I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, January 31, 2012

Damia's Items To Let Go

I'm going to sell off those baby items.





Interested? Head over to http://goods-to-be-sold.blogspot.com

Thanks in advance! =)

Saturday, January 28, 2012

I is confused....

As of now, I have received 2 offer letters from the universities in the UK. The intake for the 1st one will take place in June while the latest one will be in April.

Tapi.. A human always be a human. Cewah ayat macam "Men always be Men" lagaknya. Hehe.

Ok continue.

Tapi a human always be a human. Aik ulang balik ayat di atas AJ? Iya. Ulang balik. Hmm..

Okay sebenarnya masa memula dapat offer yg June tu, aku dah happy. Tapi aku kena konfemkan by March berserta wangnya. Haha stress gua! Aku bukan anak orang berada. Celah nak cop duit sebanyak half million bhai.

Yang second one ni pulak, I need to confirm on accepting the offer by this Feb BUT I don't have to pay anything!! Weeehooo yabedabedabeduuuuuuu. Itu yang mokcik mauuu. Hahaha.

TAPIIIIII... Recently, aku dapat another offer together with the scholarship woiii. Menggigil tangan aku nak scroll down ipad baca email time tu. Cuma bezanya, aku tak dapat formal offer letter lagi from that Uni. Maka, hanya mampu joget angan tak sudah. Sobss

Maka lagi, kalau by Feb ni I still haven't received a formal letter from that Uni yet, aku accept lah yang April tu.

Of scholarship, insyaAllah akan ada. Aku dah usaha yang termampu. Maka, Tawakaltu'alAllah. Plus, aku kan bekerja kat bahagian scholarship. Aku dah banyak tolong orang before this. InsyaAllah akan ada orang tolong aku #positivethinking

Pray for me peeps!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 25, 2012

She Turns 7 Months Old Today

Happy 7 months old birthday Sweetheart. Mommy and Daddy are so proud of having you in this world well-rounded. Such a miracle. We feel truly blessed.

Be a good muslimah. Be a cute baby. Be a proud daughter. Be a responsible big sister to your baby brother/sister. Be a brilliant human being. Be it positive or negative, you are still my Darling Damia.

Hugs and kisses. Xoxo

Your the one and only Mommy,
aj-the-mommy

Friday, January 20, 2012

The Skype Interview

Apa itu Skype? Tidak pernah terfikir dalam kotak fikiran aku untuk "mendaftarkan" diri di dalam kancah dunia Skype.

Hinggalah di saat aku sedang bergembira bersama sahabat handai ketika berada di Sabah Negeri di Bawah Bayu baru-baru ini, BerryHitam aku menerima sepucuk surat elektronik seperti di bawah.


Aku terpana ketika membaca. What should I reply? Sorry Madam, I don't have a Skype account. But I do have YM, Gtalk, BBM, and Whatsapp yawwww!! Or maybe we can just Facetime? Bahahaha. Ok crap!

Bayangkan aku melemparkan jawapan sedemikian rupa, what would be their impression? Jelas bebeno kelihatan aku ketinggalan, kah? Lalu aku hanya menjawab, berikan saja kata putus bila dan pukul berapa. I will be there. Wahlauweh. Gaya duit dalam poket ada seguni emas. Ok crap one more time!



3 hari selepas kejadian "terpana" berlalu, aku menerima lagi sepucuk surat elektronik. Kali ini, segala kata putus dengan siapa, di mana (Skype pasti), pukul berapa telah ditetapkan. Aku masih terkial-kial di dalam kotak fikiran tetapi hanya buat-buat seperti aku sudah ada 100 contacts dalam akaun Skype. Walhal...

Walhal.. Mendaftarkan diri pon belum walaupon aku sudah layak untuk mengundi. EH EH EH TUMPANG LALU PRU. Maka, detik itu jugak aku men-campak-rela-kan diri aku ke dalam kancah Skype. Yang paling best, Si Kekanda WF juga turut merelakan dirinya dicampakkan sekali ke dalam kancah terbabit. Ini baru betul you jump, I jump. Kah kah kah

Lalu aku menjawab surat elektronik terbabit dengan penuh yakin bersemangat waja serta memberikan my very 1st Skype ID in my entire life to her. Kenalan pertama adalah Sang Suami. Bajet cinta pandang pertama puiii. Tak tahu betapa bencinya aku pada Sang Suami dahulu lalu termakan kata-kata pujangga Benci Bilang Cinta? Okay silakan muntah secara berjemaah. Rapatkan saf semua.

Kenalan kedua, adalah Jackie herself. My future PhD Supervisor. Hello J. I am AJ. Wahlauwehhh. The 1st interview went very well. She's so stunning I tell you. I wonder how old she is. But of course, must be older than me. Heh lawak ilmiah apakah ini AJ? Jangan dicampur adukkan lawak ilmiah dengan lawak bodoh, boleh? Kelak dahsyat rupanya.

Temuduga secara Skpe tamat pada jam 1130 malam waktu Tanah Malaya. Jackie was so surprised to know that here in Malaysia sudah hampir ke tengah malam. Beliau menyangkakan panas sampai ke petang eh apa ni AJ? Okay beliau menyangkakan Malaysia adalah 1130 pagi. Tetapi malangnya tidak Jackie. Tidak sama sekali. Rakyat Malaysia sudah lena di kamar beradu memasing. Sobss #tetiba

Maka, inilah hasil temuduga secara alam maya terbabit.


 
Ya. Senyum sampai ke telinga aku. Jangan bayangkan. Senyuman lebarku tidak mampu menandingi senyuman Nana Paling Comelllll di hatiku eh di hatiku? Oh apakah itu?



Tatkala aku menerima surat elektronik berisi kandungan seperti di atas, aku hanya tersenyum. Bagi aku, alah setakat temuduga, aku sudah lali. Aku tak pernah kecut untuk ditemuduga. Sebab aku adalah seorang yang suka berjumpa dengan si penemuduga. Talking is fun. Meeting new people is also fun. So apa motif nak cuak? Baiklah whatever AJ!


Surat elektronik berbaur ayat di atas juga mengundang senyuman lebar tanpa batasan. Kau ingat, jalur internet saja mampu unlimited. Senyum juga mampu. Senyumlah walaupon pahit. Astaghfirullah sesungguhnya apakah drama sebabak tak berapa nak sebak ini AJ hoiii???? HAHAHA PANGG!!



Hokkaayy!! Ini adalah sedikit terkejut. Tetapi tidak berapa mengejutkan. Sebab I used to be interviewed by 6 panels in my precious life. Temuduga untuk dapatkan kerja. Panels dari Singapore, China and India. Jadi setakat temuduga oleh 4 orang panels satu bangsa dan satu kaum, aku tidak berapa gentar di situ. Aku paham bahasa mereka. Aku cuma takut mereka tak paham bahasa aku BAHAHAHAHA sekian terima kasih.

Semakin tiba dengan waktunya, perasaan cuak muncul antara segan dengan tidak. Tetapi lebih ke arah tidak cuak. Tetapi cuak juga secara sikit sebab macam aku khabarkan sebelum ini, aku takut mereka tak paham apa aku cakap. Ok terima kasih bye.


Temuduga Skype untuk kali kedua dipercepatkan. Jika yang pertamanya pada pukul 1030 malam, the second one telah dijadualkan berlepas sayapnya pada pukul 930 malam. Mungkin mereka kasihan aku tidur lambat. Terima kasih ladies and gentlemen. Terima kasih daun keladi.



Oh. Kau pikir aku gila mahu bergaya tetengah memalam bebuta sebegini rupa? Atas saja well dressed up. The rest of it, hot pants saja. Muehehehe

Ipad itu bersandarkan apa ye AJ? Kelihatan curious seketika.

Itudiaaaaa.. Ipad terbabit bersandar harap pada bekas gula hokkkaayyy... Ngahahahahah. Rentap saja apa yang ada. Janji that Ipad bisa berdiri secara teguh dan tegap. Bukankah manusia dicipta untuk menjadi kreatif. Hohoho

Kejadian berlaku di atas meja makan. Ada sesiapa berminat? Eh bukan berminat dengan aku. Jangan risau. Aku sedar diri. Aku tak hot. Buat apa aku hot kalau iman tak sempurna mana. EH jangan macam-macam AJ.

Okay sambung. Ada sesiapa berminat dengan meja makan terbabit. For details info, please go here. Ya. Please. Now. Iya. Now. Aku paksa! Muahahaha dang!!

Temuduga secara maya berlaku selama 1 jam. Sudah pelbagai aksi aku terbitkan. Kecuali aksi menguap. Itu biadap namanya. Jaga standard sikit please....

There was one time, aku seperti sudah hilang harapan. Aku berpeluh. Sumpah. Tidak pernah aku berpeluh ketika temuduga. Kipas di on kan saja switch nya. Pelik juga mengapa aku berpeluh. Oh rupanya aku berdebar! Aku berdebar sebab aku semakin losing grip Avril Lavigne come help me pleaseee. Oh crap again AJ? Blueergghh

Sang Suami pula di saat itu lah mahu bermain game PS3 lah, mahu tutup lampu ruang tamu lah itulah inilah. Sedikit terganggu tetapi aku cuba focus. Pertama kali dalam hidup, aku menjalani temuduga, disaksikan sendiri oleh mata dan kepala Sang Suami. Tak selesa hokkaayy. Tapi takkan aku mahu suruh beliau masuk beradu di kamar pertiduran? Sang Suami juga mahu timba pengalaman. Maka, aku layankan saja.

Namun, berlaku kejadian tidak berapa boleh nak blah. Tatkala aku sedang ditemuduga, boleh muncul Twitter notification dekat Ipad perbualan antara Sang Suami dengan rakanku. Sebab they mentioned my name. Maka, terpampang lah di screen Ipad terbabit. Terkedek-kedek aku tekan cancel. Kita sedap tengah gebang, keluar notification. Mujur aku tak klik "View". Kalau tak, parah! Kah Kah Kah


Tatkala aku losip grip eh losing hope, soalan mudah, aku hampir hilang idea untuk menjawabnya. Lantas Sang Suami meminta pen daripada aku lalu mencatitkan sesuatu ke atas kertas lalu duduk di hadapan aku persis sedang bercandle light dinner (lah sangat) sambil memegang kertas terbabit untuk aku baca. Dengan harapan aku baca. Ya. Harapan tinggal harapan. Bukan lagi janji tinggal janji. Aku tak baca. Aku memang lost. Jadi, aku tak baca apa yang Sang Suami pegang.

Rupanya, Sang Suami juga turut berpeluh. Comel kan? Hahahaha Gahh!! Tapi kata you jump, I jump. You berpeluh, I berpeluh lah juga. Yang membezakan peluh jantan dan peluh betina. Ya Allah stop talking crap AJ!! Lempang karang.. Oh lempang bukan cara terbaik untuk mengajar. Ingat tu.

Ok Ok aku serious.

That was really toughed! Like seriously man! Soalan bertubi-tubi ibarat acara balapan lari 4x100 meter. Macam takde kaitan perumpamaan terbabit tetapi begitulah yang aku cuba sampaikan. Terlalu banyak soalan yang menguji minda dan kejujuran. Iya. Kejujuran turut diuji. Ho Mai God! Terus aku rasakan kata-kata janji yang ditaburkan seperti, "...as part of the admissions procedure" hanyalah kata dusta semata.

Menangis secara pukal di dalam hati. Oh rupanya Sang Suami juga sudah menangis secara rakus di dalam jiwa. Kata you jump, I jump stop it AJ!


Sebelum tidur, aku dan Sang Suami termenung merenung siling yang bercorakkan empat segi taktau sama atau tidak. Macam tak berapa sama ukurannya. Biasalah. Rumah murah eh rumah sewa. Tak mampu nak beli lagi.



Bangun pagi, got an email, telling this good news. I am smiling until now. So does the Hubster. I believe Damia Zahraa too. Alhamdulillah.....


Good things come to those who wait. Bear in mind everyone.

Wednesday, January 18, 2012

The GK Juniors

I was married with my Hubster on October 2010. Jika dilihat dari segi angka tahun rather than angka jumlah bulan perkahwinan, it has been 2 years. Ye lah. 2012 minus 2010, bukankah 2 tahun jawapannya. No?

I still remember the wedding day itself. Ye lah. Siapa yang mampu melupakan majlis yang paling bermakna dalam diri memasing kan. Unless if that person memang dah tanak ingat kisah silam, memang dia akan lupakan. Hohoho

So presenting... The GK Seniors!

GK stands for Geng Kebun. Sounds silly yet classic. We got that name by the owner of the Kebun itself, Puan Faridah Hanum who stayed in the UK few years back. So whenever she came back to her own country which is Malaysia Tanah Tumpah Darahku, she'd call up each of us to have small reunions at her Kebun. Sebab normally, Farid balik time musim doyan woi doyan.




So inilah "Tuan Kebun" nya. She was married with a British guy named, Daniel Saville. It's still fresh in my mind the moment that right after she touched down in KL from UK, then she straight away went to Kuantan with the rest of the girls who had been waiting for her arrival, only to attend my big day!! It was super sweet babe!

And guess what? She had just gave birth to her 1st baby last December. Homai babe. When I look back at the picture above, I can't believe you are a mother now!! Sooooo unbelievable. Hehehe =)

So everybadeeehhhh..Damia dah ada partner yawww...



Damia Zahraa is the first baby of GK juniors. Kira Kaklong Damia lah ni. Kohkohkoh!


And tadaaaa.. Introducing to all of you peeps, baby Jasmin Nabila. Comel kan??!! She's a pretty baby I can tell. Farid umpama tidak dapat menerima hakikat sekiranya baby beliau akan lebih cantik daripadanya kelak. Muahahahaha. But seriously, Kakngah Jasmin aka baby Jasmin memang cantik. Terpegun Aunty tengok okay. Kata anak campuran Inggeris kauuu. Hohohoho =)


Owh credit to Deyna  for sharing both pictures in Twitter. She claimed that both are her favourites photos. Dah lah both pictures pon gambar menguap. Cute okay!!

Si Deyna dengan sesuka hatinya telah menggelarkan our juniors iaitu bayi-bayi di atas sebagai, "Miamia" and "Minmin". Sungguh sesuka hati kau kan Dey! Hahaha Dush!!

Okay. Itu saja. Now we are waiting for the next generation of GK Boys.. So..Who's next?! Jeng Jeng Jeng.....



Till then peeps,
xoxo

Monday, January 16, 2012

Damia Can Sit Yo!


As Damia starts becoming more active, I will make sure that every day I'd teach her to pronounce Mom, Mommy, Dad, Daddy over and over again. I love seeing her laugh and cheeky smile whenever I said those words to her. It really melts my heart as a Mommy. Aarrggh gewaamm.. Like seriously!

Eventhough I didn't go out during last weekend, but I still had a blast one. The best part is, I managed to witness my baby sits without support. Yes, she can already sit without any supports bebeh!! Unfortunately, Daddy was not there to enjoy the most unforgettable moment in our parenthood life. HAHA #kasibakarline


 Enjoying her new nursery rhyme - Old Macdonald Had A Farm!


Damia was too excited watching the video and laughed happily ever after (?) when I tried to emulate the cat's sound,"With a meow meow here and a meow meow there!". Good girl!!


When she became tired, she started to lie down and continued watching


Oh no! Not too close. It's not good for your eyes. Next time please don't okay Darling?


A blessed mother,
aj-the-mommy

Sunday, January 15, 2012

Bluerrghh

Now ni aku sedang beratur nak bayar kat Giant. Panjang gell okay line. Kiri kanan Chinese. Rupanya, sempena perayaan Gong Xi Fa Cai ni. No wonder lah trolley aku memang berlanggar dengan trolley kaum Cina je. Haha!

Hari ni seharian duduk rumah je. What a lazy Sunday yo! Disebabkan bosan duduk kat rumah, then aku ajaklah WF keluar jenjalan. Giant pon Giant lah asalkan hirup udara shopping mall. Kehkehkeh

Hokayy almost 15 mins aku beratur ni. Still got 2 persons in front of me yang mana trolley mereka adalah dipenuhi dengan kotak limau mandarin dan beras! Hohoho.

Rasa macam baru je tahun lepas aku beli limau and dapat angpau. Tup tup aik, dah Raya Cina semula. How time flies so fast man! Pheww

Tadi main kejar-kejar dengan tikus. Pengakhiran cerita, tikus terbabit mati dengan sendirinya. Okay aku yang jumpa tikus tu mati. Okay geli nak cerita dengan details. Okay yucckksss. Tanak ingat dah.

Esok Isnin. Cepatlah Jumaat. EH EH Dang!!

Bye. Dah tiba turn nak bayar!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 13, 2012

I Want A Stylo Diaper Bag Please!


I do really really really want a handbag cum diaper bag so bad and I meant it! Sebab apa? Sebab sejak jemenjak dua tiga menjak Damia dah membesar ni, handbag aku memang semakin tercampak ke arah Sungai Klang dah la. Aku hanya bawak diaper bag Damia dan sumbat segala keperluan dalam bag tu like WF's wallet, purse aku, CD Damia, extra baju Damia, bibs Damia, segala-galanya untukmu lah Damia. Hahaha

Maka, aku sudah terasa semakin ke arah tidak stylo lagi. APAKAHKAHKAH. Aku tahu ayat terbabit umpama meminta lempangan secara berdas-das tapi whattheheck! I am just 25 years old EH itu 2011, tahun ni 26 years old and I am still young (20an dikira muda pls!). Sedangkan a housewife mother boleh kelihatan anggun bergaya, inikan pula I am a young mother with career and of course I want to look presentable. I mean, I want to look..... good. That is all.

Tapi aku memang semakin tidak meng-pamper-kan myself for about sometimes. Facial cleanser berjenama New York Skin Solutions, tersimpan rapi beberapa botol dalam almari. Since aku preggy, aku tak pernah pakai facial cleanser sampai ke hari ini. Maka, sekiranya terbit pimples here and there, aku tak berapa nak meraung sebab aku tahu, aku sendiri tak jaga kecantikan diri. So why should I blame the nature. Isn't it?

Tetapi bila lately ni aku asyik menghurung here and there diaper bag Damia semata-semata, Ya semata-mata.... Aku sudah mula terasa Oh crap! Guess it's time for me to get a new handbag. Or a new diaper bag. Or both in one time! Get what I mean. Arrghh I mean, I want both tapi 2 in 1. Whatever! *Eyes Rolling*

Aku suka sesuatu yang erm takde lah stylo mana tapi takde lah simple mana. Bagi aku, ini bagi aku tau, kalau aku rasa selesa dengan sesuatu item yang stylo/uptodate dibawa ke sana ke mari, like handbag, handphone, stroller, baby carrier etc, aku akan mempunyai self-confident yang sangat tinggi.

Sama macam kalau sesorang wanita memakai bra berwarna hitam, self-confident dia akan menjadi tinggi. Ini ada dalam kitab psychology. Tak percaya, google. I used to discuss pasal ni with my gffs. Seriously tepat! Huehuehue

Okay let's cut it short! Let pictures do the talking... So here we go.



 Kalau Pink color ni, boleh banjir KL dengan air mata aku je. KAHKAH. Bias much? Ah whatever! ;p



Drools, salivates


 Changing mat provided



Untuk pengguna Maclaren Quest Sport Stroller (Scarlet to be exact) macam aku ni, boleh lah diharus-ala-ala-ke-arah-diwajibkan beli diaper bag ni. Kehkehkeh

Pastukan, aku tunjuk dekat WF gambar kat atas tu, then he said,"Pandai ye pancing I dengan Maclaren stroller..." Miahahhahahaah. Isteri you kan geliga otaknya. Cium sket! Okay sket je. Nanti Damia jealousshhh :p



BUT THIS ONE I CANNOT TAHAN MEH!! CUN TAHAP A+ TAHAP AKU RASA NAK MENANGIS AIR MATA MERAH SEMERAH PADI EH SILAP SEMERAH WARNA DIAPER BAG DI ATAS. I FEEL LIKE CRYING NOW. AAAAAAAA DANG DANG DANG KRAPPI DANGGG!!




CUNSSSSSSS GEELLLLLLLLL. I WANT THIS KATE SPADE HANDBAG SO DAMN BADLY PLEASEEEEEEEEEEEE. AAAARRGHHH SANGAP NAK HANDBAG CUNSSS NI OKAY MENANGIS SEKARANGGGG AJ MENANGIS SECARA PUKAL SEKARANGGGG T__________T


Tapi Hubster pesan, "Kita kan nak pergi UK dah. Simpan lah duit tu dulu. Kita beli kat UK ye. Sana kan lagi murah. We can buy more than 1, baby!"

Boleh tahan geliga jugak otak my Hubster. Sekian, semoga dapat pergi UK. InsyaAllah. Kalau tak dapat pergi, aku nak beli online and shipping from there. I don't care! HAHAHA DUSH!!


Till then peeps,
xoxo

Tuesday, January 10, 2012

AJ's Family Potrait

Semalam balik Kuantan jap. MIL got admitted while we were in Sabah. But then since until yesterday MIL still haven't got discharged yet, so we decided to pay a visit for her. Pergi office kejap, then off we went to Kuantan. Plus, I got compassionate leave. UEM is very flexible! That's why I love UEM damn much! Haha #tetiba. But WF kata balik hari saja. Maka, aku okay saja. No harm pon.

So semalam masa melawat MIL, went there with my parents as well since they also live in the same state, which is Kuantan, Pahang la. Hehe. Berjanji berjumpa di HTAA. Luckily, my father in law also was there too. My Paklang and Maklang (Read: Mak Pak sedara WF side my MIL cum anak buah my Abah masa kerja dulu), and Mak Uda and Pak Uda (Read: Mak Pak sedara WF side my FIL cum parents to my ex primary schoolmate) pon were there jugak. Macam small reunions lak. Complicated tak ayat aku. Haha. But that's what had happened yesterday evening right after we arrived in HTAA la ;p

My MIL kelihatan semakin sihat. The drip has been taken out. So I guess she needs more rest and tak boleh makan ikut suka hati dia dah. Boleh tahan kelakar gak dengar Doctor tarbiah MIL aku. Haha. One thing about herself is, MIL suka cuba ubat-ubatan tradisional ni. Jenama apa tah dia sebut. Lupo. So ubat tu tak boleh nak compromise lah dengan her body. Sebab dah mixed up with too many types of medicine. So after this, she has to be a picky eater. If not, kena tarbiah dengan Doctor lagi lah nanti =)

After visited MIL, I went back home with my parents. WF stayed back in the hospital. He wanted to meet the Doctor in charged personally. So bila aku sampai rumah, aku lepak lah dalam bilik Mama like what I did time bujang-bujang dulu. Asal balik rumah je, lepak bilik Mama talking about Mom-Daughter thingy. Gilmore girls ha camtu. Tak habis-habis aku ni. Kahkah. But that's the fact anyway.

Damia cepatlah membesar. There are sooo many things Mommy wants to share with you dear... Yes dear, a lot! =)

So time tengah lepak dengan Mama, I saw this picture below on the dressing table.

Ain't that little girl cuteeee???!! Bahahahahha. Okay okay. Sila muntah hijau sekarang. I was so surprised to see this photo you know. Macam sweet nya Mama Abah tampal dekat dressing table. I am pretty damn sure they missed 3 of us every day so damn badly tapi taknak bagitau kan??!! Aaaahhh terharu lah Mama ni. Sebak pon ada. Sobsob :')

So yeaahh. I am the youngest and the only daughter in my family and the fairest one! Ngahahaha. My Along, is a captain in MISC now. My Angah is a freelancer, managing his own studio in Kuantan. We are all married yo!! Hahaha. Macam tak percaya pon ada. Dah besar anak-anak Mama Abah =)

Mama said,"Look at this picture, muka Alea macam muka Adik time kecik-kecik dulu". Huh? Who's Alea?


So here you go! This is Alea Irdina. Angah's 1st daughter. Now dah masuk anak ketiga. 2nd one is Aliy Amriy. Yes, a boy! Sepasang tuuuu.... Heiiibaattt. Hehe. The 3rd one ni tak sure baby gender lagi. Alea berkulit cerah sebab Angah's wife ada mix Chinese. Tu yang melepak semacam.



And tadaaaa.. This is Damia Zahraa. My daughter lah. Hak ela macam lah kitorang taktau ni anak kau AJ hoii.. Dush kang! +__+

Okay so Damia berkulit cerah mix apa pulak? Damia mix Jawa yo. Muahahaha. Eh apsal gelak. Serious ni. Damia mix Jawa and Arab. Tapi tang hidung terikut Jawa lak. Ekekekek dang!!

So before this, aku asyik dukung Alea je. Now alhamdulillah dah boleh dukung anak sendiri. Bila aku bukak balik family folder dalam hard disk, gambar Alea banyak gellll okay!! Now Damia's photos sedang menandingi the total number of Alea's photos. Berusaha AJ Berusaha! Kalau tak nanti dah besar Damia merajuk. Hahahahaipp!!

Anyways, Alea loves Damia very much I can tell. Aliy adik dia tu, Alea selalu buli. Sebab dia nak yang sama gang dengan dia, which is The Gang of Power Puff Girl! Hohohoho. Alea seperti tidak sabar mahu melihat Damia bercakap dan berlari dan membesar lalu berkongsi cerita peribadi bersama-sama. Haippp. Ini angan-angan Alea atau Mommy Si Damia? Kahkahkah #abaikan

Semoga mereka membesar menjadi insan yang berguna. We shape our children, our children will become what we want them to be. Genetic-wise and attitude-wise. Hence, be a proud Mommy or Daddy to your little one(s) okay peeps!


Till then,
xoxo

Monday, January 9, 2012

Bodoh kah Mereka?

Read one article. Someone posted dekat muka buku. Seorang emak memukul anaknya yang berusia lingkungan 4-5 tahun sampai mati budak tu. Reason being, si anak main conteng-conteng dinding dalam bilik guna lipstick si Emak yang baru beli. Cekononnya mahal. Wth?!!

Sekarang anak kau dah tiada, kau beli lah seguni lipstick yang kau idamkan. Tak payah menyesal. Not worth anymore!

Ada satu kes pulak, si Bapa melempang si anak sebab si anak tak dengar cakap. In other words, degil. Ha camtu. Biasalah spoil child. Pasti ada phase kenakalan gitu. Maka, si Bapa tak boleh tahan sabar, lalu melempang si anak sampai berdarah muka.

In the first place, itu bukan anak kau eh sampai tergamak cederakan si anak. Nak mengajar anak banyak cara lah bro. Melempang bukan lah the easiest way untuk mengajar anak.

May I ask, kecik-kecik dulu belajar agama tak? Ke terus lupa dan alpa dengan nikmat duniawi? Haish. Aku tak respect lah orang macam ni.

Apa kata kau lempang diri kau sendiri sebelum tangan kau ringan je nak lempang muka anak tu. Sedangkan anak sendiri pon ringan nak dilempang, anak orang lain agaknya ikut suka hati dia jugak kan nak main lempang-lempang ni. Maklumla, terlebih pandai nak mengajar kan.

Ya Allah. Semoga Damia Zahraa mempunyai ibu dan bapa yang tidak mudah naik tangan. Lebih baik naik suara daripada naik tangan. Atau kan lebih elok naik kereta lalu pergi ke masjid. No?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 8, 2012

Trip to Sabah - 1

Just got back from Sabah yesterday midnight. Went there with my GKs. Setahun punya plan, ticket murah giler, preggy lagi time tu and Alhamdulillah everything went smoothly. So much things to update like Mommy berebut dengan aunty Gks especially aunty @deynahebat and @nadiaamena untuk dukung Damia. Perrgh mencabar btol ramai sayang Damia ni. Hahaha. But still waiting others to upload the photos. One thing for sure, I am in love with Kicap Cap Ayam dowh!!! Kitorang Layan abessss.... Haahhaha. Ok sambung later. Toodles - Sent via Ipad

Tuesday, January 3, 2012

Damia Zahraa at 6 Months Old

Hye everyone. I am now 6 months old. At this age, saya telah memasang niat untuk tahu merangkak secara serious. I mean, I have to put more efforts and try harder so that I can go every corner in my house easily without my Mommy's help. Hehe


Saya telah menggagahkan diri menampung tangan ala-ala pumping. Asyik angkat punggung je. Sampaikan Mommy kata punggung saya tonggek. Oh tidak. Saya tak mahu digelar punggung tonggek. Walaupon kata-kata Mommy bermaksud 3T, Tonggek Tapi Tomeeyy, saya tetap tak mahu digelar sedemikian. Pengaruh Boboi lah Mommy ni +__+


Maka, saya berusaha dan terus berusaha menguatkan tulang kaki dan tangan. Lagipon, ketika saya di dalam perut, Mommy selalu minum air susu. Setiap pagi saya dapat kalsium susu dutch lady. Macam-macam perasa saya sudah rasa. Strawberry, chocolate, milk, you name it. Saya sudah rasa ketika dalam perut lagi. Sebab Mommy memang suka minum susu. Sebab tu tulang saya kuat kot. #justsaying (baby pon tahu tertwit tau)


Hiyaaarrghhh. Ada gaya atlet nak "on your mark get set go" tak? Saya nak jadi atlet nanti. Sebab Mommy saya dulu pon suka bersukan. Daddy saya suka bersukan jugak. Tapi sukan dia sukan lain. Takde kaitan dengan balapan. Sukan Permotoran (Motor Sport). Kehkehkeh


Ocopottt. Atuh gegirl.... HAHAHAHA. Eh kenapa gelak? Gelak sebab takut Mommy marah saya cakap peyat. HAHA.

Sebenarnya Mommy taknak ajar saya cakap pelat. Mommy nak didik saya cakap betul-betul. I mean, pronounce every word correctly. Sebab Mommy taknak bila saya besar nanti, saya still pelat. Takpe. InsyaAllah ye Mommy. Damia akan cuba pronounce leklok. *sambil tepuk boobs Mommy nak susu EH tumpang lalu Mommy*


Hari ini 1st day of 2012. Jadi saya telah berazam untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk belajar merangkak 2 - 3 steps.

 Hiyaaarrrgghhhh. I made it I made it!


Weeeeehhoooo. Reached the end point. Hohohoh :D


Sebagai seorang bayi 6 bulan, I need a lot of rests to boost up my energy back. Maka, rehat sebentar sambil bergambar. Ekekekek


Huwargh. Okaylah. Saya sudah mengantuk. Nanti sambung dalam entry lain pulak eh. Ala perkembangan yang lain sama macam rakan-rakan bayi yang lain punya perkembangan la because I am also a human baby like you all guys! Huwargh. Eh dah dah. I am sleepy right now.



Till then peeps
xoxo
#CilokTrademarkMommy #TumpangLaluMommy