I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, January 3, 2012

Damia Zahraa at 6 Months Old

Hye everyone. I am now 6 months old. At this age, saya telah memasang niat untuk tahu merangkak secara serious. I mean, I have to put more efforts and try harder so that I can go every corner in my house easily without my Mommy's help. Hehe


Saya telah menggagahkan diri menampung tangan ala-ala pumping. Asyik angkat punggung je. Sampaikan Mommy kata punggung saya tonggek. Oh tidak. Saya tak mahu digelar punggung tonggek. Walaupon kata-kata Mommy bermaksud 3T, Tonggek Tapi Tomeeyy, saya tetap tak mahu digelar sedemikian. Pengaruh Boboi lah Mommy ni +__+


Maka, saya berusaha dan terus berusaha menguatkan tulang kaki dan tangan. Lagipon, ketika saya di dalam perut, Mommy selalu minum air susu. Setiap pagi saya dapat kalsium susu dutch lady. Macam-macam perasa saya sudah rasa. Strawberry, chocolate, milk, you name it. Saya sudah rasa ketika dalam perut lagi. Sebab Mommy memang suka minum susu. Sebab tu tulang saya kuat kot. #justsaying (baby pon tahu tertwit tau)


Hiyaaarrghhh. Ada gaya atlet nak "on your mark get set go" tak? Saya nak jadi atlet nanti. Sebab Mommy saya dulu pon suka bersukan. Daddy saya suka bersukan jugak. Tapi sukan dia sukan lain. Takde kaitan dengan balapan. Sukan Permotoran (Motor Sport). Kehkehkeh


Ocopottt. Atuh gegirl.... HAHAHAHA. Eh kenapa gelak? Gelak sebab takut Mommy marah saya cakap peyat. HAHA.

Sebenarnya Mommy taknak ajar saya cakap pelat. Mommy nak didik saya cakap betul-betul. I mean, pronounce every word correctly. Sebab Mommy taknak bila saya besar nanti, saya still pelat. Takpe. InsyaAllah ye Mommy. Damia akan cuba pronounce leklok. *sambil tepuk boobs Mommy nak susu EH tumpang lalu Mommy*


Hari ini 1st day of 2012. Jadi saya telah berazam untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk belajar merangkak 2 - 3 steps.

 Hiyaaarrrgghhhh. I made it I made it!


Weeeeehhoooo. Reached the end point. Hohohoh :D


Sebagai seorang bayi 6 bulan, I need a lot of rests to boost up my energy back. Maka, rehat sebentar sambil bergambar. Ekekekek


Huwargh. Okaylah. Saya sudah mengantuk. Nanti sambung dalam entry lain pulak eh. Ala perkembangan yang lain sama macam rakan-rakan bayi yang lain punya perkembangan la because I am also a human baby like you all guys! Huwargh. Eh dah dah. I am sleepy right now.



Till then peeps
xoxo
#CilokTrademarkMommy #TumpangLaluMommy

2 comments:

PutriesNoora said...

wah tererla damia..keep it up!=D

deena awanis said...

damia makin comel lah!!