I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Friday, January 20, 2012

The Skype Interview

Apa itu Skype? Tidak pernah terfikir dalam kotak fikiran aku untuk "mendaftarkan" diri di dalam kancah dunia Skype.

Hinggalah di saat aku sedang bergembira bersama sahabat handai ketika berada di Sabah Negeri di Bawah Bayu baru-baru ini, BerryHitam aku menerima sepucuk surat elektronik seperti di bawah.


Aku terpana ketika membaca. What should I reply? Sorry Madam, I don't have a Skype account. But I do have YM, Gtalk, BBM, and Whatsapp yawwww!! Or maybe we can just Facetime? Bahahaha. Ok crap!

Bayangkan aku melemparkan jawapan sedemikian rupa, what would be their impression? Jelas bebeno kelihatan aku ketinggalan, kah? Lalu aku hanya menjawab, berikan saja kata putus bila dan pukul berapa. I will be there. Wahlauweh. Gaya duit dalam poket ada seguni emas. Ok crap one more time!



3 hari selepas kejadian "terpana" berlalu, aku menerima lagi sepucuk surat elektronik. Kali ini, segala kata putus dengan siapa, di mana (Skype pasti), pukul berapa telah ditetapkan. Aku masih terkial-kial di dalam kotak fikiran tetapi hanya buat-buat seperti aku sudah ada 100 contacts dalam akaun Skype. Walhal...

Walhal.. Mendaftarkan diri pon belum walaupon aku sudah layak untuk mengundi. EH EH EH TUMPANG LALU PRU. Maka, detik itu jugak aku men-campak-rela-kan diri aku ke dalam kancah Skype. Yang paling best, Si Kekanda WF juga turut merelakan dirinya dicampakkan sekali ke dalam kancah terbabit. Ini baru betul you jump, I jump. Kah kah kah

Lalu aku menjawab surat elektronik terbabit dengan penuh yakin bersemangat waja serta memberikan my very 1st Skype ID in my entire life to her. Kenalan pertama adalah Sang Suami. Bajet cinta pandang pertama puiii. Tak tahu betapa bencinya aku pada Sang Suami dahulu lalu termakan kata-kata pujangga Benci Bilang Cinta? Okay silakan muntah secara berjemaah. Rapatkan saf semua.

Kenalan kedua, adalah Jackie herself. My future PhD Supervisor. Hello J. I am AJ. Wahlauwehhh. The 1st interview went very well. She's so stunning I tell you. I wonder how old she is. But of course, must be older than me. Heh lawak ilmiah apakah ini AJ? Jangan dicampur adukkan lawak ilmiah dengan lawak bodoh, boleh? Kelak dahsyat rupanya.

Temuduga secara Skpe tamat pada jam 1130 malam waktu Tanah Malaya. Jackie was so surprised to know that here in Malaysia sudah hampir ke tengah malam. Beliau menyangkakan panas sampai ke petang eh apa ni AJ? Okay beliau menyangkakan Malaysia adalah 1130 pagi. Tetapi malangnya tidak Jackie. Tidak sama sekali. Rakyat Malaysia sudah lena di kamar beradu memasing. Sobss #tetiba

Maka, inilah hasil temuduga secara alam maya terbabit.


 
Ya. Senyum sampai ke telinga aku. Jangan bayangkan. Senyuman lebarku tidak mampu menandingi senyuman Nana Paling Comelllll di hatiku eh di hatiku? Oh apakah itu?



Tatkala aku menerima surat elektronik berisi kandungan seperti di atas, aku hanya tersenyum. Bagi aku, alah setakat temuduga, aku sudah lali. Aku tak pernah kecut untuk ditemuduga. Sebab aku adalah seorang yang suka berjumpa dengan si penemuduga. Talking is fun. Meeting new people is also fun. So apa motif nak cuak? Baiklah whatever AJ!


Surat elektronik berbaur ayat di atas juga mengundang senyuman lebar tanpa batasan. Kau ingat, jalur internet saja mampu unlimited. Senyum juga mampu. Senyumlah walaupon pahit. Astaghfirullah sesungguhnya apakah drama sebabak tak berapa nak sebak ini AJ hoiii???? HAHAHA PANGG!!



Hokkaayy!! Ini adalah sedikit terkejut. Tetapi tidak berapa mengejutkan. Sebab I used to be interviewed by 6 panels in my precious life. Temuduga untuk dapatkan kerja. Panels dari Singapore, China and India. Jadi setakat temuduga oleh 4 orang panels satu bangsa dan satu kaum, aku tidak berapa gentar di situ. Aku paham bahasa mereka. Aku cuma takut mereka tak paham bahasa aku BAHAHAHAHA sekian terima kasih.

Semakin tiba dengan waktunya, perasaan cuak muncul antara segan dengan tidak. Tetapi lebih ke arah tidak cuak. Tetapi cuak juga secara sikit sebab macam aku khabarkan sebelum ini, aku takut mereka tak paham apa aku cakap. Ok terima kasih bye.


Temuduga Skype untuk kali kedua dipercepatkan. Jika yang pertamanya pada pukul 1030 malam, the second one telah dijadualkan berlepas sayapnya pada pukul 930 malam. Mungkin mereka kasihan aku tidur lambat. Terima kasih ladies and gentlemen. Terima kasih daun keladi.



Oh. Kau pikir aku gila mahu bergaya tetengah memalam bebuta sebegini rupa? Atas saja well dressed up. The rest of it, hot pants saja. Muehehehe

Ipad itu bersandarkan apa ye AJ? Kelihatan curious seketika.

Itudiaaaaa.. Ipad terbabit bersandar harap pada bekas gula hokkkaayyy... Ngahahahahah. Rentap saja apa yang ada. Janji that Ipad bisa berdiri secara teguh dan tegap. Bukankah manusia dicipta untuk menjadi kreatif. Hohoho

Kejadian berlaku di atas meja makan. Ada sesiapa berminat? Eh bukan berminat dengan aku. Jangan risau. Aku sedar diri. Aku tak hot. Buat apa aku hot kalau iman tak sempurna mana. EH jangan macam-macam AJ.

Okay sambung. Ada sesiapa berminat dengan meja makan terbabit. For details info, please go here. Ya. Please. Now. Iya. Now. Aku paksa! Muahahaha dang!!

Temuduga secara maya berlaku selama 1 jam. Sudah pelbagai aksi aku terbitkan. Kecuali aksi menguap. Itu biadap namanya. Jaga standard sikit please....

There was one time, aku seperti sudah hilang harapan. Aku berpeluh. Sumpah. Tidak pernah aku berpeluh ketika temuduga. Kipas di on kan saja switch nya. Pelik juga mengapa aku berpeluh. Oh rupanya aku berdebar! Aku berdebar sebab aku semakin losing grip Avril Lavigne come help me pleaseee. Oh crap again AJ? Blueergghh

Sang Suami pula di saat itu lah mahu bermain game PS3 lah, mahu tutup lampu ruang tamu lah itulah inilah. Sedikit terganggu tetapi aku cuba focus. Pertama kali dalam hidup, aku menjalani temuduga, disaksikan sendiri oleh mata dan kepala Sang Suami. Tak selesa hokkaayy. Tapi takkan aku mahu suruh beliau masuk beradu di kamar pertiduran? Sang Suami juga mahu timba pengalaman. Maka, aku layankan saja.

Namun, berlaku kejadian tidak berapa boleh nak blah. Tatkala aku sedang ditemuduga, boleh muncul Twitter notification dekat Ipad perbualan antara Sang Suami dengan rakanku. Sebab they mentioned my name. Maka, terpampang lah di screen Ipad terbabit. Terkedek-kedek aku tekan cancel. Kita sedap tengah gebang, keluar notification. Mujur aku tak klik "View". Kalau tak, parah! Kah Kah Kah


Tatkala aku losip grip eh losing hope, soalan mudah, aku hampir hilang idea untuk menjawabnya. Lantas Sang Suami meminta pen daripada aku lalu mencatitkan sesuatu ke atas kertas lalu duduk di hadapan aku persis sedang bercandle light dinner (lah sangat) sambil memegang kertas terbabit untuk aku baca. Dengan harapan aku baca. Ya. Harapan tinggal harapan. Bukan lagi janji tinggal janji. Aku tak baca. Aku memang lost. Jadi, aku tak baca apa yang Sang Suami pegang.

Rupanya, Sang Suami juga turut berpeluh. Comel kan? Hahahaha Gahh!! Tapi kata you jump, I jump. You berpeluh, I berpeluh lah juga. Yang membezakan peluh jantan dan peluh betina. Ya Allah stop talking crap AJ!! Lempang karang.. Oh lempang bukan cara terbaik untuk mengajar. Ingat tu.

Ok Ok aku serious.

That was really toughed! Like seriously man! Soalan bertubi-tubi ibarat acara balapan lari 4x100 meter. Macam takde kaitan perumpamaan terbabit tetapi begitulah yang aku cuba sampaikan. Terlalu banyak soalan yang menguji minda dan kejujuran. Iya. Kejujuran turut diuji. Ho Mai God! Terus aku rasakan kata-kata janji yang ditaburkan seperti, "...as part of the admissions procedure" hanyalah kata dusta semata.

Menangis secara pukal di dalam hati. Oh rupanya Sang Suami juga sudah menangis secara rakus di dalam jiwa. Kata you jump, I jump stop it AJ!


Sebelum tidur, aku dan Sang Suami termenung merenung siling yang bercorakkan empat segi taktau sama atau tidak. Macam tak berapa sama ukurannya. Biasalah. Rumah murah eh rumah sewa. Tak mampu nak beli lagi.



Bangun pagi, got an email, telling this good news. I am smiling until now. So does the Hubster. I believe Damia Zahraa too. Alhamdulillah.....


Good things come to those who wait. Bear in mind everyone.

4 comments:

Noli@Ibu Wafa said...

congrats..
.
sy baca entry ni pon naik berdebar..ni baru leh tarik nafas..haha...

Dayana said...

Wow! Congrats AJ! Now the scholarship....

Cik Puan Fara said...

macho betul!

ko nk terbang g mane AJ? UK eh?

AJ The Mommy said...

NOLI

hehe tenkiu. Sila bernafas seperti sedia kala ;p

DEY

thanks babe. yaaa. waiting patiently!


FARA

Macho part mana tu? hewhewhew. InsyaAllah UK babe :)