I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Thursday, March 22, 2012

Ergobaby itu Awesome!

Masa awal-awal zaman berjinak-jinak dengan baby wearing ni, aku memang terkejut tahap A+ la tengok harga baby carrier yang cool. Tapi nama pon cool. Haruslah harga nya pon 'cool' juga. Malah bisa mendatangkan pitam +__+

Dulu sebelum ada anak, selalu dengar orang sebut brand Baby Bjorn je. Itu lah baby carrier yang paling famous di halwa telinga. So ingat murah lah. Usha kat Mothercare, hambeekk.. Takde nya below RM250. Semua above. Terus rasa sedih secara meruntun hiba.

But then, setelah bergaul secara rapi dengan golongan mak-mak ni, some of them menasihatkan agar jangan beli Baby Bjorn. Reason being, kesian kat anak. Kira takut anak tak selesa and all that. Tapi to those Mommy yang guna Baby Bjorn ni, janganlah kecil hati. Lain orang, lain taster dia kan. Aku hanya mendengar dan berkongsi apa yang aku dengar. That's all =)

Being me yang agak particular tentang branded items ni, haruslah aku buat comparison. Alang-alang nak beli barang mahal, tengoklah quality and testimonial bagai kan. Yes. I am particular like that. Sebab nak beli barang baby setakat jenama Anakku tu mampu lagi lah nak invest banyak kali. Ini kalau beli branded item, kau nak invest banyak kali jugak ke?? Idokler ghuper gitu. Teman idokler kaya bebenor... Idokler biar papa asal bergaya. Ekekeke

Setelah melakukan survey here and there, aku diperkenalkan dengan satu jenama baru yang aku tak pernah dengar pon sebelum ni, iaitu Ergobaby Carrier. Sekali tengok, ferlamakkk.. Jatuh cinta babe. Kau ibarat menggendong si anak di dalam bag galas. Style habesss!! =D

Lalu aku usha lah harga. Kot harga dia sejajar dengan harga bag galas di pasaran. Sekali..... Amekawww.. Its even more expensive as compared to the other brands! Menangis secara berirama time tu! T___T

Tapi...... Menjadi seorang ibu baru, the excitement itu konfem ada. Yup. Konfem ada. Setelah tepuk dada, tanya poket, the first baby wearing that I bought was Moby Wrap! Wuhooo. Aku beli kat Fabulous Mom. Harga tak ingat. Yang pasti, harga dia lebih daripada RM100 dan kurang daripada RM150.




Moby Wrap sangat suitable untuk newborn baby. Damia was 4 months old time tu. Look at her. Kelihatan begitu selesa ketiduran. Ate sampai ternganga-nganga haa. Hehe

Kendatipun begitu, hidup perlu ada perubahan bukan? Maka, aku tetap nak Ergobaby. Eh masa tu aku pikir nak Jumpsac jugak. Sebab Jumpsac more cheaper than Ergo walaupon harga Jumpsac pon boleh tahan exceed RM300. Menangis lagi T___T.

Tapi disebabkan harga Ergo memang mahal ya ampun, macam biasa lah. Tepuk dada, tanya poket. Hahaha. So I was aimed to Jumpsac je lah.

Tapi....Setelah Kak @LinGhazale bagitau harga Ergo kat Japan time tu tengah sale ke cane tah. Maka, aku tanpa teragak-agak, teruslah order Ergobaby Sport Carrier. RM310 sajork. In fact, jadi lebih murah daripada Jumpsac. Retail price untuk Ergobaby Sport Carrier tu almost RM500 okehhh. Mau aku tak setuju terus untuk beli. Hahaha






Damia Zahraa, in her Ergobaby Sport Carrier. Aku sangatlah berpuas hati. Plus warna merah dia memang sangat mengancam dan stylo. Maka, terasa sangatlah berbaloi-baloi. Hohoho




Owh! Sebenarnya tak digalakkan letak baby dalam keadaan camni. Tapi time tu tengah lepak makan. So aku pusingkan la Damia. Kasi dia bebas kejap. Damia kan, boleh duduk lama-lama dalam Ergo sebab nanti dia akan tertidur tau. TAPI.... Tak boleh duduk. I mean, Mommy ni ha takleh duduk. Kena jalan je 24/7. Pengsan Mommy Nak oiii..Kalau duduk je, dia akan terjaga lah. Sebab rasa tak selesa kot. Maka, Damia akan mengambil kesempatan terbabit untuk bersuka ria.

Unless kalau dah penat sangat tu, duduk ke, berlari ke, Damia nyenyak semacam je. Tak kira orang kiri kanan dah. Janji tidur kat dada Mommy. EH?!


HOWEVER...... Wah capslock kau. Haha.

However, Ergobaby telah melancarkan new design. Tadaaaaaaaaa...



Petunia Pickle Bottom (Organic)
Frolicking in Fez’ – available in May 2012
Credit to Mama Panda





Melelehhhhh gua cakap sama luuu. Cun gell hooiii. Smart ya ampun!! Tapi harga pon smart jugak. Sobsob. RM689 okay!! Sobsob lagi T___T


Baiklah. Memang our bonus is scheduled to be payout next week. Tapi... Takkan why do I need to spend like almost RM700 for this damn cool Ergobaby Carrier??!! Owh menangis lagi T_______T

Kalau aku usulkan pada WF, konfem dia bangkang siap-siap. Konfem! Sekian terima kasih.


Okay bye. Eh bye dah AJ? Entry sikit punya panjang dah nak bye dah AJ? Haaa laaaa... Aku cuma nak bagitau how stylo the new design is and how sad I am tak boleh nak beli yang tu. Sobsob lagi T___T


Dahlah. Bye. I mean, BYEE!!! *Emo tetiba* HAHAHA DANG!!


Pencinta Ergobaby,
aj-the-mommy

8 comments:

Dayana said...

suruh damia jalan je lahhhhhhhhhhhhhhh! hehe. damia si nakal!

AJ the Mommy said...

haha sengal. tak lama lagi Damia jalan la tu. Next week Damia jalan ye. Hehehe

Unknown said...

maaf la ye tegur, saya penjual ergo baby, harap akak baca intruction ada pada ergo baby tu,ergo baby x boleh wat anak menghadap keluar...hanya dalam sahaja..cuma kita boleh gedong anak 3 positon..depan,tepi n blakang....

Unknown said...

salam kak, maaf la nk gtau ni, saya ni penjual ergo baby kat kedai baby dlm the curve, tapi tgk dlm pic ni salah akak cara gedong baby tu...harap akak baca instruction kat ergo baby tu..baby x leh menghadap keluar..hanya menghadap dalam sahaja.sebab tu semua model kat kotak xder baby yang mengala keluar..hanya kita boleh gedong anak 3 position iaitu bhgian depan, tepi, dan juga blakang..up to 18lbs.saya pun ada erbo baby n sgt sukakannya banding babybjorn

lovelivestrong said...

Wah.. tepengaruh blog ni. Smalam trus bli ergo petunia tu..hehe. cantik sgt & bebaloi2. Xsbr nk gn. Tp baby x kuar lg. Tq tuan blog. Sbb terconfius nk bli ergo black star. Love both♡♡

sithy harjieah said...

Nk sangat ergobaby ni. Huhuhu... Tgk harga cuak pulak

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sya ada jual ergobaby...harga mampu milik..
berminat boleh terus wasapp 011-111 39261