I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, July 19, 2011

Kisah AJ & Tukang Urut Selepas Bersalin


Asalnya agak sukar la untuk aku cari tukang urut kat KL ni. Sebab kebanyakannya main harga. Tapi Alhamdulillah, kalau niat baik Allah permudahkan semua.

Dekat area rumah aku ni, ada la tampal iklan kat tiang letrik tu kan. There was one day, my Mama pon usha-usha la tiang kat situ. Sekali ternampak iklan 'Tukang Urut Selepas Bersalin'. Then my Mom gave the contact number to me and I saved it dalam my contact list.

But I didn't contact pon that tukang urut. Aku still berdegil nak google jugak kot ada jumpa yang lagi okay ke kan. Sebab kalau google bagai ni siap ada review testimonial semua kan. So aku jumpa sorang tukang urut ni. I gave her a called and asked about the price. Total up dalam RM300 yang mana bagi aku time tu dah murah dah sebab dia ada pakej urut aku sebanyak 3 kali, urut baby, siap masak bagai.

But then WF kata mahal and jangan konfemkan lagi sebab brother burger sebelah rumah kitorg ni ada kenal sorang tukang urut. Sebab anak tukang urut yang dia kenal tu, customer burger dia. Rumah tukang urut tu pon area rumah kitorg je. Ha camtu la.


Then bila dah nak dekat kene induced tu, aku dengan WF pon nak jumpa la tukang urut tu sebab kira nak kenal la camne tukang urut tu and if okay, nak booking teros. Pastu mitak la tolong brother burger tu tunjukkan rumah tukang urut tu. Memang dekat je la dengan rumah kitorg. Selang beberapa lorong je.

Bila dah pergi lepak rumah tukang urut yang bernama Kak Intan tu, dah borak-borak semua, aku dah rasa selesa and aku pon setuju la untuk amek beliau. Maka aku amek la contact number. Kira papehal senang la nak kontek kan. Sekali bila save, rupanya dah ada dalam contact list aku iaitu sebijik yang Mama bagi kat aku hari tu. Pusing-pusing, balik-balik yang si Emak punya jugak tersangkut.

Kesimpulannya, ikot je lah pilihan mak-mak dalam bab-bab macam ni. HAHAHA DUSH!!

.
.
.

Baiklah. Speaking about my pengalaman berurut selepas bersalin, apa yang aku boleh cakap BEST GILO BERURUT WA CAKAP SAMA LU!!! Badan terasa segar sangat-sangat.

Pakej aku 5 kali urut. Hari ke-3, ke-4, ke-5, ke-21 dan ke-44. So far aku tinggal yang urut untuk last day pantang. Pastu setiap kali berurut, Kak Intan siap lulur satu badan, bertungku dan bertangas. Kak Intan siap mandikan baby lagi hari tu. Pastu share macam-macam petua traditional nak hilangkan jaundice, nak kurus cepat, nak itu nak ini. Kira banyak la ilmu traditional yang beliau ada.

Jumlah pakej keseluruhan tu, RM350 saja. Murah kan??? Murah lah bagi aku compared dengan yang previous one punya. Area KL pulak tu. Even kat Kuantan pon yang aku tanya berurut sahaja RM50. Takde tungku, tangas, lulur bagai. Tapi ikot nasib masing-masing la kan :)

Another thing yang aku rasa berbaloi urut dengan Kak Intan ni sebab dia banyak bercerita. Kira tak bosan la. And she knows banyak pasal gossip artis sebab Kak Intan urut artis jugak. Antaranya adik-beradik Siti Nurhaliza, Misha Omar, menantu P.Ramlee, and siapa tah lagi dia sebut. Kalau dengan artis, rate dia lain pulak. If I'm not mistaken dalam RM1500. Mujur aku bukan artis. Kalau tak kopak mak! MUAHAHAHAHAIP!

Owh Kak Intan jugak urut kerabat diraja. Kalau urut kerabat, Kak Intan kata cukup untuk makan sebulan. Takyah urut orang lain dah. Kira lagi masyuk ah. Hohoho. Beliau adalah tukang urut tetap untuk Sultanah Negeri teetttt. Biarlah rahsia. Hehehe. Kalau nak tahu, pergi la berurut dengan Kak Intan ;p

Kalau yang takde anak tu, boleh jugak ikhtiar mitak berurut dengan Kak Intan. So far yang berurut dengan beliau, kebanyakannya 4 bulan selepas berurut tu semua dah boleh mengandung. Alhamdulillah. Tapi jangan terlalu berharap. Kira usaha je la. Semua tu Kun Fayakun. Jika Allah izinkan, insyaAllah ada rezeki :)

Tapi Kak Intan tak urut kaum lelaki. Sekian harap maklum. Hehe. Kalau terdesak sangat pon, dia akan mitak isteri lelaki tu kena ada kat sebelah atau suami Kak Intan sendiri tengok untuk mengelakkan fitnah.

Okayla. To get her contact number, you can logon to her personal blogspot. Sharing is caring.


Sekian. Adios.


badan yang segar,
aj-the-mommy

19 comments:

deena awanis said...

best kan urut..aku rasa macam nak urut jgk jer..orang bukan pantang dia amek bape skali urut??

armouris said...

lagi info tentang berpantang di SIHAT SELALU - Rahsia Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

AJ The Mommy said...

DEENA

tak sure lak bape babe. ko try kol nnti


ARMOURIS

thanx for the info :)

LovelyMummyHani said...

Salam... boleh saya tau contact no Pn Intan tu... saya xleh tgk blog dia la...

AJ The Mommy said...

Wsalam.

Ni no Kak Intan. 017-2440195/017-2456937 =)

mummy ida said...

aj, kak intan nie ada tak buat benda2 mengarut mcm sesetengah bidan tu? takut gak dengar ada bidan guna benda2 ghaib nie....

AJ The Mommy said...

so far alhamdulillah takde lak. semua cara tradisional yang takde nak syak pape. insyaAllah semua ok =)

Najwafieqa said...

salams, tompang tanya..
ni dkt area mana ye? tq :)

suraya said...

Salam....klu nak urut bersalin area bangi, serdang, sri kembangan, putrajaya, kajang, cheras, bkt jalil, puchong, nilai, mantin negeri sembilan, boleh call kak sue 016-9291330....juga ada kelas/kursus urutan beserta sijil

idah halida said...

Salam kalau nak berurut dan pakej penjagaan lepas bersalin area Ipoh boleh hubungi kak Ida nak stay dgn Kak Ida pun boleh...017 5867832
Tksh

d aura spa said...

D aura spa menyediakan rawatan urut ibu mengandung dan pakej lepas bersalin.more info www.dauraspa.com or 0388616838.

Azwin Azwiana said...

sy try call no yang kt glog die tu..tp xdapatla..awk ada no die yg lain x?urgent nak cari tukang urut ni..harap membantu

Suziela Ahmaf said...

Col atau whatapp sy untuk perkhidmatan urut slpas bersalin..penjagaan ibu dan bayi.pelbagai pakej disediakn bg membantu ibu2 kembali sihat slpas bersalin.0126383021

Suziela Ahmaf said...

Col atau whatapp sy untuk perkhidmatan urut slpas bersalin..penjagaan ibu dan bayi.pelbagai pakej disediakn bg membantu ibu2 kembali sihat slpas bersalin.0126383021

Suziela Ahmaf said...

Pakej slps bersalin:
urut
tungku
mandi herba
tangas
lulur
Ikatan kain bengkung
mandi baby+urut dan tuam baby
masak mknan pantang
Hubungi:ieyla 0126383021

Suziela Ahmaf said...

Penjagaan ibu slps bersalin..pelbagai pakej disediakn bg membntu ibu2 kembali sihat slps bersalin..penjagaan bayi dan masakkan pantang.

Suziela Ahmaf said...
This comment has been removed by the author.
Farha said...

baru semalam berurut setelah 2 tahun tak servis. akhirnya kene overhaul..uwaa...sbb dah sakit2 badan. padan muka diri sendiri. kawan2, berurutlah selalu...sian kat diri sendiri.

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya Ada menyediakan perkhidmatan urutan selepas bersalin/berpantang
Area sentul Dan Kuala Lumpur pada harga istimewa .
Sebarang pertanyaan boleh call 013-2096836.