I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Thursday, May 19, 2011

Syiling vs Stroller

Mempunyai keinginan untuk memiliki sebiji Stroller untuk si anak adalah sama seperti keinginan yang membuak-buak untuk memiliki sebuah kereta MPV. Umpama sama tapi tak serupa. Okay tipu.

Maka dengan itu, si daddy-to-be telah melakukan pengumpulan duit syiling secara bersabar di dalam tong weight gain beliau. Ya. Beliau pernah melanggan weight gain satu ketika dahulu. Ya. Satu ketika dahulu ketika zaman bujang. Bila dah kawen, aku tak bagi minum dah. Sebab aku rasa membazir. Badan beliau maintain begitu juga. WF sebijik macam my Angah. So tak heran lah anak dah 2 pon nanti badan macam tu jugak. Kategori slim sepanjang zaman. Mampukah aku slim sepanjang zaman? Maka aku tercabar secara berdebar-debar +___+

Baiklah. Back on track.


Setelah geram melihat tong weight gain terbabit kelihatan begitu berat seolah-olah sudah mampu memiliki sebijik Ipad YA ALLAH BERANGAN JE KAU KAN AJ maka aku telah sanggup tonggang-keluarkan ke semua wang syiling yang ada dalam tong terbabit secara rakus. Walaupon berat, aku gigih okay!



WF malas nak kira. Sebab dia tau leceh. But being me yang so tempted to know sudah berapakah wang terkumpul, maka aku sanggup bersengkang mata bersakit pinggang pagi-pagi buta hari minggu untuk mengasingkan sekeping-sekeping wang syiling 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen seperti di atas. Ha kau. Semangat gila aku! Hehehehe



Asing - Susun - Kira


Berdasarkan pengiraan terbabit, wang terkumpul baru mencecah RM250-Rm300. Masih kategori kesian bukan. Sobs! Maka pengumpulan wang syiling bakal diteruskan tanpa henti sehinggalah lahirnya si anak di dalam kandungan ini ke muka bumi. InsyaAllah :)

Semoga Stroller yang diidamkan berjaya disorong dan yang pastinya bukan Quinny sebab AH MALAS NAK EXPLAIN DAH T___T



Stroller Hunter,
aj-the-mommy

6 comments:

mr.s mi-G said...

hehe..samelah..hubby kite pon ade duk kumpul syiling dlm bekas botol mineral..tap lom sempat nak kire lg..hehe..

insyaAllah..ade rezeki baby nnti tuh..

Lin Ghazale said...

stroller aapaaa...nak tauuuuuu

Dina Zakaria said...

seb baik kumpul nak beli mac laren..kalau nak beli BMW, mahu 7 tong weight gain..cayalahhh ko yang semangat mengira...

tapi aku rasa kategori kalau dh jadi laki orang memang suka menabung kot..bini tolong ngabes kan..=D

AJ the Mommy said...

BELLE

botol mineral lagi tempting nak kira sebab lutsinar! haha. selamat menabung kita semua! ;p


KAK LIN

mac larennnnn.. nnti tlg usha price kt japan bape tau. heheh


DEENA

weh weh kalau BMW aku rasa 70 tong pon belom tentu cukup. Ngahahah

erm.. ye kot. dasar typical bini lah kita. LOL

mysara said...

waa bagus2 AJ menabung... ajar baby dr dlm perut lg menabung..esok2 dah kuar sng..hehe..
smoga tabungan cpt byk ye... chaiyok2! : )

AJ the Mommy said...

insyaAllah amin.. kan best kalau esok bangun tido tabung dah penuh! Hohoho ;p