I Am AJ The Mommy

I Am AJ The Mommy

Thursday, March 31, 2011

Baby vs Bonus

Akhirnya penghujung bulan March sudah tiba. Bermakna penantian selama ni yang rasa lambatnyaaa la haii March nak sampai ke penghujung. Sudah berada di penghujung pon. Phewww..

Syukur alhamdulillah. We, all UEM-ians are satisfied with the bonus given by the company. Well, I guess so. More than expected I can tell. And syukur alhamdulillah again, the salary increment for this year is higher than last year. Amin amin amin =)

Kalam Allah tak pernah menipu. Doa siang dan malam tanpa henti dikabulkan. I didn't expect that I would get the bonus sebanyak 5 angka. Sungguh beyond my expectation. Seriously.

Tapi mungkin inilah yang dinamakan rezeki baby. Bonus yang dapat memang sangat cukup to buy all those listed items like stroller, breastpump, duit bersalin, baby stuffs etc.

Tapi takkan nak abeskan semua kan. Aku still berdoa dan berharap agar aku bersalin normal. Duit yg lebey nnti, bole masuk tabung haji kan. InsyaAllah. But still, me and WF really have to save at least up to 7k for any emergency cases. We wouldn't know what would happen in the future. No?

Mungkin hari ini Allah bagi aku kegembiraan. Mungkin esok atau lusa, Dia tarik semula kegembiraan yang aku rasa hari ni. Atau mungkin aku sudah melalui banyak keperitan before. Maka hari ini Allah hadiahkan aku kegembiraan yang sgt speechless utk aku dan suami :')

Aku harap dan doa agar kegembiraan dan limpahan rezeki yang ada semakin bertambah dari hari ke hari. InsyaAllah.

Some things are really meant to harden our life. It is just a matter of to see if either we are strong enough to go through it or not. Hence, always kneel to Allah! InsyaAllah we can stand up for anything =)



P/s:
Gambar diambil while waiting for husband to fetch me up after working hours =)


Big hugs,
aj-the-mommy

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 29, 2011

Heartburn During Pregnancy


I have never experienced heartburn before I got pregnant. Some people say that heartburn may occur for the 1st time when you are pregnant. And yes!! Last two weeks, I have experienced the heartburn for the very 1st time in mylife. The burning sensation in my chest and throat was so urghh painful okay. But luckily the painful was not too long. Adalah around 5-10 mins je. But still... Pedih okay.

Masa heartburn tu, aku rasa macam, EH dah nak beranak ke??? HAHA! Dah lah time tu kt Motherhood Expo. Cuak dah kalau terberanak kat situ. Ya Allah nauzubillah.... Biar sopan sket kot ye pon. Hehe. Though it's common and generally harmless, but then it can be quite uncomfortable la actually.

Macam mana sakit heartburn tu AJ? Okay sakit dia macam sakit ko tengah kelaparan tahap kebulur tu. Time tu aku takleh tegangkan perut. Aku kene bongkok sket sbb nak tahan sakit. Berdiri memang takleh la kan. Tapi aku taktau la orang lain sakit camne. Yang aku rasa camtu la.


Dan disebabkan this is my 1st pregnancy, so risau tu mesti lah ada kan. So off we went to see my gynae a day after that and she gave me Gaviscon and Controlock to take when necessary. Aku makan dalam dua kali camtu je sebab pastu dah getting better. Alhamdulillah =)

Memula tu risau lah jugak. Tapi lama-lama barulah I got to know that many women start experiencing heartburn in the second half of pregnancy. Memandangkan itu adalah normal and all preggers are expected to face that, hence, nothing much to worry la.

But then masa pergi Bandung baru ni aku bawak je Gaviscon tu. Standby. Kot tetibe sakit time tengah shopping, tak ke menangis secara berjemaah dengan suami dan supir. HAHA. Ok sumpah tak lawak.

Kesimpulannya, itu saja pengalaman heartburn aku during my pregnancy. Sekian roger blah dulu.


Loves,
aj-the-mommy

Monday, March 28, 2011

Pantang Larang Ketika Hamil

At the early stage of my pregnancy, I did google more about the Pantang Larang during pregnancy. Lots of info that I got from that.

But I didn't follow all the pantangs. Erm.. Ada orang kata tak elok langgar pantang larang orang tua TAPIIII kalau dah banyak sangat pantang larangnya, sometimes sampai satu tahap I can categorize them as nonsense pon ye.

Ok mari kita lihat apa pantang larang yang aku dah baca dan masih ingat.

1. Jangan makan nenas dan kelapa. Ini ada logik sbb both tu berasid and can lead to miscarriage.

2. Jangan lalu bawah ampaian. Ha yang ni aku tak ingat significantnya apa. Sometimes aku TERlalu je bawah ampaian sbb ampai kain aku tinggi. Maklumla WF tu lonjong. Takkan nak sidai ampaian kain paras ketiak aku lak kan. Dush.

3. Jangan keluar malam. Pastu ada yang cakap kalau nak keluar malam kena letak paku bagai kat kepala sebagai pelindung makhluk halus. Apekah semua itu? Bacaan ayat kursi tidak memadaikah? Wallahualam.

4. Jangan mandi malam takot nanti air ketuban berlebihan. Erm.. Yang ni scientifically nya ada logik la. Mandi lambat nnti takot peparu berair ke apa kan.

Tapi kalau aku balik kelas, sampai umah pkol 10++ malam. Takkan tak mandi weyhhh. Dengan siangnya keje. Pastu pegi kelas. Pastu malam tak mandi?! Rimas okay!

So aku lap je badan aku. Tapi kalau dh rimas sangat memang mandi ah siap shampoo bagai. Kohkohkoh :p

5. Jangan mencarut atau keluar kata-kata kesat. Haa yang ni tak pregnant pon memang takleh sebut kan. Hehehe. Cuma bila dh pregnant kita akan insaf lebey sbb we want our baby deserves the best from us. No?

6. Jangan makan timun, bendi, kacang, etc apetah lagi. Kononnya sejuk. Tapi aku makan je timun. Sbb rasa tak lengkap makan nasi lemak tanpa timun. Ekekeke ;p

7. Jangan minum teh sbb takot angin. Haa yang ni mmg aku tak minum. Sbb since got pregnant, I've fallen in love with milo ice. Yes!! Milo ice ye. So sila pasrah la anak keluar tak berapa nak cerah. Hahaha dang!!!

8. Jangan minum soya sangat. Ada orang kata minum soya banyak bole mengundang kepada anak kulit sensitif selepas dilahirkan. Mudah diserang penyakit pon ye jugak.

Tapi ada setengah pendapat lak kata kalau nak anak kulit putih, minum soya selalu. Haa part ni depends on the luck or genetic kot. Hehe. Aku memang dh pasrah awal-awal. Tengok ler kulit daddy nya. Teehehehe :D

9. Jangan tengok benda hodoh-hodoh. Atau elakkan tengok perkara kurang menarik di mata. So banyakkan tengok benda cantik dan menarik je. Supaya anak keluar nanti cantik dan kacak =)

10. Banyakkan makan kismis, kurma dan buah delima. Sebab tu semua been stated dalam hadis Al-Quran. InsyaAllah anak akan jadi bijak dan pandai €:)

Eh macam dh banyak lak. Kalau korang ada extra info, do share with me okeh?!


P/s:
Gambarajah menunjukkan betapa hadapannya aku duduk dalam kelas. Tengok wayang pon tak sebegini rapat. Sabarlah nak....


Yours truly,
aj-the-mommy

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 27, 2011

Lavie oh Lavie!

Had safely touched down in LCCT yesterday morning. Custom was being very good and none of the items pon kena tahan. Rezeki baby. Alhamdulillah =)

And none of the items are mine also except the hot pants. Yup. I only bought a boxer for me myself. The rest are belonged to baby's. Even my husband also bought T-shirt and working attire for himself. Me? NONE! Menangis skang! Sobs!

But aku pueh hati la sebab Avent Starter Set for Newborn hanya bernilai RM120 only or maybe less! Kalau kat sini, the cheapest I've ever found pon around RM190++ kot. Maka aku tros rembat itu Avent. Hehe

Baju for newborn, aku tak beli banyak atas sebab dinasihatkan jangan beli. Sbb ramai yang kata baby yang baru lahir better pakai baju yang lama-lama supaya baby tu tak banyak ragam dpt pakai baju baru. Malas nak percaya sangat benda camtu tapi malas jugak nak argue dengan orang yang nasihatkan camtu. Maka aku beli 2-3 helai je sebab tak tahan wooo tengok. Comel giloo. Haha!

Baju baby yang lain aku banyak beli yang 4months and above la. But still tak banyak sangat. Sebab aku spent banyak dekat mainan baby. HAHAHA!

Contohnya, aku beli Playgym, Baby Bouncer, baby Blossom, and secure sleeper yg sekali kelambu. Yg baby bedding tu memang aku pegi beli kt kilang tros! Ngehngeh.

Each item tu berharga of course below RM100. Kalau beli mahal-mahal, baek beli kt KL. Berlambak. Ye dok? Kat sana aku shopping kt Lavie sbb Lavie agak heaven barang-barang baby dia. Anakecil kureng sket. The rest aku cari kat FO yang biasa pergi je like Stamp, Branded Outlet, Heritage etc.

Pastu shopping lebey 1 juta kat Lavie dapat beg pink hello kitty tu. I loiiikeeee. Memang aku yang pakai la kan! Muahahaha

Okayla. Update later. Chow


Loves,
aj-the-mommy

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 23, 2011

I Met @dynasCLPT at Motherhood Expo 2011

I am one of her twitter followers. If you are one of them too, I'm pretty sure you peeps might aware la that she was also involved during the Motherhood Expo together with Moms Little Ones. Maka I was thinking to see her DNA collection during the expo if berkesempatan la. Tapi idokle berharap sangat. Sebab mungkin dia takkan ada time aku ada.

I went to MidValley on last Friday tapi I knew that she wouldn't be there la of course on that day sebab according to her tweet, Dynas akan berada di expo on Saturday.

And FYI, WF is one of her fans okay!!! Menyampah! HAHAHA! Tapi he didn't follow Dynas's twitter so he didn't know la about the event yang melibatkan Dynas dan aku pon tak bagitau pon WF pasal tu. Kejam tak? MUAHAHAHA DAANNGGG!!!

Aku just bagitau WF yang aku ingat nak pegi expo tu on Saturday la instead of after working hours tros gerak ke Mid. Tapi he insisted to go to MidValley hari Jumaat tu jugak, maka aku layankan sajorrkk..Teehehee

Nak dijadikan cerita, we didn't bring any cash pon during the expo tu. As I mentioned earlier in the previous entry, kami hanya mahu cuci mata, bukan cuci duit. Maka, hamek kau tak bawak duit langsung. Hohoho

Then, kebetulan during last weekend, Angah and Kak Ana slept over in our house sebab Angah ada hal kat KL. So alang-alang Kak Ana ada sekali, aku ajak la dia jenjalan ke Motherhood Expo tu skali. Plus aku memang plan nak beli CD on Sunday tu pon. And owh! Aliy and Alea pon ada. Maka memang seronok la kalau berjalan-jalan melihat alam secara berjemaah kan =)

Maka I went to the expo for the 2nd time on last Sunday dengan dorang lak kecuali Angah la sebab he got work to do. Tapi konfem ah Ahad ramai manusia kan. So kitorg gerak quite awal pagi. Around 10-11 am camtu dah ada kat Mid. Semangat tak? Hehe ;p

Dalam kesesakan orang ramai di Motherhood Expo terbabit:-

AJ: baba, u tau tak? Dynas ada kat sini.

WF: HAHHH?!!! MANA??

AJ: I baca twit dia. Dia ada semalam lagi. Sebab tu I ajak u pegi smalam. Tapi u nak jugak pegi Friday tu. Nasib la.

WF: Cissss... Nape tak bagitau je Dynas ada. Mana la I tau. U saje je kan. Dengki dengan I. Eeeeiii

AJ: HAHAHAHA. Sebab I kesian dekat u la I bagitau u yang Dynas ada kat sini hari ni. I tau pon sebab I baca kat twit je la.

WF: Owh. U follow twit Dynas eh.

AJ: Yup.

WF: Kena follow jugak ah pasni. Hohoho

AJ: Cis! Over! Haha


Pastu kitorg pon pusing la semua booth yang ada kat situ. Tapi gerak hati kitorg mengatakan kedai Dynas kat area belakang-belakang sebab ye la. Kan dah pegi 2 kali. Maka dah bole hafal booth playmat katne, booth Avent katne, booth stroller katne kan.

Maka WF dengan semangatnya led the way dan menghala ke arah booth hujung-hujung. Tapi tak nampak jugak kelibat Dynas. Sampai lah aku tergerak hati nak ke arah belakang yang betul-betul belakang! Memang belakang abes la. And YES. Finally nampak jugak Dynas.

Then aku panggil la WF mengatakan sasaran telah ditemui. Semangat WF patah balik. HAHAHA. Tapi tapi tapi.... Hehehehe. Aku malas la nak tunjuk jakun sangat. Aku buat-buat tengok baju dia dulu. Walhal aku dah penah usha kat online butik dia pon. And aku tau baju dia quite pricey la.

Tapi kalau dah nama expo, sure ada diskaun kan? kan? kan? Hohoho. Then Dynas pon entertain lah aku. Lantas aku pon mulakan lakonan:

AJ: Eh! Macam kenal. U dengan kedai ni..... (buat-buat tanya kenapa dia ada dengan kedai Moms Little Ones) ;p

Dynas: Owh I joint venture skali dengan Moms Little Ones. Tu I letak sekali my collection.

AJ: Oooo. Yeke. Tu pelik nape u ada kt sini. Tapi I tau la u ada mention dlm twitter yang u akan ada kat sini. Tapi taktau lak joint venture sekali kan (ecececece kau AJ.... baik punya drama. lol ;p)

Dynas: Owh u follow twitter I eh. Ha nanti bole la amek gamba pastu kita twit-twit. Hehe

Pastu tros Dynas mitak tolong PA dia amekkan gamba kami sekeluarga. KAHKAH. Ada aku dapat pelempang free daripada korang ni. Hihu =p

Then aku pon belek-belek la DNA Collection tu. Bila tanye price, quite pricey tapi affordable la after the discount. Yang aku perasan most of the collections during that expo berharga below RM200. Affordable je ekceli tapi sebab barang baby adalah lebih penting daripada barang mommy nya maka sila bawak bersabar ye AJ.

TAPI TAPI TAPI I fell in love with 1 dress and aku TEROS BERMINAT and TEROS TANYA HARGA and TEROS BELI! Seriously aku suka gila dress tu. Just a plain dress. Simple yet menarik!

Dynas: Haa dress ni pon okay tapi u kene pakai dengan legging la sebab pendek sket.

Then bila aku try ukur kat badan sniri, TAKYAH PAKAI SELUAR PON OKAY!!!

AJ: Dynas!! I takyah pakai legging pooonn!!! Macam ni je dah bole sarung......Labuh jeeee

Dynas: Eh ha ah la!! Muat-muat utk u. Takyah pakai legging dah. Haha

AJ: Huwaaaaaaaaa tau la I pendeeeekkk. Sobs!!

Dynas: Hahaha. Sorry sorry. Sebab kalau I pakai memang kena dengan legging. Hehehe

Lantas WF dan Dynas gelak bersama-sama. Caittt! T_____T

Hah korang mesti tertanya-tanya mana WF kan? WF ada je kat tepi tu. Tah pahal mamat tu senyap je. Sebelum tu berie sangat nak jumpa Dynas kan. Tapi tak berborak pon. Segan bebeno atenye. Atau mungkin terpaku menyaksikan kecantikan Dynas. HAHAHAH PANG SEDAS KANG!!!

Time nak bayar dress tu Dynas bagitau la price dia dalam Rm170++ ke RM190++. Tak ingat. Pastu WF barulah start bersuara..

WF: Haaaa. Apa dia? I dengar RM150. RM150 kan b? Haha

AJ: Hahaha. Bole ke RM150? Bole la eh.

Dynas: Haha. Bole la bole la. RM150 (mungkin beliau mula pasrah atau malas nak layan kitorg dah. HAHA!)

AJ: Betul ke ni? Yeay. Halal ye Dynas.

Dynas: Yup. Halal halal. Don't worry.

Dah bayar tu kitorg borak-borak lagi. She was too friendly and siap tunjuk breastpump yang dia pakai iaitu Medela FS. Siap cerita lagi dulu dia pakai Spectra tapi blablablabla. Pastu borak pasal her boutique opening lak somewhere in May nanti.

Borak macam-macam sampailah dia follow twitter aku! HAH??!! Biar betul AJ??!! Jangan nak gebang ah Dynas follow twitter kau. Kau bukan artis pon! Hahaha.

I was surprised la when she requested to follow my twitter. Sebab perbualan asal adalah I told her that she definitely won't be able to read my twit to her la sebab aku privatekan twitter aku. So whenever I tag her name, she cannot read my tweet pon.

Pastu tros dia tanya aku punya nickname and cari time tu jugak pastu tros request to follow. Terkejut jugak. Speechless of course. Dah lah aku banyak merapu je dalam twitter kan. So aku rasa peratusan untuk dia unfollow aku 1 hari nanti adalah sangat tinggi. "Buat semak timeline aku je" kata Dynas. HAHAHA DANGG!


Inilah gambarnya. Yes! My belly is getting bigger and wider! Ngahahaha. And Dynas adalah super cantik. No wonder ramai lelaki memuja beliau. Termasuklah WF. Tapi WF tu sekadar berangan je lah kan. Dynas pon tak hengen laaaa nak pandang u sayang oiii! MUAHAHAHA DUSH!

Owh. If you wish to purchase any nursing attire from her collection, please log on to www.dna.com.my. Dah nama pon DNA stands for Dynas Nursing Attire. Takkan jual jersey bola lak kan. Eh apekah?!

Papepon, happy shopping yo! Ceh macam promote kedai sniri lak. LOL

Okayla. Itu sajork. Semoga terhibur. Hehe. Anyway, I'm leaving to Bandung tonight. Will update you peeps later. Adios!



Big hugs,
aj-the-mommy

Monday, March 21, 2011

Motherhood Expo 2011

Memandangkan we'll be going off to Bandung this week, maka Motherhood Expo baru-baru ni seperti kurang mengghairahkan aku dan husband untuk menshopping barang baby. Sebab kalau aku dah berhabisan dekat Expo tu, kat Bandung nanti aku nak berhabisan air bandung semata ke? Dahlah susah nak cari air bandung di Bandung. Bukan setakat susah. Jangan mimpi la nak jumpa. Maka kepelikan muncul tetibe bagaimana wujudnya jenama air bandung di negara kita.

Perenggan pertama tamat dengan segera tanpa perlu dipinta.

Baiklah. Masuk sudah ke perenggan kedua. Aku mulakan perenggan kedua dengan tujuan pergi ke Motherhood Expo terbabit. Apa lagi weh. Survey dan survey sampai lebam lah bijik mata ni mensurvey. Nak buek cemano. Itu je yang mampu dilakukan. Mampu survey! Semua mommies-to-be pon mampu kan?! HAHAHA

Owh actually WF dah survey pon barang serta harga barang baby di Bandung. So during the expo baru ni, mana barang baby yang konfem ada di Bandung, dia tak bagi beli. Sebab WF dah siap-siap compare kan harga bagai. Sebagai contoh:


Situasi 1 - Secure Sleeper for baby

AJ: Eeeii comelnyaa... Nak yang ni la.

WF: I dah tengok. Kita beli kt bandung je. Harga dia tak sampai Rm100 pon.

AJ: Ok (pasrah)


Situasi 2 - Playgym

AJ: Eh macam menarik je yang ni.

WF: Nanti tengok kat bandung k.

AJ: Mana u tau kat bandung ada?

WF: I dah tengok kat website.

AJ: Yelorrr (pasrah lagi sekali)


Situasi 3 - Travel Mattress for baby

AJ: Omg! Comelnya yang ni........ Nak beli yang ni la.

WF: Tak payah. Ni tunggu orang bagi.

AJ: Hahhhh??!!!!

WF: Kalau semua kita beli, nanti takdela hadiah orang nak bagi apa kan.

AJ: &*^&$%^#*(*^$^

Pasrah aku dapat suami yang berpikiran macam tu. Tak pernah terpk lak tentang akan dapat hadiah daripada sahabat handai. HAHAHA.


Tapi....Tapi....Tapi..... Ada a few things yang WF tak jumpa kat mana-mana website bandung. Atau mungkin WF tak terpk pon nak google pasal tu. HAHAHAHA. Eh gelak lak. Apakah benda itu AJ?

Benda tersebut adalah jeng jeng jeng...........

.
.
.
.




CLOTH DIAPERS!!!

Tapi I bought 3 CDs only la. Sebab kalau beli banyak-banyak macam rugi lak. Mungkin bole borong later. Kalau beli sket-sket every month should be okay kot. Takde la rasa sangat duit mengalir nanti. Heheheh

Sebab most mommy bloggers yang aku terjah mengatakan menggunakan Cloth Diapers adalah lebih jimat rather than disposable diapers. Bila aku buat calculation balik, yup. Memang jimat! Hehe

Tapi jenuh jugakla nak explain dekat WF sebab lelaki weh. Apa dia tau sangat. When I explained to him, he was like "Pape je lah janji cuci. Sanggup ke cuci berak anak nanti. Hihihihi?!" Cisss ciss cisss. Main kasar nampak. Dah nama anak sniri. Sanggup tak sanggup, harus ah aku cuci weh poo-poo anak aku. Takkan nak suh maid pulak! Eh kau ada maid ke AJ? HAHAHA DUSH!!!

And owh! Aku beli brand Autumz punya sebab quite cheaper than other brands. Malas aku nak invest mahal-mahal kt CD. Sebab after all, tu tempat pembuangan poo-poo je pon. Kihkihkih. Habis kau pakai La Senza takpe pulak AJ? Errr.. Aku tak mem-poo-poo. Itu untuk kepentingan keceriaan rumah tangga KAH KAH KAH AJ BERAMBUS SKANG!!!!!!

Baiklah. Sebelum aku berangkat menghentikan tari jari-jemari ini CEWAH aku beli CD berpattern seperti di bawah.


Memula ingat nak amek kaler biru. Tapi amek turqoise je la =)

Yang ni aku yang geram tengok. Pink pon pink lah. GASAK!


Yang plain ni plak si WF beriya suh aku amek. Katanya nak jugak ada plain. Taki kira nak jugak. Maka aku pon pilih the red color. Cun gak aku tengok. Hehehe

Maka, itu sajalah hasil tangkapan kami pada Expo terbabit. EH ADA LAGI LA. SPECIAL PUNYOOO. Eh tapi tu kita update kat next entry nanti lah. Surprise!! Ceh. Surprise lah sangat. Hohoho =p


Toodles~


Loves,
aj-the-mommy

Friday, March 18, 2011

Lawak Petang Jumaat


Sesuatu kelakar telah berlaku antara kita berdua. Bukan kami yang buat kelakar. Tapi orang buat kelakar terhadap kami. Maka kami terdorong untuk ketawa bersama-sama di Yahoo Messenger.

Perkara lawak terbabit tak sanggup aku nak cerita kat sini. Takot mengaibkan orang. Tapi bagi kami peristiwa itu bukan mengaibkan. Cuma kami rasa kelakar. Sebab KAMI ADALAH SUBJEK terhadap peristiwa kelakar itu. Sumpah kelakar.

Maka segala pertanyaan yang bersarang dalam kepala otak aku selama ni, sudah terjawab sekelip mata. Bukan kah kalau kita berbincang dalam kumpulan lebih memudahkan untuk mendapatkan idea bernas? Maka kami sudah ketemu sama itu solution. Eh bukan solution. Tapi rahsia di sebalik rahsia. HAHAHAHA.

Maaflah kalau kalian rasa annoying sebab tak paham apa aku tulis ni tapi kitorg lagi rasa annoyed dengan peristiwa kelakar terbabit. Tapi annoyed pada permulaan kisah sahaja. Pengakhiran cerita, kami hanya LAYANKAN SAJORK! HAHAHAH. Maaf sekali lagi kalau kalian tak paham.

Sekian. Cerita hari Jumaat disudahi dengan Bekerjasama Demi Mencapai Rahsia. Paham? Okay. Takyah paham. Biar kami je paham. Hehe

To all mothers or mothers-to-be out there, moh kita ke Mid Valley. Ada 2nd Motherhood Expo 2011 berlangsung di sana starting from today onwards. Ceh tipu je. Starting from today until this Sunday macam biasa. Eh apa yang macam biasa AJ. Macam biasa jangan layan. Jom balik! Hohoho!


Yours truly,
aj-the-mommy

Thursday, March 17, 2011

Nak Jadi Fan Club Medela Freestyle

Sebelum aku berlayar dengan lebih jauh, do you peeps still remember the forum that I used to mention on last year? And today, the new topic in the forum has been protected yo. Taktau la topic apa kan. Doesn't matter anyway. None of my business. And owh. Aku tergerak hati nak tunjuk gambar ni :)



Hello "ejanmapet". I think we've met once at NFA's house last 2 years, no? Anyhoots, welcome to my new blog bebeh. Send my regards to your LOVELY friends okay. Happy reading :)

Cerita lama. Malas nak ingat. Hidup aku macam ni jugak. Aku tak cari pasal dengan orang. Sekali aku cari pasal, parah. Plus, nothing much to worry about. Tuhan kita sama kan?

Cerita tamat. Potong riben.

.
.
.

Baiklah. Hari ni aku nak cakap pasal BREASTPUMP. Actually aku dah lama usha dan survey nak beli breastpump jenis apa. Macam-macam brand disajeskan. Tapi memandangkan banyak perkara yang aku perlu beli, maka wajarlah aku berpada-pada dari segi kewangan sehinggakan terpaksa korbankan tiket Lat the Musical secara tidak rela. Sedih meruntum jiwa. Namun apakan daya. Pasrah secara berjemaah dengan suami.

Maka, setelah melakukan survey sana dan sini, ramai yang mencadangkan agar membeli breastpump brand Medela Freestyle. Bila tengok harga, humangaihhh!! Mahai wooo. Tapi.....

Tapi memandangkan Medela Freestyle sangat lah femus, bila aku jumpa orang ni, dia kata kat sini murah. Jumpa orang tu, dia kata kat sana murah. Siap ada group KUTU in terms of payment method. Punyalah nak bagi semua orang yang tak mampu merasa pakai barang mahal kan.

There's one day when I tweeted about Medela Freestyle in Twitter, kak Lin Ghazale gave me this one blog link named, www.mybreastpumpshop.com. When I clicked the blog, I was like OMG KUNINGNYA MACAM BACA BLOG DI RAJA LAK!!

Tapi seriously talking, when I read that blog, aku terus rasa nak jadi Fan of Medela Freestyle. HAHA. Tokey kedai tu bernama Naja aka Aja. Her explanations in each entry adalah sangat mudah difahami untuk mommy-to-be macam aku yang sangat zero knowledge ni. And price dia pon quite cheaper than any outlets in Malaysia except kat baby fair la sebab according to kak kyra, you can get Medela Freestyle as cheap as RM1200.

But then kalau korang baca tapi tak rasa teruja, itu sukati koranglah. Lain mata, lain jiwa, lain pendapatnya. Hohoho




For the time being, angkara promotions serta free gifts yang dicanangkan sangat menggamit jiwa ke-mommy-to-be-an aku, thus I have placed my order on Medela Freestyle and a few Medela's items as well. That was my 1st time ever I've ordered the nursing items. Hehe. Order sajork. Bayar belum lagi. HAHAHAH DANG!!!

Before I wanna buy the baby stuffs, I definitely have to do some surveys la sebab barang baby adalah mahal giloooooooo wa cakap sama luuuuu. For instance kalau kau berangan nak beli Ipad 2, kau boleh lah berangan semata. Sebab harga Ipad more or less is equivalent to harga stroller dan breastpump, EACH okay!

Aik. Dah lah more, pastu less, equivalent lak tu #abaikan

Semoga aku mempunyai susu yang cukup to breastfeed my little one later. InsyaAllah. Mana ada emak yang tanak susukan anak sendiri kan. No? Do pray for me yah! =)

Anyway, I have lots of baby stuffs' to buy. I have listed each one of them roughly in my mind. Tapi tanak beli lagi. Sebab rasa macam awal sangat. Tapi ramai yang kata patut beli sekarang. Tapi aku nervous nak beli. Pesal tah. Sebab kalau boleh rasa macam nak bagi baby ni keluar dulu baru beli. Bole? HAHA AH KARUT SAJA KAU NI AJ.

Tapi actually tu chinese style la. Chinese will buy all those baby items once the baby has safely delivered by the mother. Itu adalah based on apa yang aku borak lah dengan dorang. Betul ke tidak aku pon tak tanya banyak. Hoho =p

Baiklah. Dengan ini, aku akan mula membeli baby stuffs pada minggu hadapan. Eh kenapa minggu hadapan? Kerna next week I'll be flying off to Bandung for baby shopping! Asyik-asyik bandung asyik-asyik bandung. Nanti anak kau tanya kampung katne, kau nak jawab kat bandung ke hah AJ?!! Errr... Sangat tak cool T___T


Okayla. Akhir kata, we don't have to be friends with everyone. BE SELECTIVE yo! #sangatrandom




Hugs,
aj-the-mommy

Monday, March 14, 2011

111 days to go

Taktau pesal bulan Mac ni aku rasa lambat sangat masa berlalu. Hari ni baru 14 Mac weh. Rasa macam dah hujung bulan tapi belom. Seriously lambat. Eh Sebenarnya kau yang sebok menghitung hari bonus hujung bulan ni kan AJ. Tu yang kau rasa lambat. Orang laen rasa biaso jo #hampeh

Kalau mengikut babystrology.com punya ticker, I have another 111 days to go to see my little one. Aku suka no 111 terbabit. Heheh. Ya Allah cepatlah July. Tak sabar nak tengok our baby. Seriously. Maka keep praying ye AJ. Amin =)

Kalau korang kata aku gelojoh ke tak sabar ke pelahap ke, sila la put yourself in my shoes. Semua orang pon tak sabar menantikan kelahiran pertama. 9 months itu bukanlah jangka masa yang singkat untuk dilalui. 9 months bhai. Bukan 9 days. Hoho.

No wonder la syurga di bawah tapak kaki ibu. And no wonder la walau jijik mana pon ibu kau, walau bodoh mana pon mak kau (untuk yang tak blaja tinggi), walau miskin mana pon mak kau, walau tak fashion mana pon mak kau, walau poyo mana pon mak kau, walau berduyun lah mak tiri kau, walau berbundle lah mak angkat kau, walau walau walau yadayadayada pon mak kau, IBU KANDUNG JUGAK YANG AKAN KAU CARI. Bukan nenek, bukan atok, bukan aki, bukan wan, bukan tokwan, bukan opah semua pon bukan #sistokdowh

Tapi lain padang lain rumputnya kan. So it depends. Jangan ada yang nak terasa pulak. Aku piat telinga sensorang nanti. Hohoho #sangatrandom

Kesimpulannya, mari menanti July dengan penuh sabar. InsyaAllah harap semua okay #nowpraying

.
.
.

Tadi tengah aku baca article pasal baby, ye pasal baby ye. Bukan article pasal thesis aku yang masih belum masuk chapter 1. DANG! Ah abaikan #malasnakingat

Ok sambung. Tengah baca pasal article baby, dapat YM from Laili, salah seorang member time UM dulu. Dia mitak permission nak tulis pasal aku kat blog dia. Aku pon layan kan saja. Kalau dia tulis yang tak baek, bersedialah dipangkah dalam hidup aku. MUAHAHAHA

Pastu tak lama pastu, aku saje lah bukak blog dia. Tengok-tengok dah publish dowh! Kiranya time dia mitak permission tu, dia memang dah siap tulis lah entry pasal aku. Cuba korang bayangkan kot aku tak izinkan dia publish, mau dia hentak kepala kat keyboard lalu berkata AH PENAT AKU TYPE ENTRY NI BOLE SI AJ TAK IZINKAN INGAT KAU DIVA HAH AJ?!! KAH KAH KAH. Ok AJ blah skang!

Eh. Mana entry tu AJ. Share la dengan kitorg. Kitorg kan kepochi. Macam tak kenal kitorg kan. Manusia kepochi. LOL. Ok ni entry dia.

Tapi kan, baru aku perasan, aku dah jarang gila tulis pasal kawan-kawan kat dalam blog ni. Nampak sangat aku memang nak focus cerita tentang baby development. Sebab tentang kawan-kawan, aku dah banyak sangat cerita kat blog zaman muda remaja. Dah puas dah weh. Now its time for me to share my new daily life as a wife and a mommy-to-be.

Tapi even dah married pon, aku takdela lupa member tros. Ada je lepak sana sini cuma dah tak sekerap dulu la. Kalau dulu lepak hari-hari, skang ni lepak seminggu sekali pon dah kira bersyukur. HAHA. And jangan terkejut la kalau korang ada member yang dah berubah after kawen. Sebab tanggungjawab tu dah lain. Plus lain orang, lain experience dia, juga lain gaya hidup dia. So don't simply put the blame on your friends yang dah kawen. Korang akan rasa juga one day nanti. Tak caya? Pegi kawen skang! Hohoho


Yang aku selalu lepak pon, dengan dorang-dorang ni je la. 1st sebab ada kemudahan Twitter. 2nd, sebab masing-masing BB user. So senang nak update.

Skang ni dah makin malas nak amek gamba time lepak. Haha apsal tah. Sebab dah tak seover dulu time muda-muda kot. Ceh like aku dah tua ah skang ni. Or maybe aku dah sampai tahap macam heh malas nak kisah.

Aktiviti lain ada je macam tunang si Liz hari tu, pastu wedding Ryna, pastu lepak tengok muvi dgn GK, pastu 8 in a million lepak umah, jumpa Kak Lin amek barang-barang jumble sale EH TAK PERLU KOT LIST SATU SATU AJ OII.

Kesimpulannya orang dah kawen ni ada je aktiviti dia cuma malas nak list down satu-satu. Atau aku yang malas nak cerita kat blog ni sangat sebab zaman cerita pasal lepak dengan member bagai nak rak tu, dah berlalu yo! Aku dah puas lalui time zaman bujang hari tu. Sangat puas.

Tu untuk pendapat aku la. Sebab tu tentang life aku. Life korang, korang nye pasal lah nak handle cemano. Lain orang, lain style dia. No?

Kesimpulannya, Entry tamat secara segera. Daaa~


Loves,
aj-the-mommy

Thursday, March 10, 2011

5 Months Plus Plus

Dah masuk 5 months++ dah. That means I have another 4 months to go. InsyaAllah. Perasaan? Now tak rasa nervous nak bersalin lagi. Macam biasa. Dulu nak tunang and kawen pon tak nervous gak. Apsal tah aku ni. Macam takde perasaan. HAHAHA. Tapi nampak je macam takde perasaan. Sebenarnya, ada je perasaan. Hehe

Tapi yang bersalin ni mungkin akan nervous la. Sebab ni benda yang sakit kan. Tapi aku berdoa dan berharap sangat miracle akan terjadi. Eh bukan miracle tak rasa sakit langsung. Cuma berdoa agar kuranglah sakit tu nanti. Atau dalam erti kata lain, harap dipermudahkan lah semua. Aku kalau boleh nak bersalin secara normal. Dan kalau boleh tanak epidural. Kalau boleh lah. Semua tu sudah ditetapkan olehNya. Aku hanya merancang je.

Bukan apa. Aku kan follow up dekat private hospital. Bukan niat nak show off and whatnot. Tapi sebab UEM memang cover untuk maternity bagai but still ada limit la. Maka, dengan berbekalkan kad oren yang diberi, aku memilih untuk bersalin di private. Dan itu adalah the nearest hospital yang dekat dengan umah kami. Maka juga, kalau boleh....

Kalau boleh lah :-

1) Nak bersalin on weekdays. Sebab kalau weekend, cas mahal. Hehe

2) Nak bersalin during day time. Sebab kalau malam, kene extra charge pulak gynae tu dikira on-call nanti.

3) Nak bersalin normal. Sebab semua orang tau normal pasti lah cheaper than caesar kan.

4) Nak bersalin tanpa epidural. Sebab nak rasa sakit bersalin yang sebenar. Tapi taktau la mampu bertahan ke tak. Plus kalau amek sekali epidural pon, dia dah cas dalam RM*** kot. Maka aku akan cuba bertahan. Ya. Bertahan bertahan bertahan *aksi Sudoku di gelanggang*

InsyaAllah~

Tapi itu semua impian semua wanita yang mengandung. Apa yang akan jadi ketika itu, tak siapa dapat menjangka. Lain orang, lain experience nya kan.

Bila aku google pasal bersalin bagai, bole tahan kecut gak tengok gambar semua. Belum tengok video lagi. Mau pitam aku secara zaaass +____0

Sejujurnya, aku takleh tengok darah. Aku tak pernah admitted. Apetah lagi masuk OT room. Eh OT room penah. Time 3 tahun sebab dahi berdarah. So kena jahit ala-ala Harry Potter. Tapi tu kecik lagi. So tak ingat pape.

Sebab tu aku tanak pk sangat apa akan berlaku dalam labor room nanti. Bukan apa. Kalau terlalu pk, kalau aku too nervous, aku akan panic dan takleh focus utk teran. Plus aku sentiasa set in mind yang sakit bersalin ni semua perempuan akan lalui.

Be it sakit gila guling-guling atau sakit acah-acah atau sakit biasa-biasa atau tak sakit langsung, nak tanak, kena hadapi and be prepared. Betol tak? Pergh. Motivate diri sniri secara kaw-kaw sebab SIAPA TAK CUAK NAK BERSALIN WOIIII HAHAHA DANG!!!

Maka aku berdoa dan berharap agar segalanya dipermudahkan. InsyaAllah. Aku ada amalkan itu dan ini seperti yang disarankan mengikut ajaran Islam tapi sebagai hamba Allah, kita hanya berusaha. The rest, ditentukan oleh Allah Ta'ala. Kun fayakun.

Pray for me ya! =)


Yours truly,
aj-the-mommy

Tuesday, March 8, 2011

Feel Me If You Can

Salam and Hello everyone.

I got a good news on last Friday. I was so happy and speechless because "the thing" that I wanted so much and have waited for quite sometimes (since last year), was already confirmed in my both hands. But deal is deal. Hence, to know the final decision, I had to wait until Monday, which was yesterday la kan.

But then, I didn't expect something that unexpected. Oh well, I did expect the unexpected but this unexpected thing had really pissed me off. Like seriously. Haishh...

Indeed, in this case I have to think about other people. Atau dalam bahasa kasarnya, I have to please someone yang pernah buat dajal kat aku. (Okay tak berapa kasar sangat pon. Bagus AJ. Sila control selagi mampu). I have to wipe off my BIG dream and throw away my BIG chance just because of the phrases, "I have to please other person". Got what I mean?

I wish I could be someone selfish. Someone who is being so damn selfish to other people. Never bother to the problem that they might face or blablablablabla. But I know I can't. Yup. I simply can't.

I was feeling down for the whole day. My anger yesterday was not under control. Eh under control sebenarnya. Kalau tak bole control, dah lama tangan aku tampar muka terbabit. Kalau ikot hati memang dah lama dah bhai. Tapi ni ikot akal. Maka masih mampu bertahan lagi la.

Rezeki depan mata bakal dilepaskan. Ya. Bakal. Belum dilepaskan. Tapi bakal. Kepentingan sendiri diabaikan demi sesuap nasi kepentingan orang lain. Ya. Orang lain. Bukan diri sendiri tapi orang lain. Maka selagi aku masih mampu bersabar. Aku sabar. Ya. Aku cuba sabar.

.
.
.

As usual, I have class on Monday. But yesterday, I went to the class for the 1st half only. I was seriously too tired to listen to whatever been explained by the Prof. Then, I dismissed early during the 2nd half.

The husband asked me whether I wanted to go elsewhere or not. Initially, we planned to go to Murni SS2 sbb haven't been there for quite sometimes la. But eventually, we ended up to have a rest at our home.

As we reached our home, my husband told me that he was starving. He hasn't had his dinner yet while I've had mine during the break in the class. So I made him two sandwich burgers as requested by him. But the moment I wanted to prepare that two burgers, something had happened in between.

Yup. Something....

The consequences of that so-called-something-had-happened, I cried like a baby. Mungkin kerna aku terlalu stress. Too stressful pada siang harinya. Aku tahan air mata untuk keluar. Maka terbawak-bawak dan akhirnya aku menangis jugak pada malamnya.

Aku menangis dalam pelukan WF (sumpah ayat ni geli HA TAU TAKPE AJ!). I cried like a baby secara sedu sedan persis kanak-kanak perempuan yang kehilangan ibunya akibat bermain hide and seek dalam shopping complex.

Menangis, menangis dan menangis. Menangis tanpa sepatah ayat yang keluar from my mouth. Menangis sampai sesak nafas. Menangis sampai I couldn't breathe anymore. Sesak nafas sebab peluk kuat sangat. Maka seput metar deh (EH GAPO KLATE?! HAHA PANG).

Then, WF insisted me to take a rest. Tapi aku tanak. Aku nak pergi minum air. Aku haus sebab banyak menangis. Tapi WF tak bagi aku keluar dari bilik. Tapi aku nak keluar jugak. Akhirnya WF ambilkan air kotak milo dari dalam fridge dan bagi aku minum dalam bilik.

Setelah WF menenangkan aku, aku masih menangis. Dan bila keadaan semakin tenang, WF keluar dan masuk kembali ke dalam bilik dengan membawa baby album lantas menyuruh aku melihat gambar-gambar our little junior. Semoga dengan melihat gambar-gambar terbabit, bole lebih menenangkan aku. Aaaahhhhhh...I'm touched!

Aku akur. Aku menangis tapi terhenti sedikit demi sedikit tatkala melihat satu per satu muka surat dalam baby album tu. Hilang stress tengok gambar baby yang semakin membesar hari demi hari. Dan perkara paling indah yang berlaku smalam adalah pabila sambil melihat gambar baby, aku turut menyaksikan perut ternaik akibat ditendang by the little one. Seems like giving her/his responds to Mommy agar bersabar dan terus bersabar. Sesungguhnya, I feel truly blessed~

Simbolik di sebalik entry ini +__0


Kesimpulan pertama: Walaupon kau takde apa yang orang lain ada, tapi kau kena ingat, orang lain takde apa yang kau ada *muhasabah diri*

Kesimpulan kedua: Aku lapar. Mahu mencari makanan for luncheon. Sekian bye.


Hugs,
aj-the-mommy

Friday, March 4, 2011

Rezeki Anak

Pernah dengar tak "Rezeki Anak"? Alhamdulillah. Sejak pregnant ni, aku dapat rasakan rezeki aku melimpah-ruah. Syukur. Memang tak dinafikan turut dilimpah dengan ujian yang bertubi-tubi pada awalnya but still... Allah Maha Adil, right?

Sometimes some things are meant to harden your life, to see if you're strong enough to go through it or not. No matter what you're going through, just face it. Easy kan! HAHA. I always said to myself, never run from my problems! I live to win it. That's what I live my life for.

Life is not about waiting the good things but I have to make that good things. We have to make the good things. And I realize that being a preggy mommy has turned me to be a better Muslimah everyday. Alhamdulillah.

Same goes to my husband. I guess, WF has changed a lot since we got married. Thank you Allah. I hope he's changed for good. InsyaAllah. Mungkin orang taktau. Biar aku je yang tau. Sebab aku je yang mengadap muka dia hari-hari. Aku yang hidup dengan dia siang dan malam. So I won't give a damn to what people gonna say about us. And trust me. The one who kneels to Allah can always stand up to anything, remember?

Eh. Apakah rezeki terbabit tu AJ? Haaaa. Jeng Jeng Jengg..... Will share with you peeps on the next entry. Kasik suspen sket. Daaaa~

Setepek jerawat is spotted there +__0



Loves,
aj-the-mommy

Thursday, March 3, 2011

Daily Routines for AJ & WF

Please be informed that all the routines below are applicable during weekdays only =)

1. Bangun pagi. Lepas mandi kalau sempat masak breakfast. Kalau sempat lah. Selalunya seminggu 2 kali je sempat. Hehe

2. Pergi kerja. Lately kena gerak awal. Pkol 7 dah keluar umah. Dulu 730 boleh lagi baru nak gerak. So pukul 8 sampai office. But now dah ramai beli kereta kot. Jammed melampaui batas. Maka pkol 7 keluar umah.

3. WF hantar pergi office. Then dia pulak pergi office.

4. Kerja sampai petang.

5. Habis kerja. Tunggu WF amek.

6. WF amek balik umah kecuali on Monday je pergi kelas.

7. Kalau rajin, masak. Selalunya masak. Boleh kira dengan jari makan kt luar. Saving woooo. Ehem. Aku suka masak sejak kawen. Sistok dowh. Bujang dulu dah puas tak masak langsung. Mujur time pregnant ni takde alahan takleh bau masakan sendiri bagai. Kalau tak, sampai ke sudah lah aku tak belajar masak. Muahahaha

8. Layan TV dengan WF.

9. Sebelum tido, WF and I akan bercakap dengan baby. Sebab time ni baby memang tak tido lagi. Main kicking sana kicking sini. Normally WF akan baca surah kt pusat aku. Bajet tu speaker ah baby boleh dengar? Ngahahahah DANG!!! And time baca tu, sure la WF akan letak dagu kat perut aku kan. Pastu baby akan bagi respon dengan menendang perut sekaligus menendang dagu WF. Hehe. I looiikeeeee =)

10. Setelah selesai our bonding session with the baby, apalagi... JOOMM!!! Eh Jom apakah AJ? Errr.. Errr.. Jom tido la bhai. Haish. Nakal ni =p



Cik Ala jeles Alea duduk atas riba Uncle Pejo. HAHA! T__T



Be it a boy or a girl, I can foresee that we'll be going to be a good mommy and daddy to our little junior. InsyaAllah =)


Loves,
aj-the-mummy

Wednesday, March 2, 2011

Kisah Bayi Dalam Kandungan Tunjuk "Thumbs Up"

Terbaca 1 artikel ni. Pastu aku tergelak kecil. Tergelak bila memikirkan macam-macam kisah yang aku dah baca tentang perihal ibu mengandung. Yang comelnya haruslah kelakuan si anak yang dikandung kan. Hehehe

Macam biasa rutin aku hari-hari, baca artikel tentang proses kehamilan. Takleh blah kan aku ni. Tapi aku rasa semua ibu mengandung pon akan buat perkara yang sama. Nak-nak kalau anak sulung. The excitement tu adalah sangat tak terucap dek kata-kata. Cewah.

Untung siapa jadi anak sulung kan? Para ibu dan bapa akan over excited utk menerima kehadiran putera puteri sulong. Sebab new experience kan. Siapa yang kata jadi anak last tu untung boleh la zip mulut anda skang. Untung apa kalau pakai barang second hand si kakak atau si abang? Ok ok untung ah dari segi takyah kuar duit untuk beli bagai but still second hand okay!! EH KAU CAKAP PASAL SIAPA NI AJ?? NGAHAHAHA DANG!!

Ok senyap semua. Aku nak sambung cerita berdasarkan title entry di atas.


Source: From here

"MAIDSTONE - Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnya diimbas di sebuah hospital di Kent, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.

Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.
Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.

Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.

Donna dari Whitstable yang dijangka melahirkan anak dalam bulan Mei ini berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut. - Agensi "

Pergh. Style tu tunjuk thumbs up. Satu dalam sejuta wa cakap sama lu. Weeewwwiiitt!

Anyway, kau tak rasa ke betapa indahnya ciptaan Allah Taala? See. Keindahan anak yang dikandung. Janin terbabit pon boleh tau si ibu risau akan kondisi dirinya di dalam perut lantas memberi isyarat bagus agar si ibu tidak perlu risau lagi akan keadaan dirinya.

Aku telah melepasi fasa men-survey barang-barang untuk kawen atau men-survey tentang perihal alam rumah tangga. Now tibalah fasa baru untuk aku lalui iaitu fasa sebagai ibu mengandung pula. Dan aku harap aku akan terus dimurahkan rezeki dengan berpeluang melalui fasa sebagai seorang ibu pula. InsyaAllah.

But sometimes percaturan Allah sukar diduga right? I grow stronger everyday. Troubles in my life melt away and are replaced with happiness and success. Alhamdulillah. InsyaAllah Allah akan sentiasa bersama dengan kita no matter how. No? Keep praying everyone =)

Everytime I look myself in the mirror I was like "OMG I'm pregnant!!". Bersyukur tak terhingga atas nikmat pengalaman yang diberi untuk melalui journey as a preggy mommy. Okay tetiba rasa sebak pastu rasa nak nanges. Sobs ;')

Tak payah nak tetiba sangat lah AJ. Siapkan thesis skang! Ye. Skang. Abstract pon tak siap-siap lagi apekah AJ??!! Okay baiklah aku sambung buat thesis skang T__T


p/s:-
Sudah masuk March. I have another 4 months to go to see our little one. InsyaAllah Amin. July please come faster!!! =)



Yours truly,
aj-the-mommy