I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Monday, February 20, 2012

#MemoriSekolahRendah

Aku ada banyak #MemoriSekolahRendah yang aku takkan lupa sampai bila-bila.



1. Nama AJ Tercipta

Masa darjah 6, aku main netball untuk sekolah. Then, the school had appointed an external coach to train our team. Coach tu hebat. Kitorang panggil Cu Ani. She was a former netball coach for Pahang netball team untuk Sukma actually. That's why aku cakap Cu Ani tu hebat.

Ok pada suatu petang ketika kami berlatih, dialog terbabit terjadi:

Cu Ani: Ha kau. Kasi lompat tinggi sikit. Ha kau. Apa nama kau? Jangan sondol orang kuat sangaattt. Foul nanti. Apa nama kau?

Aku: Ajlaa.

Cu Ani: Apa dia? La? Aje?

Aku: Ajlaa (dibantu team mate lain menyebut Aaaa..Jeeee..Laaa)

Cu Ani: Ha? Ajel.. Macam mana eja?

Aku: A. J. L... (Tak sempat abeskan..)

Cu Ani: Hah AJ je lah. Ha AJ. Ke mari kau.. Jangan ganas sangat tolak player lain yadayadayadayadaaa...

Since that incident, people pon called me AJ. It has been many many many years dah kan. Since 1998 - 2012. Kira sendiri.


2. Kena "Booking" Jadi Ketua Pengawas 

Pada suatu hari, aku sedang berjalan di sekitar Bilik Guru. Kemudian, terserempak dengan Guru Besar, En. Yusof (Wah ingat lagi yo!)

Guru Besar: Ajlaa. Buat apa kat sini?

Aku: Cikgu H suruh ambil buku kedatangan (tak ingat cikgu apa)

Guru Besar: Periksa baru ni dapat nombor berapa dalam kelas?

Aku: No 1.

Guru Besar: Hmm bagus. Kekalkan prestasi. Saya nak lantik awak jadi Ketua Pengawas nanti. (Sambil jari telunjuk buat warning sign kat aku)

Aku: Baiklah Guru Besar (speechless)

Guru Besar: Jangan bagitau sesiapa okay?

Aku: Baiklah Guru Besar (speechless again and again)

Kejadian dialog di atas berlaku pada tahun 1996, I was in standard 4 time tu. Padahal Ketua Pengawas haruslah dilantik masa darjah 6 kan. Maka, aku sudah di "booked" 2 years earlier than sepatutnya.

Bila darjah 6, tatkala dilantik menjadi Ketua Pengawas, aku buat muka cool. Relax abes lah konon masa diumumkan dalam meeting pengawas sekolah. Walhal aku dah tahu tentang berita gembira itu 2 tahun sebelum tu lagi. Miahahahaha 

Tapi aku tak terkejut sebenarnya. Sebab masa darjah 4, I was the only prefect dalam batch aku. Kira senang cerita, takde rival la. Well well well... Kehkehkeh

Tempat para guru berucap setiap kali assembly. Aku pon pernah berucap kat situ. Perasaan? Kena jengket sket sebab time tu pendek. #kthnxbye




3. Ada Gang Sendiri

Nama gang kitorang, 6 SEKAWAN. Yaaa. I repeat... 6 Sekawan hokkayy!! Nerd abes hoiii nama kumpulan. Maklumlah. Kami membesar bukan zaman K-Pop bagai. So takde lah nama kumpulan SHE, HER, KISS (ada ke?) bagai tu. Hehe

Dalam gang 6 Sekawan tu, aku ingat lagi, Anith paling bijak sekali. Pakai spek tebal gila woi. I mean, power dia dekat 6000 masa tu. Yaa. Masa darjah 6, power mata Anith sudah mencecah 6K ye kawan-kawan. Pastu, Anith pergi STF. Pastu terus pergi UK buat Medic. Now she's a Doctor at Selayang Hospital. Kot. Lupa dah which hospital. Hehe

Nak dijadikan cerita jugak, ayah Anith seorang guru jugak. Tapi guru sekolah menengah lah. 

Nak dijadikan cerita lagi, Anith's father used to be WF's teacher during his high school. Pok Jak diorang panggil. I mean, WF and kengkawan panggil Cikgu Abdul Razak as Pok Jak. Ooo kutuk cikgu eh. Patut ah korang failed Math! Kutuk cikgu lagi. Bagitau Anith nanti suruh Anith bagitau bapak dia. Heh heh heh

Antara kami ber6, yang aku still kontek Farah and Ain. Yang lain tu busy dengan hal memasing even memasing ada pesbuk memasing.Apakah??!

Owh. Being a blogger juga telah menemukan aku dengan Deena. Dia pon member sekolah rendah aku jugak. Siapa lagi eh. Aida pon. Tapi alamak lupa her blog link. 


4. Kena "Usha" dengan Junior

Kau baca elok-elok header no.4 tu. Ha kau. Tak padan dengan Junior. Ceritanya begini.

Masa minggu trial UPSR, semua dinding kelas dipecahkan untuk jadi sebuah dewan. Tak tahu la sekolah korang macam mana. But sekolah aku begitulah rupanya. Kena bukak dinding setiap kelas ha macam tu.

Then, pada suatu hari setelah selesai satu paper, kira waktu rehat la, datang sorang budak junior lelaki ni dan berkata:

Budak Hingusan: Kak Ajlaa. Cuba akak tengok kat pasu bunga kat luar tu. Ada orang bagi sesuatu kat akak.

Aku: Bagi apa? Pokok mana?

Budak Hingusan: Kat depan kelas tu la. Akak cuba lah tengok.

Ya. Budak tu cakap depan kawan-kawan sebaya aku. Cis berani sungguh kau budak.

Bila aku pergi dekat pasu bunga tu, aku nampak ada sepucuk surat dan sekuntum bunga ros!!!! Ngahahahahahahahahhaha

Okay maaf. Aku sumpah akan ketawa bila ingat balik. Surat terbabit berbunyi,"Good Luck trial UPSR. I love you Ajlaa"

Budak darjah 4 kasi surat cinta dekat Kakak Ketua Pengawas Darjah 6 hokkaaayy!!! Kahkahkahkahkah. Tak kelakar ke tu weh? Lawak doooowwwhhh!!! Aku rasa nak panggil je Tok Mudim itu jam jugakkk kasi sunat terus itu budak. Ate gataiii bebenorr haihhhhh.

Then baru aku tahu daripada rakan sejawat aku iaitu Ketua Pengawas Lelaki berkata:

KPL: Awak tahu tak budak tu siapa?

KPP: Budak mana?

KPL: Budak yang bagi awak bunga dan surat cinta tu la

KPP: Owh. Ha saya tau la siapa. (Saya Awak youuuuu allsssss)

KPL: Dia tu anak orang kaya tau. Bapak dia kontraktor yang buat masjid kat depan sekolah kita ni.

I was like... Errr... Oooo.. No wonder la berani semacam mengorat ahkak darjah 6 niii. Anak orang berada. Bajet ahkak ni mata duitan sahhngat keeeehh hadik hoii. Pang!! Pergi sunat sekarang!! Eh Eh kbye.

Abaikan objek berwarna purple di atas please! Sila fokus pada masjid di belakang objek. Haa. Anak kontraktor masjid tu lah yang bagi aku love letterS masa darjah 6. Iya. Love letterS sebab bukan sepucuk, malah berpucuk-pucuk budak Junior tu bagi. Mungkin taste dia gadis berumur. KAHKAHKAH Apakah AJ hoii? Sekian.


5. Dapat 5A UPSR

Alhamdulillah. Tahun tu, batch aku cipta rekod jumlah student dapat 5A meningkat. Kalau tak dapat 5A, malu hoi. Malu dengan Guru Besar sebab taknak beliau rasa percaturan beliau melantik aku awal 2 tahun itu adalah salah sebenarnya. 

Tapi Alhamdulillah... Dapat 5A. So percaturan Guru Besar adalah tepat! Hehehehe


6. Pelajar Perempuan Terbaik Pahang

Aku telah dianugerahkan Tunas Jaya Negeri Pahang Tahun 1998/1999. Kira pelajar perempuan terbaik kat negeri Pahang la. Sebab balance in co-cu and academic.

Then, bertanding kat peringkat kebangsaan, aku kalah. Adat bertanding. Biasalah. Hehe

Masa tu aku Form 1. Aku cuti seminggu sebab nak kena attend event Hari Kanak-kanak Sedunia Kebangsaan Tahun 1999. I still remember the moment I've been interviewed dengan 4 panels from Kementerian Pelajaran. 

Panel: Tell us, why should we choose you for this award? What is your contribution that we could announce to the whole Malaysian, that Ajlaa Shazwani is deserved to receive this award.

Disebabkan 1st time dalam hidup kena interview, baru awal tahun Form 1 bhaii. Lalu aku menjawab dengan penuh konfiden (atau kerek mungkin)...

Aku: I have provided all the certificates of my achievement inside that file, Tuan Tuan dan Puan Puan boleh tengok lah kat situ je (sambil tunjuk file yang mengandungi segala sijil pencapaian aku masa sekolah rendah)

KAHKAHKAH! What a stupid answer laa AJ woiiii. Kerek habisss I tell you....

Panel: Ya. We all dah go through your sijil-sijil ni. But we would like to hear from you, why must we choose you?

Aku: I deserve to receive this award because Tuan Tuan dan Puan Puan boleh lah refer pada pencapaian saya dalam file tu.

Jawapan maceyyy hareeeyyy. KAHKAHKAH. Tak menjawab soalan sungguh. Rasa nak lempang diri sendiri kalau ingat balik. 

Maka, aku kalah dan pasrah. Competitors memang hebat lah. I managed to meet many successful candidates from each state in Malaysia. Setiap negeri hantar 2 orang wakil. 1 girl, 1 boy. My partner was Adnin. Dia dulu budak MCKK. Kecik molek je orangnya. Serious. Tak tipu.

Anugerah Tunas Jaya Kebangsaan time tu untuk kategori perempuan, budak Sarawak menang. A chinese girl. Memang beliau hebat lah. Sebab apa? Sebab beliau dah mewakili Malaysia dalam Olympic masa sekolah rendah lagi. Pastu scored 5As pulak tu. Hebat kan? Aku setakat wakil Pahang je apa celopppp?! Ekekekke


6. Pili Air Gergasi

Every time the school session ended, aku akan melepak lalu melepeeekkk lah kat pili air gergasi tu di bawah terik matahari menanti kedatangan either Mama or Abah to fetch me up balik rumah. Sebab my parents tak izinkan aku naik school bus/van. Alasan? Sebab masa tu kecoh budak sekolah kena kidnap bagai. Maka, mereka sedikit paranoid di situ. Hehe =)


Aku terpanggil untuk tulis entry ni sebab aku pikir, #MemoriSekolahRendah adalah paling awesome sekali. Justeru, aku mahu anak-anak aku juga menjalani kehidupan sekolah rendah yang awesome later on. InsyaAllah....


Till then peeps,
xoxo


I'm a fun mother,
aj-the-mommy

6 comments:

eyda said...

Ni time bila pulak ko Amik gambar2 kat SKC ni? Gambar masa darjah2 tu xde ke? Hihi.. Siyesly muka budak2 lagi.. Hahaha =)) #silabelekmajalahskckalauada

eizazuriaty said...

AJ, skrg akak lak tgh training dgn cu ani tu. nx wik ktorg g sukan suk semalaysia. mmg 'hebak' la die. name akak pun dh tukar jadi aiza. chills. hehe

deena awanis said...

memori sekolah rendah aku ada kat skc sampai darjah 5 je kot..sbb darjah 6 masuk sekolah baru, ohhh so not cool jadi budak baru..

ko patut cerita acara berkebun ngn cikgu nita kat belakang sekolah babe!!ataupun naek beskal gi tusyen sesame, pastu singgah tunas manja beli pen warna warni..=D i miss those moments...

AJ The Mommy said...

EYDA

aku amek gamba ni time konvo degree hari tu. sementara pinjam robe tu. pegi keliling semua tempat belajar aku. hahah. alaa... dah takde school magazine la


KAK EIZAZURIATY

huiyoo akak masih aktif bersukan tu. Saya dah pencen dah +___+


DEENA

woiihh serious banyak woihhh.. Kalau aku cerita satu satu boleh buat novel woiihh.. Hahahaha

eizazuriaty said...

sementara xde komitmen, redah aje AJ. dh stat berfamily nnt, aktif dgn anak jela. iye dak? haha. btw, baby sejibik AJ kot. talkative jgk ke. mestila kan ;p slmt menyambung study ye. tabik spring kt awak =)

AJ The Mommy said...

saya talkative ke? saya pendiam la. hahahah. eceh. baby saya talkative dalam bahasa dia la. haha..

anyway,terima kasih kak. doakan study saya semua lancar k. insyaAllah :)