I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Monday, March 28, 2011

Pantang Larang Ketika Hamil

At the early stage of my pregnancy, I did google more about the Pantang Larang during pregnancy. Lots of info that I got from that.

But I didn't follow all the pantangs. Erm.. Ada orang kata tak elok langgar pantang larang orang tua TAPIIII kalau dah banyak sangat pantang larangnya, sometimes sampai satu tahap I can categorize them as nonsense pon ye.

Ok mari kita lihat apa pantang larang yang aku dah baca dan masih ingat.

1. Jangan makan nenas dan kelapa. Ini ada logik sbb both tu berasid and can lead to miscarriage.

2. Jangan lalu bawah ampaian. Ha yang ni aku tak ingat significantnya apa. Sometimes aku TERlalu je bawah ampaian sbb ampai kain aku tinggi. Maklumla WF tu lonjong. Takkan nak sidai ampaian kain paras ketiak aku lak kan. Dush.

3. Jangan keluar malam. Pastu ada yang cakap kalau nak keluar malam kena letak paku bagai kat kepala sebagai pelindung makhluk halus. Apekah semua itu? Bacaan ayat kursi tidak memadaikah? Wallahualam.

4. Jangan mandi malam takot nanti air ketuban berlebihan. Erm.. Yang ni scientifically nya ada logik la. Mandi lambat nnti takot peparu berair ke apa kan.

Tapi kalau aku balik kelas, sampai umah pkol 10++ malam. Takkan tak mandi weyhhh. Dengan siangnya keje. Pastu pegi kelas. Pastu malam tak mandi?! Rimas okay!

So aku lap je badan aku. Tapi kalau dh rimas sangat memang mandi ah siap shampoo bagai. Kohkohkoh :p

5. Jangan mencarut atau keluar kata-kata kesat. Haa yang ni tak pregnant pon memang takleh sebut kan. Hehehe. Cuma bila dh pregnant kita akan insaf lebey sbb we want our baby deserves the best from us. No?

6. Jangan makan timun, bendi, kacang, etc apetah lagi. Kononnya sejuk. Tapi aku makan je timun. Sbb rasa tak lengkap makan nasi lemak tanpa timun. Ekekeke ;p

7. Jangan minum teh sbb takot angin. Haa yang ni mmg aku tak minum. Sbb since got pregnant, I've fallen in love with milo ice. Yes!! Milo ice ye. So sila pasrah la anak keluar tak berapa nak cerah. Hahaha dang!!!

8. Jangan minum soya sangat. Ada orang kata minum soya banyak bole mengundang kepada anak kulit sensitif selepas dilahirkan. Mudah diserang penyakit pon ye jugak.

Tapi ada setengah pendapat lak kata kalau nak anak kulit putih, minum soya selalu. Haa part ni depends on the luck or genetic kot. Hehe. Aku memang dh pasrah awal-awal. Tengok ler kulit daddy nya. Teehehehe :D

9. Jangan tengok benda hodoh-hodoh. Atau elakkan tengok perkara kurang menarik di mata. So banyakkan tengok benda cantik dan menarik je. Supaya anak keluar nanti cantik dan kacak =)

10. Banyakkan makan kismis, kurma dan buah delima. Sebab tu semua been stated dalam hadis Al-Quran. InsyaAllah anak akan jadi bijak dan pandai €:)

Eh macam dh banyak lak. Kalau korang ada extra info, do share with me okeh?!


P/s:
Gambarajah menunjukkan betapa hadapannya aku duduk dalam kelas. Tengok wayang pon tak sebegini rapat. Sabarlah nak....


Yours truly,
aj-the-mommy

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 comments:

~YUN~ said...

aj,psl mandi mlm tu kan,mak mertua yun salu tegur,yun mmg suke mandi lmbt,die kate dulu die salu mandi mlm,pas2 bersalin ader kembar air..kire baby kua dgn air yg byk..huhu~

AJ the Mommy said...

yeke yun?? jadi dikira bole pakai la part mandi malam tu eh. maka kena lap je ah pasni. waduuhh

~YUN~ said...

xtau la AJ..da orng2 tue ckp.yun pn ikut jela,lg2 nk dekat mahgrib,pntang klu nmpk yun mandi,sti die tegur,hehe.lap2 pn okey gak..tp klu rumh sendiri yun belasah je mndi.. =P

AJ the Mommy said...

Lap2 pon layan gak tapi part rambut la yang rimas ekceli. kalau rambut pendek takpe lg. sbb seharian pakai tudung kan.

Notyourcupoftea said...

hye akak senior! remember me? ~cheh,kalu tak ingat pun xpe..kui kui kui~

actually kan..my aunty ckp kalau nak anak cerdik, makan bendi bnyk2..hehe

tp tak tahu la btol ke x.~depends gak kot! =p

coz my aunty makan lots of bendi dulu n her anak is JUST SUPER SMART! hehehe..

saje je nk share ngan akak..

n gud luck with ur pregnancy!!
btw..I LOVE UR BLOG! =D

AJ the Mommy said...

Hye emily!

Yup I still remember u. Hehe. Anyway, seriously makan bendi bole pandai? Ok esok jugak akak pegi borong dkt pasar! HAHAHAH

Thanks for sharing! kalau ada lagi bgtau k =)

Dina Zakaria said...

buah delima, kurma, kismis tu memang betul..tambah lagi ikan salmon..

pasal bawah ampaian aku x penah dengar laa pulak..

mmg macam2 laa petua, pantang ni..masa berpantang nanti lagi laa macam2 ko dengar..

yang nak ikut, ikut laa..yang ko rasa x masuk akal, bo layan jer..hihihi

AJ the Mommy said...

ikan salmon pon ok eh? aku ingatkan takleh. mau aku melantak pasni. hahah

weh macam2 ah aku dgr. bole jd psiko pon ye. sbb banyak sangat. hehe