I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Wednesday, March 2, 2011

Kisah Bayi Dalam Kandungan Tunjuk "Thumbs Up"

Terbaca 1 artikel ni. Pastu aku tergelak kecil. Tergelak bila memikirkan macam-macam kisah yang aku dah baca tentang perihal ibu mengandung. Yang comelnya haruslah kelakuan si anak yang dikandung kan. Hehehe

Macam biasa rutin aku hari-hari, baca artikel tentang proses kehamilan. Takleh blah kan aku ni. Tapi aku rasa semua ibu mengandung pon akan buat perkara yang sama. Nak-nak kalau anak sulung. The excitement tu adalah sangat tak terucap dek kata-kata. Cewah.

Untung siapa jadi anak sulung kan? Para ibu dan bapa akan over excited utk menerima kehadiran putera puteri sulong. Sebab new experience kan. Siapa yang kata jadi anak last tu untung boleh la zip mulut anda skang. Untung apa kalau pakai barang second hand si kakak atau si abang? Ok ok untung ah dari segi takyah kuar duit untuk beli bagai but still second hand okay!! EH KAU CAKAP PASAL SIAPA NI AJ?? NGAHAHAHA DANG!!

Ok senyap semua. Aku nak sambung cerita berdasarkan title entry di atas.


Source: From here

"MAIDSTONE - Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnya diimbas di sebuah hospital di Kent, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.

Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.
Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.

Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.

Donna dari Whitstable yang dijangka melahirkan anak dalam bulan Mei ini berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut. - Agensi "

Pergh. Style tu tunjuk thumbs up. Satu dalam sejuta wa cakap sama lu. Weeewwwiiitt!

Anyway, kau tak rasa ke betapa indahnya ciptaan Allah Taala? See. Keindahan anak yang dikandung. Janin terbabit pon boleh tau si ibu risau akan kondisi dirinya di dalam perut lantas memberi isyarat bagus agar si ibu tidak perlu risau lagi akan keadaan dirinya.

Aku telah melepasi fasa men-survey barang-barang untuk kawen atau men-survey tentang perihal alam rumah tangga. Now tibalah fasa baru untuk aku lalui iaitu fasa sebagai ibu mengandung pula. Dan aku harap aku akan terus dimurahkan rezeki dengan berpeluang melalui fasa sebagai seorang ibu pula. InsyaAllah.

But sometimes percaturan Allah sukar diduga right? I grow stronger everyday. Troubles in my life melt away and are replaced with happiness and success. Alhamdulillah. InsyaAllah Allah akan sentiasa bersama dengan kita no matter how. No? Keep praying everyone =)

Everytime I look myself in the mirror I was like "OMG I'm pregnant!!". Bersyukur tak terhingga atas nikmat pengalaman yang diberi untuk melalui journey as a preggy mommy. Okay tetiba rasa sebak pastu rasa nak nanges. Sobs ;')

Tak payah nak tetiba sangat lah AJ. Siapkan thesis skang! Ye. Skang. Abstract pon tak siap-siap lagi apekah AJ??!! Okay baiklah aku sambung buat thesis skang T__T


p/s:-
Sudah masuk March. I have another 4 months to go to see our little one. InsyaAllah Amin. July please come faster!!! =)



Yours truly,
aj-the-mommy

4 comments:

yuyu jannah said...

saya pulak pernah masa tu 12minggu kot.pergi scan, saya tanya doc "doc, biasa masa minggu ke brp jari2 baby ni terbuka"? doc jwb sambil lewa " kalau dia nk terbuka, dia terbuka je la bila2 pun, mana saya tahu" grrrr sakit hati.
tup2 tgk scan tu, baby tayang jari2 dia..alahai anak mama, pretends mama ye syg..sweet sgt..doc plak terkejut tgk

AJ the Mommy said...

giler kerek doc tu. hamek kau si kecil dah bekap si mama nye. haha comel je tayang jari2 dia sbb tanak kasi mama dia risau =)

Dina Zakaria said...

weiii AJ..my dear ada wat warehouse sale now..silalah usha..daaaaaaaa..

AJ the Mommy said...

yeke? sat aku ym ko. hehehe