I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Sunday, June 19, 2011

Mothercare Mid Year Sale


Akhirnya, pencarian stroller berakhir. Stroller yang dicari dan diingini, dijumpai jugak kat Mothercare Subang Parade. Maksud yang diingini adalah seperti kategori warna dan jenis ye. Semalam pergi Fabulous Mom, tapi warna yang diidami iaitu merah dan hitam sudah kehabisan stok. Maka sedey secara senyap.

Maka bersempena Father's Day today, aku dan suami nekad ke Mothercare Subang Parade sebab nak jugak tengok apa yang mid year sale nye. I mean, sekadar nak tahu how cheap the item is. Kot stroller yang diingi dijual dengan harga yang berpatutan. Maka bole la rembat sedas.

Keluar rumah seawal jam 10 pagi. Sampai-sampai je had a breakfast at McD. Then off we went to the outlet. Sekali sampai-sampai je, yang kaler hitam merah ada kat display set. Bila tanya salesgirl tu kat stor ada lagi ke tak, and salesgirl tu kata still got another stock, we were so happy to hear. Hehe




Berbekalkan duit tabung seperti yang telah dinyatakan dalam entry terbabit, maka Alhamdulillah, we managed to buy this Maclaren Quest Sport Stroller.

Untuk kaler merah hitam ni, namanya adalah Scarlet. So kalau korang nak beli kaler ni, tanya salesgirl tu, "Yang Scarlet ada?". Kalau salesgirl tu taktau, maknanya dia belum cukup arif lagi la dalam selok belok stroller ni.

Eh betol ni. Tak tipu. Kalau salesgirl yang memang berpengalaman, she will be able to teach you how to do the demonstration of reclining the stroller and etc. Tak kisah brand apa sekalipon. #serioustalking


Suami membeli stroller untuk bakal si anak pada Hari Ayah 2011. Dengan harapan agar bakal si anak kenang jasa si bapak satu masa kelak. Satu masa kelak bermakna pabila si bakal anak sudah mampu membaca diari atau blog si emak ini. InsyaAllah =)


Rain cover also included. Yang carrier/travelling bag pulak, suami kata hold dulu. Sebab kami mungkin tidak akan travel menaiki kapal terbang dalam masa terdekat sebegini. Maka perlu berjimat =)



Dan tadaaaaa... Inilah sebab TERpaksa beli Maclaren dan bukan Quinny. Bonet Suparjo adalah super cute maka so yang Quest Sport ni memang just nice. Yup. Sekadar muat-muat.

Jadi wahai rakan-rakan yang bujang di luar sana, kalau nak beli kereta, tolonglah pikir untuk kegunaan jangka masa panjang. Kalau ikot jiwa muda, mahu bergaya ke sini ke sana, beginilah gayanya kelak. - Pesanan daripada Jabatan Kebajikan Pengalaman.



a mommy to be,
aj-the-mommy

5 comments:

deena awanis said...

ape lagi yang best sale kat mothercare??

~YUN~ said...

yun pn terpk mclaren.sbb die light weight and umbrella fold kan?sng nk masuk dlm bonet kete.. =)

AJ The Mommy said...

DEENA

aku tak usha yg lain sbb aku focus kt stroller je. pas beli tros balik. haha. aku rasa semua best kot. hehe.


YUN

exactly! beli beli.

ellisya said...

besh nye dh beli stroller..
emy nk beli tapi dok terpikir..
bonet kete kelisa dh ler kecik giler..
stroller twin mana la yg leh muat masuk bonet kelisa yg comei beno tuh..hehe..

AJ The Mommy said...

Ellisya

Wahh!!! Pregnant with twins ke?? Congrats!! Hehe. Nampak gayanya kene tuka kereta la tu. Ha takpon pakai baby sling je. So tak perlu la stroller ;)