I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Tuesday, November 5, 2013

PhD Journey #10: Psycho

First of all, apologies for not replying any comments and emails. Bukan tanak reply, but sometimes I don't really have time to sit down, crash my head and think proper words to reply. Kalau setakat reply ala-ala kadar, ayat pendek-pendek, anytime. I'm afraid, kalau reply pendek, dicap kerek. So biar kerek betul-betul by not replying terus. Huahuahua

Cewah takdelah. Basically soalan tanya cukup ke duit yang Mara bagi untuk tampung life kat UK. Jawapannya, cukup-cukup. The rest, pandai-pandai lah cari kerja sampingan. Banyak je rezeki atas bumi Allah ni. WF buat macam-macam kerja. Antaranya jadi agent shipping co. Tapi tak perlulah tanya berapa komisyen sekotak WF dapat. Amboi. Details bebenor. Aku tak tanya Suami kau pakai jam tangan brand apa pon kan. So mind your words. 

Eh kenapa jam tangan AJ? Oh tak tahu ke? Lambang kemachoan seseorang lelaki itu bergantung pada brand apa jam tangan dia pakai. Kalau perempuan: handbag. Kalau mak-mak: baby apparels and accesories.

Ah brand apa pon. Bukan bawak masuk kubur kan. (Ayat cliche tapi benar)

Baiklah. Back to my serious business.

I actually don't prefer to talk about my PhD journey. Sebab, mine adalah sangat disaster, horrible, terrible dan tak smooth. Ok nak menangis pulak bercerita pasal PhD. Bergenang dah bergenang dah. Hish.

Of all reasons, despite of willing from Allah, antara kejayaan seseorang dalam PhD adalah bergantung kepada supervisor mereka. Dan aku adalah antara PhD student yang tak bernasib baik. Both of my SVs are women. One of them is the head of dept. So sangat strict dan sampai satu tahap, "kau nak apa sebenarnya??????"

Aku adalah seorang yang zero knowledge. Tak tahu menahu tentang academic writing. Remember, I'm not a lecturer. 

There's one day (dah jadi many many days pon sebab dah banyak kali happened), aku diminta mencari sesuatu topic. When I presented to her, it was totally wrong! Aku balik, cari lagi. Tunjuk pada SV apa yang dia request. Salah lagi. That situations berlaku banyak kali. Aku tak pernah disuap. SV aku jenis bagi hint, then sendiri pikir. Ya. Memang aku 'genius gila' untuk pikir apa yang dia nak. Ada 'chemistry' katakan. Sampai lah satu tahap, aku nak je tanya, "kau nak apa actually?" 

Tapi berbalik kepada rules of thumbs in doing PhD, kejayaan seseorang pelajar bergantung kepada supervisor mereka. Jadi aku diam sampai lebam. Kalau tu standard kawan-kawan, memang dah lama aku rebel. Tapi knowing her, she's an expert (of course!), Prof kot. So aku mengambil langkah ikut je rentak dia. Sebab in this case, beliau memang dah makan garam lama daripada aku. I admit and have to give my full respect pada beliau. She's an academician. As compared to myself, pelajar cabuk je.

Another reason kenapa aku mampu bertahan with her attitude adalah kerana, gaya SV aku adalah sebijik gaya bekas boss aku. Like seriously! Sometimes aku tak tahu apa yang boss aku nak. Letih aku nak pikir apa yang dia pikir. Aku Exec, boss aku CEO. Nampak tak macam enggang dan pipit? 

Masa tu I had to think like a CEO sebab nak tahu apa yang ada dalam kotak pikiran dia. So maybe ada hikmah kenapa aku jumpa someone who is exactly like my ex CEO. Clone habis okay! Sekurang-kurangnya, aku dah pernah ada pengalaman on how to deal with these kind of people. Sekarang ni, antara aku dan my ex boss, I can say that she's like a big sister to me. Whatsapp sokmo. Hehe. Mungkin itu maksud "there's a light at the end of the tunnel"? Mungkin one day aku dan SV  akan berwhatsapp like mother and daughter. I wish bebeh! I really wish!

As for now, aku memang tengah merana dan menderita. If you see myself look slimmer than before, hope above explanations answered your question. Sebab tu aku tanak cerita pasal my PhD Journey. It's definitely suffering, and really difficult to me.

To those who have a good SV, you are so lucky. Keep up your good work and don't complain/whine too much. Remember, you are so lucky. So bersyukurlah.

To all my silent readers, mohon doakan kejayaan PhD aku. Nanti aku kasi Phillips Airfyer free. Muahaha Pang!! Ok tak lawak.

Tolonglahhhh AJ. Tengah sedihkan. Main-main pulak. Kang habis semua yang doakan untuk kau, claim nak airfryer free.

Sebenarnya, aku taknak orang tahu aku sedih. Memang aku bahagia dengan anak-anak yang membahagiakan. Tapi derita buat PhD ni, Allah Ta'ala je tahu. 

assume, I am one of those yang malang who have to deal with this situation: Apa-yang-SV-AJ-Mahu.

Goodnight.

Salam Ma'al Hijrah to all Muslims around the globe.

*lap air mata*

Friday, September 13, 2013

PhD Journey #9: Speechless

Just got back from meeting my supervisor. It was a fruitful one I can say. Now waiting for the bus to go back home. While waiting... Terngiang-ngiang lagi our discussion we had just now.

Sorry for stating this repeatedly. But... Doing a PhD is definitely a tough one. If it's not difficult, there will be lots of people continuing their studies up to this level. 

Atau.. Mungkin aku bodoh. Bodoh untuk meneruskan pengajian bertaraf PhD. Aduh. Sedih pulak mengaku diri bodoh. Selama ni selalu sebut perkataan bodoh randomly. But now, seems like I can understand what Bodoh really is. The more I read, the more I can feel that I'm the bodoh-est person in the world. Astaghfirullah...

Menggigil aku tulis entry ni dalam kesejukan hujan Autumn. Sambil tunggu bus pulak tu. Seems legit! 

Atau mungkin aku menggigil mengenangkan nasib diri yang sudah jatuh gaung, tercari-cari jalan keluar yang aku sendiri tak pasti di mana. 

To those who happen to read this entry, satu je aku pinta. Tolong jangan underestimate those yang ada PhD. Bukan sebab title Dr. Tapi for them to reach the Doctorate standard is something that you have to be proud of.

Jangan sebut "Ala buat research kaji kanak-kanak je. Bukan susah mana pon." Hey! Even kaji benda bukan hidup pon boleh buat kau separuh hidup. Ini kan pula kaji benda yang hidup. If you get what I mean.

Kesimpulannya, buat PhD memang susah. Susah namamp! At least.. My 2 cent.

To those yang dah berjaya mempunyai PhD, kalian memang hebat. Hebat dan sangat dikagumi... Oleh aku.

To those who are still in the midst of choosing to further in PhD or not, think twice. Or at least 10 times. Sorry if you feel disheartened by this entry. But this is my humble point of view. PhD is difficult. Trust me!


Yang Jujur,
aj-the-mommy








Tuesday, August 27, 2013

'Budak Hingusan'

When I was a 'budak hingusan', someone used to say like this to me,"Kalau you nak merasa pergi oversea, kena lah cari boyfriend atau suami mat saleh. Baru boleh keliling Europe".

Bila aku teringat balik, aku tersenyum sorang-sorang. Kan aku dah kata. Jangan perlekehkan aku yang selekeh ini. Kelak terduduk sambil memakan diri sendiri.

Manusia ada banyak ragam. Antaranya seperti contoh di atas. Simple kan contoh yang aku bagi?


Eh tahu tak WF tu mat saleh? Sebab tu aku ada di sini. 



Yang benar,
bekas-budak-hingusan

Saturday, August 10, 2013

Eid Mubarak 2013

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri especially to all my blog readers, stalkers, haters, lovers or whoever la yang mengenali diriku ini. Cewah 

Takpe takpe. Aku dah maafkan korang. Takyah minta maaf. Aku pon nak minta maaf if ada salah silap. Even kalau aku tak buat salah, tapi tetap nak cari salah aku pon, takpe. Aku minta maaf serta memaafkan. Hehe

Talking about raya in oversea, oklah. Not bad at all anyway. Eh boleh lah cakap camtu kan AJ. Sebab Mama Abah ada kat sini. So yang sayu layu dendang perantau bagai ni WF je lah kan. Muehehehe :p

But still, suasana dia tak sama lah. No bunga api, no lampu liplap, no bau asap lemang et cetera. Segalanya adalah instant yaawww! Oh no suasana duit raya collection bagai. Kesian anak-anak aku. Ngehngeh

So we celebrated our 1st day of raya at Lecture Hall. Okay hiba pulak pulak rasa type perkataan lecture hall tu. I mean, of all places kan. Hehe. Tapi nak buwek cemano. Itulah nasib beraya di perantauan. Student lak tu. Takkan nak book hotel lak. Exeter ni hotel apa je ada. Travelodge? Kahkah. Menangissss T___T



Konsep kat sini potluck. Jadi each family bawak signature dish masing-masing. Heh takde lah signature actually. Cuma bahagi-bahagikan lah family ni bawak this and that. Mine bawak rendang daging. Tapi haruslah Mama yang masak. Kekeke


The Melayu Men in Exeter


The Melayu Women in Exeter


Kami lepak sampai petang kat Lecture Hall tu. Pastu since makanan banyak lagi lebih, so yang lain sambung makan kat Heavitree Park. Yang tu aku tak join la sebab penat. Night before tu aku tido lambat. Plus, Mama Abah pon sure tak larat dah. Maklumlah, dah berumur kan. Bukannya gagah macam kita yang muda ni. So sampai je rumah, aku terus tido selama 12 jam!! Tak sedar pape. Hamek ko. Betul-betul revenge ni +____+

Now macam ada energy sikit. Tu boleh membebel kat dalam blog ni. Ececece. Dan-dan je kan :D



Okaylah. Ada masa dan mood, aku update lagi.



Ratap ampun dan maaf, 
Andai ada terkasar bahasa,
Buruk budi bicara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
to all Muslims around the globe =)



The Familia :D


Atuk Nenek & Cucu-cucu =)



See. Anak-anak aku kepenatan. Hari raya ni Nak oiii... Bangun ler. Hehe. Tapi takpelah. Bila lagi nak merasa raya di perantauan kan. Time Mommy belajar la. Nanti dah settle semua, baru kita balik ye anak-anak =)


Till then peeps. XoXo


Sincerely,
ah-the-mommy

Monday, August 5, 2013

PhD Journey #8: Stress

I wonder. Ada ke orang sambung PhD tak stress? Am I the only one yang dealing dengan stress ni? Sometimes, of all small things pon aku boleh jadi stress. Ya. Of all small things can turn me to be a lion queen! I could eat a horse some more. Nak cakap aku exaggerate. Lan to the tak. Lantak!

To those yang berkobar-kobar nak sambung belajar sebab tengok aku sambung belajar sampai ke obesi, hentikanlaa. Ok negative vibes ni. Bukan apa. Aku tanak korang put the blame on me. Ini semua salah siapa? Salah AJ! Sebab AJ belajar obesi, kami pon nak ikut sekali. Puiii

Andai korang tahu how stressful I am dealing with every single thing which can contribute to stress thingy, mesti korang tobat tanak sambung belajar. 

No. Aku bukan menakutkan anyone. Just a simple reminder. Kalau rasa sukakan cabaran and WILLING TO COMMIT, sambung lah PhD. Best gila namamp!

Bukan title 'Dr' yang aku kejarkan. Hello excuse me. Hanya self-satisfaction. So don't be surprised kalau aku stop sambung belajar. I don't ask much. Just please. Do understand my situation. 

After all, aku dah ada master. 'Market' masih ada to demand on salary. Perempuan. Biasalah. Kalau nak compete in the male-dominated world, kena fight with education. Otherwise, ingat top management nak dengar cakap  kaum hawa yang cekononnya lemah ni? Oh please. No way man..

Oh ya. My research study is about Women's career advancement and barriers. Sebab tu aku membebel pasal male and female yadayadayadayada. 

Sesiapa yang sudi jadi respondents to be interviewed, please let me know. Ciri-ciri respondent, Women managers and above. Terima kasih daun keladi. Much appreciated.

Sekian. Semoga bertemu lailatul qadar to all Muslims. InsyaAllah.




Kini. Pakai yang ini dahulu.



Akan datang. Mungkin yang ini. 
Ah berangan. 
Baru cakap nak stop belajar tadi kan?
Maka, 
KEEP YOUR MOMENTUM UP, AJ! 
DO NOT GIVE UP!
JUST DON'T
NOT NOW
or NEVER
Please





Student yang stress,
aj-the-mommy

Sunday, July 21, 2013

Ramadhan 2013

Selamat berpuasa semua. Sekejap je dah hari ke 12 berpuasa kan. Tapi... Tapi sebenarnya tak sekejap bagi aku. Sobs..

Sejujurnya... Masa awal-awal Ramdhan hari tu, HARI-HARI aku kira cepatlah hari puasa ke 30. Ya. Sejujurnya. Dah macam budak sekolah dah. Sebab tak pernah dalam hayat aku terpikir yang aku akan berpuasa selama lebih 18 jam sehari. T___T

Puasa kat sini taklah lapar mana cuma nak tunggu jam tu berdetik ke pukul 930 malam, huii terseksa oi. Psiko dowh tengok jarum jam yang lembab namamp gerak. Ish. Pastu baru setel isyak and terawih, tetiba dah sahur balik. Huwaaa +___+

Tapi now dah okaylah. Alah bisa tegal biasa orang tua-tua kata. Ha nak sangat belajar obesi, so jangan banyak cakap! Zip mulut. Nak barakah Ramadhan tak AJ? Hehe

Talking about Ramadhan, I still remember last year's Ramadhan, hari-hari aku berdoa agar dapat sambung belajar kat UK. Dan alhamdulillah termakbul. Here I am today. Jadi whenever aku berada dalam keadaan down and give up belajar, aku akan cuba muhasabah diri dengan ingat balik doa-doa aku dulu. Aik kenapa give up AJ? Give up sebab to me, PhD tu susah namamp! Ya. To me. Whoever says PhD ni celah gigi je, aku Amon Rei manusia tu 8 juta kali T___T

Ramai yang bertanya, apa tujuan aku buat PhD. Serious ramai. Sometimes I wonder, pelik ke eh soemone yang bukan daripada academician line untuk sambung PhD? Adakah seseorang yang bukan bergelar lecturer tidak wajar sambung PhD? Hmmm...

Baiklah. 

Reason aku cukup simple actually. I have my own plan to enhance my career advancement. Besides, I'm looking forward to have a better life with my little family. Thus, I decided to upgrade my qualification to the highest level so that I can be well prepared to face any challenges ahead. 

Tapi the ultimate point is I just wanna have a better life dan diberkati Allah Taala. Bukan untuk siapa pon. Untuk anak-anak jugak. Walau tidaklah sehebat mana, kalau aku mati kelak, sekurang-kurangnya aku nak anak-anak aku tahu, yang I have done something to make them feel proud of having me as their Mommy. That. Is. All.

Doakan aku ya kawan-kawan. Terima kasih :)

Okaylah. Happy fasting everyone! 


Loves,
aj-the-mommy

Monday, July 1, 2013

Cinta Jangan Pergi

Gosshh!!

Cerita CJP ni sangat superb! Ada episode yang bisa merembes-rembeskan air matakuu. Terbaeeekkk ah. Thumbs up 👍👍

Cuma..

Apa yang boleh aku simpulkan.

Musuh perempuan adalah perempuan. Cth: Shireen vs Lea ... Tasha vs Lily

Musuh lelaki adalah lelaki. Cth: Hud vs Khalil

Hence,

Musuh manusia adalah manusia. 

However, 

yang nyata dan hakiki adalah...

Musuh Islam adalah syaitan & iblis. Cth: Abang Long Shireen tembak Hud sampai mati

Thus... The results have shown that,

Kita sesama umat mudah berpecah-belah.

Mungkin kita sedar. Mungkin kita tak sedar. Atau Mungkin kita buat-buat tak sedar sebab kita tak kuasa nak tunjuk kita sedar. Sebab sedar tak sedar, semua perkara di atas berlaku dalam kehidupan harian kita. Cuma sama ada kita sedar. Atau tak sedar. Atau buat-buat tak sedar atau eh berapa kali nak repeat daaaa... Bawak-bawaklah sedar diri AJ.. Dush!! Ok dah sedar dah. Thanks.


#notetoself #thingstoponder #cjpisdabombb

Wednesday, June 26, 2013

Little Princess Turns 2

Aaaaahhh... Baru type tajuk entry, hati dah rasa sebak. Tetiba touching lak. How do I start this entry?

Hmmm.. Shall I start now? Okeh. There you go AJ.



My 1st little princess turns 2 years old on 25th June 2013. Which means today. She's all grown up! Aaaaaahhh touching nya rasa. Apahal tah. Sayu sangat. 

Maybe because lately ni aku dah jarang bagi attention kat Damia. Mama used to say that between Damia and Bella, I should give more attention to Damia instead. Reason being, Damia dah besar and Damia dah mula paham how to merajuk and all that. Unlike Bella, she's too small to understand what happens around her. That make sense anyway tapiiii Bella needs me because she's still a little baby. Aaaaarrrgghhh T___T 

Sometimes I do the tandem nursing. I'll breastfeed both of them at the same time. Itu akan berlaku bila Damia mula cemburu tatkala Mommy sedang nursing Bella. But don't get me wrong. Damia loves Bella sooo much. 

She's such a lovely big sister. She would do anything for her little sister. For instance, masa Bella menangis, Damia akan berkata, "Come come. Sit down." sambil tepuk peha sendiri dan selak bajunya untuk breastfeed Bella 😱😱😱. Omaigod anak Mommy!!! +____+ 😑😑

Another thing yang tak boleh blah bagi aku adalah Damia terlalu sayangkan Bella sampaikan every second every single moment Damia nak kiss Bella termasuk ketika Bella sedang tidur hinggakan Bella terjaga daripada tidur. Yaaa. Damia is so penyayang like that 😅😅


There's one thing in my heart that always makes me feel guilty as a Mommy. I've never thrown up Damia a birthday party where she can blow the candle and sing the happy birthday song with her friends. Yup. Never. Not even once in her life time. 

We only celebrated her 1st birthday by bringing her to Hong Kong Disneyland one week earlier before her birthday. But yeah. Only 3 of us. Mommy, Daddy and Damia herself.

And yeaah. We did the same thing too this year. We celebrated her 2nd birthday by bringing her travelling around the UK one week earlier before her birthday. Bezanya, this time around, she has Mommy, Daddy, Atuk, Nenek & Bella around.

We went to London, Cambridge, Oxford, Nottingham, Sheffield, Scotland, Manchester, Liverpool, Birmingham before coming back to Exeter.







She had so much fun I can tell.

But still.... I still feel guilty for not throwing a birthday party for her. It's like alaaahaii kesiannya anak aku tak pernah menjalani kehidupan bayi-bayi riang yang gembira where she can play balloon and eat cakes with her friends pada hari jadinya. No? It's not that necessary I KNOW but well If you get what I mean. Hmm...


So tahun ni, aku mengharapkan magic can happen to Damia. Yeah. I do really hope so. Just wait and see.



Damia Zahraa Darling,

Happy 2nd birthday to you. Be a good daughter. Be a good sister to Bella. Be an intelligent baby. Be a good granddaughter to Atuk, Nenek, Aki & Wan. Be a good friend to everybody. The most important thing is, be a good Muslimah. Be a good servant to Allah swt. Mommy and Daddy akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Damia. May Allah ease every single journey in your life. InsyaAllah.



Loves,

Mommy, Daddy & Bella

Sunday, May 26, 2013

Damia Zahraa 23months & Bella Zakiyah 12days



Hi everyone.

Alhamdulillah. I am now a Mommy of two little princesses. So yeaahh.. That means more pinky stuffs in the house yawww. Sorry Daddy. Wooppss :D

Damia turns 23months young today. Bella turns 12days young today. Eh bila kau bersalin AJ? Tetiba je dah ada 2 orang anak dara. Hoho. Ha kiralah 12 days before berapakah haribulan nya. Hehe. 

Blog ni umpama hidup segan mati tak mahu. Begitulah. However, I really wish that one day aku akan ada masa untuk bersenang lenang so that aku akan ceritakan the whole story about the joy of giving birth to Wan Bella Zakiyah pulak. Memang sangat joy sebab no tear and stitches. Syukur. Kena adil dengan anak-anak. Kang dah besar nanti Bella merajuk lak Mommy banyak cerita pasal Damia instead. Isk. Don't be, please pretty pleaseeee :(

Eh nama Bella tu Bella je ke AJ? Ke Isabella? Or Nabila? Or ok cukup cukup.

Ya. Nama Bella as mentioned above is Wan Bella Zakiyah. We got that name while we were on holiday in Italy. Bella is an Italian name, means Beautiful. Whilst Zakiyah is an Arabic name, means Bijak, Cerdik dan Pandai. Thus, I hope those combinations akan menjadi suatu nama yang Epic to our second daughter kelak. InsyaAllah

Semoga Damia Zahraa & Bella Zakiyah membesar menjadi anak-anak yang solehah dan hidup dalam lembayung Ilahi. Juga menjadi anak-anak Mommy & Daddy yang cantik akhlak, awesome, marvellous dan sewaktu dengannya. InsyaAllah


Till then peeps. Xoxo


Team-Emak-Anak-Dua,
aj-the-mommy

Wednesday, May 1, 2013

22m5d


Damia dah besar. Damia dah nak jadi Kakak. Malah, Damia dah tahu sebut 'Kakak'. Bagus. Mommy suka. Lepas ni belajar sebut perkataan lain pulak ya.

Damia masih hisap susu badan. Ok jangan terkejut. Tidaklah kerap. Damia akan hisap bila nak beradu je. Waktu lain, memang aku buat tak tahu. Buat tak tahu means, bila Damia mula selak-selak baju aku (sukahati), aku pon dengan sukahati akan divert kepada topik lain like "Biiirrdddddd!!!" Lalu Damia toleh dan aku terus buat Damia leka. Heheh

By the time adik dia lahir, Damia masih belum 2 tahun. So I guess Damia masih layak menerima susu badan. Mungkin aku perlu belajar macam mana nak tandem nursing.

Nantilah aku pikirkan. Sekarang aku perlu pikir macam mana nak beranak lagi sekali ni. Nervous hoi. Jangan aku lupa macam mana nak teran, sudah... Kalau tak, parah....

To Damia, selamat membesar dan menjadi anak yang terbaik untuk Mommy and Daddy. Yup. For our family is more than enough. Wish you best of luck in your life.


Love you from head to toe (macam shower gel),
aj-the-mommy

Friday, April 19, 2013

My Pregnancy Journey in the UK - by a 27th years old Mother


So yeah. It's my birthday today. I'm officially turning 27th years old. Alhamdulillah..

Memandangkan hari ini hari jadi aku, maka I decided to tell a little bit of story about my pregnancy journey in the UK. Kira this is my first time celebrating my birthday abroad and also my very first time having an experience of being a preggy Mommy in this country =)

Honestly, I feel so guilty with my 2nd baby for being such a biased Mommy to him/her. This time around, none of my blog entry berkisarkan tentang his/her development in my tummy. Sigh.. Sorry baby :'(

I really wanted to jot down each moment of my 2nd pregnancy in details just like what I did during Damia's time but the reality is, kali ni aku tak mampu dan tak larat. Bukan tak larat apa. Aku akan sentiasa ada mixed feeling between updating my blog or writing the thesis. Haha T___T

Thus, by sharing this pregnancy journey in the UK, on my birthday, bakal memberikan something kepuasan dan ketidak-rasa-bersalah-an kepada my 2nd baby ni. Don't put the blame on your Mommy okay!

Baiklah.

1. Saat Tahunya Mengandung

First and foremost, it was an unexpected pregnancy. Initially I was planning to have a baby before flying off to UK tapi masa tu takde rezeki lagi. Oh ya. Husband and i never had a family planning. Just go with the flow. LOL

Tapiiii... Tak expect lah akan pregnant betul-betul masa awal-awal sampai UK! Kot la ada ample time ke apa kan. Sebab few weeks before sampai UK, kira minggu-minggu terakhir di tanah air, aku memang bantai makan dan minum macam-macam like makan benda tajam and minum coke etc. Then naik long haul flight for like 13 hours from Msia-UK. Kira semua perkara yang disebutkan adalah antara perkara terlarang dilakukan ketika early pregnancy.

Tapi kun fayakun. Got to know that I was expecting a baby during my 3rd weeks in this country. Masa tu nak taknak memang aku buat UPT test sebab asal masuk dapur, aku bau bawang yang ditumis, aku rasa loya. Ada ke patut? Tak pernah dalam hayat aku loya bau tumisan bawang. Hahaha. Selama ni rilek je tumis belacan bagai :p

Pastu, dalam bus pergi balik University, boleh pulak aku muntah air. Tupon sikit. Tupon mujur ada tissue. Tupon mujur muntah air. Kalau muntah bendasing lain, tak ke malukkkk. Hahaha Gaaaaahhhh!!

So after knowing the outcome of UPT test, I was like Alhamdulillah... Sebab memang nak sangat bagi Damia adik. Tapi still in the state of terkejut dan terkebil-kebil. Hehe. Bak kata rakan taulan, "Dalam busy-busy packing barang pergi UK, sempat lagi tuuuu..." Ngahahahaha ok bye!


2. Meeting the midwife

Okay. Being a preggy mother in the UK, you will never have a chance to meet a gynae. Midwife is the only person who will entertain you from the beginning of your pregnancy journey. If you were to meet the gynae, means that something must be wrong with your pregnancy. Got what I mean?


Style kat UK, sangat orthodox I can tell. I only did the baby scanning during my 12 and 20 weeks of pregnancy. Masa yang 12 weeks, untuk lihat baby is doing okay. Masa 20 weeks pulak utk lihat the baby progress and of course to know the baby's gender. TUPON kena request cakap nak tengok gender. TUPON 2D only. Perkhidmatan 3D and 4D tidak disediakan. Dang!! +____+

The rest of the journey, jangan mimpi lah nak "jumpa baby" everytime buat check up. Reason being, radioactive yang dipancarkan ketika membuat scanning tu adalah membahayakan kepada baby dalam perut. So dalam bab ni, aku rasa pregnant kat Malaysia lagi best. Sebab pasti akan excited terlebih everytime ada maternity check up. No? Yelah siapa tak excited kan dapat tengok keadaan baby kat dalam tu macam mana bagai kan. So Malaysia wins! Hahaha tetiba.

Eh tapi kan AJ, kalau takde buat scanning, macam mana nak measure baby growth?

Haaaaa. Part ni paling orthodox sekali bhaii.. The midwife will measure the baby growth in your tummy using the measuring tape!! Can you peeps imagine?!!! Masa memula tu I was like terkejut gila dowh. Sumpah tak tipu. Jakun pon ada aku melihatnya. Aku guna measuring tape untuk ukur kotak customer okay! Hahahaha Pang! +___+

Cara dia ukur adalah midwife tu akan ambil hujung tape tu letak kat bahagian perut atas sekali (means in between perut and jantung) sampai ke bahagian bawah perut betul-betul on the pubic bone. Midwife tu akan picit la untuk cari bone tu.

Pastu midwife akan urut-urut perut bertujuan untuk tahu kedudukan baby berada di mana. Pastu bila dah dapat agak, "Oh your baby's head is here!". Classic tak?! Bidan kat kampung pon belum tentu buat ini macam punya style. Ekekeke


All details will be recorded in the green maternity book. Ada banyak color actually. Tapi yang atas sekali adalah buku warna hijau. Kalau hijay tu dah habis, buku warna kuning dan purple sudah ada di bahagian belakang siap-siap. Buku ya. Bukan kad macam kad merah kat Malaysia tu (aku tak sure sebab kat CAHP tak guna kad merah).

Oh ya. The monthly maternity check up will be held in Exwick Health Centre. Just a standard clinic. So midwife akan datang situ (which is the nearest clinic with my house) to meet me. Kat sini, nak register National Health Service (NHS) pon kena ikut address rumah. Kalau duduk area A, kena cari clinic kat area A. Takleh somborono pergi clinic lain. Ha macam tu.

 

Tapi to do the scanning or bersalin kelak, baru kena pergi Women's Health Centre. Reason being, kat clinic tiada kemudahan untuk scanning bagai. Kat clinic memang untuk jumpa midwife dan ukur baby growth menggunakan pita pengukur semata-mata! LOL :p

An appointment letter will be sent to my house. Style tak? Hehe. Sini memang mempraktikkan gaya hidup black and white. Sangat organized la kira.



Then aku dapat the bounty pack. There are 5 bounty packs all in all. Pack 1 untuk Pregnancy Information Folder, pack 2 untuk Mum-to-be Pack, pack 3 untuk Mum's Pack, pack 4 untuk Newborn Pack, and pack 5 untuk Family Pack. There will be lots of pamplets and vouchers for mom and baby product.

But I only have pack no 1. Yang lain aku takde. Sebab I have to collect it by my own self from the nearest pharmacy like Boots etc. Boots ni more or less kira macam Guardian la. So kesimpulannya, aku malas nak pergi mintak walaupon selalu je passing by Boots tu everytime pergi High Street. Kalau dah malas tu, malas lah jugak. Huehuehue ;p

Oh lagi satu. Aku tak pernah dapat any prescription from the midwife untuk consume obimin or any other multi-vits during pregnancy. Semua pon aku tanya dulu. The midwife told me that the British women will consume folic acid ONLY starting from the early of their pregnancy until end of it. Terkebil-kebil aku dengar +____+

So being me yang turut menjadi orthodox sekali, aku pon kirim la obimin pil from Malaysia. Gigih tak?! Hahaha. Mau tak gigih. Dahlah aku lost 3kg. Selera makan takde. Minum susu pon tak boleh sebab takde selera. Jadi aku memang bergantung harap dengan obimin pil tu je la to support the baby growth. Hope everything is okay. Sometimes rasa bersalah sebab macam kesian kat baby dalam perut tak dapat cukup vits. Hope baby sihat sentiasa. InsyaAllah amin..

3. Tentang Baby

Baby kalini tajam! Like seriously. I can feel his/her bone is moving inside there. Memula cuak la jugak. Tapi looking at my Husband, alahai... Mesti ikut Daddy ni. Tulang temulang yang panjang. Yela. Serious aku rasa senak.

Ada at one time, tetiba perut aku terjojol tajam ke atas. Ngaaaaaa.... Taktau lah dia tengah tonggeng ke apa. Tapi memang tajam. Aku nak pegang pon scary. Haha. Tapi aku usap lah jugak suruh baby jangan buat aksi macam tu lagi. Scary hokayyy!! WF gelak je. Katanya, "Lutut tu kot. Takpon siku" sambil tunjuk lutut dan sikunya yang berpaksikan tulang yang tajam! +____+

Hmm.. What else. Rasanya sampai sini je dulu kot. Dah bersalin nanti aku update. Hah?! Dah bersalin baru nak update. Nampak bebeno malas nak update blog sangat dah. Kahkah

Anyhoots, I'm now at 35 weeks of pregnancy. Kejap je kan. Another 5 weeks to go. Tapi Damia dulu, I've been induced at 38 weeks. This time around, we'll see how it goes. Tapiiiiiii WF suruh tahan jangan beranak awal sebab the EDD is ON HIS birthday!!! He said, kalau tak sakit nak beranak lagi on that day, dia nak suruh midwife induce je nanti. Hoihhh sukahati kan?! Ingat bersalin ni boleh main order agaknya. Dang! T____T

Ok lah. If you happened to read this entry, mohon doakan semuanya selamat dan sempurna. Though I already have an experienced melahirkan Damia before, but every pregnancy is totally different. No?[Nervous tetap ada. So I hope everything is gonna be fine.

Psst.. Nak tau satu rahsia tak? I haven't packed the hospital bag yet. Ok bye.



Oh last but not least, thank you for the birthday wishes given. I've received since yesterday sebab masa tu UK time masih 18hb while Malaysia dah masuk 19hb. Hehe. Terima kasih semua atas ingatan tulus ingatan yang diberikan. Hanya Allah dapat membalas. InsyaAllah =)



Semoga aku menjadi seorang Mommy yang penyayang kepada anak-anak dunia akhirat.

Semoga aku menjadi seorang Isteri yang solehah kepada Suami dunia akhirat.

Semoga aku menjadi seorang anak yang berguna kepada Mama Abah dunia akhirat.

Semoga aku menjadi seorang wanita yang berjaya dunia akhirat.

InsyaAllah. Amin...




Till then peeps. Xoxo


The Birthday Girl (girl ke?),
aj-the-mommy

Sunday, March 31, 2013

21 Bulan 6 Hari


She's so gonna be a big sister in 2 months (or less). Tapi tiada ciri-ciri untuk aku fully wean-off dia. Takpe. Nanti la cerita pasal tu.

Called her adik as,"Babaaaaa" instead of "Baby" sambil usap-peluk-cium perut Mommy.

Sedang mengalami proses menconteng yang sangat aktif. Pantang jumpa pen and payyyypperrrrr (paper), pasti akan melakukan contengan abstrak sana sini TERMASUK perut boyot Mommy!! Ingat perut Mommy ni a drawing canvas agaknya +___+

Apa lagi perkataan Damia boleh sebut ya.

Ball - Ball
Cat - Cat
Dog - Dog
Mama - Mommy
Dedeh - Daddy
Baba - Baby
Milk - Milk
Cucu - Susu
Nak - Nak
Tey tuuhh - Thank you
Kuuuummm - Assalamualaikum
Tata - Tata
Bear - Bear
Lefan - Elephant
Fish - Pish / Fish

Yang lain tak ingat. Damia ni petah bercakap. Too friendly. Tapi in her Donald Duck language. Aku risau jugak Damia tak boleh buat ayat, I mean bercakap yang buat ayat clearly lah. Tapi aku lagi rimas dengan soalan,"Damia tak boleh bercakap lagi?". Heh. Sekeh nak?

Mungkin sebab she heard too many languages yang digunakan dalam rumah. Kot. Aku and husband speak in Malay. Tapi we speak English more frequently dengan Damia. Broken pon tak kisah asalkan sama-sama belajar and nak bagi dia biasa dengar dengan penggunaan bahasa Inggeris. Dia sendiri pulak layan Mickey Mouse in Spanish/Italians. Memang macam sebuah rumah antarabangsa rumah kitorang ni. Hehe :p

Tapi baby development kan tak sama. So I guess, no rush kot. Lagipon, aku bukannya masuk pertandingan anak siapa paling petah bercakap, anak siapa paling putih, anak siapa paling cute, anak siapa paling kaya, anak siapa paling stylo, anak siapa paling yadayadayada. Eh koser!

To Damia Zahraa, semoga membesar menjadi anak yang solehah, dikurniakan akhlak yang cantik, dan menjadi muslimah yang diredhai. Amin...

Ok itu saja. Nanti update lagi. Taaaa... Tataaa #tirugayadamia


Emak Damia,
aj-the-mommy

Thursday, March 28, 2013

Nak Promote Sikit AJ Shopping Paradise


Baiklah. Sementara aku tengah free (lah sangat) sebab baru lepas mengadap SV semalam, aku nak promote sikit aku punya business iaitu AJ Shopping Paradise.

Aku jual macam-macam. Antaranya:

1. Medela Freestyle - RM1470 including postage. Kalau cakap price ni mahal lagi taktau la. Bagi aku murah dah ni. Hehe
2. Maxi Cosi Carseat - Cabriofix, Pebble, Tobi, Priori, Axiss.
3. Ergobaby
4. Avent - ada banyak barang
5. Tommee Tippee Closer to Nature Essentials Sterilisation Set RM500 including postage
6. Tefal - Aku boleh cakap harga Tefal yang aku jual ni dah agak murah dah. Haha takleh blah promote
7. Corelle
8. Portmeirion
9. Corningware
10. Ted Baker London
11. Stroller - Quinny, Maclaren, I-Candy, Bugaboo etc. Harga boleh nego insyaAllah
12. Handbag - Furla, Cambridge Satchel,
13. Baby snug Mamas Papas - yang ni aku rasa tak masuk Malaysia lagi. Dia ala-ala Bumbo seat camtu.
14. Kasut Clarks
15. Cath Kidston


....dan baaaaanyaaak lagi. Cewah. Kalau you all ada nak beli barang lain pon, you can message me personally. Tak semestinya kalau takde dalam page AJSP, aku tak boleh carikan untuk you all. I'm flexible insyaAllah.

So far, yang order tak putus adalah Medela Freestyle dan Tefal. Alhamdulillah..

Oh ya! Siapa yang ada modal lebih dan berminat untuk jual barang-barang baby or any items, I can be your supplier and I'll quote you the wholesale price. Just drop me an email me at ajshoppingparadise@gmail.com

Your support to AJ Shopping Paradise is much much much appreciated. Thank you so much in advance everyone!


Till then. XoXo.


A Part-time Businesswoman,
aj-the-mommy

Wednesday, March 20, 2013

Biasiswa Mara 2013

I have received few comments, messages and emails tentang biasiswa Mara ni. Mostly tanya tips interview. Ada yang tanya macam mana kami survive tanpa family allowance.

Baiklah. The answers are as follows. Ecehwah

1. Tips interview

Jujur aku cakap, during our 2012 batch, there was no interview conducted. Kiranya kami adalah batch yang lucky. Apply dan dapat. Alhamdulillah. Rumours mengatakan Mara tak sempat nak conduct interview dan ada budget lebih. Lalu, almost semua yang apply, berjaya dapat biasiswa Mara ni.

At first, I was like, eh betul ke ni terus dapat. Takde interview bagai. Kawan-kawan Mara lain pon sama. Terkejut. Tak sangka. Semualah. Tapi dah nama rezeki, itulah ketentuan Ilahi. Amin...

Oh tapi kalau tanya pasal tips interview, memandangkan aku pernah bekerja under Yayasan UEM, apa yang aku boleh share adalah be confident and result kena bagus and ada good personality and English kena lebat.

Ok itu corporate scholarship. Takleh nak samakan dengan Mara scholarship. Aku pon tak sure Mara conduct interview in Malay or English. Tapi rasanya common tips utk interview more or less adalah lebih kurang begitu. Nak-nak untuk ke oversea. Takkan nak bagi duit orang pergi belajar oversea, pilih yang cikai-cikai. No?
Asset negara tuuuu.

2. Bagaimana kami, Mara scholar (bagi yang berkeluarga) survive tanpa family allowance?

Jawapannya simple. Rezeki ada di mana-mana. Pandai-pandailah cari dan korek. Setakat cari tapi tak korek, tak guna jugak. Janji jangan tutup periuk nasi orang lain, sudah. Allah murka.

Macam kes kami, WF memang kerja lebih masa. Aku pulak buat part time business. Boleh lah nak tampung lubang-lubang kewangan kehidupan kami. Kalau setakat bergantung harap duit monthly allowance, cukup-cukup makan je lah. Cukup-cukup here means cukup-cukup. You can't go anywhere. Duduk rumah sampai lebam!

Maka, the solution is pandai-pandailah cari rezeki. Janji tidak tutup periuk nasi orang lain. Rezeki ada di mana-mana. WF works as a 'Floor Engineer' aka Cleaner sahaja. Namun mampu membawa kami anak-beranak jenjalan melihat Italy. Thus, bekerja sebagai Cleaner di bumi penjajah ini bukanlah sesuatu yang hina dan dina. Di Malaysia, mungkin pandangan masyarakat berbeda. Kat sini, asal boleh hidup, asal halal, semua pon ON saja. Hihohiho


Eh kenapa kau sebut Mara Scholarship ye AJ? Bukankah ini LOAN?

Homai. Do I really have to answer this weirdo question? Please dong...

Kalau aku sebut, "We, Mara Loaner", bukankah itu sounds err weird or jengkel? Pang!

Yup its true. Mara scholarship is also known as a convertible loan. Provided kau lulus on time lah. Ok macam ni yang terjadi dalam agreement aku.

Lulus belajar on time - bayar 20%
Extend - bayar 50%
Gagal - bayar semua 100% lah bhaii

However, one thing you have to remember, you have no need to serve Mara. Means that you have Zero bond okay! Kau bebas tentukan jalan hidup kau. So kenalah ganti dengan bayar balik.

Kalau kau dapat scholarship lain like JPA or Khazanah etc, you have to serve the organisation/company for few years. Once you breached the contract, you have to pay back. So sama je.

Maka, janganlah question akan perkara seperti Mara Scholar vs Mara Loaner lagi ya. Lempang nak? Duuuhh!!

Penutup untuk entry ini, those yang pernah mendoakan aku dapat sambung belajar ke oversea, dapat bantuan pelajaran, dapat kemudahan itu ini, terima kasih daun keladi. Aku tak lupa walaupon reaksi aku macam rilek mohon pelempang, tapi aku kenang kalian dalam doaku. Allah will pay you guys in return. InsyaAllah


All the best to all Mara 2013 candidates! See you in UK! Peewittt



A PhD student,
aj-the-mommy

Saturday, March 9, 2013

We are going to Milan!!!

Yeahh bebeh. We are going to Milan, Italyyyyy!! Weeehoooo...

I am sooo excited yet nervous. Eh kenapa nervous AJ? Kalau excited tu logic la jugak kan.

Ok nervous sebab husband and I called it as a 'budget holiday'. Semua benda pon kena budget. Mainly on expenses la. Apa lagi kan. Hoho

This time around punya holiday adalah more or less like the one yang we went to Hong Kong last year. Itu punya budget, siap boleh tukar balik currency from HK dollar to MYR setelah tamat percutian. Budget tak budget la percutian kitorang time tu kan. Hahaha

Yang Hong Kong tu kitorang namakan percutian budget sebab few months after that dah nak fly ke UK kan. So nak guna banyak duit. Maka, haruslah saving.

Yang Milan ni pulak, sebab kitorang memang takde extra money nak shopping. Jujur much? Hohiho. I'm a student. Remember? Hehehe. Setakat nak tengok negara orang lepas lah. Nak shopping macam kat Bandung tu memang kena pikir 8 juta kali.

Well, having a hobby to travel around the globe doesn't have to associate with having an extra money to shop till you drop! Ecehwah. Boleh lah cakap macam ni sebab ongkos takde. Cuba kalau ongkos ada? Seguni Gucci aku hangkut bawak balik. Kahkahkah.

Eh kenapa Gucci AJ? Eh bukankah asal usul kelahiran Gucci, Salvatore, Armani etc adalah dari Italy. Correct me if I'm wrong. Ah kalau wrong pon haku kesah hape. Bukan kena recite dalam literature review ponggg! Ekekekek

Baiklah. Berbalik kepada topic 'A So-called Budget Holiday' kami ini, do you believe that I'm still awake at this hour? Yup. It's 2 o'clock in the morning UK time. Aku tengah siapkan bekalan makanan untuk dibawa kelak.

Antaranya, burger, burger dan burger. Amboih burger semua. Muntah anak aku makan burger seminggu nanti. Hehe. Takdelah. Ada lah makanan lain like sausage and chicken kebab. Pastu nak buat nasi goreng untuk bekalan sepanjang journey ke Gatwick airport nanti.

Gambar yang ditepekkan adalah bukti aku sedang membuat kerja-kerja pembungkusan makanan. Hehehe

Okaylah. Doakan perjalanan percutian kami ini selamat pergi dan balik ye.

Till then peeps. Xoxo





aj-the-mommy

Tuesday, March 5, 2013

20 months, 8 days


Yes. She is now a 20months and 8days young baby. Gigih tak aku kira. Haha. WF selalu cakap,"Birthday Damia sekali je la setiap tahun. Kenapa nak kena kira tiap-tiap bulan. You buat I confused".

Heh. Kaum Bapak apa tau. Kaum Emak je yang buat kerja macam ni. Tapi bila orang tanya anak umur berapa hah mulalah terhegeh-hegeh "Baby, Damia berapa bulan dah ye?" Hah see. Kalau si Emak nya tak ambil kira, si Bapaknya rajin ke nak mengira? -___-

Kesimpulannya, men always be men. So please jangan pertikaikan women always be women. Lumrah hidup atenyee. Hewhewhew.

Berbalik kepada cerita Damia Zahraa. Beliau gemar bermain dengan pintu refrigerator. Beliau juga gemar bermain masak-masak menggunakan THE REAL Tefal hokehh. Mommy mula pegang benda alah Tefal ni pon bila dah jejak kaki kat UK, tahu? Well, babies nowadays. What to argue? Never mind then.

Lagi apa ya.

Hah Damia dah pandai bawak kereta, pandai panjat gunung, pandai shopping, pandai make up, pandai kemas rumah, pandai buat thesis, pandai macam-macamlah. Maka, pandai-pandai koranglah nak percaya akan statement terbabit. Hoh!

Alaa.. Standard progress seorang baby la. Bezanya cepat atau lambat je. Whatever it is, as a Mommy, she's always being a perfect gift in my life. Kasih sayang aku pada Damia adalah lain macam. Lain macam here means, susah senang hidup aku, jatuh bangun hidup aku, adalah bersama dengan Damia. Lalu, kekuatan mental aku juga adalah seorang bayi bernama Wan Damia Zahraa.

Anak seterusnya aku taknak komen lagi sebab masih belum keluar. Hehe. So kita describe yang depan mata dulu ye ladies and gentlemen.

Till then peeps. Xoxo


Loves,
aj-the-mommy

Saturday, February 16, 2013

Bila Penat

Bila penat, aku stress. Aku taktau lah ini normal ke tak. Aku taktau manusia lain macam mana. Tapi manusia macam aku, bila aku penat, aku stress.

Bila stress, SEMUA benda aku rasa serba tak kena. Ya. SEMUA!!

Aku penat otak, penat fizikal, penat rohani. All in 1 package!

Are you whining AJ? Yes. I definitely am! Sebab aku manusia yang hina dan dina.

Btw, ada ke manusia yang penat tapi boleh gelak ketawa sambil menyanyi 'If you happy and you know it clap your hands'?!!

Kalau ada, aku nak follow Twitter dia. Boleh aku jadikan hiburan dalam dunia yang fana ni.

Good night.

Friday, February 8, 2013

PhD Journey #7: Membebel Tanpa Sempadan

Just finished my compulsory class. Compulsory means wajib. The rest of the classes are advisory modules only. Kira aku ponteng atau tak, I won't be assessed by the lecturer. Itu kelebihan jadi budak PhD. Tapi kerugiannya, kau ponteng class, kau tak dapatlah ilmu. Part tu, bukan PhD student je. Budak UPSR yang ponteng class pon rugi jugak. Btw, does UPSR still exist?

Frankly speaking, British accent is killing me! Like seriously. Everytime habis discussion dengan SV or everytime habis class, macam biasalah WF akan tanya updates and progress. Teman hidup dunia akhirat atenyaa.. So dengan siapa lagi aku nak share kan. Then setiap kali itulah aku akan membebel pening kepala lah, tak paham lah, nak beli itu lah ini lah (EH?!) dengan WF. Sampai satu tahap, I told him I wanted to have at least ONE voice recorder to record all conversations between me and the SV.

Then, he bought me one. Murah je. Duit UK murah lah. HAHA okay sumpah tak lawak. Bye.

Sekali pagi tadi, I was totally forgot to bring the voice recorder to the lecture. Berkerut-kerut haaa aku nak focus dengar lecturer tu bagi lecture. Her accent adalah sangat pekat sepekat tomyam Thai. Next week we're gonna have a replacement class. 4 HOURS NON STOP! Kalau aku lupa jugak untuk bawak voice recorder tu, memang banjir la quay kat Exeter ni tadah air mata aku T_______T

Sometimes, somehow, aku pernah terfikir like kenapalah aku tak sambung belajar kat US. Kenapalah aku choose UK. Tapi kajian menunjukkan (CEWAH! Mohon ampun. Budak PhD memang banyak buat kajian),   UK institution lebih establish and well known. Tapi bagi aku, belajar kat mana-mana pon sama je. Kau malas, kau kecundang. Kau rajin, kau berjaya. Rezeki memasing.

Point aku kat sini sebenarnya bukan pasal belajar kat celah negara mana. Tapi point aku adalah Msia terlalu didedahkan dengan American English. Jadi kita lebih ke arah English Amareeekaahhh. Sebab tu I found it hard to blend in with the British accent. Eh tak. Bukan salah sesiapa pon. Sebenarnya aku memang tak power bahasa Inggeris. Aku menyesal. Aku nak torture anak-anak aku belajar English kaw-kaw. Supaya jangan jadi macam Emak dia. Stress semacam.

So now impian aku, semoga aku, Suami dan anak-anak aku HANDAL berbahasa Inggeris with the British accent. Impian agak tah pape. Tapi sukahati. Itu impian aku. Melentur lidah biarlah daripada Bismillah...



No. I'm not gonna be a 'Kiasu Mommy' though I know it does make sense to certain societies. I just don't want my children to go through saat-saat sukar bila dah besar kelak. So the best is, I want to torture them in a 'soft way' by being a role model to them. I wanna be a Mommy that they can be proud of. 

Sounds like I'm torturing myself huh? All the best to you, AJ!


Loves,
aj-the-mommy

Saturday, January 26, 2013

19 Months 1 Day Young Baby Princess

Aiseh aiseh. Terlebih 1 hari. Again, sorry my dear bucuk bucuk Mommy. I was so tired yesterday. Had no idea what to ramble in this entry.

So yeah. In few months time, you'll become a big sister. So be a responsible and lovely one okay Sayang. Though I never had any Kakak in my life, I'm pretty sure you can be a good Kakak to your adik-adik. Aik? Adik-adik? Hohoho

I'm so proud and bersyukur (of course) of having you in my life. You are my sunshine after the rain... Aik macam lagu iklan kat TV Malaysia.

Do you miss Malaysia? Okay ada rezeki lebih kita balik ye. Now ni kita guna peluang yang ada untuk Euro trip yo bebeh!


Love you Darling Damia Zahraa. Muahss



Your lovely Mommy,
aj-the-mommy

Wednesday, January 16, 2013

PhD Journey #6: Belajar Itu Penat

Even when the path is normally open, I mean when there is nothing to prevent a woman from being a leader, a lawyer, a doctor, there are still many phantoms and obstacles as I believe, looming in her way.

Being a PhD student, having to acquire lots of managerial skills. If you simply kejar the Doctorate title, you are simply going to nowhere. Trust me!

Selain daripada semangat dalam diri, tanpa semangat daripada orang sekeliling, kau akan kecundang juga. All in all, you yourself have to be strong and even stronger than anyone else. Mentally. Physically. Spiritually.

As for myself, I have to handle my baby, my hubby, my 'little baby', my SV and my money HAHA PANG. Yang my money tu sampingan je. Tapi duduk negara orang ni memang pakai banyak duit. Cepatlah habis belajar. Haihhhh... Tak baik mengeluh. Tapi ini realiti kehidupan aku.

Miskin sekarang, kaya kemudian. Susah tahap F9 sekarang, mewah tahap A1 kemudian.

From the bottom of my heart, aku memang berdoa kepada Allah, cepatlah aku habiskan PhD. I need a better life for our family. I bet WF pon tak sanggup nak jadi 'Floor Engineer' for a long period of time. No?

Tahukah anda, dalam bulan January ini, kitorang TAK ON HEATER LANGSUNG walaupon suhu mencecah 0•c. Reason being, nak berjimat sebab bill bulan lepas adalah £120. Maka, kami tak sabar nak tunggu bill elektrik bulan ni tiba. Seriously.

Sekian coretan simple yang terbuku dalam hati aku. Kalau aku give up, pasti ramai bertepuk tangan lalu memberi senyuman sinis kepada aku. Maka, aku tidak akan give up. In shaa Allah

If you happened to read this entry, doakan semoga aku berjaya dunia akhirat ya. Amin. Terima kasih.

Till then peeps. Xoxo


Loves,
aj-the-mommy