I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Wednesday, April 27, 2011

Baby Shopping

Since ramai yang kata kedai baby adalah sangat banyak dekat The Curve so teringin lah nak usha. So, last weekend, WF and I went to the Curve. Before this pergi sana tak pernah terpk lak nak usha kedai baby. Maka pergi Curve kali ni memang purposely untuk meronda-ronda di kedai baby semata.

Then, bila sampai sana, memang boleh tahan banyak lah juga baby outlets like Mothercare, First Few Years, Little Haven, GAP for kids, Poney etc. Memang rambang mata lah senang cerita. If kau nak cari banyak stocks and choices, then I think Curve is the best place to go la.

1st kedai yang aku masuk adalah Mothercare. 1st time aku masuk Mothercare yang ada stok semua baby stuff yang aku nak tengok depan mata. For instance, aku nak tengok and pegang Baby Bjorn kaler merah, hah ada. PINK pon ada seeyyhhh. Pitam jap +___+



Smart gilo yang kaler merah tu. Tapi pink juga memikat hati. Sekadar memikat hati je lah kan. Tapi seriously memang aku teruja weehh tengok both colors. Aaaaaaaa geram!!!

Tapi aku tak beli lagi la sebab tengah pk perlu beli ke tak. Aku rasa perlu. WF kata tak perlu. Tapi aku tetap cakap perlu. Sebab aku pk, kalau pergi pasar malam ke, Matta Fair ke, takkan nak pakai stroller weh. Sesak dowh! HAHAHA DUSH!



Okay pastu kitorg nampak stroller Quinny Zap Xtra kaler merah! Wah teruja abes. Sebab masa pergi survey kat Mamours OU, salesgirl tu kata yang red color dah abes stok. Yang ada time tu white color je so tak cantik bagi kami. Owh ya. WF and I dah berjanji nak beli barang baby kaler merah. Sebab kalau merah, boy or girl pon bole guna later :)

TAPI TAPIIII..... Walaupon Quinny idaman hati telah dijumpai, hasrat kami untuk memilikinya wajar disimpan dalam hati semata. Sebab mempunyai kenderaan bersize Suparjo adalah kurang sesuai untuk memiliki Stroller yang cool sebegini rupa. Plus seat untuk Quinny perlu dicabut kalau nak lipat. Kira lipat frame dia je lah. Bukan lipat sekali dengan seat. Maka secara tak langsung juga, Quinny tersingkir daripada item list kitorg :(

Eh bukan item list kitorg, tapi item list aku. Aku bersedey tak dapat Quinny. WF pula bergumbira okay!!! Sebab WF sangat berminat dengan Maclaren stroller. So bila survey Maclaren, dah sah-sah Maclaren menang lah sebab bole fold. Maka aku pasrah secara pukal T___T


Haa see. Masa ni kat Momscare OU last two weeks. WF siap susun setiap jenis model Maclaren stroller. Punya la obses kan. Cait! Finally we have decided to buy which model but of course the one with red color la sebab merah macam smart je, no?

So lepas jalan-jalan kat Curve tu, WF ajak aku pergi satu baby outlet area Dataran Sunway. Dia kata kat sana murah dan mungkin ada sale. Then kami pon bergerak ke sana.

Nama kedai tu, My Baby Choice. There're too many choices that you can get with discounted prices and sedar tak sedar we spent for almost RM300 kat sana. Nak tau barang apa kitorg beli, nanti la next entry. Tetiba malas nak type dah. Eh tetiba je AJ? Iya. Tetiba.

Sambung later. Thesis memanggil secara tetiba. Chow.



Loves,
aj-the-mommy

Monday, April 25, 2011

Pencarian Tukang Urut Selepas Bersalin

Tajuk entry seperti pencarian ustazah muda lagaknya. Ok straight to the point.

Korang dah ada ke tukang urut lepas bersalin nanti? Dah tau nak amek siapa? Korang amek siapa? Berapa tukang urut tu cas korang? Mahal tak? Apa pakej yang tukang urut tu offer?

Okay banyak tanye lak aku kan. Annoying tak? HAHA. Lantak lah korang nak annoying ke apa. Yang pasti aku tengah pening mana nak cari tukang urut ni. Kat KL ni banyak main harga la. Eh bukan semua. Tapi kebanyakkannya la.

Aku ada la google here and there and ada la jumpa beberapa cadangan. Cuma nak teruskan survey. Sebab kalau dapat tukang urut yang kurang menepati sirim badan wanita selepas bersalin atau bahasa ringkasnya urut secara caucincai, kecewa jiwa dan raga aku nanti.

Maka kalau sesiapa yang bole recommend tukang urut sebelum mahupon selepas bersalin, do roger me k bebeh? Kalau boleh urut dan mandikan baby sekali lagi bagus. Kalau ada yang pakej bole masakkan untuk emak dan baby serta bahan-bahan mengurut sekali pon adalah double bagus. Kira all in one la senang cerita.

Okayla. Nak sambung men-google. Byeee


Loves,
aj-the-mommy

Saturday, April 23, 2011

Ceritera Botol Susu Semata

Aik. Botol susu pon bole dijadikan ceritera jugak ke AJ? Err.. Korang baca je la bebelan aku dalam entry ni.

Ha kau tengok. Nak beli botol susu baby pon kena survey bhai. Dulu aku ingat beli barang baby adalah as easy as abc tapi sangkaan ku meleset sama sekali. Status kewangan juga bisa terleset secara berjemaah jika tidak tahu membeli barang baby dengan sopan sekali.

Kenapa aku cakap nak beli botol susu pon kena survey? Ha one of the reasons is sebab issue BPA free la. If you wanna buy a feeding bottle for the baby, you need to find the one with BPA FREE logo yang tertampal pada kotak botol susu terbabit.

There are few brands for BPA free baby bottles here in Malaysia such as Avent, Tommee Tippee, Bumble Bee, Dr. Brown, Nuby, The First Years, Safety Plus, evenflo, Babisil etc. So which brand do you use for your baby?

Maka setelah survey dilakukan, well the popular one in Malaysia is Avent lah. Avent BPA free is more commonly available at most major baby stores. Tipu la kalau korang tak pernah dengar Avent kan. Eh tak tipu. Aku percaya je kalau korang tak pernah dengar nama Avent sbb I also never heard the brand before I was getting pregnant. Maklumla, mana pernah nak amek tau kan pasal jenama botol susu ni. Hehe.

Dulu aku pernah berangan nak beli botol susu yang menarik pada pandangan mata semata. Kira tak kesah lah brand ape pon janji comel dan cute for the baby. Hehe. Tapi skang aku dah tau la rupanya takleh la camtu. Kena tengok BPA free ke tak kan. Safety first yo!

So bila aku usha price botol susu Avent, homang aih! Pahal mahal sangat sebotol?! Botol susu jo pun. Dah sama harga lipstick dah weh. Tapi bila dah lama-lama tu, aku paham la nape most of mommies go for Avent as a feeding bottle for their babies.

Then, time kat Lavie hari tu, bila aku tengok price Avent Starter Set for Newborn adalah around RM100-RM120, tanpa segan silu aku terus rembat. Sebab aku tau even kat baby fair sini pon aku takkan dapat price camtu. No?

Pastu kebetulan last two weeks si Eteq pegi ke UK and Madrid. Ha alang-alang dia pergi sana, memang aku kirim barang baby la kan. Sebab orang kata barang-barang baby kt UK murah-murah.

Tapi disebabkan aku taktau nak kirim ape, aku pon mitak la pendapat si Faridah nak beli barang ape sebab she's been staying in UK for many years. Plus her husband pon mat saleh masuk Islam. Plus lagi Faridah memang selalu belikan barang baby for her cousin who's living in Msia so dia memang pakar la bab-bab beli barang baby ni =)

After had a long chat with her and she suggested me to buy barang-barang Avent la sebab kat sana murah. TAPIII TAPIII agak-agak la nak borong kan. Si Eteq tu luggage dia 20kg jo. So kesian la minah tu nak angkut barang baby semata lak kan. Haha kejam seyh!

Dan untuk memudahkan kerja si Eteq, kira dia tak payahlah nak pergi mencari barang tu, Faridah pon suh aku beli via online je. Kira aku pilih barang mana, Faridah bayarkan dulu guna atm card dia. Macam-macam website dah yang aku bukak. Antaranya yang aku ingat haruslah Toys R Us and Mothercare kan sebab tu paling cliche. Hehe. So setelah melakukan price comparisons as usual, I can tell that Toys R Us is way cheaper than Mothercare la =)

And the items that I bought adalah seperti di bawah.


Philips AVENT 260ml Airflex - 4 Pack


Price utk Philips Avent 260ml for 4 packs ni adalah 9.99 pound sajork. Alangkah indahnya kalau 9.99 hengget kan?! Murah abes ah kan. Tapi sekadar alangkah je la. Dan angan-angan terbabit terhenti serta-merta kerna setelah diconvertkan ke duit Malaysia, price dia adalah dalam Rm50. Err.. To me still murah okay!! Kalau beli kat sini price dia of course la kuasa dua kan. GAH!

Then taktau nak beli apa dah. Sebab kan takleh nak borong sangat. Luggage si Eteq 20kg jo. Ingat tu. Maka wajar kasihan sama member. So usha punya usha lagi, last-last aku beli bende alah ni tanpa diduga. Seriously tanpa diduga. Hehe


Actually aku dengan WF memang ada plan nak beli pon travel changing mat ni tapi takdela desperate sangat nak beli sebab bukan nak pakai urgently pon kan. Tapi time tengah usha kat website tu, aku jadi tertarik sebab it comes together with the case macam ni.


Nice kan? Memang kena lah dengan nama dia Travel Changing Mat. Hah? Price dia? Haaa. Ni lagi murah. 6.99 hengget jo! HAHAHA DARAB 5 SKANG AJ!!! To know the exact price, korang darab la ikot currency skang :)

And there's one day, Eteq told me that the items had safely delivered to her aunty's house in UK and she had kindly twitpic-ed the items agar aku lena tido pada malam terbabit. Bagus Eteq memahami perasaan ibu mengandung! Muahx sket. Ok sket je ;p



Yeayyy!!! Dah sampai. And a big yeay jugak sebab she is back to Malaysia today!! That means I'll be getting all the items by next week. Double yeay! Wuhoooo :)

So now I'm done with the feeding bottle sebab setelah dikira-kira, aku dah ada 8 bijik botol susu Avent, 4 bijik botol susu Medela, and 8 bijik botol susu Bumble Bee yang aku dapat free tu. Total up adalah OMG SEDAR TAK SEDAR AKU DAH BELI 20 FEEDING BOTTLES DOWH!!!

Aku rasa dah terlebey cukup dah kot untuk seorang baby. No? Siapa nak guna banyak-banyak ni wehhhh. Takkan daddy dia lak kan?! DANGG!!

TAPII TAPII aku tetap mempunyai satu lagi impian. Haish. Apa lagi AJ oi? Err.. Aku teringin nak beli botol susu Avent yang kaler gold macam ni.




So now cita-cita aku nak kumpul yang gold set lak. Sebab macam cool je yang kaler gold tu lantas menggamit aku untuk menambah the collection. Hehe #dasarwanita.

Lepas aku kumpul yang gold set, aku nak stop beli feeding bottle for the baby. Woceh! Tapi serious ni. Buat apa banyak-banyak kan. Even untuk milk storage pon aku rasa takde la sampai banyak camtu kan. Ke tak? Eh tak kesah lah. Malas nak pk nanti pening pk pasal botol susu je. Ye. Pasal botol susu je okay!! Adoiyai.

Maka begitulah Ceritera Botol Susu pada hari ini. Aik. Pasal botol susu pon bole dijadikan ceritera jugak ke AJ? Err. Malas nak jawab. Adios.


Loves,
aj-the-mommy

Wednesday, April 20, 2011

Romance in Romas

Yesterday, after fetched me up from my office, WF straight away drove Suparjo to Mid Valley to have our dinner at Tony Romas for celebrating my birthday. Yeaayy! Impian tercapai. Hohoho!

Dan dengan jujurnya, that was my very 1st time eating at Tony Romas. Tak pernah makan dowh kat situ. Dah lama dah teringin tapi selalu rasa Tony Romas lagi mahal daripada TGIF and VS. Padahal...... Cheaper than them +___+

Sampai-sampai je teros order. Tapi blur taktau nak order apa sebab 1st timer kan. So kitorg siap suruh waiter tu explain satu-satu menu yang ada kat TR. Waiter tu layan dengan begitu bahagia dan pasrah sajork. Hoho

Akhirnya setelah berpk secara rambang dan penat, kami pon mengorder la makanan terbabit.


Haa ni aku punya. I ordered Roma's Sampler. Lazat habes wa cakap sama lu. Mujur order yang best. Kalau tak best memang menangis ah kan.

Tapi aku makan tak habes. Sebab portion dia terlalu banyak. So yang lebih aku tapau bawak balik umah untuk dijadikan breakfast kt office hari ni. Hehehehe



Yang ni WF punya. Aku taktau la dia order apa dan tanak amek tau pon dia order apa. Aik? Nape lak camtu AJ? Haaa.. Sebab WF order yang bersangkut paut dengan lamb! I don't eat lamb weehh.. So aku pon tak amek tau nama menu tu. Heee ;p



And we told them that yesterday was my birthday. Then they served us with this delicious Chocolate Avalanche selepas makan. Yummylicious~

Pastu, waiter tu tanya la nak dorang nyanyi lagu birthday ke tak. Aku cakap tanak. WF cakap nak. Last-last tak nyanyi pon. Sebab kitorg dah ngantok. Plus customer ramai. Staff dorang pon gaya macam tak cukup tangan nak handle. So tak nyanyi la dan aku sukeee. Dah boyot-boyot ni blushing ah orang nyanyi camtu. Hihu ;p



Semoga tahun depan dapat celebrate bertiga. InsyaAllah =)


Setelah melepak di situ since 7pm sampailah 9pm, kami pon beredar. Serious lama gila lepak sana. Sebab sangat mencabar okay nak abeskan makanan yang banyak gila portion dia. Sampai kena pergi solat maghrib gilir-gilir. Kalau blah awal macam rugi la kan food tu. So makan secara selo-melo ;)

Pastu balik umah.

Sebelum tido WF angkat PS3 dia bawak masuk dalam bilik. Since umah kitorg ada wifi and PS3 can be connected to wifi and tv, pastu WF pon secara tetiba memainkan lagu Happy Birthday from Chipmunk melalui you tube sebelum tido.

Aku dah nak terlelap dah time tu. Patutla WF semangat angkat PS3 letak dalam bilik. Rupanya tetiba je lagu Happy Birthday tu kedengaran di ruang legar kamar. Pastu WF pon nyanyi lagu tu sambil tiru gaya chipmunk. HAHAHAHAISHH YA ALLAH LAKI AKU KE NI +___+

Takpe AJ. Anggap je itu pembawakan budak. Hohu Hohu Dang!!!


Sekian episode birthday tahun 2011. Bulan depan birthday WF. Aku nyanyikan lagu Wings je lah untuk dia nanti. EH Wings apekah? Ok bye.



Loves,
aj-the-mommy

Tuesday, April 19, 2011

AJ is turning 25 today =)

I'm turning 25 years old today. Alhamdulillah sebab masih bernafas lagi =)

Okay. Lets proceed with the bedtime story. Cewah. Bedtime lah sangat kan AJ!

Tepat jam 12 malam, I didn't get any birthday wishes pon from the husband. Hah? Kenapa AJ? Sebab we fell asleep before 12 o'clock and woke up at 2am just to perform isya' prayer. Maka tiadalah ucapan manis indah mulus bagai from the husband. Menangis skang AJ! HAHAH

Been awake at 2 o'clock in the morning and WF hugged me first before bangun untuk solat isya' and said...

WF: happy birthday shayanggg....

But then tau tak aku buat apa pastu?? Aku menangis dowh! Aku menangis bukan sebab terharu tapi sebab sedey why did he call me sayang??? He supposed to call me 'baby' not 'sayang'. Maka aku sedey sebab aku rasa dia macam wish salah orang. HAHAHAH DUSH!!

Ye ye baiklah sila beratur untuk lempang aku T___T

WF: Eh. Kenapa nanges ni? (tanya dalam keadaan mamai baru bangun tido)

AJ: Sebab u panggil I sayang.

WF: Laaa... Janganla pk bukan-bukan. Baba sayang baby dengan teettt (nama baby kitorg) je.. Kerja pon memang untuk baby and teettttt (nama baby kitorg bukan teeett. Sekian) je tau. Takde orang lain dah.

AJ: Okay

WF: Okay okay. Happy birthday babyyyyyyy. Love u soooo much! (sambil lap air mata aku)

Sekian drama sesebak eh sebabak laki bini yang sengal ini. HAHAHA DANGG!!


And the most unforgettable moment was, time aku berdrama dengan WF, bole lak si baby ni main roller blade kat dalam perut ni. So kira kami celeb bertiga la tapi secara informal. Hehe ;')

Then bangun solat isya berjemaah. Pastu aku pergi minum air. Pastu WF suapkan aku kurma sebijik. Hadiah hari jadi katanya. Kira makanan pertama pada malam hari jadi. HAHA sejak bila pandai bermelankolik tah laki aku ni =p

Pastu time aku tengah minum, WF pergi kat lappy sebab tadi tertido lupa nak off lappy. Then dah setel semua kitorg sambung tido.

Pastu bangun pagi untuk pegi keje. Eh dah subuh dah? Ceritera pendek kah ini AJ? Hoho

.
.
.

Otw pegi keja, WF tengok fb notification kt bb aku. Pastu tetiba dia bukak satu you tube ni.

AJ: You bukak apa tu?

WF: Jap tengah loading.

So bila dah loading semua, sekali rupanya he opened You tube Happy Birthday from Chipmunk dowhh!!! Maka bernyanyian lah kami di dalam kereta tatkala meredah kesesakan lalu lintas pada pagi hari. Awwcchh!!

AJ: Mana dapat vid tu?

WF: baba ada post dekat wall baby laaa

AJ: Eh yeke??? Tak sempat check lak.


And barulah aku tau yang he posted the you tube video tu malam tadi rupanya time dia nak off lappy tu. Halololo. Sejak bila pandai jadi sweet muuiitt ni suami. Tehehehehe. Tapi..... WF yang post, WF yang bukakkan untuk aku tengok! HAHAHAHA KESIAN EH COMEL! Ok bye


Husband & Wife


Hari ni WF insisted me to wear my new shoes to the office. Memandangkan today is my birthday, dia nak aku pakai kasut baru jugak. Sebab kalau tak, bila lagi nak pakai kalau tak disuruh. Haha. Baiklah suami =)


I'm blessed with my current life now. It doesn't matter how big you succeed in life, it's how humble you are in person that matters. Dear Allah, please keep showering me, family and friends with all your blesses. Amin =)



birthday girl,
aj-the-mommy

Sunday, April 17, 2011

My Medela Freestyle


I'm no longer interested with handbag anymore. Seriously. Seriously aku tipu. HAHA! Okay serious skang AJ! Baiklah. Walau impian untuk memperoleh handbag berjenama sangat membuak-buak namun banyak perkara yang perlu dititikberatkan once you are preggers! Okay ini baru serious talking.

Maka aku telah menanamkan satu impian untuk fully breastfeed anak aku kelak. Moga impian dan niat murni aku diberkati oleh Yang Maha Esa. InsyaAllah. Tapiiii memandangkan I'm a career woman, so it's quite impossible for me to breastfeed my baby later pada setiap tika dan waktu la kan. Oleh itu, I need a breastpump! Yes. I seriously need a breastpump so that I can pump for my baby during working hours.

Maka dengan itu juga, as I told you peeps in my entry before, I seriously am in love with Medela Freestyle. And I guess Allah heard my prayers everyday dan berbekalkan duit bonus yang ada, I managed to buy Medela Freestyle eventually. Alhamdulillah....

Tapi aku bukan beli sebarangan. I did some comparisons from one website to another website dulu la before decided to buy. Dan aku rasa http://www.mybreastpumpshop.com has offered the best deal of Medela Freestyle in town I tell you!! Wuhooo.

So last week, husband and I off to Puncak Alam to go to Aja's house (the blog owner), to buy the breastpump via COD. Aku memang sengaja nak COD sebab nak belajar cara guna breastpump tu. Kalau via postage, haruslah kena blaja sniri manually which is memang tak ah kan. Takde masa hakuh! HAHA

Then bila sampai umah Aja yang memang SUMPAH JAUH SIAP SESAT BARAT BAIK POST JE RM35 JE DOWH POSTAGE RATE tapi sebab aku memang bernekad nak belajar jugak cara-cara menggunakan Medela Freestyle, maka aku gigihkan jugak pergi. Semangat yo! Hehe.

As I reached her house, kami disambut dengan baik oleh Aja and suami. And bila masuk je umah, duduk, aku nampak ni haaa kauuu


Tu diaaaaa. Penuh satu almari barang-barang Medela. Memang betul-betul dealer Medela yang tegar ni. Hoho!



My Medela Freestyle! Weeee =)



Nak tau sebab apa aku puas hati beli kat Aja? Sebab aku siap dapat free disposable breast pads and 8 breastmilk bottles! Both adalah brand Bumble Bee. Mano nak dapek free gift cani bhaii. Dokek baby fair pon tak dapek den kobar.


Bukan tu saja, I also got this Medela Lanolin Tender Care for freeeeee. Yipppiieee!! Eh sabar! What is Lanolin Tender Care AJ? Okay it is actually a nipple cream. Sebab I have read some articles that every mommy might experience itchy nipples which may be extremely sensitive to any touch OR maybe nipples become sore after a period of pain-free breastfeeding OR cracked nipples.

Hence, sebagai langkah penjagaan, kot if 1 day aku akan hadapi masalah yang sama, aku memang bercita-cita utk beli Medela Lanolin ni jugak. Ye lah mana lah nak tau kan masalah yang bakal aku hadapi kelak. Kira sediakan payung sebelum hujan lah. Sekali Aja bagi free daaa. I looikee. Hehe. Thanx so much Aja! =)



Yang ni pon free jugak ke AJ? Yup! Free jugak! Wah bestnya free! HAHAHAAIIPPP!! Apa kau ingat semua benda pon aku mitak free ke hah? Kopak ah tokei Medela tu nanti kan Aja? Ngahahaha.

Takdela. Yang ni tak free. Yang ni aku beli la weh. Tapi mitak diskaun ah as usual. Teehehehe. Okay yang ni pulak adalah Medela Therashells. Aku beli ni sebab if in case by accident some of the milk leaks tanpa diduga ke, bagi mengelakkan pakaian tampak kebasahan di bahagian boobs, so pakai la ni untuk tadah susu. Kira the milk can be collected and safely save them pastu boleh bagi baby minum.

Initially I was thinking to buy Medela Milk Collection Shells. Tapi bila tengok depan mata, macam quite bagak lak dan tak sesuai kalau pakai during office hours. Nanti nampak terover besar lak boobs aku kan. Hohoho!

So after been adviced by Aja, aku pon beli Medela Therashells saja. But I bought in pair la. Kalau pakai sobolah jo dokek office nanti, kang pelik lak pahal breast aku bosar sobolah kan! DANGG!!

Maka begitulah Kisah Medela Freestyle aku. Some people say the breastpump is pricey dan buat apa invest mahal-mahal kat benda yang pakai tak lama pon kan? Or belum tentu susu kau banyak kan? Dan anak kau keluar pon belom kan? Aku dah dengar macam-macam ;)

Tapi setelah diskas dengan WF, kalau boleh kitorg tanak bagi formula milk (FM) dekat baby kitorg nanti. Kalau boleh lah kan. Ini planning kitorg. Planning korang, lantak korang lah kan. Sebab aku pk, invest dokek FM samo banyak jo dengan ekau invest dokek breastpump ni haa. Cuma ekau jo tak pasan. EH PAHAL BANGBIL MONJOLMO LAK NI AIH!

Therefore, as we have our own family planning, just go for it. Tak perlu dengar cakap orang. Sebab after all, its about our family. Not theirs. No?

Cuma aku harap segalanya berjalan lancar dan semoga impian aku untuk mem-fully breastfeed baby aku dikabulkan oleh Allah Ta'ala kelak. InsyaAllah. Kun fayakun =)



Medela Fan Club,
aj-the-mommy

Thursday, April 14, 2011

Oh Wisdom Tooth



Mengalami pertumbuhan wisdom tooth pada usia 25 tahun adalah sesuatu yang sangat unpredictable. Nak lagi best, pertumbuhan terbabit berlaku tatkala sabtu ni nak final exam dan workload di ofis yang memang tengah season yang sebok. Time tengah tak sebok, tanak pulak kau muncul kan gigi?! Dush!

Dulu aku tak percaya kalau tumbuh gigi bongsu akan menyebabkan demam yang teramat. Sakit yang uurrghh. Dan apa yang aku boleh simpulkan, pertumbuhan gigi bongsu adalah lebih dahsyat daripada morning sickness (walaupon aku taktau rupa morning sickness yang sebenar).

Bermula dengan batuk dan flu. Flu dah ok, tapi batuk masih ada saki baki. Lantas wisdom tooth memunculkan diri. WF pulak outstation 3 hari. Dan yaaa aku tak study lagi untuk exam sabtu ni. EH macam pantun pulak. Hohoho!

Ada sebab Tuhan bagi aku ujian macam ni serentak. Takpe aku pasrah. Namun aku bersyukur, the kicks are getting stronger day by day. Teruskan menendang ye baby. Mommy sukeeee. Kalau baby tak tendang, mommy risau. Sebab tu mommy suka kacau baby tidur dan mommy tak kesah baby kacau mommy tidur. Ngeee :D

Pray for me yah! Thanking you peeps in advance. Muahx


Mucho Loves,
aj-the-mommy

Saturday, April 9, 2011

Geram Tengok Playgym!


KENAPA ZAMAN AKU KECIK-KECIK DULU TAKDE PLAYGYM HAH?!! EMO NI EMO. OKAY TETIBA!


Hye semua. Hehe. Actually, aku baru lepas men-google barang-barang baby secara online. Tapi antara banyak-banyak barang baby, aku sangaaaaatlah teruja dan tersuka tengok PLAYGYM! Comel dan comfort I tell you! EH. Mana tau comfort AJ? Penah try ke? Hehehehe. Alaa tengok pon tahu comfort. Cis

Kalau tak percaya kenapa aku geram, cuba tengok pictures below. Geram tak? Geram tak?



Yang jenis ni jenis yang banyak mainan kat keliling tu. Siap ada cermin tuuu. Bole la si anak nanti feeling diva dari kecik. HAHA. So kalau si anak rasa nak nanges mungkin akan terhenti lah tangisan itu tatkala melihat wajah sniri yang tak berapa nak cool kalau nanges. Hehe. Ceh. Pepandai je kau AJ.

Tapi yang atas tu macam tak berapa nak tebal. Macam nipis sket. So aku rasa kurang selesa kot nanti. Cewah. Macam kau lak yang nak baring atas tu kan AJ! Errr.... Hee ;p



Haa yang ni cuteee. Dah lah pink yo! Tilam dia pon nampak tebal and mainan kat keliling tu macam penuh. So ini memang memenuhi citarasa aku lah. Kalau bagi anak aku pon sure dia suka. Kalau tak suka takpe. Biar mommy je yang baring nanti. MUEHEHEHE DUSH!




Ni pon tilam dia tebal gak. Tapi mainan dia tak berapa nak banyak. Tapi setahu aku bole add on kan? Kira beli extra kat mana-mana Mothercare and then tambah je kat tepi-tepi tu. No?


Tapi memandangkan harga dia sangat lah mahal, semua pon nak over RM180 kan! Tak caya pegi tengok kat Babies R Us. Meleleh air mata gua tengok. Tu yang membawa diri beralih arah ke Bandung beli kat Lavie sajork. Less than RM100.

Tapi yang kat Lavie aku beli tu, rasanya tak tebal sangat kot. Tapi sebab murah, layankan sajork. Kalau rasa teringin jugak sebijik macam kat atas-atas tu, aku beli lah yang lain nanti! HAHAHA. Ok sumpah tipu. Takde koje aku nak beli banyak-banyak aih. Baziaq weh baziaq!

Dan sampai skang ni aku masih tertanya-tanya, KENAPA ZAMAN AKU KECIK-KECIK DULU TAKDE PLAYGYM HAH?!! Sobs!

Sekian luahan perasaan.


loves,
aj-the-mommy

Wednesday, April 6, 2011

Spicy Chicken!

Lately aku suka benauu makan Chicken Spicy Mcd. Especially part kulit dia yg crispy tu. Yumsi!

Tapi orang kata, orang mengandung takleh makan kulit ayam. Konon takot kulit anak jadi menggerutu. Nauzubillah astaghfirullah. Mitah jauh la semua tu.

Tapi kalau dah craving sangat, boleh tak tanak pikir pasal pantang larang tu semua. Pleaseeee. Sometimes rimas la dgn semua tu :(

Tawakal sajalah kepada Allah Taala. Harap dikurniakan cahaya mata yg sempurna dan sehat :)


Spicy lover,
aj-the-mommy

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 4, 2011

3 Months To Go =)

The second trimester is nearly over. Means that I have another 3 months to go! Pergh. Pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu kan? Even everytime I look myself in the mirror, aku sure akan macam tak sangka I'm a pregger now. Aku yang satu ketika dahulu pernah menjadi brutal, sekarang ni tengah memboyot membawa the little one. Tros sifat brutal tu hilang sket-sket. Hehe. Kuasa Tuhan siapa bole lawan kan ;p

Whatever it is, aku bersyukur dan aku yakin, semua wanita yang diberi kesempatan sebegini pon akan sentiasa bersyukur diberi peluang merasai membawa nyawa lain bersama-sama dalam perut masing-masing. Aku harap peluang yang ada ni, akan aku dapat rasai dengan sempurna sampai tiba masanya :)

.
.
.

Dah masuk bulan ke 6 ni, so far aku masih tiada alahan. Alhamdulillah sangat-sangat. TAPIII.... Pembawakan budak sudah terjadi pada WF. Hohoho! Kan orang selalu cakap, kalau si emak tak rasa morning sickness, si bapak yang akan tanggung kan. Haaa.. Itulah yang terjadi pada WF. Hehehe

TAPIII... WF bukan morning sickness yang muntah-muntah tu. WF mengalami syndrome mengidam nak makan itu dan ini. So far aku yang kena ikot selera makan dia. Kalau time makan menjelma, aku yang kena tanya WF nak makan apa. Caitt.

Dan lately makanan kegemaran WF adalah ikan masin yo! Senang hidup aku. Rendam pastu goreng sajorkk!!! Hahahaha. So far aku takde masalah untuk masak bagai. Penat tu penat la tapi still aku bole masak. Cuma time constraint je la. Kalau sempat, aku masak. Kalau tak sempat, takyah masak. Kan senang. Hohoho ;p

.
.
.

Kalau bercakap mengenai stretch marks, Alhamdulillah sekali lagi, perut aku masih clean and clear daripada diserang oleh garis-garis yang menggerunkan. Percaya atau tidak, aku tak sapu pon bio oil bagai. Pernah lah sapu awal-awal tapi tak sampai 4 kali aku dah stop sebab malas. Hehe. Nak tunggu WF sapu memang lain jadinya. HAHAHAIPP DIAM SKANG AJ!

But aku takleh lah nak bergoyang kaki sangat. Aku masih ada 3 bulan lagi weh. Kot-kot last minute garisan gerun itu muncul secara tetiba, tak ke aku nightmare sensorang secara mengejut. Mula lah pasrah tanpa rela. Cuma harapan aku agar miracle terjadi terhadap kawasan perut aku. Kawasan lain aku tak kesah sangat. Eh kesah. Tapi kesah secara mild. Eceh.

Cuma lately aku kerap experiencing leg cramp bila bangun tido. Skang ni kalau nak menggeliat kena menggeliat dengan penuh berhemah. Kalau dulu ye seboleh-bolehnya nak menggeliat panjangkan badan yang pendek dari hujung bilik ke hujung bilik sambil feeling elastic girl. Hehehehe.

Tapi kini tidak lagi. Kini sudah tidak boleh menggeliat persis anak dara pemalas bangun tido. Itu semua mimpi dalam bayangan. Kini kalau salah langkah menggeliat, haa kau! Mula lah menjerit meminta bantuan suami lantas suami bangun terpinga-pinga sambil pegang kaki yang EH takyah tolong pegang pon takpe sebab takde efek pon dowh. Mana taknya, pegang sambil pejam sambil tido. Memang sekian terima kasih lah kan +___+

.
.
.

Berkenaan baby kicking pulak, Alhamdulillah jugak sebab semakin aktif. Memandangkan ruang semakin sempit dan baby semakin membesar, maka baby bergerak sikit je dah boleh rasa. Sometimes perut aku kelihatan seperti berombak. Beralun dari kiri ke kanan dan patah balik ke kiri. Pastu aku senyum sorang-sorang. Call me insane? Then you should call that word to your mom as well :)

Kadang-kadang WF letak telinga on my tummy, then when the baby kicks my tummy, telinga WF pon tertendang sekali. Pastu WF buat-buat muka terkejut. Pastu letak balik telinga kat atas tummy aku. Pastu baby tendang lagi. Pastu buat muka terkejut lagi. And the situation goes on... Hehehe ;p

.
.
.


Gambar hiasan semata. Sumpah tak tipu ;p


p/s:
InsyaAllah. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Amin :')



Loves,
aj-the-mommy