I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Monday, April 4, 2011

3 Months To Go =)

The second trimester is nearly over. Means that I have another 3 months to go! Pergh. Pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu kan? Even everytime I look myself in the mirror, aku sure akan macam tak sangka I'm a pregger now. Aku yang satu ketika dahulu pernah menjadi brutal, sekarang ni tengah memboyot membawa the little one. Tros sifat brutal tu hilang sket-sket. Hehe. Kuasa Tuhan siapa bole lawan kan ;p

Whatever it is, aku bersyukur dan aku yakin, semua wanita yang diberi kesempatan sebegini pon akan sentiasa bersyukur diberi peluang merasai membawa nyawa lain bersama-sama dalam perut masing-masing. Aku harap peluang yang ada ni, akan aku dapat rasai dengan sempurna sampai tiba masanya :)

.
.
.

Dah masuk bulan ke 6 ni, so far aku masih tiada alahan. Alhamdulillah sangat-sangat. TAPIII.... Pembawakan budak sudah terjadi pada WF. Hohoho! Kan orang selalu cakap, kalau si emak tak rasa morning sickness, si bapak yang akan tanggung kan. Haaa.. Itulah yang terjadi pada WF. Hehehe

TAPIII... WF bukan morning sickness yang muntah-muntah tu. WF mengalami syndrome mengidam nak makan itu dan ini. So far aku yang kena ikot selera makan dia. Kalau time makan menjelma, aku yang kena tanya WF nak makan apa. Caitt.

Dan lately makanan kegemaran WF adalah ikan masin yo! Senang hidup aku. Rendam pastu goreng sajorkk!!! Hahahaha. So far aku takde masalah untuk masak bagai. Penat tu penat la tapi still aku bole masak. Cuma time constraint je la. Kalau sempat, aku masak. Kalau tak sempat, takyah masak. Kan senang. Hohoho ;p

.
.
.

Kalau bercakap mengenai stretch marks, Alhamdulillah sekali lagi, perut aku masih clean and clear daripada diserang oleh garis-garis yang menggerunkan. Percaya atau tidak, aku tak sapu pon bio oil bagai. Pernah lah sapu awal-awal tapi tak sampai 4 kali aku dah stop sebab malas. Hehe. Nak tunggu WF sapu memang lain jadinya. HAHAHAIPP DIAM SKANG AJ!

But aku takleh lah nak bergoyang kaki sangat. Aku masih ada 3 bulan lagi weh. Kot-kot last minute garisan gerun itu muncul secara tetiba, tak ke aku nightmare sensorang secara mengejut. Mula lah pasrah tanpa rela. Cuma harapan aku agar miracle terjadi terhadap kawasan perut aku. Kawasan lain aku tak kesah sangat. Eh kesah. Tapi kesah secara mild. Eceh.

Cuma lately aku kerap experiencing leg cramp bila bangun tido. Skang ni kalau nak menggeliat kena menggeliat dengan penuh berhemah. Kalau dulu ye seboleh-bolehnya nak menggeliat panjangkan badan yang pendek dari hujung bilik ke hujung bilik sambil feeling elastic girl. Hehehehe.

Tapi kini tidak lagi. Kini sudah tidak boleh menggeliat persis anak dara pemalas bangun tido. Itu semua mimpi dalam bayangan. Kini kalau salah langkah menggeliat, haa kau! Mula lah menjerit meminta bantuan suami lantas suami bangun terpinga-pinga sambil pegang kaki yang EH takyah tolong pegang pon takpe sebab takde efek pon dowh. Mana taknya, pegang sambil pejam sambil tido. Memang sekian terima kasih lah kan +___+

.
.
.

Berkenaan baby kicking pulak, Alhamdulillah jugak sebab semakin aktif. Memandangkan ruang semakin sempit dan baby semakin membesar, maka baby bergerak sikit je dah boleh rasa. Sometimes perut aku kelihatan seperti berombak. Beralun dari kiri ke kanan dan patah balik ke kiri. Pastu aku senyum sorang-sorang. Call me insane? Then you should call that word to your mom as well :)

Kadang-kadang WF letak telinga on my tummy, then when the baby kicks my tummy, telinga WF pon tertendang sekali. Pastu WF buat-buat muka terkejut. Pastu letak balik telinga kat atas tummy aku. Pastu baby tendang lagi. Pastu buat muka terkejut lagi. And the situation goes on... Hehehe ;p

.
.
.


Gambar hiasan semata. Sumpah tak tipu ;p


p/s:
InsyaAllah. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Amin :')



Loves,
aj-the-mommy

5 comments:

Dina Zakaria said...

weh, aku dulu masa preggy xde pun stretch marks..tetibe lepas bersalin ada pulakkk...grrrrrr..aku rasa maybe sebab perut kecut selepas menegang kott..huwaaaaaaaa

AJ the Mommy said...

yekeee?? alaaa..kene standby fizikal n mental gak ah cani pas bersalin nnti. dang!!

Anonymous said...

semoga semuanyer selamat dan dipermudahkan..aaminn..;)

AJ the Mommy said...

thanx jihan. insyaAllah. u take care too ;)

Anonymous said...

aj....tarikh keramat dah makin menjelma...mesti makin berdebar-debar...
adha nak promote shaklee pd aj..and shaklee ada set yg sesuai utk ibu preggy...aj boleh bc link kat bawah ni ye...
http://mcm2ada-disini.blogspot.com/2011/04/berpantang-cara-moden-dengan-shaklee.html
kalau aj ada anything yg nak tau...boleh email adha di nuradhamansor@yahoo.com
take care dear...