I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Monday, June 20, 2011

Aku Nak Beranak Dengan Tenang Please!


Hye semua.

Aku ada berita tergempar ni. Woceh. Tergempar lah sangat kan. heheheh. Sepatutnya aku bersalin hari ni. HAH YEKE? APSAL? ADA PROBLEM KE? Okay bawak bertenang semua.

Gynae aku nak induce baby keluar. Eh sebab apa kena induce AJ? Haa yang tu aku cerita bila baby dah keluar nanti ye. Tak surprise ah cerita sekarang. Hohoho

Whatever it is, tak jadi pon kena induce hari ni. Sebab doc cek tadi, bukaan baru 1 cm. So doc suh balik rehat-rehat dulu. Yeahh. Lagipon, kepala baby dah engaged dah pon. Dah masuk parking. Tinggal nak tolak je. Hehe.

Tapi apa yang pasti GUA DAH KENA SELUK PAGI TADI HUAHUAHUAHUA.

Eh sakit tak kena seluk AJ? Erm.. Jujur aku cakap, tak sakit pon. Cuma masa doc nak masuk jari awal-awal tu je nervous sket sebab asyik dengar orang kata sakit bagai kan. Tapi masa doc dah seluk sedalamnya cinta muuuuu oooo EH SAFURA DIAM SKANG. Ok sambung. Masa doc dah seluk sampai dalam tu, bagi aku, bagi aku lah ye, bagi kau, kau punya pasal lah. Bagi aku, ehehehehehee Miahahahaha DANGGG!

Maka dengan itu, aku berharap, masa bersalin nanti pon tak sakit sangat la. InsyaAllah. Semoga Allah perkenankan doa aku. Amin.. Anyway, bagus jugak aku tak jadi bersalin hari ni. Mungkin si baby mahu si mommy-to-be ni sempat menyiapkan thesis writing yang masih berbaki 2 chapters. Hiyaaarrgghhh.. Kamon AJ!

Cuma aku ada satu perasaan tak best la. Anak aku keluar pon tak lagi. Tapi dah macam-macam kontroversi dah keluar. Tak seronok la cani. Aku tak kacau hidup orang pon. Aku akan kacau hidup orang kalau orang kacau hidup aku. Hua Hua Hua. Ok that's not funny AJ!

Btw, aku ada je baca luahan perasaan rakan-rakan twitter. Masing-masing pon nak membesarkan anak dorang dengan cara sendiri. Dan masing-masing pon kurang gemar kalau ada pihak lain yang campur tangan cara nak membesarkan anak-anak dorang.

Apa yang aku paham dalam perbualan tu, kesimpulan yang aku dapat, kita hanya mendengar je nasihat atau ajaran daripada mereka yang berpengalaman. Tapi nak suruh ikot cara besarkan anak tu secara bulat-bulat, mungkin tidak lah. Sebab every parent pon ada style masing-masing untuk besarkan anak-anak, no?

Eh Kontroversi apa lak ni AJ? Alaa.. Benda kecik je pon. Cuma kalau aku tak berkenan, aku tak berkenan la. Itu je. Contoh macam, tentukan tarikh anak aku keluar bila. Sebab kena induce kan. So boleh pilih tarikh. So part ni aku kurang gemar. Actually benda kecik. Seriously small matter. If can, biarlah aku dengan suami yang tentukan.

After all, si anak keluar pon tak lagi. Dan aku harap tak perlu induce la. Semoga si baby akan keluar dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa. Kesian la baby kalau kena paksa nanti :(

Tapi kalau untuk kebaikan baby dan mommy, aku okay je kena induce. Sebab yang penting nyawa kami selamat. InsyaAllah. Itu semua Kun fayakun. Doakan aku dan baby selamat ye kawan-kawan :)

And to those yang masih busuk hati tu, lantak korang la. Rancang lah segala perancangan selagi mampu merancang. Perancangan Tuhan, tak siapa bole lawan. Mind you people :)

Luahan perasaan tamat.

Maka, marilah sambung mengarang thesis. Agar aku bole beranak dengan tenang tanpa terbayang-bayang muka Prof meminta thesis kelak. Adioss.



a-future-master-holder,
aj-the-mommy

10 comments:

"cikkin" said...

good luck mommy AJ..moga semua selamat..Mommy + Baby + habiskan thesis..=)

EYDA said...

Semoga semuanya selamat & sihat.. InsyaAllah.

farah hairuddin said...

rasa kelakar la ble baca blog akak ni..hahaha...enjoy je wpon dah nk bersalin.xnebes ke??hehehe...insyaallah semua slmt..amin~

AJ the Mommy said...

CIKKIN

tenkiu syaz. amin amin amin... hehe.


EYDA

thanx for the doa. insyaAllah amin :)


FARAH

haha nampak je enjoy. gelodak di dalam tak siapa yang tahu. haha

btw, thanx for the doa. amin....

Noli said...

moga selamat sume yer..aminn

AJ the Mommy said...

thanx Noli. insyaAllah :)

Ibu Ilyanie(s) said...

semoga dipermudahkan Allah segala urusan, Amin...

ellisya said...

semoga semua selamat k!~

AJ the Mommy said...

Ibu Ilyanie & Ellisya

Terima kasih atas doa kalian. InsyaAllah ;)

Dina Zakaria said...

stop blogging n tweeting..siapkan thesis cepat!!nanti anak ko keluar asyek nak blog, fb, tweet jer..baik ko study, buat write up..mesti kuar nanti anak ko rajen..=P