I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Monday, January 10, 2011

Pillow Speaker

I bought this pillow speaker before I was getting married lagi. Sebab time tu terbaca satu blog siapa tah, tapi preggy mommy la. So rasa macam cool lalu teruja untuk membeli. Nampak sangat tak sabar nak pregnant lepas kawen! kohkoh

Actually ada banyak cara nak bagi baby kita dengar ayat-ayat suci Al-Quran. Ada yang beli headphone besar pastu letak kat perut kan. Ala macam iklan-iklan dalam TV. But awal kehamilan ni guane nak letak headphone bagak kat perut weh? Curve pon tiada lagi. Hahaha!

Maka I decided to buy this pillow speaker. Ye. Benar. Sebelum berkahwin lagi. Gelojoh atenye. Dang!


Firstly, kau kena ada MP3 mengikut warna kegemaran. Ceh karut. MP4 pon tak kesah. Tapi bukan kau nak tengok video pon. Kau just nak bagi baby kau dengar kan. So MP3 pon layan.

Pastu kau sambungkan connecter yang sedia ada dalam pillow speaker tu pada MP3 korang.

Pastu sumbat dalam zip yang tersedia kat tepi pillow. Owh ipod juga boleh dimuat turun ye sebab lubang dia agak besar. Erk I mean ruang untuk menyumbat gadget terbabit adalah luas. Maka ipod juga bole turut serta dalam acara ini.

Tapi siapa mempunyai keinginan untuk memasukkan ipad memang kelakar mitak penampar secara terdampar. Sekian.



Then lekatkan pada perut anda. Aik. Cane nak lekat AJ? Alahai korang ni. Letak je la kat perut tu. Bulat kecik kat tengah tu adalah speaker. Agak-agak je la anak korang kat mana dalam perut tu. Janji bagi baby dengar. Hehe

TAPI......Kalau anak kau dengar ayat-ayat suci Al-Quran, kau pulak layan Ana Rafali EH APAKAH memang sekali lagi mitak penampar la kan. Takkan anak je dengar. Si ibu yang mengandung pon kena la dgr sekali.

But since takde dua connector utk meng-connect-kan telinga anak dan emak, maka kita dengar cd lain dekat radio ASALKAN berunsurkan nasyid atau zikir.

Pillow speaker juga boleh digunakan di rumah, tempat kerja, mahupon dalam kereta. Kat dapur boleh tak AJ? Owh boleh. Tiada yang mustahil. Hah kau pakai la ala-ala kimono. Lepastu sniri ikat sniri lap sniri basuh.

Ok bye. Malas nak layan.

Owh lupa! Aku beli dekat ebay. Korang search je "Pillow Speaker" dekat ebay. Price range dia below RM100. Kalau korang dapat yang mahal, tak dapek cek nak nolong. Muahx!



Loves,
aj-the-mummy

2 comments:

gadis.normal said...

walaupun takleh click gambar utk tumbesaran, tapi aku nmpk mcm sampul kad kawen aku je kat tepi ko tu? (refer gambar pertama) hahahaha. ;p nnt nak jugak pillow speaker! ;)

AJ The Mommy said...

HAHAHAH memang kad kau pon babe. Pejo letak kat tepi tu untuk org yg blom kawen. So takde la miss mana2 wedding invitation. heheh