I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, December 6, 2011

The Little Pinky Princess

Aku jarang ceritakan perihal weekend kami, bukan? Kerna weekend selalunya aktiviti kami bertiga penuh. Penuh ke sana ke mari. Sampai tak tahu nak cerita yang mana satu. Cuma last weekend je we managed to stay at home for the whole day! Phew..

Eh tapi itu on Sunday. On SabtuDay, I went to watch Ombak Rindu with Damia and @borgembira yo. Daddy only sent us off to MidValley yo. Kemudian, Daddy pergi lepak bengkel yo. Walaupon masuk setengah jam lambat sebab jammed yo, tapi kami pasrah yo. Yo yo ooo jeee -.-

Aunty Borgy tak habis-habis berkata, "Damia is such a good girl. Senyap je. Behave je". Alhamdulillah. Yup. Damia memang seorang bayi yang pendiam. HAHA. Statement apakah ini AJ woi. Ok like seriously, Damia bukan bayi yang bising. Mungkin Damia ikot Nenek, my Mama, jenis tak cakap banyak. Diam-diam berisi ha macam tu.

Aku ingat lagi WF suruh Mama yang "belah mulut" Damia. Aku masa tu agak sedikit kecewa sebab aku Emak Damia, aku nak "belah mulut" anak aku sendiri. Tapi masa tu aku tak berapa paham apa makna "belah mulut" tu. Orang kata itu mengikut sunnah je. WF kata, "Mama mulut tak bising. So biar Mama je belah mulut Damia". Mungkin sebab itu jugalah Damia pon jenis tak mulut bising. Wallahualam. Allah knows best. Daddy orang kedua "belah mulut" Damia, then baru Mommy =)

* Belah Mulut - Sapukan cincin emas/syiling emas yang telah dicelup air zam zam/air yasin keliling mulut baby. Diiringi dengan kurma Nabi diletakkan sedikit atas lidah bayi.

Significant nya - Agar bayi yang baru lahir itu sentiasa mengucapkan perkara yang baik-baik di sisi agama (Air Yasin/Air Zam Zam), dimurahkan dengan rezeki yang berlipat kali ganda (Emas), dan dikurniakan kesihatan yang sihat dan sempurna (Kurma Nabi). Wallahualam*

Okay back on track!


Setiap hari, tidak kira weekdays mahupon weekend, setelah menyiapkan Damia, Mommy akan mempersembahkan Damia dengan Ipad. Layanlah Pocoyo atau Bugs Bunny sampai lebam -.-

While she's watching the video, Mommy and Daddy akan menyiapkan diri memasing pula. Contoh, aku pergi memasak, WF pergi tolong sidaikan baju. Aku memang jarang pergi sidai baju kat luar. Sebab aku malas nak tutup pakai tudung seluar panjang sarung jubah bagai. Home is a place to be sexaaayyy everybadeehhh! Wuhooo. #kthnxbye

Kesimpulannya, Mommy pergi menyediakan breakfast, Daddy pergi tolong menjemur pakaian di jemuran kerna tatkala Mommy nak sarung pakai itu dan ini, Daddy dah boleh habiskan sepinggan breakfast. Apakah? Itu perumpamaan lah.

*Even brother Kenny Rogers pon kena tunggu aku bersiap 10 minit untuk deliver apa yang aku order JE.  Menangis sekarang bro! T___T


Okay Okay. Ceritera bersambung.


Amboii. Ralit bermain nampak Adik Maniissss ;p


 Finally, she looked at the camera setelah puas Mommy panggil +___+


Lalu Daddy pon mengeluarkan Sit Me Up Cozy Blossom Pink untuk Damia. Sebab tetiba je teringat hanya 'Toys' Damia yang ini sahaja yang masih tersimpan rapi di dalam bilik. Acap kali terlupa untuk menggunakannya. Damia sudah mencecah 5 bulan lebih usianya. Baru Mommy and Daddy terhegeh-hegeh mengeluarkannya. Adui nya pun nya. Diam skang AJ!


Daddy berkata, "Nah Damia, tiup kasi kembung.LOL". Lalu Damia berusaha meniup pelampung terbabit dengan bersungguh-sungguh. Ya. Bersungguh-sungguh sampai mahu makan terus! ZzzZZzzzz +_______+


Dah boring tiup, Si Kecil Cak kami bermain Ba Ba Chak pula. Atau in English nya, Peek-A-Booooooo! Eh. Booo tu pendek je. Peek-A-Boo. Tak perlu panjang-panjang. Nanti ajaran sesat pula orang kata. Hohoho


Lantas Daddy menghulurkan bantuan pernafasan. Neno Neno Neno. Haa kan mudah kalau dari tadi Daddy je tolong tiup. Idokle kami tunggu lama. Eh kami? Celah? #abaikan


She's waiting patiently with passion! Tak layan dah camera der ;p



 Okay kesian kat Mommy. Pandang lah camera kejap. Hehehe


Tadaaaaa... Siap dah!

She looks comfy sitting on that 'Sit Me Up Cosy Blossom Pink'. Umpama very The-Little-Princess one. This 'sofa' is heavenly perfectly created for the baby yang in the midst of learning how to sit down properly.

I bought that 'sofa' from Bandung. Itupon masa still preggy. Kalau kat KL, price dia around RM150 -RM200. Masa aku beli kat Bandung, tak cecah RM100 if I'm not mistaken. Sama macam Bouncer yang Damia duduk kat atas tu, ha tengok la kat atas-atas tu. Yang kaler Pink tu. Itu pon sama, tak cecah RM100 juga.

Kalau ikot nafsu keibuan aku yang gilakan Toys for Babies, boleh habis beriban-riban untuk membeli barang-barang terbabit. Sebab tu aku pergi Bandung. Tapi kena pandai lah cari tiket murah lah. AA EVERYONE CAN FLY HOHOHO.

Sebab kat sana aku tahu aku mampu menjadi jutawan. While in here, aku perlu sedar diri. Muahahaha #GelakAnnoying


Okay cerita tamat.


Pink Lover,
aj-the-mommy

3 comments:

PutriesNoora said...

wahhh cute nyer..nak tumpang duduk..hehehe

Dina Zakaria said...

Brg baby kat sini memang mahal giloss!aku tgk gak sit me cosy ni time rafique nak belajar duduk dulu, tp sebab harga, pejam mata jer lah..hihi

Arya Stark said...

where to buy baby stuff kt bandung?? excitednyaaa