, tak ke kecewa masa muka tiada kenangan dijadikan santapan? Ye la. Kita taktau apa akan jadi in the future. Maka sediakan payung sebelum hujan. Hoho!

Pastu ingat mommy and daddy je nak ada wedding album? Baby nak jugakk tau. Hehe ;p


Owh ya. Memandangkan kami menerima banyak wedding album sebagai wedding gift, maka agak contemplating jugak untuk si husband memilih album siapa untuk dijadikan the baby's album. Sebab semua pon sweet dan cantik untuk diguna pakai :)


And lastly, husband berminat with this album, given by Naniey. Since she was not being able to attend my big day, Naniey had posted this present to my parent's house in Kuantan. And me and WF were like "Eh sweetnya album ni!!". Thanx babe :)



Comel kan? Rasa nak kaler kan je gambar kartun tu kan? Okay jangan bagi Alea nampak tau nanti berebut nak kaler gambarajah terbabit dengan beliau. Hahaha! LOL


Ada gambar lebih-lebih, maka WF tepek saja di muka surat depan



Owh ada extra lagi. Tepek lagi. Lelaki memang simple. Tak suka kusut-kusut +__+



There you go. The development of our baby =)


The 2nd time of scanning. Sebab yang 1st time kan tak nampak pape. Yang 2nd time nampak cenoet camtu pon dah sebak tak terkata :')



Then the 3rd scanned telah menunjukkan sedikit rupa bentuk seorang bayi.


I will undergo the 4th check up on this coming Saturday. Seriously can't wait to meet the baby. Sometimes rasa nak beli je scanner machine letak kat rumah so boleh tengok baby's development hari-hari anytimeeeee OK JANGAN MENGARUT LA AJ DAIM SKANG!

Daim celah mana ha AJ, diam la bukan daim. Kau mengidam coklat Daim ke hah AJ hah hah? Baiklah. Aku diam skang.



Hugs and Loves,
aj-the-mommy

Wednesday, January 12, 2011

Alea dan Aliy


Last 2 weeks, balik Kuantan setelah 2 months after kawen tak balik. Sebab busy dengan exam bagai. Ceh alasan. Result drop jugak. Paling terok among the others. I got 3.68 only. But some of them scored 4 flat. Fine. Aku pasrah secara berserah T__T

Eh. Apa cerita pasal exam ni? Tak cool ah. Cerita pasal Alea ah. Baru cool. Se cool Alea main dum-dum macam kat bawah ni. Hoho


Papa Alea ada studio kat Kuantan. So kalau papa dia buat kerja, sometimes Alea dgn mama dia akan teman sekali la. Pastu kebetulan aku dgn WF balik hari tu, so kitorg join lepak sekali.

Pastu Alea ajar kitorg cara-cara pegang stick, cara-cara pijak pedal minyak kat drum tu (HAH PEDAL MINYAK APEKAH AJ BLAH SKANG), cara-cara ketuk dumdum dan macam-macam macam lah kitorg tak reti ketuk secara rawak kan? kan? HAHA.

Tapi alahai seriously. Petah rasa nak geget je Alea.


Sesi belajar bermain guitar secara berjemaah bersama abang ipar. Anak kedua ni memang tinggi kurus macam skeleton eh. Pastu jari runcing. Aku selaku mewakili kaum wanita yang demok berasa tergugat secara tercegat. DANG! Ok bye.


Makcik dan Anak Buah Makcik :)


Time kitorg balik minggu tu ingatkan Kak Ana dah bersalin. Sebab due date dia memang new year, 1.1.11. Cantik tuuu tarikh. Tapi takde rezeki nak dapat baby new year.

Tup-tup Kak Ana delivered a week after that, 7.1.11. Bak kata Angah, "Nak 7 studio jugak". Owh 7 studio tu nama studio Angah :)

So last week bergerak lah kami pulang ke Kuantan lagi sekali. Kali ni nak jumpa anak buah baru lak. Yeaayy!!!

Introducing to you, Aliy Amriy!! Kak Ana ada keturunan cina. No wonder mata Aliy sepet. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah dukung baby yang baru lahir. Aliy is my 1st experience dukung baby yang baru day 2 weh!

Bak kata Mama and Abah, "kena blajar dukung budak. Nanti anak awak takkan tak reti nak dukung?" Baiklah mama. Baiklah abah. T___T

Ayat Angah lagi takleh blah, "Alea, suh Cik Ala cuci biyak awak. Nanti nak kena blaja cuci biyak anak sniri tak reti lak. Haha!" Fineeeeee semua fineeeee T____T

Tapi mujur WF reti la dukung budak. Reti cuci tu semua. Sebab dia dah ada 3 anak buah. So dia tak berapa kekok. Erk... Sudah terbalik ka ini dunia? Hehe.

Tapi takpe AJ. Once kau dah ada naluri ibu tu nanti, kau akan pandai seniri buat tu semua. Aura anak akan datang tanpa dipinta right? So takyah nak risau sangat *tepuk bahu sendiri* =)


Aliy and Alea. Adik dan kakak. Sepet dan bulat. Putih dan erk fine! Both pon cerah. Senang aku nak beli baju untuk diorang pasni. Hehe

Agak-agak anak kau nanti cerah tak AJ? Erk soklan mencabar. Pheww. Samar-samar. Terima ketentuanNya. Janji sihat dan sempurna. Janji dipermudahkan segala. Kita kan ada Tuhan. Dah lupa? InsyaAllah tak lupa =)


Owh. Alea sudah mula berjinak-jinak dengan Uncle Pejo. Dulu dia tak biasa lagi. Now ni hah tengokla. Siap beriba minum air bagai. Tak menyempat nak tarik kerusi kan *_*

Si Uncle Pejo pon layan ah kan. Sebab WF takde anak buah perempuan lagi. Tiga-tiga tu putera. So Alea je lah puteri yang ada untuk dimanjakan. Plus cucu sulung memang sentiasa akan dimanjakan secara berlebihan, no?


Hoh?! Hamboiihh. Nak Uncle Pejo je kan yang dukung. Dengan Cik Ala dah tanak la kan. Fine Alea fine! +__+

Cewah takdela. Alea dah makin semangat semangat actually. Aku pulak memang dah tak digalakkan angkat benda berat. Ada sekali aku dukung Alea, aku kena marah dengan Mama sebab kesian kat baby dalam perut. Erk. Okay okay. Baiklah Mama. Tak dukung dah ;)


Okaylah. Itu saja. Till then.


p/s:
Semalam time dengar azan maghrib, baby tendang. Terkagum kecik-kecik dah pandai bagi respon :')



Loves,
aj-the-mommy

Monday, January 10, 2011

Pillow Speaker

I bought this pillow speaker before I was getting married lagi. Sebab time tu terbaca satu blog siapa tah, tapi preggy mommy la. So rasa macam cool lalu teruja untuk membeli. Nampak sangat tak sabar nak pregnant lepas kawen! kohkoh

Actually ada banyak cara nak bagi baby kita dengar ayat-ayat suci Al-Quran. Ada yang beli headphone besar pastu letak kat perut kan. Ala macam iklan-iklan dalam TV. But awal kehamilan ni guane nak letak headphone bagak kat perut weh? Curve pon tiada lagi. Hahaha!

Maka I decided to buy this pillow speaker. Ye. Benar. Sebelum berkahwin lagi. Gelojoh atenye. Dang!


Firstly, kau kena ada MP3 mengikut warna kegemaran. Ceh karut. MP4 pon tak kesah. Tapi bukan kau nak tengok video pon. Kau just nak bagi baby kau dengar kan. So MP3 pon layan.

Pastu kau sambungkan connecter yang sedia ada dalam pillow speaker tu pada MP3 korang.

Pastu sumbat dalam zip yang tersedia kat tepi pillow. Owh ipod juga boleh dimuat turun ye sebab lubang dia agak besar. Erk I mean ruang untuk menyumbat gadget terbabit adalah luas. Maka ipod juga bole turut serta dalam acara ini.

Tapi siapa mempunyai keinginan untuk memasukkan ipad memang kelakar mitak penampar secara terdampar. Sekian.



Then lekatkan pada perut anda. Aik. Cane nak lekat AJ? Alahai korang ni. Letak je la kat perut tu. Bulat kecik kat tengah tu adalah speaker. Agak-agak je la anak korang kat mana dalam perut tu. Janji bagi baby dengar. Hehe

TAPI......Kalau anak kau dengar ayat-ayat suci Al-Quran, kau pulak layan Ana Rafali EH APAKAH memang sekali lagi mitak penampar la kan. Takkan anak je dengar. Si ibu yang mengandung pon kena la dgr sekali.

But since takde dua connector utk meng-connect-kan telinga anak dan emak, maka kita dengar cd lain dekat radio ASALKAN berunsurkan nasyid atau zikir.

Pillow speaker juga boleh digunakan di rumah, tempat kerja, mahupon dalam kereta. Kat dapur boleh tak AJ? Owh boleh. Tiada yang mustahil. Hah kau pakai la ala-ala kimono. Lepastu sniri ikat sniri lap sniri basuh.

Ok bye. Malas nak layan.

Owh lupa! Aku beli dekat ebay. Korang search je "Pillow Speaker" dekat ebay. Price range dia below RM100. Kalau korang dapat yang mahal, tak dapek cek nak nolong. Muahx!



Loves,
aj-the-mummy

Friday, January 7, 2011

The Early Stage

During the 1st check up, which was held on 25 October 2010, we still couldn't see the baby's picture clearly. Macam kosong je. It's too early I guess. Hence, the doctor suggested to come for another round of check up on 13 November 2010 to see the baby's heartbeat.

Maka dengan rasa penuh semangat kereta waja serta berdebar-debar, Alhamdulillah kitorg boleh nampak the baby is there and bole dengar the heartbeat as well. Even still kecik tak nampak rupa manusia, but the feeling tu masyaAllah... Sebak ada. Gembira ada. Tak sangka ada. Mix feelings lah senang cerita.

Every time I see the picture above, aku senyum sorang-sorang. Senyum sebab aku berbadan dua. Senyum sebab I'm carrying two hearts now. Senyum sebab I have our little junior inside my womb. Indah sangat sangat sangat :')

Until the next following check up which was held on 20 December 2010, perasaan aku berubah menjadi bertambah terkejut dan terlebih kagum dengan ciptaan Allah bila melihat janin dalam perut aku ni telah mempunyai bentuk seorang baby sedikit demi sedikit.

See. Ain't he/she cute? Ye ye aku tau sekali tengok macam buah durian dalam 1 pangsa kan? kan?? Tu pusat aku ah weh BLAH SKANG!! HAHAHA

Time tengok kat screen tu memang syahdu seperti biasa dan macam aaahh cepatlah July. Dah tanak pikir pon sakit bersalin tu nanti cane. Apa yang ada dalam minda aku masa tu adalah tak sabar nak pegang baby sniri.

Tapi Allah Maha Adil. Dia takkan bagi kita kesenangan macam tu je. Pasti akan diuji dengan kesusahan dulu kan. Allah juga Maha Mengetahui. Ada sebab kenapa seorang ibu perlu mengandungkan anak nya selama 9 bulan dalam perut.

Itu semua supaya seorang wanita dapat merasai betapa indahnya menjadi seorang preggy mommy. Seriously. Dulu aku tengok orang pregnant, I was like, macam mana la agaknya dia rasa bawak perut eh. Atau apa la perasaan dia ada nyawa lain dalam badan dia.

And when it comes to my turn, Yaaaa benar. Memang memori yang indah. Even wanita yang keguguran pon akan rasa bersyukur sebab at least mereka pernah merasa ada makhluk lain dalam perutnya even dalam tempoh yang sekejap cuma. Wallahualam :')



And pada hari terbabit juga, I got the Antenatal Record Card from the hospital. Pastu buat blood test, urine test dan had a consultation from the gynae. Perasaan memperoleh record card dia adalah sebijik perasaan dapat record card daripada cikgu time skolah dulu. Indah errkk AIK ITU PON INDAH KA MOMMY AJ?! Indah ah kalau dapat no 1. Kalau dapat no 10? Ok malas nak flash back.



Owh lepastu jeng jeng jeng!!! Dapat medicine gergasi tapi menarik dimiliki kerna berwarna pink yang diminati malah seksa untuk ditelani Aaarrrggghhhhh BESAR KOT OBIMIN!!!

Tapi demi baby yang masih dalam proses tumbesaran, maka mommy telankan juga walau tak pahit di tekak, tapi sangkut di lidah. Pasrah secara 6 purnama. Eh kenapa 6 purnama AJ? Sebab I have another 6 months to go to telan this Obimin before the due date.


Akhir kata, Slogan ibu mengandung 2011:
Selamat Menelan Sebelum Meneran
T___________T


Hugs,
aj-the-mommy

Tuesday, January 4, 2011

The Unforgettable Moment

Rasa indah berada di rumah baru. Hehe. Blog ini dihasilkan untuk tatapan aku dan husband tentang perjalanan aku as a preggy mommy. Sebab bukan semua dapat rasa pengalaman indah sebegini. Dan setiap orang akan mengalami detik-detik yang berbeza.

Pengalaman mengandungkan anak pertama memang mengexcitedkan. Dugaan kalau takde, memang menipu mohon penyapu. Tapi sebenarnya dugaan yang datang menguji tanpa henti secara bertubi-tubi bisa menguatkan lagi spiritual, mental and physical ibu mengandung.

Mengimbau kembali kenangan, first few weeks of pregnancy, I was having unusual body feeling. Was very excited to do the pregnancy test (UPT). Therefore, husband and I went to the Guardian nearby and bought 3 types of UPT. Semangat tak? HAHA

Aku buat UPT on 24th October 2010. Sedangkan my last period was on 26th September 2010. Tapi sebab tak sabar dan over excited, maka check awal-awal walaupon period tak delay lagi. Teeheheh.

Maka bangun pagi-pagi terus buat UPT. Ada petua mengatakan kalau nak buat UPT kena air kencing pertama lepas bangun tidur. Kira takde campur dengan any foods or drinks la kan. Nak yang fresh punyooo. Muahahaha.


And Alhamdulillah. The result shown POSITIVE! Masa check tu, saje tanak bagitau WF result dia. Tapi dia tau la aku check. Both pon muka suspen je time tu. Haha. Last-last bila dah tau positive, I just left the UPT in the toilet belakang. Then I straightly went to the toilet in master bedroom lak. *sebab tak mandi lagi. Heee*

Then, otw nak masuk toilet MB tu:

WF: Apa result? *Tanya sambil tangan main ps3*

AJ: Pegi la check sniri. Hehe


Pastu WF buat muka cool. Muka macam takde perasaan. Sekali bila aku masuk bilik, aku intai from pintu bilik, tengok WF berlari ke toilet belakang! BAHAHAHAHA excited atenyeee husband gua ni. LOL.

Then when I was in the toilet, WF terus buka pintu TAPI pintu kunci!!! Hehehe. Aku tau dia akan terjah so aku kunci pintu toilet siap-siap. Ngeh ngeh.

Pastu bila aku bukak pintu toilet, WF hanya jengukkan kepala and diam dengan mata bersinar nampak berlinang sket. Aku senyap. Dia senyap. Pastu kami senyum. Pastu WF ambil kedua belah tapak tangannya sambil tekup muka kata Alhamdulillah.

Indah kan saat tu? Indah saat bila tahu ada nyawa lain dalam perut kita. Tapi tanak terlalu yakin, keesokannya bertarikhkan 25th October 2010, we decided to meet the doctor. It's still early anyway untuk check siap cakap dengan doctor patutnya dah period tapi tak datang lagi padahal belum delay seminggu lagi tapi SEBAB TAK SABAR SANGAT maka bergeraklah kami ke Columbia Asia Hospital.

Yup memang aku over excited sebab kalau boleh aku nak anak cepat. Kalau boleh dalam usia yang muda I mean before 30, aku target at least ada 3 orang anak. Nak tambahkan cucu mama abah. Meriah sket Alea ada kawan :)

Tapi rezeki semua Allah punya kuasa. Anak pon rezeki jugak. Kita hanya merancang. Tuhan tentukan segala. Cuma berdoa yang terbaik untuk keluarga :')



Ok sambung.

During the scanned, memang tak nampak pape. Doc cakap,"It must be very very tiny. Awal lagi ni. Sebab tu kecik lagi". Time tu dah down and a bit upset, but then doc suh buat UPT pulak. And Alhamdulillah POSITIVE! Cuma frust sebab tak nampak pape lagi. But now dah nampak dah. Syukur sangat-sangat. And happy of course ;')

For the 1st trimester, doctor hanya bagi makan folic acid je. Actually folic acid kena makan before kawen lagi. Kira macam nak menyuburkan or bagi rahim kuat something camtu ah. Tapi time bujang dulu mana aku pernah hamek tahu pasal ni. Size folic acid pon aku tak expect sekecil begini. HAHA.

Tapi itulah keindahan mengandung. Kau boleh explore macam-macam. Bersyukur menjadi salah seorang insan terpilih. At least I know how it feels to be a mommy-to-be like what Mama has felt before :')


Dan lepastu hari-hari lah telan susu Anmum. So far Alhamdulillah tekak aku masih mampu menelan segala jenis makanan dan minuman. Dan during 1st trimester tu, nafsu makan aku memang menbuak-buak la kan. Seriously dah makan, lapar lagi. Baru makan sejam lepas, lapar lagi. Pelik gua.

Tapi sebenarnya memangla akan kelaparan. Sebelum ni kita bedal banyak mana pon untuk kita sorang. Tapi now, kita bedal untuk baby sekali. Hehe. Maka layankan sajoo. Hoho

Tapi kalau tengok size badan aku macam 56kg la kan. But then bila timbang berat badan, masih maintain 52-53kg. Aku pon tak paham bagaimana teori pitagoras boleh diaplikasikan di sini. But now dah masuk 2nd trimester rasanya dah bertambah dah borat badan eden ni hah. Cuma masih dalam lingkungan not exceed 55 kg la :)

Sebab apa yang aku tau, kalau kita pregnant, paling max boleh naik berat badan adalah up to 12kg. That means, each trimester must not exceed 4kg. Hope I can do it!!! InsyaAllah

Okaylah. Till now. Later sambung lagi. Owh WF ada buat album khas for our baby. Part tu kita cerita next entry okeh :)



The little one is 3 months old in the womb. Please be good, okay baby? :)


Loves,
aj-the-mommy