I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Thursday, December 22, 2011

PMR Je? No Way!


Sebenarnya, istilah 'PMR JE' adalah tak patut digembar-gemburkan. Ini bagi aku dan sesetengah pendapat dalam Twitterland aku lah. Sebab PMR juga menilai kewibawaan seseorang pelajar yang berusia 15 tahun atau14 tahun bagi 'Budak Lompat' (Zaman aku) dalam menduduki peperiksaan penting.

Since I am working in a Scholarship line, the panels takkan sewenang-wenangnya nak bagi scholarship to those yang dapat result below 6As apatah lagi yang takde A langsung. The panels akan kaji berapa budak tu score bermula daripada UPSR sampai lah SPM, A Level, Matric, Degree and so forth.

I took PMR in 2001. 10 tahun sudah berlalu OMG lamanya! And I got 7As only. Aku dapat B in English. Sebab aku over konfiden. Aku tidur lepas siap jawab soalan. Aku ingatkan aku bakal dapat B in Sejarah tapi English rupanya (Amekaw semua aku bold sebab menyesal. HUAHUAHUA).

Sumpah aku malu  masa tu.

Jadi adik-adik, tips menjawab exam penting adalah JANGAN TIDUR SEMASA EXAM sampai Pengawas Peperiksaan datang kutip kertas. Paham?! Nanti jadi macam Ah-kak! Miahahahah.

Masa aku dapat result PMR tu, aku call pihak sekolah sambil main Play Station 1 game Tazmania. My big brother forced me to call sekolah sebab sebok nak tau my PMR result. Along yang berdebor atenye. So bila dapat tahu je aku dapat B in English, aku teruskan bermain game Tazmania terbabit sambil air mata mengalir berjujuran di pipi. Sumpah sedih dan malu bhai. Kesan malu dapat 7A sangat tebal sebenarnya masa tu. Sebab kawan-kawan ramai yang dapat 8A. Kalau dapat 7A pon bukan B in English lah. But dalam subjek lain.

Atas kesedaran dan malu pada diri sendiri, aku tebus lah balik dengan berjaya mendapatkan A1 in English masa SPM. Alhamdulillah =)

Kesimpulannya di sini, ada satu ayat yang sumpah aku ingat sampai mati daripada Pengetua Sekolah aku, "Saya tak kesah kalau result kamu jatuh. Tapi saya kesah kalau kamu semua jatuh dan tak bangun bangun lagi."

Atas semangat itulah, this is where I am right now. Thank you for the brilliant words, Ayahanda Mohamed =)

Ha lepas ni, jangan pulak ALA PMR JE, SPM JE. Kalau macam tu aku nak jugak lah. PHD JEEEE. APA NAK KECOH! KAHKAHKAH

Dik, perjalanan hidup kau masih panjang Dik. Ini baru PMR. Loooonggg waaayyyy to goooooo wuhooooo. Tahu?

Sekian, renung-renungkan. Chow!



Emak yang pernah jatuh lalu bangun semula,
aj-the-mommy

No comments: