I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, December 25, 2012

She's a big girl now

Damia is a big princess now. Alhamdulillah.

See. Blog akan terupdate bila usia Damia juga di update. Hehe. She is now 18 months young baby. Muahs

She can talk.. In her own language as usual. Haha. Yang lain bila sebut NOOOO, memang dia stretch out betul perkataan No tu. Pergh. Bila say Thank You, Damia sebut TETUUH. Layankan saja. Oh lagi satu, bila nampak kucing, Damia akan sebut CAAAATTTTT dengan penuh excited. Dog, lion, elephant semua pon CAAATTT!! T____T Baiklah. We'll bring you to the zoo as soon as possible okay my dear.

Christmas kat sini meriah. Kawasan kejiranan lengang. Balik kampung kot. Atau euro trip. Hehe. Kengkawan lain semua pergi Amsterdam lah, Belgium lah, Barcelona lah, Paris lah. Aku?! Yaaaa aku di sini sahaja. Masih di UK. Itupon mujur berpeluang datang UK. Haha.

Maka WF bagitau kita UK trip instead. Lagipon claim from Mara baru dapat last week. So kalau nak holiday memana pon harga sure dah mahal kan sebab last minute booking. Maka UK Trip sajalah. Tu pon mujur claim masuk. Kalau tak boxing day atas katil terus! Bluergh

Aku tengah tahan mata ni. Salah satu cara, update blog. Malam kat sini awal. Pukul 4 dah Maghrib. Ada sekali aku BERIYA masak for dinner kelam-kabut, tengok jam baru pukul 630. Ingat dah pukul 10 malam. Hadoi. Ni pon aku ingat dah pukul 12 malam tapi baru pukul 8 lebih. Bila malam panjang ni, rasa hidupku terlalu singkat. Eceh ayat memang mohon penampar sentiasa.



Oh ya. Aku dah ada online shopping. Bolehlah jengah ke www.facebook.com/AJShoppingParadise.Kalau rasa nak Like, silakan. Kalau taknak, tiada paksaan dalam mengeLike. Hehe

Okaylah. Nak kemas barang. Jap lagi nak masak untuk bekalan dunia akhirat pulak. Eceh ayat haihhh. Taklah. Kata nak UK trip. Salah satu cara nak berjimat, masak siap-siap lah kan. Kita picnic dalam kereta yo! Nak cari kedai halal memang satu hal lah kan.

PhD? Oh tengah cuti sebulan ni. Nanti dah jumpa SV baru update. Hoho

Till then peeps. XoXo


Loves,
aj-the-mommy

Saturday, December 1, 2012

17 Bulan 6 Hari


She's now 17 months and 6 days old. Sorry baby. I used to promise to myself I really wanted to update your birthday track every month but this time around, Mommy kecundang. Again, sorry :(

She called me Mama. Yup. She called Daddy as Papa. Zzzzz. Pengaruh disney junior la ni The Hive. Bee tu duk panggil Mama Papa. Haih. Never mind then. At least she learnt something, no?


She likes to eat. Tapi bila dah kenyang, she becomes very picky. Amboihh. Kalau lapar, semua pon bedal. Tapi she loves rice very much. Melayu sangat!! Haha.

Hmm.. What else? Aku macam tak sabar nak beranak. I mean, tak sabar nak bagi Damia main dengan adik dia as she's not entitled to get free education at any kindies yet. Kena tunggu umur 3 tahun baru boleh. Kesian Damia. I was thinking nak hantar Damia ke childcare tapi tunggu la next allowance. Now ni money constraint.


Nursery sini mahal tahap gantung handbag. Haha ok takde kaitan. Tapi just imagine, half day without lunch will cost you around £25. Half day tuuuu. Ya. Kalau seminggu? Sebulan? Maka baiklah kami simpan duit terbabit utk Euro trip bagai kan. Hehehe. Tapi aku still berdoa ada rezeki lebih utk hantar Damia ke childcare. I want her to mix around with people here. Kalau tak, setakat jumpa stranger kat High Street je la. Itupon budak-budak kat sini rajin tegur Damia sebab Damia aggressive and friendly. Yaaa. She's over friendly. So I have to be careful. Hahah :p

Tentang PhD lak, I just met my sv last Tuesday after 1 month gap of not seeing her. Betul la orang kata. Nak buat PhD ni, you have to be strong mentally, regardless of whatever course you are taking. Master pon lagi kacang aku rasa. ha bolehlah aku cakap kacang sebab dah lepas kan. Ngehngeh

Tapi seriously, PhD is not as simple as abc. Kalau tak, sure dah ramai Doctorate kat luar sana kan. Bayangkan buat PhD 3-4 tahun. Sama macam buat Degree. Tapi degree tak gila sangat. So now aku paham la why some people quoted PhD as "Permanent Head Damage". Aku yang baru start ni pon dah rasa haih.. Mampu ke aku? I'm not a lecturer though. I came from a corporate line. Do you think corporate people can get a Doctorate title? Yes they surely can if they are willing to! So here I am. I hope everything will run smoothly according to our plan. Merancang itu mesti. Takdir itu pasti. InsyaAllah :)


Aku rindu nak update blog. I don't expect people to read those rubbish words of mine tapi for the sake of my own memory. Rugi kalau tak update pasal life sepanjang kat UK ni. In fact aku sometimes kesian kat Adik Damia sebab jarang cerita pasal my 2nd pregnancy ni. Time Damia dulu hampir setiap details aku coretkan dalam blog ni. But dear... I just don't have a proper time to do that. Malah berasa guilty pulak kalau update blog, bukan thesis. Haha. Aku hanya rajin berkarya (lah sangat) di Twitter dan Instagram. FB pulak bila ada mood. Blog? Susah nak jawab. Hehe


Till then peeps. XoXo


Loves,
aj-the-mommy

Friday, November 9, 2012

PhD Journey #5 The Writing Begins

Guess it's too early for me to feel the stress. Tapi bahang stress itu sudah mula dirasai.

I've started my writing since last week. Prior to that, I only read the articles and journals sampai kenyang seterusnya muntah.

The next meeting with the supervisor will be held in next 2 weeks but I have to submit the write up a week before that. Muntah lagi. Oh btw, have I told ya that my primary SV is the Head in my department? So yeah. Hope you can understand the pressures that I'm currently on to. I'm sure she will expect something like "Please don't make me feel humiliate of having such a loser like you". Ok exaggerate. Haha

On top of that, WF has started working since last Monday setelah 2 bulan menjadi penganggur bertauliah. Alhamdulillah. Ini semua NI (National Insurance) punya pasal. Nantila aku explain pasal NI. Tapi takpela. Now WF kerja 8 hours per day. Next week 12 hours lak. Pastu back to normal 4 hours per day. Tu pon sbb ganti member yang nak pergi bercuti ke Barcelona. Kumpul duit dulu. Nanti turn kami pulak ke sana ke mari. InsyaAllah jika diizinkan. Amin..

Eh AJ, kau tak kerja ke? Eh aku kan dah dpt allowance. Buat apa nak kerja? Kehkehkeh. Takdela. If both WF and I kerja, siapa nak jaga anak kan. Aku ni tunggu masa je nak shoot resume. Hehehe. Tapi tunggu lepas bersalin la and tunggu Damia besar sikit. Oh ya. I'm pregnant. Dah masuk 2nd trimester pon. Alhamdulillah. Yang tu pon nantilah aku cerita experience pregnant kat UK ni.

Okla. Nak sambung writing. Idea dah muncul kembali. Daaa


Sincerely,
aj-the-mommy

Wednesday, November 7, 2012

Fisher Price Apptivity Ipad Case and Iphone5

Hello blog.

I just bought an Iphone5. Something that I've been waiting for quite so long. I controlled my desire not to buy the 4s while still in Msia. Menyesal tak sudah nanti. Eceh

So yeah. I'm now figuring my Iphone out by updating this blog. Yuhoo. Hope it works using this blogger app.

Oh ya. I also have got my new Ipad case by Fisher Price. Easier for Damia to hold or errr to avoid damages happen if she keeps throwing the gadget down. Well Damia, do you think this Ipad is as cheap as chips Darling? Huwaaa



So itulah rupa Fisher Price Apptivity Case. Siapa nak order, RM230 inclusive shipping. Kena ada banyak order, kalau sikit, tak berbaloi atenyee.

Till then peeps. Xoxo

Thursday, October 25, 2012

Tuan Puteri Damia Zahraa 16 Bulan


Tuan Puteri Mommy dah berusia 16 bulan. Alhamdulillah. Dah besar anak Mommy. Dalam gambar pon nampak besar walaupon hakikatnya badan Damia tetap petite macam baby. Hehe. Tak kesah lah asalkan anak Mommy sihat walafiat. Amin...

I'm impressed with her development. She can now understand what I say. For instance, "Damia, go and take  your Ipad and give it to Mommy". "Damia, where's your tupperware? Bring it here". "Damia, where's your bib?" Pastu Damia pon terkedek-kedek la pergi ambil barang-barang yang disebut tadi. Paling takleh blah, 1st time suruh Damia pergi ambil Ipad kat bilik satu lagi, tau pulak benda alah tu Ipad. Time tu aku and WF ingat, kot la dia akan ambil bantal busuk dia ke apa. Sekali tak. Tercengang-cengang aku and WF. Haha


Pastu Damia sekarang sudah pandai makan sendiri. Dia dah lama nak belajar makan sendiri. Since kat Malaysia lagi. Masa tu 12months++ kot. Tapi aku halang. Haishh. Poor me. Bukan apa. Masa tu aku tau, kalau aku ajar dia makan, konfem makanan akan bersepah. Aku masa tu dah lah busy packing barang nak pergi UK. So aku malas nak kusutkan dengan makanan Damia yang bertaburan atas lantai. Sebab tu masa tu aku memang suap je dia. Aku tak kasi dia makan sendiri. Memang kesian lah sebab dia nak sangat suap sendiri tapi nak buat camne. Part ni, sila jangan contohi aku okay! Huehuehue

Dah sampai UK, terus aku ajar dia makan sendiri. I started to realize that Damia mahu makan sendiri bila everytime aku makan, Damia akan mengendeng nak makan makanan aku. Pastu tangan dia mula la kuis nasi atau lauk dalam pinggan aku. So from there, aku perasan la pastu cakap dengan WF nak beli high chair. Tapi WF ni kata buat apa beli sbb En. Mohamed (a Singaporean yang dah balik Singapore) ada tinggalkan high chair anak dia untuk kami. Tapi prob is, high chair tu kat rumah Msian lain. So WF lak lengah-lengahkan pergi ambil. Aku geram, aku nekad aku cakap nak beli sebab dah kesian sangat kat Damia. Lastly barulah kami pergi rumah Kak Shima and Abang Nasrul untuk ambil high chair tu.

Lega bila tengok Damia duduk atas kerusi sendiri, pinggan sendiri, suap sendiri. Bersepah tu takyah cakap lah. Tapi tu awal-awal. Now dah makin okay. Alhamdulillah. Yang penting kena monitor la awal-awal tu. So bila tumpah, Damia nampak aku kutip and tak kasi dia makan tumpah-tumpah atau comot-comot, nanti budak akan pandai sendiri la. Contoh, Damia makan, mulut comot. Aku terus lap. Pastu now everytime Damia makan, dia rasa mulut dia comot sampai pipi, dia terus lap guna bib. HAHAHA. Comel pon ada aku tengok. That shows yang baby ni mudah mengikut dan diajar. Sebab tu jangan tunjuk perbuatan yang tak elok depan anak sebab dia akan digest benda tu dalam otak. No? Itu apa yang aku baca lah. Lain budak, lain gaya dia. Tapi kebetulan, apa yang aku baca, terkena pulak dengan Damia. So aku anggap teori tu betul. Boleh? Teehehhee ;p


Oh Damia dah pandai makan benda-benda mengarut like chocolate and jajan. Tapi sini tak makan jajan sangat. Semua tu aku baru ajar bila sampai UK sebab kat sini, takleh cerewet sangat bab makan. Asal ada makanan, suap je asalkan budak tak lapar. Dulu, time kat Malaysia, Damia tak pernah tahu apa itu chocolate, tidbits etc. Pernah sekali aku bawak Damia pergi office, ada colleague ni tunjuk chocolate to attract Damia's attention. Damia bolayan jeee. Hahaha. Pastu colleague tanya aku, "Ey AJ, kau tak ajar anak kau makan chocolate ke. Patutlah anak kau buat taktau je. Kalau anak aku, memang serbu terus padahal lagi kecik daripada anak kau. Baru 7 bulan. Ramai sangat tukang suap dia. Sebab tu kecik-kecik dah makan chocolate". In this case, aku memang control anak aku. Aku memang tak bagi orang suap anak aku sesuka hati. Haha. Garam pon Damia tak pernah rasa dalam porridge dia sampailah umur setahun lebih baru ajar sikit-sikit. Pernah lah kena bebel jugak dengan parents aku tapi tak kesah lah. Cara besarkan anak adalah lain-lain. So ikut cara masing-masing. That's what I explained to them. Hehe

Damia now boleh sebut:

No = No
Mam ma = Mama instead of Mommy
Mayyy = Mommy
Dedeh = Daddy
Gowh = Go
Mmmm = Muah/Kiss
Mek = Milk
Kooo = Cookie

Okaylah. Nanti sambung lagi.



Mommy doakan Damia akan membesar menjadi muslimah yang sejati, murah rezeki, panjang umur, brilliant, dan ada ciri-ciri leadership. InsyaAllah.. Amin..



Hugs and kisses,
aj-the-mommy

Wednesday, October 17, 2012

Nukilan 3 Pagi

Aku terjaga. Bunyi orang cakap kuat gila. Rupanya bunyi TV yang memekak. Daddy tertidur atas sofa rupanya.

Damia terjaga, nak menyusu. Aku dalam dilemma. Nak susukan Damia (read: breastfeed) atau nak pergi kejut Daddy (read: nak membebel sebab tidur dengan TV terpasang bazir elektrik!) kat bawah. So, antara Daddy dan Damia, wajiblah aku pilih Damia. Sorry Daddy.  Damia is everything to me. Hehehehe. Dalam erti kata lain, memekak lah TV terbabit kat ruang tamu bawah dengan British accent nya secara berleluasa +__+

Tengok Damia dah lalok sket lepas bf, aku pon bangun nak pergi kejut Daddy (read: nak membebel eh berapa kali nak type daaaa). Tapi disebabkan malas nak turun anak tangga yang empuk itu, (Yaa sangat empuk tangga rumah ni. Karpet tebal ya ampun) aku panggil je Daddy from tangga paling atas. Tapi tak lut. Sesungguhnya, suara TV lagi kuat daripada aku.

Akhirnya, aku turun jugak kejut Daddy yang sedang tidur sambil kepit tangan sebab tahan sejuk. HAHA. Dah tau sejuk ada hati nak tidur depan TV buat style kat Malaysia? Oh #SoMalaysian. Kihkihkih. Dahlah tanak on heater atas dasar jimat. Mungkin TV yang terbukak itu lebih jimat daripada heater yang terpasang. Whatever lah Daddy.

Kejut punya kejut, akhirnya Daddy terjaga. Terus tersedar yang beliau memang berada dalam kesejukan serta diselubungi suara British accent yang memekak di segenap ruang tamu yang sunyi OMG BISINGSSS! Lalu Daddy switch off TV. Aku kembali ke tingkat atas. Tapi tidak masuk ke kamar tidurku. Aku masuk ke kamar belajar.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti gelang emas sedang bergerak menghampiri kamar belajar. "Eh macam kenal". OMG DAMIA BANGUN AAAAA!!! (Read: Damia bukan species bayi yang jaga malam tanpa sebab). Ini mesti suara aku yang kejut Daddy secara mengejut tadi. Damia berlari ke arah aku lalu peluk. Damia memang macam tu. Kalau bangun tidur, tengok Mommy tiada di sisi, Damia akan bangun dan berlari-lari cute mencari Mommy. Aih cair.....

Ok focus focus.

Then, aku sambung breastfeed Damia. Tapi Damia dah tak mahu. Oh why why??!! Sebab Damia mahu bermain dalam keadaan mamai OMG NO WAY!! Kalau tau jadi ini macam, aku biarkan je TV memekak kat bawah. Last-last aku biarkan Damia bermain. Aku pura-pura tidur. Kalau layan, memang konfem lagu ABC, Alif Ba Ta dinyanyikan secara berdas-das oleh ehem oleh Mommy laaaa +___+

Tak sampai beberapa minit, less than 5 minutes perhaps, she fell asleep. Tapi position tidur dia adalah seperti berebut space dengan Daddy. Kalau Daddy pusing je, harus Damia menjadi mangsa lanyak Daddy oh tidaakk...

Lalu aku angkat dan letak Damia di antara Mommy and Daddy. Biasalah. Dah mula terjaga tu, mula lah cranky nak tidur balik. Apa lagi. Bf Damia again and again. Kemudian, Damia tertidur. Daddy dah lama layu di tasik empuk. Now MOMMY? WHAT HAPPENED TO MOMMY?

Yaaaaa... Terhasil lah entry ini. Entry pukul 3 pagi. Tak boleh tidur huwaaaaaaaa :'(

Or maybe sebab esok I'll be meeting my both SVs (again. yes!) so mungkin aku cuak? Atau mungkin aku sedang anticipate apakah soalan yang bakal dilontarkan? Atau mungkin terlalu banyak perkara yang aku pikir lalu mengundang insomnia? Ah insomnia lah sangat. Baru malam ni mata takleh tidur balik dah gelar diri insomnia. Exaggerate lah kau AJ! Choy.

Oklah. Bye.


Monday, October 1, 2012

Happy 2nd Anniversary Husband!


Semoga istikharah yang dilakukan selama 7 hari 7 malam pada tahun 2010 memberi petunjuk yang benar hingga akhirat kelak.

Semoga ikatan perkahwinan kita berdua kekal hingga akhirat kelak.

Semoga kasih sayang yang diberikan daripada seorang Suami kepada seorang Isteri dan sebaliknya berterusan hingga akhirat kelak.

Semoga kejujuran dan kesetiaan yang dilimpahkan daripada seorang Suami kepada seorang Isteri dan sebaliknya diberkati hingga akhirat kelak.

Semoga rumah tangga yang dibina atas dasar jodoh dan cinta diredhai hingga akhirat kelak.

Thanks for being/trying to be a great husband to me. Though perjalanan hidup kita masih jauh, I know you can be a good leader in our family. InsyaAllah.


Happy 2nd Anniversary my dear Husband, Wan Faizul. Do take care of your wife, Damia and adik Damia (EH) okay? Muahs! Jom bersiap cari gynae. A BIG EH?!


your one and only wife,
aj-the-mommy

Tuesday, September 25, 2012

My 15h Months Old Baby Princess




Yup. She's still a baby for me. Though she's gonna have a baby brother/sister in the future, I still wanna assume Damia Zahraa as my baby princess forever. InsyaAllah...


Hope you will get more friends here Darling. I know though it's quite hard to find friends like Wana Wani Qina Ariana Dya Eei etc, Mommy really hopes that everyone will love you baby because you are so friendly and amazing! InsyaAllah...


Proud to be your Mommy. I wish you feel the same way too okay budak-hidung-merah! HAHA Hugsss!!



Your lovey dovey mother,
aj-the-mommy

Assalamualaikum United Kingdom!

Pheww...

Macam tak percaya. Kami sekeluarga dah sampai bumi United Kingdom for almost 3 weeks. Too many things to update tapi macam biasalah.. Too many things to do lah kan.

First and foremost, we'll be moving into our own house this coming Friday. Yayy!! Eh Sekarang kau duduk mana AJ? Oh sekarang kami sekeluarga menumpang rumah Kak Normy and Abg Zul. Hah? 3 minggu kau tumpang rumah orang ke AJ? Ha iyaa... I myself can't imagine macam mana nak tumpangkan orang duduk rumah aku lama-lama. Maka Kak Normy and family ni memang sangat baik hati. Dah naik sogan dah ni tumpang rumah orang lama-lama.  Tapi nak buat macam mana. Rumah yang berkenan di hati available by end of this month.

Hari-hari aku bersyukur sebab jumpa family Kak Normy. Bersyukur jumpa orang yang baik-baik. Mitak dijauhkanlah orang-orang yang tak baik. Maklumlah.. Duduk negara orang. Nak-nak Malaysian kat Exeter ni tak ramai. Maka wajarlah saling bantu-membantu. Kalau menyombong, kita mati, siapa nak kapankan? Wallahualam..

Hokay!

On the supervisors part, I have met both of them last week. I personally like them. Bila aku borak-borak dengan PhD students kat sini, rata-rata bagitau,"Your SVs are superb! You are lucky to have them yadayadayadayada".. Kira kebanyakkannya kata SV aku memang menjadi rebutan la. So siapa yang dapat kira beruntung. Aku dalam diam, bersyukur sangat-sangat. But at the same time, they make me scared! Haha. Iyalah. Kalau SV bagus, haruslah aku bekerja keras. Kalau aku caucincai, silakanlah caucaucau dari bumi UK ni. Hohoho

I also managed to get a study room here. A brand new laptop also will be given to all PhD students in Business School. Alhamdulillah... Nampak gaya jadi milik WF lah kan as I already bought a Macbook Pro for myself. Hehe. Takkan University nak bagi Macbook pulak kan..... Hamboii over noks! Hahahaha



Nah gambar kitorang untuk mereka yang rindukan kami. Hehe.


Oklah. Nanti aku update lagi. Aku memang tengah mood nak update blog ni. Dalam erti kata lain, mood nak membebel. HAHAHAH DANG!


Till then. Bye.



Wednesday, September 5, 2012

Akhirnya...

 Dah nak sambung PhD baru merasa nak pakai.

Monday, August 27, 2012

Penghijrahan Yang Lain Macam

Yesterday was our last weekend in Kuala Lumpur. Hati terasa sayu. Rumah ini memberi banyak kenangan kepada aku, WF dan Damia.

Jiwa jantan Sang Suami turut tersentuh tatkala beliau mengemas pinggan mangkuk lalu dibungkus kemas di dalam kotak-kotak. "I rasa sayu la. Selalu orang pindah rumah, barang tu akan dipakai balik bila kat rumah baru. Tapi kali ni, kita memang dah tak akan pakai barang-barang tu dah" T___T

Sesungguhnya, keputusan untuk berhijrah bukanlah suatu keputusan yang mudah. Kalau hati tak secekal mana, iman tak serapi mana, akal tak diasah mana, mungkin bendera putih bakal berkibar megah.

Semoga kecekalan dan ketabahan sentiasa mengiringi aku, WF dan Damia. InsyaAllah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 23, 2012

PhD Journey #4: Oh Flight Ticket. Oh Rumah.

Untuk part flight ticket, we have got settled on that. Phew.. Pening hokkay nak beli flight ticket ni rupanya. Segala-galanya pening la actually bila nak pergi sambung belajar. I mean, kalau kau single, takde apa yang dipeningkan SANGAT tapi kalau kau nak pergi belajar abroad dengan spouse and anak, there are toooo many things that you have to consider.

On the flight ticket, our initial plan was nak pergi Exeter by KLM. Kira macam ni route dia:

KLIA-Singapore (MAS), Singapore-Paris (Air France A380), Paris-Exeter (Flybe) ATAU;

KLIA-Amsterdam (KLM), Amsterdam-Paris(Air France tapi boeing biasa je bukan airbus),Paris-Exeter (Flybe)

Advantage kau naik KLM, dapat student fare, baggage allowance 23kg extra. So total up untuk aku sorang je dapat 46kg TAPIIII aku hanya boleh bawak 2 bags sahaja 23kg each. Memang tak lahhh... Kotak je dah berapa kan. Ya aku memang ada banyak kotak dibawa. Antaranya kotak buku-buku. Masa master haritu dapat free company bagi kan. Harus aku angkut sekali bawak pergi UK. Haha

Maka, hanya disebabkan KLM hanya benarkan bawak 1 piece per passenger, terus cancel beli KLM. Walhal masa tu aku and WF dah kat kaunter KLM ni weh bawak cash RM7k nak bayar duit tiket. Oh KLM boleh main booking camtu je tau. Within 48hours kau kena pergi bayar la kat kaunter KLM at Parkroyal Hotel/KLIA. Masa tu aku pergi kat Parkroyal Hotel je.

Last sekali, we decided to go there via MAS. Turun Heathrow. But then tak decide lagi either naik train or mpv terus ke Exeter. Naik train, 2hrs away je from Paddington. Kalau naik mpv, it takes about 4hrs jugak tapi tak berebut and boleh tidoq je sepanjang journey nanti. Baggage everything pon tak perlu risau sbb memang tahu duduk dengan rapi je dalam bonet tu nanti.

Maka, let us decide masa sampai tu nanti. Hope aku tak perlu long queue la since I'll be going with Damia kan. Those passengers yang pergi dengan baby akan ada kaunter khas kat immigration tu. So tak perlu la kitorang beratur panjang kot. Amin........

Oh aku beli flight ticket via one of the students sponsored by MARA jugak. So we managed to get 15% off. Total of the flight tickets dalam RM5k je instead of RM6k++. Alhamdulillah.. Semoga Allah murahkan rezeki kawan-kawan yang bantu kami sekeluarga. InsyaAllah =)

Ok habis part flight ticket. Now the house pulak!


Managed to find a house yang cantik, 3beds, besar, depan pos ofis. Senang nak pos barang bagai. Haha. WF siap cakap, "Ok rumah ni cantik. Kitchen view ada garden cantik".

Sekali google punya google, kitchen view itu adalah cemetery bessaaaaarrrr punyaaa wehh. Garden lah sangattt kan WF!! Hahahahakuh stressed!!! Pffffffffffftt +__________+

Memula tu WF siap cakap nak bela ayam bagai. Choyyy. Mampuihh semua ayam tu kena kacau dengan roh time halloween nanti.. #kthnksbye

Sewa rumah kat sana, minimum RM3500. Baiklah. Berjanji dengan diri sendiri untuk tidak convert ke MYR. Jika tidak, marilah kita pengsan secara berjemaah.

Kat sana yang tolong kami buat house viewing adalah one of the Msian postgrad students kat sana, Kak Normy and her husband,Abang Zul. Bole dikatakan more than 3 houses dah mereka buat house viewing. None of the houses yang okay untuk kami. Naik segan dah. Kitorang okay kalau Kak Normy kata okay. Kalau Kak Normy kata rumah tu tak berapa okay, means tak okay la. Hehe

Kami dah naik segan actually. Tapi both of them memang baik sangat. Siap suruh cari rumah bila dah sampai UK nanti. Kira nak bagi tumpang dulu la tidoq at their house. Terharu sangat rasa. Nanti nak belanja akak makan nasi lemak lah. Hehehe


Oh ya. To those who are still hunting for a house to rent in UK, kindly read this blog. Hope it helps =)


Doakan kami dapat cari rumah yang cantik, murah, besar, tapi bukan belakang kubur. Sekian.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.


mak budak takdak cuti raya,
aj-the-mommy

Friday, August 17, 2012

Aku Orang Kuantan!

Dah lama tak balik Kuantan. More than 4 months barangkali. Sampai my childhood friend yang bernama Farah Nadia siap warning,"Jangan cakap raya pon tak balik Kuantan!" LOLOLOL! Wajib ah balik weh. Ni last raya kat Malaysia kot. Pasni tah ada duit ke tak nak beli flight tickets balik Malaysia aka Kuantan dowh!

Dah lama tak balik, tapi bersebab. Bukan saje-saje. Satu sebab utama, money constraint lah. The rest of them, only me and Husband know why.

Sesungguhnya, aku rindu Kuantan!! Walaupon aku tak membesar kat Kuantan, hidup merantau sejak Form 1, tapi sesungguhnya aku rindu Kuantan!!

Kawan-kawan kat Kuantan, belanja aku teh o ais kat gerai tepi Berjaya Megamall pleasee... Cc Shera, Ain, Emi, Ijat.

Selamanya Orang Kuantan,
aj-the-mommy


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 14, 2012

PhD Journey #3: Packing Itu Penat!



See. The pictures tell us everything.

Rasa macam dah banyak aku packing. Tapi tak abes-abes packing lagi. Adakah aku terlalu banyak baju? Adakah terlalu banyak barang? Adakah apakah bagaimanakah?

Honestly, aku rimas actually tengok bag merata-rata. Tapi memang takleh nak buat apa. Kerja punggah-memunggah barang tak pernah abes. Maka, aku biarkan saja begitu rupa. Mujur sofa coklat sudah terjual. Lapang sikit dada ruang tamu rumah aku. Selapang mata aku yang memandang. Lapang lagi trek larian anakku Damia Zahraa. HAHA EH?!

Oh ya. Kami dah borong macam-macam jenis rempah. Hampir satu NSK kami jelajahi. Cewah. #EpicSangat!

Thus, we decided that some of the stuff have to be shipped via surface parcel. Waaayyy cheaper than the air parcel.

1kg = RM34.50
5kg = RM54.30
10kg = RM71.30
15kg = RM95.50
20kg = RM116.60

Kalau nak post via air parcel memang agak pricey la. Tapi it would take around 10-14 days je unlike the surface one, could be 1-2months.

However, those bekalan makanan yang kami beli which perlu digunapakai urgently like spices, santan, and all that, they will be sent via air parcel. The most important thing is of course la Maggie bebehh!! LOL

So here you go.

5kg = RM202.90
10kg = RM374.90
20kg = RM718.90

Utk air parcel, kami post 20kg. Utk surface parcel, kami post 10kg. Investment utk masa akan datang. Ikat perut Ikat perut!

Ok tata! Nak sambung packing. Bluerrghh.....

Emak yang mengantuk,
aj-the-mommy


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 7, 2012

PhD Journey #2: Garisan Mula Seorang PhD Candidate

Hari ini, aku nak membebel pasal perjalanan PhD aku. I mean, perjalanan untuk sambung PhD. Uii.. Baru perihal perjalanan nak sambung PhD. Belum perihal perjalanan ketika mengambil PhD. Aaaaa gua nervous!

Baiklah. Mari kita mulakan dengan entri berilmiah. Bismillah sekarang!

First and foremost, if you have an intention to pursue in PhD, you must have at least one personal diary to jot down all important notes related to PhD thingy. I personally think that writing down those important things in the diary is much more relevant as compared to key in everything in my Ipad. #EpicSangat!

So here we go. Below are the 'Standard Required Documents' to apply PhD:

1.  Research Statement/Proposal
              1.1  Cover Page
                              1.1.1  Title
                              1.1.2  Name
                              1.1.3  Address/Faculty
                              1.1.4  Supervisor's Name (if any)


              1.2  Statement of Research Topic         
              1.3  Research Aims
              1.4  Research Objectives
              1.5  Literature Review
                              1.5.1  Introduction
                              1.5.2  Rationale

              1.6  Problem Statement
              1.7  Research Questions
              1.8  Theoritical Framework
              1.9  Methodology
              1.10  Expected Findings
              1.11  Expected Milestones/Timeline
              1.12  References

2.  Personal Statement
               2.1  Why further PhD?
               2.2  Reasons for your choice of study?
               2.3  Why applying to XXX Uni?
               2.4  Why suitable candidate?
               2.5  How choice of programme fits with your future career planning?
             -SELAMAT MENGARANG HOI! AKU BUAT 3 PAGES JE. HAHAHA-

3.  IELTS
4.  Transript (Master/Degree)
5.  Referees (2 people) - Depends on the Uni itself. Oxford nak 3. Hohoho
6.  Resume (optional)
7.  Evidence of Financial Support/Scholarship


Yup. Kelihatan begitu simple tetapi the truth is IT'S NOT as simple as 123! They are just the BASIC documents required by the universities. Like in Oxford, they required 3 referees and 3 types of personal statement which I didn't manage to comply while the application was still running up. I didn't get a chance to finish up the 3rd essay of my personal statement. Tetiba 'Application is now closed'. Rebah depan pc serta-merta +___+

Part paling hardcore untuk aku haruslah part nak buat PhD Proposal. Thanks to my UM friend, Leli for helping me out by providing me her username and password for all database engines. I really appreciated it. Dulu time kat UM, asal aku malas je dan perlukan aura untuk study, aku akan lepak bilik Leli. Sebab aura tu penting. Hahaha.

I had to crack my head to write a looooong essay with one aim; To convince my future SVs in the UK. I wrote my research proposal during my confinement days okayyy. Syle tak?!! Masa tu lah baru nak baby bluuueeeesss.. Masa tu lah nak adapt dengan new chapter of my life. Masa tu lah dugaan kiri kanan datang menguji. But heyyy! Alhamdulillah I managed to get through all the hustle and bustle. Pheewww. #LapPeluh #TepukBahu

Apa yang aku tahu time tu, aku hanya perlukan Unconditional Offer Letter (UOL) from the Uni that I've applied to. Itu sahaja. Then, barulah boleh proceed with the scholarship, visa and all that.


Oh before I forgot, you have to rajinkan diri to choose which universities you'd like to go. Like in my case, I applied to almost ALL universities in the UK. Some in US also. Tapi US aku apply secara senyap-senyap sebab WF tak izinkan aku further study in US. Katanya muka dia macam ada ala-ala Taliban. Maka, cuak di situ. Miahahaha Sengal. Aku pon tak terpikir part tu :p




See. Gigih tak aku? Hehe. Aku apply banyak-banyak sebab I don't really think that all Unis have an expertise in my area. Some of my applications have been rejected as they have no staff to supervise me in this area.

Thus, I only got 5 UOLs. They are Durham, Exeter, Coventry, Brighton, and Beds. After going through the pros and cons, I finally chose to go to Exeter University. Reason being, School of Business in Exeter Uni is one of the best Business Schools in the UK. As reported, it ranked at top 10 out of 100++ universities in the UK. Tapi ada banyak version, here and here. The most important thing is, Exeter tergolong dalam Russell Group Universities. Kalau tak, masakan Khazanah, Bank Negara and KPT recognized this University kan. Alhamdulillah :D

Maka, tamatlah sudah riwayat Garisan Mula Seorang PhD Candidate. Oh bagaimana pula dengan Garisan Tengah ye AJ? Oh Garisan Tengah akan bersambung kelak. Kemudian diikuti oleh Garisan Akhir. Oh tapi itu semua hanyalah perancangan. InsyaAllah.........

Till then peeps. Xoxo.



A PhD Candidate,
aj-the-mommy

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 2012


Alhamdulillah. Berpeluang jumpa bulan yang mulia lagi. Tahun kedua menyambut Ramadhan bersama Suami dan Anak. Last year berpantang until 1st 7 days of Ramadhan je. Pastu terus puasa sampai habis Ramadhan. Maka, ada hikmah bersalin awal beberapa hari daripada EDD. Hahaha.

Cuma apa yang membezakan Ramadhan tahun ni berbanding Ramadhan sebelum ni adalah aku dan WF konfem busy tahap A+ punya. Bulan Ramadhan ni lah nak setelkan visa, setelkan barang rumah, flight ticket, accommodation kat UK, nak shipping makanan siap-siap kat Malaysian student kat sana, nak itu nak ini yadayadayadayada.

UEM had organized a jumble sale last 2 days. Maka, aku pon amek peluang lah bukak booth dan jual sekali baju-baju, handbag-handbag and barang-barang Damia yang dah taknak pakai. Alhamdulillah dapatlah kutip more than RM300++. Sekurang-kurangnya, lega sket mata aku tengok wardrobe makin mula kosong. Hahaha. So barangan yang tak laku tu, insyaAllah akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

My concern now is, swift aku. Terlalu ramai yang nak sambung bayar. Aku nak jual kereta tu. Nak tukar nama. Kalau setakat sambung bayar, memang aku bagi parents aku je pakai. Tapi tu lah. Ada rezeki, ada lah tu orang beli.

Oh ya. I just got back from BTN. Dugaan wooo masa 1st night tu. Pukul 2 pagi menangis rindu kat Damia. Parah... Parah... NGAHAHAHA. Tapi lelama tu aku buat-buat busy la. So takde la aku menangis. Bukan apa. Nak video call memalam, sah-sah lah anak dara ku itu sudah lena tidoq. Daddynya pon sama. Tapi pengalaman WF jaga anak memang kelakar lah. Last day Mommy kat BTN, Damia buat perangai kencing atas tilam. Time tu Daddy nak pakaikan Damia CD, tapi tak sempat Daddy nak pakaikan, Damia pon pee-pee atas tilam. Saje buli Daddy kan. Daddy of the year sungguh. MIAHAHAHAHA :p

BTN yang aku pergi recently adalah BTN paling best. Mungkin sebab yang attended the session tu semua yang nak pergi oversea doing their Master/PhD. So, semua pon di kalangan cerdik bijak dan pandai. Maka, cara berkongsi idea juga tampak berbeda sekali. Ada yang daripada academic line. Ada yang macam aku daripada corporate line. Ada yang fresh grad. Met someone yang dapat pergi Oxford. Satu group dengan aku pulak tu. So from that, aku belajar the way budak bakal pergi Oxford berfikir dan bercakap. All in all, itu adalah BTN paling best dalam hidup aku. Like seriously.

Huh? Cerita Hong Kong? Hmm. Nantilah. Aku pon taktau bila nak buat karangan tentang HK. Kerja aku sekarang duk buat karangan berbalas email dengan Malaysian Postgrad kat uni aku tu. Kakak tu and husband dia baik sangat. Naik segan aku and WF. Hehe

Okaylah. Till then peeps. Xoxo


seorang muslimah,
aj-the-mommy

Wednesday, July 11, 2012

Hong Kong Part 2: Disney Hollywood Hotel

Hiyaaarrrghh!!

Lama sudah aku tangguh cerita perihal HK ni kan. Tak sempat hoi. Okeh mari meneruskan pengembaraan yang tergendala haritu. Sampai mana aku stop ha? Tengok. Dah lama tergendala, lupa sudah sampai mana.

Baiklah..

Since it was a last minute plan, I had to book the hotel room via phone called. Siang pulak tu. Mujur tak mahal mana call HK. I called them a day before we went to HK. Sah-sah lah takleh buat room booking via online kan. It stated in the website, it was fully booked. Aku yakin website tipu. Lantas, aku buat je room booking melalui telepon.


During the phone called tu, person in charged tu tanya la aku datang HK atas dasar apa, Holiday or Business. Setelah menerangkan sebab musabab kedatangan kami, maka that person turut berasa excited lalu telah meletakkan remark "I already put a remark saying that you'll be celebrating your baby's birthday here in Disneyland. We'll arrange something special for your princess" Eden sukoooo bilo dongar dio cakap camtu. Ehehehe

Owh okay! Aku cerita sampai part aku tido kat HKIA time sampai haritu kan?


Haa kat situ lah tempat pembaringan aku. Iya. Kat kerusi panjang tu. Damia tido dalam stroller. Aku tido melunjur kaki kat kerusi tu. WF tido mana aku tak ingat dah. WF tido-tido ayam rasa. Sebab selain nak berjaga tengokkan anak bini, beliau haruslah jugak menjaga luggage kitorang yang tersadai rapi di tepi itu.


Haa inilah tempat menunggu taxi tu. Luas kan??! Ada 3 warna taxi. Harga lain-lain. It could be the same destination tapi ada yang ikut jalan jauh, dekat dan sebagainya. Itu yang membuatkan harga tambang jadi lain-lain. Tapi jangan risau. Harga dah terpampang siap kat tepi situ. So pilih je nak yang mana satu taxi pilihan di hati.

So kitorang choose cab warna hijau. System dia macam tunggu taxi kat Mid Valley. You have to queue up first and naik 1st taxi yang turut queue sekali.

Tadaa.. Inilah cab yang kitorang naik haritu. Bila masuk je, PERGHHH... Style habis cab dia. Kau tengoklah. BLING BLINGGG YOU ALLSSSS... Padahal anak muda yang bawak cab tu. Anak muda remaja stok-stok rapper yo-ya-a-au-ya-a-au tu. Memang salute lah aku tengok.



The journey took about 20-30mins je. Then, sampai sudah Disney Hollywood Hotel. Tu adalah entrance dia. Cantik wooo.. Tapi sayangnya, tak sempat nak amek gambar kat entrance sebab agak jauh untuk kami berjalan.


Tu hotel lobby. Cantik kan?!! Damia lah paling excited sekali sebab biasalah. Baru "dapat kaki". Memang seronok lah beliau mengukur Disney Hotel terbabit.


As we arrived there, kitorang takleh check in terus. Sebab memang syarat-syarat dia kalau nak check in, pukul 3 petang. I repeat, 3 petangggg hokkayy!! Sampai awal ya amat sesudah subuh tapi takleh check in siap-siap. Choy. Tapi check out pukul 11 tau. Iya. Pukul 11. Bukan pukul 12.

Oh ya. Time check out haritu, kitorang bantai check out pukul 12. Kata tak yah pergi receptionist counter kan kalau nak check out, maka take for granted lah sebentar bersama kit-kat. Kehkehkeh.


Yang gambar Woody Toy Story tu adalah our room key. Time check out nanti boleh bawak balik. No need to return. Disney Hotel bagi bawak balik buat kenang-kenangan. Weee :D

Another 2 cards tu adalah entrance ticket to Disneyland. Kitorang beli package sekali dengan hotel. So dapat murah sikit lah as compared to beli kat kaunter itself.



Jam baru menunjukkan pukul 8++ am. Disebabkan kitorang takleh nak check in lagi, maka kami pon berjalan-jalan lah mengelilingi Disney Hotel. Ada pool kat area taman tu. Cantik dan agak besar lah jugak.


Ini adalah laluan untuk masuk pool for those yang taknak kaki seluar kasut bagai tu jadi basah. Sebab?? Haa....


Haa...Sebab pintu masuk ke pool ni kena redah air terjun di atas. Tak kuasa aku nak berbasah-basahan tanpa rela ni. Haha. Tapi cantik lah. Macam curtain pon ya jugak aku tengok. Hehe


Inilah sebahagian daripada gambar pool. At the end of the corner, ada tempat permainan kanak-kanak macam gelongsor bagai. Tapi tidak lah pulak aku terpikir nak amek gambar playground terbabit. Hehehe



Pelampung untuk baby turut disediakan. Masa ni Damia tengah tak rela dicampak ke dalam pool. Tapi Daddy paksa!! Kesian anak Mommy tauuuuu... Damia buat muka kesian je suruh Mommy dokong bawak keluar. Hahaha. Sabarlah nak....... Daddy memang begitu...


Pemandangan sekitar Disney Hotel. Cantik kan? Tenang je rasa. Tapi part kerusi yang takleh tahan tu.. Haha. Suka betul aku tengok design-design Disney character ni lah.


Nak amek gambar jugak kat bench tu untuk kenang-kenangan. Bukan selalu boleh duduk atas bench bertelingakan Mickey Mouse ni. Hahaha



Hotel room dia pon cantik. Gambar atas tu adalah set-set berus gigi, ubat gigi bagai tu. Paper cup tu aku tak bagi WF guna. WALAUPON WF dah TERguna yang gambar Mickey Mouse tu. Pastu siap bagi excuse, "Mana I tau you nak simpan cawan kertas ni." Waduh... Tiada jiwa sentimental lah laki aku nih. Sabar jelah.. Geraammm pon ada =__=

Okay mungkin aku je kot suka simpan benda alah souvenir camni. Dah balik Malaysia nak guna takpela. Ni tak sempat check out lagi, habis sudah dilenjan segala souvenir. Ini macam, bukan souvenir lagilah namanya wahai Suamiku. Hua hua huwaaaaaaaaa


Ada banyak lagi souvenir lain berbentuk Disney character like selipar bilik, towel etc. Memang Disney Hotel dah tau kot bakal menerima guest yang jakun serta excited macam ehem macam akulah. Haha. So diorang dah pack siap-siap souvenir untuk dibawa pulang. Bessstt woooo ;p


     Buah hati Mommy Daddy



That was one of the cafes yang ada kat Disney Hotel, Hollywood & Dine. Macam biasa. WF hanya order air coffee saja. Pastu beli mineral water. Then kitorang amek port hujung sket, lantas kami pon melantak lah maggie dengan jayanyaaa.. Yeeehaaa T___T


Kau nampak tulisan Guestroom tu? Ha situ adalah lift-lift untuk naik ke bilik hotel memasing. Lift dia pon cantik sangat. Eh senang cerita semua pon cantik lah kat sini sebab everything pon inspired by Disney Character. Dah nama pon Disney Hotel kan. Hohoho


Okay. Inilah dia Chef Mickey restaurant. Kitorang tak sempat breakfast kat sini pon sebab cekonon nak lah merasa breakfast before nak check out nanti. Sekali bangun lambat daaaa... Breakfast sampai pukul 10 je. Sobss :'(


Owh ya. Memandangkan kitorang kena tunggu up until 3 pm just to check in, so we decided to go to the Disneyland terus. Yaaaaaa... Dengan tak mandi nyaaa. Eh dah mandi. Mandi before gerak pergi KLIA. MIAHAHAHAHAH. Maka, sampai Disney Hotel, aku mandikan Damia je kat washroom for guest. Sebab aku taknak Damia cranky kalau dia tak selesa. Aku pulak, tukar baju sajorrkk.. Tehehehee





Ini adalah pathway to the resort shuttle. Akan sentiasa ada shuttle untuk mengambil hotel guest lalu dibawa ke Disneyland. Yeahhh. Good service there!



In the shuttle bus. Heading to HK Disneyland.



Nasihat aku, kalau amek flight yang sampai HK awal pagi tu, terus check in hotel kat town area. Esoknya baru check in kat Disney Hotel. Esok esoknya baru pergi Disneyland. Nak mudah, tido je terus 4d3n kat HK pastu 2 hari pergi Disneyland. Seriously 1 hari je sangat TAK CUKUP masa. Disneyland tu besar dan sangat luas wehhh. Maka, simpan duit banyak-banyak sebab tido kat Disney Hollywood Hotel adalah RM800++ per night. Sekian berita utama.



To be continued... Macam biasa...



wanita busy,
aj-the-mommy

Monday, July 2, 2012

We Are The Twins!

That was me! Hohoho

Abah and Mama brought me to kedai gambar to take that photo bersempena I turned 1 year old. Masa tu aku takut kena tinggal sorang-sorang kat tempat ambil gambar tu. So memula menangis-nangis lah. Sampaikan kasut pon pakai terbalik OMG! Can you seeeeeeee that??! Oh never mind. Kalau aku tak sebut pasal kasut tu, sure korang tak perasan kan. Haha. I actually tak perasan gak until my parents told me the truth story. Tah pape takut kena tinggal sorang sebab nak ambil gambar semata. Choooyy la lu AJ!

Amacam? Sama tak muka Damia and Mommy ketika berumur 1 year old? Ada rupa twins tak? Dengan rambut siap berlentik nya. Dengan bibir nya. Dengan kulit cerah (ohok ohok) nya. Haha.

Memula aku ingat Damia ikut rambut Daddy, ala-ala wavy hair camtu. Sekali naaaaah!!! Rambut aku seyyhhh... Tak sangka langsung. Sebab dah besar takde pulak rambut bergulung kat hujung. Maka, terpaksa lah tukar fakta lepasni selepas menyaksikan gambar diri sendiri ketika berumur satu tahun. Hahaha

So Damia Zahraa. Bear in mind that, we are the twins! You have me as your twin. Do not hesitate to share everything with your twin okay. Your twin will always be with you no matter what. Muahss



Your lovely twin,
aj-the-mommy

Monday, June 25, 2012

Happy 1st Birthday Wan Damia Zahraa

Hari ini bertarikhkan 25 June 2012, genap setahun sudah usia buah hati Mommy yang bernama Wan Damia Zahraa Wan Faizul. Betapa pantas masa berlari. Betapa rakus usia dimamah hari. Betapa sayu dan sebak hati si Mommy melihat pembesaran si kecil yang semakin petah berbicara dan rancak bergurau-senda.


I still remember how enjoyed I was semasa melahirkan Damia Zahraa. Kehadiran si Little Baby Princess dalam hidup Mommy adalah sesuatu yang dinantikan. Mungkin nasib menyebelahi aku. I didn't find any difficulties while giving birth of you my Sweetheart. Thanks for making my life easier. Thanks for being such a wonderful newborn baby to me Sayang.


So there you are. That was your first photo in public my Dear. Menatap gambar si Anak tatkala kebosanan melanda adalah satu hobi yang sangat kelakar umpama gila bayang bagai tetapi indah. Sangat tenang jiwa Mommy. Hati yang resah, diri yang dihujani pelbagai masalah, air mata yang mengalir tanpa henti setiap hari menjadi hilang serta-merta tatkala menatap raut wajah Damia Zahraa. Ketawa kecilnya bisa menyapu segala titik hitam dalam hidup aku. Betapa besarnya aura si Anak. Betapa besarnya kuasa Allah swt kerna menghadiahkan aku bayi yang mampu menenangkan jiwa dan raga keibuanku. Subhanallah :')



Namun, pada hari kelahiran dikau wahai Anakku, Mommy sedikit kesal dan berkecil hati kerna tiada gambar Mommy berdua dengan Damia. Tapi tidak mengapa. I won't blamed your Daddy even I used to. He gave me such a concrete reason to be accepted. "Apa yang ada dalam minda Baba, semoga anak dan isteri Baba selamat. Baba memang tak terfikir untuk ambil gambar Baby and Damia"

Kalau dikenang kembali, hati ibu mana yang tak sedih. Setelah penat bertarung tenaga mahu melahirkan si Anak, tapi tiada gambar walau sekeping between Mommy and the newborn baby. Sebak sangat. Tuhan je tahu. But then again, mungkin Daddy memang sungguh-sungguh terlupa. Mungkin Daddy benar-benar tak terfikir tentang gambar kenangan itu semua. Takpelah. Mommy pasrah. Mommy akan cuba pahatkan segala memori dalam hati Mommy sampai akhir hayat Mommy.


Damia Darling.. Tahukah Damia bahawa Damia dilahirkan dengan mempunyai rambut yang sangat hitam dan lebat? Ikutkan hati Mommy, Mommy tak sanggup nak botakkan Damia. Sayang sangat dengan rambut Damia yang hitam lebat tu.


Tapi Mommy akur. Agama kita agama Islam, Sayang. Sunnah Nabi menggalakkan rambut bayi dicukur pada hari ketujuh bayi dilahirkan. Tiada sebarang majlis diadakan. Hanya dikalangan keluarga sahaja. Rambut Damia dibotakkan oleh Daddy. Mommy juga turut membantu untuk membotakkan tapi Mommy tak berani buat sampai habis sebab kepala Damia lembut sangat. Biasalah Emak. Mestilah cuak kalau anything happen kan. Maka, I let your Daddy to handle everything.


And tadaaaaa... Ok what botak Mommy. Hehehe.


Genap 30 hari Damia Zahraa dilahirkan, berkat duit simpanan yang Mommy and Daddy ada, tumbanglah seekor kambing bersempena majlis akikah untuk buah hati kami. Tahukah Damia, I'm no fan of lamb. Namun, demi majlis akikah Damia, I had to swallow a few pieces of lamb, just for you baby. Yup. Just for you. Daddy kata, "Makan please.. Demi untuk anak kita".

Baiklah. Hari itu dalam sejarah, Mommy makan daging kambing. Again. I'm no fan of lamb! Mujur tak hanyir. Maka pasrah dan redha telah bertukar menjadi "Wah sedapnyaaaaaaaaaaa..." Lantas Damia pon cirit birit sebab Mommy makan banyak pulak daging kambing tu. Sorry my dear. Forgot la Damia menyusu badan. Pasni tak makan dah. Put the blame on your Daddy. Ngeeeee :D



Semoga pelamin merah jambu ini menjadi kenang-kenangan Mommy and Daddy bersempena majlis akikah Damia Zahraa. Yup I know you're still small to remember all those things. Namun bear in mind Sayang... Selain pengalaman, foto-foto terindah juga mampu menjadi kenangan abadi untuk kita bertiga. As time goes by, andai Mommy pergi dulu, tataplah gambar-gambar ini diselangi al-fatihah dan bacaan Yassin ye Sayang...



Tahun 2011 juga memberi impak besar dalam hidup Mommy and Daddy. Selain menerima kehadiran cahaya mata pertama, kami juga telah menyambut Hari Raya Aidilfitri secara bertiga untuk julung-julung kalinya. Mommy was so excited to receive your duit raya. Sebab selama ni, Mommy dapat untuk diri sendiri. But this time around, it wasn't meant for me. It was yours! Haha. Aaaahhh. Seronoknya rasa =)




When I was a kid, I always had a dream to go to any dreamland in the globe. However, your Atuk and Nenek tak mampu untuk bawa Mommy pergi berjalan-jalan ke sana ke sini. Mungkin mereka mampu tapi mungkin mereka tak didedahkan untuk membawa anak-anak mereka berjalan atau bercuti ke luar negara? Atau mungkin Atuk and Nenek gemar bercuti dalam negara sebab semua negeri dalam Malaysia Mommy dah jelajahi. I have no further comment on that. Haha

Therefore, I told your Daddy that whatever it is, one day we have to bring our child/children to any places yang menjadi impian setiap kanak-kanak. Walaupon tak mampu pergi ke semua tempat yang diidami, janji kita pergi ke satu or dua tempat yang dekat-dekat.

Maka, on 29th October 2011, we have brought you to Universal Studio Singapore. Walaupon Damia masih bayi berusia 4 bulan, tetapi Mommy was so happy dapat bawa Damia berjalan-jalan to one of the dreamlands in the world.



On 7th March 2012, we brought you to Trans Studio Bandung. Masa ni Damia dah besar sket. 9 bulan sudah usia. Sudah pandai ketawa terkekek-kekek tengok parade. Sudah pandai main tarik-tarik souvenirs dalam souvenirs shop. Sudah pandai menjerit kegembiraan melihat open theatre. Sudah pandai macam-macam. Hati Mommy gembira. Sangat!



See. Damia was too excited sampai taknak duduk dalam Ergobaby. Sebab Damia geram tengok kartun yang ada di sekeliling dia. Dengan candy yang pelbagai. Cuma masa ni Damia masih belum boleh berjalan. Kalau tidak, memang jenuh dan berpeluh lah Mommy. Hehe



A week before your 1st birthday, Mommy and Daddy brought you to Hong Kong Disneyland!!! We wanted to celebrate your 1st birthday ever at one of the best Disneyland in the globe! The moment we arrived there, you were sleeping so soundly. But we were pretty sure that Damia akan bangun juga untuk berlari-larian dalam Hong Kong Disneyland terbabit. Yeaaayyyy


We stayed at Disney Hollywood Hotel.


Yes. Three of us. Only! Daddy + Mommy = Damia. We are a happy family. InsyaAllah...



No worries Sweetheart. We have this photo to prove that you used to ride on the Disney train while you were sleeping. Jetlag ke apa Damia Zahraa ni. Tidoq je tau. Hehehehe

Okay Okay Mommy paham. You're still a baby. Sure penat punya berjalan ke sana ke mari. Whatever it is, Mommy loves you much much! =)


This is the only photo that we have in printed version. Had to pay like HKD180 for the photo together with the frame. I'll show you peeps later on. Fyi, we never had any printed photos in our safe keeping. Maka, demi menyambut Hari Ulangtahun Damia Zahraa yang pertama, we asked the Disney shop to print it out for us. Hehe




Happy 1st Birthday My Little Princess. I'm truly sorry for not throwing a birthday party for you this year. Cukuplah for me to celebrate your 1st birthday ever somewhere far from everyone. Hong Kong Disneyland, it is.

Hanya kita bertiga sekeluarga. Dalam hidup Mommy, Damia adalah nyawa Mommy. Daddy adalah tunggak kejayaan Mommy. Diselangi doa keberkatan tiang seri tegak berlima daripada Atuk dan Nenek. Amin...


"Wishing you a birthday filled with magical memories and years of happy days!" - Mickey Mouse


Damia Darling..

Terimalah hadiah hari jadi Damia Zahraa yang pertama daripada Mommy iaitu Minnie Mouse and botol air. I gave you a Minnie Mouse because I know, every baby girl wants to own it. So I know you do. Mommy hadiahkan botol air sebab Damia sudah pandai minum menggunakan straw. Simpan hadiah-hadiah ni sampai besar ye Sayang... Simpan hingga Damia sudah boleh mula mengingat setiap peristiwa dan memori manis yang berlaku dalam hidup kita sekeluarga. Ok Sweetheart?

Semoga Allah menghadiahkan usia yang panjang untuk dipinjamkan kepada Wan Damia Zahraa di atas muka bumi ini. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada Damia Zahraa. Semoga Allah memberkati segala usaha yang Damia Zahraa lakukan. Semoga Allah memakbulkan doa-doa mulia si Kecil ini. Semoga Allah mengekalkan kecantikan akhlak dan keteguhan iman bayi perempuan pertama ku ini.

Happy 1st Birthday, Wan Damia Zahraa. Mommy and Daddy heart you so much. Cium banyak-banyak. Peluk kuat-kuat. Muuaahhsss


Your one and only mother,
aj-the-mommy